Sunday, June 28, 2009

67 [28 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku sudah lama perasan ada suatu gadget ini di blog.
Macam bagus juga gadget ini.

Dulu-dulu jika kau mahu berkomunikasi dengan orang lain di dunia blog,
kau letak chatbox di blog kau,
Tak kiralah chatbox jenis apa pon, fungsinya sama saja bagi aku.

Jika kau betul-betul sudah rapat dengan seseorang,
mulalah kau berbual dengan dia menggunakan chatbox masing-masing.
Sebelum ini aku sudah buat entry mengenai chatbox, sesiapa yang rajin boleh cari balik entry tersebut.

Tapi dengan menggunakan gadget terbaru dari blog dan YM,
kau orang boleh letak YM-Pingbox di blog masing-masing dan nyata fungsinya sama juga, untuk kau berbual dengan rakan-rakan blog.

Kawan blog aku ada cerita pada aku yang dia lebih suka berbual menggunakan YM-Pingbox ini kerana isi perbualan kau dengan orang lain tidak terdedah kepada orang lain, kalau dibandingkan kau berborak di chatbox biasa.
Betul juga kata dia itu.

YM ini juga, mesej yang kau mahu sampaikan pada penerima juga lebih cepat dan tepat sebab kau boleh pakai emoticon yang ada macam di dalam YM.
Kiranya, bagus juga gadget ini bukan?

Tapi kawan aku ini pon ada beritahu kelemahan gadget ini.
Jika kau letak gadget ini di blog, maka sesiapa saja boleh 'berchatting' dengan kau.
Tapi masalahnya kau tak tahu dengan siapa yang kau berbual.
Mungkin orang itu adalah orang yang kau langsung tak kenal dan dia mulalah mengacau kau dengan soalan-soalan macam "Dah makan?" atau apa-apa sajalah ayat untuk mengurat kau, haha.

Ada juga yang menggunakan gadget ini untuk mengusik kawan-kawan sendiri dengan menyamar menjadi orang lain.
Haha, aku ada terbaca di beberapa blog dimana kawan-kawan dia 'prank' kawan sendiri.
Haha, aku tergelak saja membaca entry tersebut.

Jadi, ada sesiapa yang menggunakan gadget ini menyukainya atau sudah fobia dengan gadget ini dan kau sudah remove-kan dari blog kau?
Aku mahu saja letak gadget itu di blog tapi nanti sakit hati pula kalau ramai tengok aku asyik offline saja, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, June 20, 2009

66 [20 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku ada perasan satu blog ini.
Mula-mula aku boleh tahan lagi penulisan dia.
Tapi lama-lama aku dah tak boleh tahan lagi jadi aku berhenti untuk baca blog dia.

Bagaimana penulisan dia?
Penulisan dia itu penuh dengan bahasa yang melebih-lebih dan aku rasa macam dia tipu pembacanya.
Aku pon tak tahu dia tipu atau tidak.

Aku pula pengecut mahu tanya samada apa yang dia tulis itu betul atau tidak.
Aku tak nak pula serang blog dia tanpa ada adab dan puas juga aku mencari bahasa yang akan buat dia tak terasa hati dengan teguran aku.

Tapi bila puas aku fikir-fikir, langsung tak terfikir apa-apa.
Last-last, aku berhenti dari baca blog dia.

Aku pernah katakan sebelum ini,
kalau diri sendiri rasa sakit hati mahu baca blog orang itu,
janganlah datang blog dia lagi.

Maksud aku ayat dia yang melebih-lebih itu adalah macam ini,

"Bila si dia berikan aku hadiah hari jadi aku itu, teruslah aku menari seperti tarian waltz di restauran itu walaupon ada mata yang memandang dan jelas tak suka perbuatan aku itu"

Macam tipu saja dia mahu buat benda itu.
Sudah banyak kali dia tulis benda-benda yang melebih-lebih ini.
Bagi aku macam 'drama' saja.
Jadi sebab aku tak mahu sakit hati baik aku berhenti dari baca blog dia, bukan begitu?

Harap-harap ada orang tegur dia sebab aku boleh rasa ramai orang akan naik muak dengan penulisan dia yang macam itu.
Aku memang tak boleh tegur sebab aku takut aku guna bahasa kasar.
Itu sahaja.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin dia hanya menggunakan bahasa puitis untuk menggambarkan perasaan dia pada waktu itu.
Aku rasa tahap puitis dia itu memang macam tak masuk akal sangat.
Atau aku ini saja yang bukan jenis berpuitis?
Mungkin juga.

Tengoklah, nanti aku akan tegur juga cara dia menulis itu.
Aku masih mencari gaya dan bahasa yang sesuai untuk menegur dia.
Mungkin aku akan pakai ayat, "Betul ke kau buat macam itu bila bla bla bla?"
Sopan tak ayat itu?
Harap-harap sopan, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, June 12, 2009

65 [12 Jun 2009]



Makin kuat rasa bersalah aku pada followers blog ini.
Aku janji mahu lawat blog dia orang tapi aku tak buat pon.
Blog ini pon semakin lama semakin aku jarang sentuh.

Baiklah, perenggan atas adalah perasaan aku buat masa ini.
Aku mahu cakap sesuatu di sini.
Sudah lama aku mahu tulis tapi selalu terlupa atau sibuk.

Kepada bloggers yang suka tulis entry yang panjang macam aku,
mesti kau orang enjoy untuk menulis sebab itu kau orang suka tulis panjang-panjang macam aku ini.
Dan kau akan rasa terharu jika ada yang baca entry panjang kau itu sampai habis.
Siap bagi komen lagi.

Tapi, ada juga kelemahan tulis entry yang panjang ini.

Aku ada perasan ada sesetengah blogger yang tak baca pon entry yang panjang berjela itu tapi masih mahu bagi komen.
Komen dia itu pon bukan pasal entry kau, tapi pasal tajuk entry kau atau pon dia bagi komen pasal gambar di entry yang panjang itu saja.

Sebab apa dia mahu bagi komen walaupon tak baca entry kau?
Samada dia suka kawan dengan kau atau pon dia mahu tunjuk dia ini adalah pemberi komen yang setia di blog kau.
Jadi dia mahu kau sayang dia lebih.

Haha, ayat terakhir itu memang komen peribadi aku.

Pernah kau orang mengalami situasi itu?

Ada kawan blog aku pernah tapi diamkan saja.
Sebab dia pon tak boleh paksa orang lain baca entry dia yang panjang berjela itu.
Sebab bagi dia menulis itu memang akan beri suatu kepuasan.
Ya, memang menulis memberi suatu kepuasan.
Tetapi cuma akan sakit hati orang lain bagi komen tapi bukan pasal entry kita tapi pasal benda lain.

Tapi mungkin kau orang pon bukan jenis ambil kisah sangat pasal ini bukan?
Asalkan masih ada yang mahu bagi komen, bagi kau itu sudah cukup.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, June 4, 2009

64 - Entri Yang Bercampur Motif [4 Jun 2009]

Maaflah kepada semua.
Aku semakin lama semakin jarang update.
Bukan sebab kerja saja, tapi sebab laptop aku buat hal.

Setiap kali aku mahu buka blog, masa itulah laptop aku tertutup sendiri.
Tertutup sebab samada battery dah 0 atau virus datang singgah laptop aku ini.

Bila kau sudah ada idea mahu update blog tapi bila masalah kecil yang menyusahkan ini datang,
mood kau yang berkobar mahu update blog tadi boleh jadi hilang.
Jadi menyampah pon ada.

Mesti kau orang pernah merasai pengalaman aku ini bukan?

Bagi yang belum, kau orang memang bertuah.
Bagi yang pernah, jangan rasa menyampah atau mahu menyumpah seranah mahu update blog.
Teruskan berblogging samada dengan kau pinjam laptop kawan atau pergi ke cc.
Tapi kalau lama-lama buat begini, memang tak best juga.

Ada kawan blog aku dah lama tak update blog sebab dia jatuh sakit.
Mungkin itu juga sebab orang lain jarang update blog macam aku.
Mungkin juga bukan?

Bila masa pula aku mahu format laptop aku ini?
Kerja semakin banyak.
Blog pula sudah jarang update.
Pening kepala aku.
Baik aku tengok tv, makan dan tidur. Haha.

Oh ya, komen kau orang pasal blog yang popular itu aku belum baca lagi secara teliti sebenarnya.
Aku lihat sudah ada 22 komen dan kebanyakan dari komen itu baru aku tau masih banyak lagi blog yang aku belum melawat.
Aku pon masih baru lagi dengan blog ini tapi berlagak macam sudah tahu semua, haha.

Aku betul-betul terharu dan berterima kasih sebab kau orang tidak kedekut mahu berkongsi blog yang best dengan aku.

Untuk followers blog ini,
aku akan singgah blog kau orang bila aku free.
Bagi yang baru follow blog ini, terima kasih banyak-banyak.
Link blog kau orang akan aku tambahkan ke dalam senarai blog yang bakal aku akan lawat nanti.

Semasa hujung minggu nanti, aku cuba untuk lawat blog kau orang semua.
Jangan terkejut pula tengok komen aku nanti ya?
Haha.

Selamat hari Khamis untuk semua.
Hujung minggu hampir tiba, aku sangat suka..haha.