Showing posts with label Hidup Aku. Show all posts
Showing posts with label Hidup Aku. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Maaf Lama Tak Update


Tak sangka.
Hampir sebulan aku tak update blog ini.

Bila sudah masuk hujung bulan, kerja aku semakin bertimbun-timbun.
Kepala otak aku pon semakin serabut.
Tapi aku masih lagi jaga makan minum.
Mana boleh buat kerja dengan perut yang lapar.
Aku bunuh diri nanti, haha.

Oh ya, selamat Tahun Baru untuk umat Islam semuanya.
Azam tahun baru macam mana?
Aku rasa aku mahu cari bakal isteri.
Bosan pula duduk seorang diri di rumah.
Cemburu juga tengok rakan-rakan yang sudah beristeri.
Semuanya bahagia, aku sangat cemburu pada mereka.
Haha.

Oh ya, sekarang cuti sekolah bukan?
Cuti semester untuk pelajar universiti juga.
Aku cemburu pada kamu semua.
Ada cuti khas untuk kamu.
Aku?
Cuma tunggu cuti umum saja ataupon cuti sakit.

Aku rasa macam mahu berhenti kerja dan cari kerja baru.
Mahu nafas yang baru untuk hidup aku ini.
Tapi kena mula cari kerjalah kalau mahu buat sebegitu.
Bila pula tu?
Update blog pon susah, inikan mahu cari kerja baru.

Aku mampu mengeluh.
Apa-apa pon, selamat hujung minggu semua.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya


Selamat Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog ini.

Aku sudah berada di kampung petang tadi.
Rasa seronok berada di kampung.
Waktu maghrib pula dengar takbir raya, lagi buat aku seronok.

Harap-harap semua orang gembira di hari raya dan weekend ini.
Mari rehatkan otak.

Sekian.

Monday, November 16, 2009

77 & Si Gadis Itu [16 November 2009]


Maaf kepada pembaca blog ini.
Aku betul-betul busy sekarang.

Oh ya, pasal si gadis itu.
Terus-terang aku kata memang susah nak lupuskan perasaan aku kepada dia.
Aku memang sayang dia sangat-sangat.

Masa dia bergaduh dengan boyfriend dia pon, dia akan cari aku.
Aku pujuk dia dan cuba back-up boyfriend dia sedangkan aku boleh saja hasut dia untuk tinggalkan boyfriend dia itu.
Aku tak boleh buat macam tu.
Gadis itu terlalu sayangkan bf dia.
Gadis itu jika berenggang sehari dengan bf dia pon sudah rasa gelisah, inikan pula kalau berpisah dengan bf dia.
Aku tak sanggup lihat dia macam tu.

Jadi sekarang, aku cuma mampu anggap dia macam adik aku.
Aku kerap panggil dia 'adik'.
Lepas itu aku kata pada dia yang aku nak cari girlfriend.
Terkejut aku yang dia cemburu.
Haha, apa-apa saja gadis ini.
Dia sayang kepada siapa sebenarnya?

Baiklah, nantilah aku sambung cerita pasal gadis itu.
Aku nak cerita pasal blog.

Aku perasan di chatbox blog orang lain, mesti kata "You have a nice blog".
Sekali datang saja terus kata "nice blog" ya?
Ada dia baca kebanyakan entry kau?
Atau dia kata 'nice' kerana hiasan blog kau?

Aku percaya dia cuma puji pada hiasan saja.
Kalau ada yang puji blog aku cantik, aku suka.
Tapi rasa tak lengkap kalau dia tak puji penulisan aku.

Kau orang rasa macam mana?
Tapi entahlah kan?
Mungkin yang datang itu cuma mahu menyapa dengan cara yang baik.
Jadi dia pujilah sedemikian rupa.

Apa-apa pon ini cuma pendapat aku.
Pendapat orang lain mesti bertentangan dengan aku.
Tak apa, memang itu namanya manusia.

Tuesday, October 27, 2009

Si Gadis Itu


Cinta.
Kalau yang tidak layan pasal cinta, jangan baca entry ini.

Cinta bagi aku adalah sesuatu yang membahagiakan.
Cuma sekarang aku rasa sengsara.

Kenapa?

Kerana aku sayang kepada gadis yang cinta kepada lelaki lain.
Aku hanya cuma mampu jadi kawannya dan doakan dia happy dengan lelaki itu.

Sakit hati tengok dia gembira dengan kekasih hatinya walaupon dalam masa yang sama aku suka lihat dia gembira.

Bodohkah aku untuk teruskan rasa sayang ini kepada dia?
Susah untuk aku lupakan dia sebenarnya kerana semakin hari, semakin dalam rasa sayang ini kepada dia.

Aku pon bodoh dan penakut untuk luahkan rasa hati aku kepada dia.
Cuma aku tahu, aku akan dikecewakan kerana si dia sudah berikan hatinya kepada lelaki lain.

Tapi betullah, bunga tidak sekuntum.
Harap-harap aku dapat lupakan si dia dan berjumpa dengan gadis yang lebih baik dari dia.

Doakan aku ya?
Terima kasih.

Tuesday, September 22, 2009

74 [22 September 2009]


Salam Aidilfitri.
Bila sudah masuk raya ketiga, baru nampak 'batang hidung' blogger lain di dunia blog.
Memang sunyi betul dunia blog bila bermulanya hari raya.

Aku kena masuk kerja Khamis ini tapi aku tak rasa sedih apa.
Dari hari raya pertama sampai esok aku akan raya puas-puas.
Hujung minggu nanti boleh sambung lagi, ye tak?

Musim kawan-kawan mahu berkahwin pon pada bulan Syawal ini juga.
Pasti meriah tengok gelagat kawan-kawan nanti.

Oh, aku seronok tengok gambar-gambar raya blogger lain.
Memang sangat meriah dan terasa gegak gempita kemeriahan mereka semua.
Dari yang kecil sampai ke tua berpakaian tema yang sama, comel saja aku tengok.
Oh, tema baju raya aku warna maroon.
Saja nak kecoh-kecoh di sini, haha.

Baiklah, ada makanan petang menunggu aku di dapur.
Aku berhenti menulis dahulu.

Untuk semua blogger Malaysia,
Selamat menyambut bulan Syawal dengan hati yang bersyukur.
Mulakan hari anda semua dengan jiwa yang ikhlas.

Salam aidifitri.

Monday, August 31, 2009

72 [31 Ogos 2009]

Salam merdeka untuk rakyat Malaysia.

Aku sekarang berada di rumah.
Tv sudah lama aku tutup sebab tak ada rancangan yang menarik.

Rasa tak macam meriah pula sambutan merdeka kali ini.

Mungkin sebab diselindungi dengan sambutan bulan Ramadhan?
Atau kebimbangan orang ramai tentang H1N1?
Atau ramai tak ambil kisah lagi pada kemerdekaan Malaysia?

Pendapat aku sendiri adalah yang no. 1 itu.

Aku pon ada perasan tak ramai blogger menulis pasal 31 Ogos ini.
Rata-rata mereka menulis 'diari'.
Atau mereka membincangkan perkara sensasi yang berlaku di negara ini.

Oh ya, malam ini aku rasa sunyi.
Selalu waktu malam-malam di bulan puasa agak 'sunyi' sedikit.
Tak ramai juga update blog pada waktu malam, mungkin kerana penat berterawikh.

Esok, hari Isnin kita semua masih bercuti merdeka.
Minggu depan cuma 4 hari saja kita berkerja/bersekolah.
Minggu depan yang lagi satu pon sama juga.
Haha, aku suka bila dapat cuti lama-lama.
Betul-betul boleh rehatkan badan yang bekerja macam mesin.

Mungkin sebab aku bukan IRONMAN yang betul.


Nota kaki:
Aku sudah tukar template baru. Aku suka template ini. Haha.

Saturday, August 22, 2009

71 [22 Ogos 2009]

Kadang-kadang aku perasan,
blog yang ada beratus-ratus follower,
tapi komen yang diberi di setiap entry tak sampai 40, 30 atau 10 pon.

Kenapa ya?

Pasal blog aku ini, aku memang faham kenapa segelintir sahaja yang setia memberi komen sebab aku sendiri tak datang ke blog kau dan membaca blog kau orang lagi.

Tapi aku sekarang semacam mahu menyiasat,
kenapa blog yang ada beratus follower tapi komen yang dia dapat tak sampai 50 pon?

Aku rasa mungkin follower itu prefer jadi silent reader.
Mereka anggap blog yang mereka follow itu seperti hiburan untuk mereka hiburkan diri terutamanya jika sedang stress.
Sekadar baca sahaja, itu sudah cukup bagi mereka.

Mungkin juga begitu, bukan?

Oh ya, selamat berpuasa kepada semua.
Aku rasa bulan puasa aku kali ini macam ada sesuatu yang baik-baik dan seronok akan berlaku.
Tak sabar mahu tunggu, haha.

Thursday, August 13, 2009

70 [13 Ogos 2009]

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
ramai orang akan lupa kepada kau.

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
makin ramai tak baca blog kau.

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
ramai orang akan un-follow kau.

Siapa kata aku tak perasan blog aku ini sudah berkurang pelawatnya.
Tapi salah aku juga bukan?

Siapa kata aku tak perasan ada saja yang un-follow blog aku mungkin kerana aku sudah jarang update blog atau cara penulisan aku tidak sepedas dulu.
Tapi itu bukan salah aku bukan?

Aku akan menulis selagi ada benda yang aku mahu tulis.
Cuma aku tiada masa sahaja.

Oh ya, agak-agak kalau aku mati nanti mesti tiada yang perasan sebab blog aku ini pon memang bukan selalu di-update pon. Haha.

Bila cakap pasal mati, aku ingat H1N1.
Ada kawan aku mati pasal penyakit itu.

Sekarang aku pakai mask kalau keluar pergi ke mana-mana.
Kan elok kalau aku berani pakai mask Iron Man.
Mesti ramai yang akan pandang aku banyak kali seperti mereka pandang aku ini macam David Beckham.
Tapi aku takut kalau ramai pandang aku banyak kali, aku akan perasan macam aku ini handsome sangat. Haha.

Tapi aku tak berani pakai mask Iron Man ke mana-mana.
Nanti polis ingat aku ini orang gila.

Saturday, July 25, 2009

69 [25 Julai 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku sibuk dengan kerja.
Jadi aku sudah tiada masa mahu melawat blog orang lain.
Tapi aku tetap mahu bagi komen di sini.

Macam kau orang sedar entry aku kebelakangan ini semuanya "Auto-Publish."
Ini gara-gara aku sibuk outstation sana sini bertambah lagi laptop aku sudah rosak.
Laptop yang aku pakai sekarang pon pinjam ofis punya jadi memang rasa bersalah guna harta benda ofis untuk urusan peribadi aku sendiri.

Mengeluh.

Aku rindu aku dahulu yang boleh blog-walking dan melihat mana-mana blog yang wujud di sekeliling aku.
Macam-macam karenah bloggers aku boleh lihat dari blognya.
Rindu pula.

Oh, dahulu aku selalu mengadap blog orang lain.
Sampaikan ada satu masa tiada siapa update blog mereka menyebabkan waktu itu aku rasa sunyi sekali.
Aku rasa macam semua orang sibuk dengan kehidupan di realiti dan meninggalkan kehidupan blogging.

Macam kelakar saja aku ini bukan?
Sampai mahu rasa kesunyian sebab tiada siapa yang update blog.
Haha, itulah padahnya kalau ketagih mahu baca blog orang lain saja sampai benda lain kau tak berminat untuk buat.

Selalu kalau aku rasa sunyi macam itu, aku masuk tidur saja.
Dan bila aku bangun dari tidur, ada blogger yang sudah update blog mereka.
Waktu itu aku rasa seronok sebab terasa 'mereka sudah kembali di blog'.
Haha, aku yang dulu memang macam budak-budak saja.

Aku cuma mahu kata kepada bloggers yang masih belajar,
harap-harap kau orang tidak selalu mengadap blog saja sampai pelajaran terabai.
Nanti jangan kau salahkan dunia blog sedangkan salah kau sendiri yang tak pandai kawal dan disiplinkan diri sendiri.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Sunday, July 5, 2009

Pertolongan


[Auto Publish Entry - aku semakin sibuk dengan kerja]

Kenapa setiap kali aku mahu minta tolong dari orang lain,
pertolongan itu tak dapat diberi?

Atau aku meminta bantuan dari orang yang salah?
Mungkin juga bukan?

Harap-harap lepas aku tolong orang itu,
dia tolong aku balik.
Barulah adil.

Sebab aku amalkan 'sistem barter' dalam hidup aku.

Maaf kepada semua.
Aku masih tak sempat singgah mana-mana blog lagi.
Hidup aku semakin tidak stabil.
Harap kau orang faham pasal itu.
Kalau tak mahu faham tak apalah.