Ah, aku sibuk.
Sibuk setiap masa.
Mesti ramai sudah muak dengan kesibukan aku.
Abaikan perenggan yang atas, mari baca pendapat aku pasal twitter.
Minggu lepas aku mahu cakap pasal ini bukan?
Terima kasih pada Amie, Milimilo, Azfarul, Ubey, Farah Liyana, Anis dan Tulang Ikan Kewl atas respon kau orang pada entry sebelum ini.
Twitter ini kadang-kadang aku rasa macam mini blog sebab kau betul-betul tulis apa yang kau buat pada waktu itu.
Misal kata, "Esok hari Sabtu bolehlah aku berehat secukupnya..cantik!".
Ayat itu contoh saja, aku yang buat sendiri-sendiri kalau aku ada twitter. Haha.
Ada juga yang kata dia lebih rajin update twitter-nya dari blog dia sendiri.
Sebab apa?
Mungkin sebab ini.
Twitter tu cuma hadkan kau dengan beberapa patah perkataan.
Jadi kau gunakan sepenuhnya untuk tulis pasal apa yang kau mahu tulis.
Sebab itu twitter semuanya pendek-pendek saja.
Agak-agaknya sebab itu ramai suka update twitter dari update blognya.
Aku rasa twitter itulah asas kepada blog.
Kau mahu tulis apa yang kau sudah, sedang atau mahu buat.
Di blog kau tulis benda-benda yang panjang berjela, macam penulisan aku sekarang ini. Haha.
Ada orang minta aku buat twitter, aku macam mahu buat tapi aku takut twitter aku saja yang berupdate tapi bukan blog ini. Haha.
Kadang-kadang seronok juga aku baca twitter orang lain, tak tahu sebab apa.
Twitter itu cuma pendek-pendek saja, semacam diari kau versi pendek.
Seronok juga aku baca.
Oh, anggap saja perenggan yang ini semaca kau baca status twitter aku.
"Esok Sabtu, aku tak sabar betul. Mahu tidur sepuas-puasnya dan malam esok boleh keluar bersama-sama dengan kawan-kawan. Seronok!"
Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.