Tak sangka hidup lagi blog aku ini. Aku juga tak sangka masih ada pengunjung untuk blog ini, tak kiralah pengunjung baru atau pun yang lama. Aku sangat berbesar hati dengan pengunjung yang ada.
Setelah 2 bulan aku tinggalkan blog ini, blog ini sudah semestinya masih kelihatan sama cuma dunia blog sudah tidak sama seperti 2 bulan lepas.
Bila aku melawat blog-blog otai yang aku selalu lawat dahulu, kelihatan 'bisa penulisan' mereka sudah tidak sekuat dulu. Penulisan mereka sekarang jenis santai-santai sahaja. Dalam 2 bulan ini tentu wujud blog-blog baru yang sudah dikira otai oleh blogger lain. Aku tak tahu pasal otai-otai baru di dunia blog sekarang ini. Kau orang tahukah? Jika ada yang tahu, silalah berkongsi dengan aku.
Aku juga perasan ramai blogger yang aktif berblogging dahulu pun sudah 'slow down' untuk meng-update blog. Mungkin mereka juga seperti aku, sibuk dengan hal sendiri. Tapi ada juga blogger yang masih aktif meng-update blog mereka seperti biasa kerana blogging itu suatu kewajipan bagi mereka yang tidak dapat dipisahkan.
Aku dahulu pun suka baca blog orang lain dan update blog ini tapi kerana 'time-consuming', aku akur dengan kesibukan aku dan mengalah untuk menjadi blogger yang aktif.
Update blog aku kali ini seperti kosong saja bukan? Tak apalah, aku cuma mahu 'hidupkan' blog aku ini yang seperti nyawa-nyawa ikan sahaja. Selamat aku masih ingat password blog aku ini, haha.
Baiklah, Februari bakal tiba dipenghujungnya, aku harap aku akan lebih rajin meng-update blog aku ini. Oh, adakah cara penulisan aku sudah berubah? Tiada lagi tulisan di tengah-tengah ya? Haha, suatu pembaharuan setelah lama menghilang.
Itu saja untuk update kali ini. Aku cuba mencari idea baru tentang blog.
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)