Saturday, July 25, 2009

69 [25 Julai 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku sibuk dengan kerja.
Jadi aku sudah tiada masa mahu melawat blog orang lain.
Tapi aku tetap mahu bagi komen di sini.

Macam kau orang sedar entry aku kebelakangan ini semuanya "Auto-Publish."
Ini gara-gara aku sibuk outstation sana sini bertambah lagi laptop aku sudah rosak.
Laptop yang aku pakai sekarang pon pinjam ofis punya jadi memang rasa bersalah guna harta benda ofis untuk urusan peribadi aku sendiri.

Mengeluh.

Aku rindu aku dahulu yang boleh blog-walking dan melihat mana-mana blog yang wujud di sekeliling aku.
Macam-macam karenah bloggers aku boleh lihat dari blognya.
Rindu pula.

Oh, dahulu aku selalu mengadap blog orang lain.
Sampaikan ada satu masa tiada siapa update blog mereka menyebabkan waktu itu aku rasa sunyi sekali.
Aku rasa macam semua orang sibuk dengan kehidupan di realiti dan meninggalkan kehidupan blogging.

Macam kelakar saja aku ini bukan?
Sampai mahu rasa kesunyian sebab tiada siapa yang update blog.
Haha, itulah padahnya kalau ketagih mahu baca blog orang lain saja sampai benda lain kau tak berminat untuk buat.

Selalu kalau aku rasa sunyi macam itu, aku masuk tidur saja.
Dan bila aku bangun dari tidur, ada blogger yang sudah update blog mereka.
Waktu itu aku rasa seronok sebab terasa 'mereka sudah kembali di blog'.
Haha, aku yang dulu memang macam budak-budak saja.

Aku cuma mahu kata kepada bloggers yang masih belajar,
harap-harap kau orang tidak selalu mengadap blog saja sampai pelajaran terabai.
Nanti jangan kau salahkan dunia blog sedangkan salah kau sendiri yang tak pandai kawal dan disiplinkan diri sendiri.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Tuesday, July 14, 2009

68 [14 Julai 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Ada orang mengadu kat aku,
dia ada tinggalkan komen kat blog aku tapi sebab sekarang aku langsung tak membalas komen-komen semua orang,
jadi dia tidak datang singgah lagi ke blog aku.

Aku cuma mampu tersenyum dalam hati.

Kes yang lain.

Ada kawan blog aku mengadu.
Dia ada komen untuk satu entry di sesebuah blog ini (bukan blog aku).
Tapi komen dia tidak dibalas oleh tuan blog itu.
Kemudian selepas 2-3 entry, komen dia masih tidak dibalas sedangkan dia perasan komen orang lain tuan blog itu balas pula.
Disebabkan itu, dia sudah menyampah mahu melawat blog itu lagi.

Dia tanya aku, "Aku kejam tak bro?"
Aku jawab, "Tak, dia lagi kejam sebab memlih orang untuk membalas komen"

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Sunday, July 5, 2009

Pertolongan


[Auto Publish Entry - aku semakin sibuk dengan kerja]

Kenapa setiap kali aku mahu minta tolong dari orang lain,
pertolongan itu tak dapat diberi?

Atau aku meminta bantuan dari orang yang salah?
Mungkin juga bukan?

Harap-harap lepas aku tolong orang itu,
dia tolong aku balik.
Barulah adil.

Sebab aku amalkan 'sistem barter' dalam hidup aku.

Maaf kepada semua.
Aku masih tak sempat singgah mana-mana blog lagi.
Hidup aku semakin tidak stabil.
Harap kau orang faham pasal itu.
Kalau tak mahu faham tak apalah.