Saturday, December 19, 2009

Maaf Lama Tak Update


Tak sangka.
Hampir sebulan aku tak update blog ini.

Bila sudah masuk hujung bulan, kerja aku semakin bertimbun-timbun.
Kepala otak aku pon semakin serabut.
Tapi aku masih lagi jaga makan minum.
Mana boleh buat kerja dengan perut yang lapar.
Aku bunuh diri nanti, haha.

Oh ya, selamat Tahun Baru untuk umat Islam semuanya.
Azam tahun baru macam mana?
Aku rasa aku mahu cari bakal isteri.
Bosan pula duduk seorang diri di rumah.
Cemburu juga tengok rakan-rakan yang sudah beristeri.
Semuanya bahagia, aku sangat cemburu pada mereka.
Haha.

Oh ya, sekarang cuti sekolah bukan?
Cuti semester untuk pelajar universiti juga.
Aku cemburu pada kamu semua.
Ada cuti khas untuk kamu.
Aku?
Cuma tunggu cuti umum saja ataupon cuti sakit.

Aku rasa macam mahu berhenti kerja dan cari kerja baru.
Mahu nafas yang baru untuk hidup aku ini.
Tapi kena mula cari kerjalah kalau mahu buat sebegitu.
Bila pula tu?
Update blog pon susah, inikan mahu cari kerja baru.

Aku mampu mengeluh.
Apa-apa pon, selamat hujung minggu semua.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya


Selamat Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog ini.

Aku sudah berada di kampung petang tadi.
Rasa seronok berada di kampung.
Waktu maghrib pula dengar takbir raya, lagi buat aku seronok.

Harap-harap semua orang gembira di hari raya dan weekend ini.
Mari rehatkan otak.

Sekian.

Monday, November 16, 2009

77 & Si Gadis Itu [16 November 2009]


Maaf kepada pembaca blog ini.
Aku betul-betul busy sekarang.

Oh ya, pasal si gadis itu.
Terus-terang aku kata memang susah nak lupuskan perasaan aku kepada dia.
Aku memang sayang dia sangat-sangat.

Masa dia bergaduh dengan boyfriend dia pon, dia akan cari aku.
Aku pujuk dia dan cuba back-up boyfriend dia sedangkan aku boleh saja hasut dia untuk tinggalkan boyfriend dia itu.
Aku tak boleh buat macam tu.
Gadis itu terlalu sayangkan bf dia.
Gadis itu jika berenggang sehari dengan bf dia pon sudah rasa gelisah, inikan pula kalau berpisah dengan bf dia.
Aku tak sanggup lihat dia macam tu.

Jadi sekarang, aku cuma mampu anggap dia macam adik aku.
Aku kerap panggil dia 'adik'.
Lepas itu aku kata pada dia yang aku nak cari girlfriend.
Terkejut aku yang dia cemburu.
Haha, apa-apa saja gadis ini.
Dia sayang kepada siapa sebenarnya?

Baiklah, nantilah aku sambung cerita pasal gadis itu.
Aku nak cerita pasal blog.

Aku perasan di chatbox blog orang lain, mesti kata "You have a nice blog".
Sekali datang saja terus kata "nice blog" ya?
Ada dia baca kebanyakan entry kau?
Atau dia kata 'nice' kerana hiasan blog kau?

Aku percaya dia cuma puji pada hiasan saja.
Kalau ada yang puji blog aku cantik, aku suka.
Tapi rasa tak lengkap kalau dia tak puji penulisan aku.

Kau orang rasa macam mana?
Tapi entahlah kan?
Mungkin yang datang itu cuma mahu menyapa dengan cara yang baik.
Jadi dia pujilah sedemikian rupa.

Apa-apa pon ini cuma pendapat aku.
Pendapat orang lain mesti bertentangan dengan aku.
Tak apa, memang itu namanya manusia.

Tuesday, October 27, 2009

Si Gadis Itu


Cinta.
Kalau yang tidak layan pasal cinta, jangan baca entry ini.

Cinta bagi aku adalah sesuatu yang membahagiakan.
Cuma sekarang aku rasa sengsara.

Kenapa?

Kerana aku sayang kepada gadis yang cinta kepada lelaki lain.
Aku hanya cuma mampu jadi kawannya dan doakan dia happy dengan lelaki itu.

Sakit hati tengok dia gembira dengan kekasih hatinya walaupon dalam masa yang sama aku suka lihat dia gembira.

Bodohkah aku untuk teruskan rasa sayang ini kepada dia?
Susah untuk aku lupakan dia sebenarnya kerana semakin hari, semakin dalam rasa sayang ini kepada dia.

Aku pon bodoh dan penakut untuk luahkan rasa hati aku kepada dia.
Cuma aku tahu, aku akan dikecewakan kerana si dia sudah berikan hatinya kepada lelaki lain.

Tapi betullah, bunga tidak sekuntum.
Harap-harap aku dapat lupakan si dia dan berjumpa dengan gadis yang lebih baik dari dia.

Doakan aku ya?
Terima kasih.

Thursday, October 15, 2009

76 [15 Oktober 2009]

Maaf kerana sudah lama tidak update blog.
Setiap kali aku mahu tulis entry baru, mesti aku dapat assignment baru dari bos.
Sabar sajalah.

Oh ya, aku perasan follower blog ini semakin bertambah.
Terima kasih kerana follow blog aku yang sangat 'daif' ini.

Aku tak tahulah kenapa, blog-blog yang aku rasa hebat dan menarik sudah hilang 'taring'nya.
Aku semacam rasa bosan baca blog-blog itu.
Kadang-kadang aku rasa penulis blog itu pon macam sudah bosan berblogging.
Atau mungkin aku sendiri sudah bosan dengan blognya.
Mungkin aku perlu 'nafas' yang baru dari blogger yang ada di Malaysia ini.

Aku pon ada perasan, blogger yang otai pon macam dah jarang update blog.
Lagilah aku bosan untuk berada lama-lama di dunia blog ini.

Dulu-dulu sebelum aku jadi busy, aku boleh ambil masa berjam-jam untuk membaca semua blog yang wujud di Malaysia ini tapi sekarang tidak lagi.
Semasa aku mula busy, aku peruntukkan sejam untuk baca blog tapi sejak-sejak ini aku hanya ambil masa 30 minit saja.

Aku macam dah bosan nak baca blog orang lain.
Macam mana tu?
Mungkin aku perlu hilang lama-lama di dunia blog dan kembali semula.
Mungkin waktu itu baru aku dapat rasakan semula keseronokan dunia blog itu sendiri.
Haha, macam-macamlah aku ini.

Oh, Syawal semakin tinggalkan kita.
Harap ramai sudah selesai berpuasa enam.

Friday, October 2, 2009

75 [2 Oktober 2009]


Aku teringat aku ada baca blog seseorang dari awal.

Mula-mula dia kata blog dia itu pada awalnya dibuat 'private'.
Tapi selepas itu dia rasa 'tak meriah' pula sebab tiada respon dari sesiapa kerana yang membaca blognya ada si pemilik blog itu sendiri.
Sampai sekarang blog itu masih dibuka untuk umum.
Mungkin dia sendiri selesa untuk jadikan 'diari' nya untuk bacaan umum.

Tapi ada juga blog yang pada asalnya memang untuk bacaan umum tapi dibuat private.
Ini semua kerana 'kemeriahan' komen-komen yang si pemilik blog itu terima sangatlah tidak boleh diterima kerana bahasa sang pemberi komen sangat pedas dan tidak sopan.

Memang rasa tak best sebenarnya, blog yang kau suka baca tapi tiba-tiba dia buat 'private' atas sebab si anon yang suka beri komen yang entah apa-apa.
Aku sendiri pernah rasa tak best itu, memang tak best.
Sangat tak best tengok ada blog yang best di-private-kan.

Nanti aku nak baca blog siapa?

Kan elok aku ada kuasa yang pandai pujuk-pujuk orang untuk buat mereka tidak private-kan blog mereka itu.
Tapi aku tiada kuasa memujuk.
Iron Man dalam wayang tu ada kuasa memujuk kah?
Macam tak ada kan?
Macam aku jugalah, haha.

Nota ringkas:
Hari ini hari Jumaat, jadi sesiapa yang wajib menunaikan solat ini jangan lupa untuk tunaikannya.
Batalkan niat untuk berjumpa kekasih hati atau menonton wayang semasa waktu solat Jumaat.
Tuhan memang pasti benci kau nanti.

Tuesday, September 22, 2009

74 [22 September 2009]


Salam Aidilfitri.
Bila sudah masuk raya ketiga, baru nampak 'batang hidung' blogger lain di dunia blog.
Memang sunyi betul dunia blog bila bermulanya hari raya.

Aku kena masuk kerja Khamis ini tapi aku tak rasa sedih apa.
Dari hari raya pertama sampai esok aku akan raya puas-puas.
Hujung minggu nanti boleh sambung lagi, ye tak?

Musim kawan-kawan mahu berkahwin pon pada bulan Syawal ini juga.
Pasti meriah tengok gelagat kawan-kawan nanti.

Oh, aku seronok tengok gambar-gambar raya blogger lain.
Memang sangat meriah dan terasa gegak gempita kemeriahan mereka semua.
Dari yang kecil sampai ke tua berpakaian tema yang sama, comel saja aku tengok.
Oh, tema baju raya aku warna maroon.
Saja nak kecoh-kecoh di sini, haha.

Baiklah, ada makanan petang menunggu aku di dapur.
Aku berhenti menulis dahulu.

Untuk semua blogger Malaysia,
Selamat menyambut bulan Syawal dengan hati yang bersyukur.
Mulakan hari anda semua dengan jiwa yang ikhlas.

Salam aidifitri.

Sunday, September 6, 2009

73 [11 September 2009]

Oh. Aku ada perasan.
Ada blogger yang baru tahu kewujudan blog aku yang serba kekurangan ini sering bertanya, "Blog mana yang kau anti sangat ni?"

Haha.

Dulu-dulu aku ada anti satu blog ini.
Tapi sekarang aku tak anti lagi kepada blog itu.

Dulu aku tak suka blog itu sebab dia buat blog sekadar untuk menambah follower dan menjadi terkenal di dunia blog.
Bagi aku memanglah tak salah, cuma aku rasa 'annoyed' sebab aku rasa blog bukan tempat kau mahu kumpul pengikut atau mahu jadi popular.
Blog tempat kau luahkan pendapat atau luahkan rasa hati kau.
Itu fungsi blog bagi aku tapi mungkin bagi orang lain, lain pula pendapatnya.

Aku pon rasa sangat 'sakit mata' jika aku ternampak di mana-mana chatbox ada pesanan seperti, "Saya dah follow blog awak, awak pon mesti follow blog saya eh?" atau pon nada memerli, "Saya dah follow blog awak, awak tak nak follow blog saya jugak ke?"

Haha.

Aku rasa pasal "follow blog" ini macam prinsip "suka".
Agak-agak kepada si perempuan,
kalau ada lelaki kata kepada kau, "Saya suka awak, awak boleh tak suka kat saya juga?",
adakah si gadis akan kata, "Sebab awak suka saya, saya akan suka awak juga".

Oh, macam itu pon boleh ya?

Aku tak tahu tujuan kau suruh orang follow blog kau walaupon orang itu tidak kenal kau.
Tapi ini pendapat aku saja.
Aku pon tahu mesti ramai tak sependapat dengan aku.

Tak kisahlah kan, itu blog kau.
Suka hati kaulah nak uruskan macam mana.
Aku cuma bagi pendapat aku saja.

Monday, August 31, 2009

72 [31 Ogos 2009]

Salam merdeka untuk rakyat Malaysia.

Aku sekarang berada di rumah.
Tv sudah lama aku tutup sebab tak ada rancangan yang menarik.

Rasa tak macam meriah pula sambutan merdeka kali ini.

Mungkin sebab diselindungi dengan sambutan bulan Ramadhan?
Atau kebimbangan orang ramai tentang H1N1?
Atau ramai tak ambil kisah lagi pada kemerdekaan Malaysia?

Pendapat aku sendiri adalah yang no. 1 itu.

Aku pon ada perasan tak ramai blogger menulis pasal 31 Ogos ini.
Rata-rata mereka menulis 'diari'.
Atau mereka membincangkan perkara sensasi yang berlaku di negara ini.

Oh ya, malam ini aku rasa sunyi.
Selalu waktu malam-malam di bulan puasa agak 'sunyi' sedikit.
Tak ramai juga update blog pada waktu malam, mungkin kerana penat berterawikh.

Esok, hari Isnin kita semua masih bercuti merdeka.
Minggu depan cuma 4 hari saja kita berkerja/bersekolah.
Minggu depan yang lagi satu pon sama juga.
Haha, aku suka bila dapat cuti lama-lama.
Betul-betul boleh rehatkan badan yang bekerja macam mesin.

Mungkin sebab aku bukan IRONMAN yang betul.


Nota kaki:
Aku sudah tukar template baru. Aku suka template ini. Haha.

Saturday, August 22, 2009

71 [22 Ogos 2009]

Kadang-kadang aku perasan,
blog yang ada beratus-ratus follower,
tapi komen yang diberi di setiap entry tak sampai 40, 30 atau 10 pon.

Kenapa ya?

Pasal blog aku ini, aku memang faham kenapa segelintir sahaja yang setia memberi komen sebab aku sendiri tak datang ke blog kau dan membaca blog kau orang lagi.

Tapi aku sekarang semacam mahu menyiasat,
kenapa blog yang ada beratus follower tapi komen yang dia dapat tak sampai 50 pon?

Aku rasa mungkin follower itu prefer jadi silent reader.
Mereka anggap blog yang mereka follow itu seperti hiburan untuk mereka hiburkan diri terutamanya jika sedang stress.
Sekadar baca sahaja, itu sudah cukup bagi mereka.

Mungkin juga begitu, bukan?

Oh ya, selamat berpuasa kepada semua.
Aku rasa bulan puasa aku kali ini macam ada sesuatu yang baik-baik dan seronok akan berlaku.
Tak sabar mahu tunggu, haha.

Thursday, August 13, 2009

70 [13 Ogos 2009]

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
ramai orang akan lupa kepada kau.

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
makin ramai tak baca blog kau.

Ada orang kata,
kalau kau dah lama tak update blog,
ramai orang akan un-follow kau.

Siapa kata aku tak perasan blog aku ini sudah berkurang pelawatnya.
Tapi salah aku juga bukan?

Siapa kata aku tak perasan ada saja yang un-follow blog aku mungkin kerana aku sudah jarang update blog atau cara penulisan aku tidak sepedas dulu.
Tapi itu bukan salah aku bukan?

Aku akan menulis selagi ada benda yang aku mahu tulis.
Cuma aku tiada masa sahaja.

Oh ya, agak-agak kalau aku mati nanti mesti tiada yang perasan sebab blog aku ini pon memang bukan selalu di-update pon. Haha.

Bila cakap pasal mati, aku ingat H1N1.
Ada kawan aku mati pasal penyakit itu.

Sekarang aku pakai mask kalau keluar pergi ke mana-mana.
Kan elok kalau aku berani pakai mask Iron Man.
Mesti ramai yang akan pandang aku banyak kali seperti mereka pandang aku ini macam David Beckham.
Tapi aku takut kalau ramai pandang aku banyak kali, aku akan perasan macam aku ini handsome sangat. Haha.

Tapi aku tak berani pakai mask Iron Man ke mana-mana.
Nanti polis ingat aku ini orang gila.

Saturday, July 25, 2009

69 [25 Julai 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku sibuk dengan kerja.
Jadi aku sudah tiada masa mahu melawat blog orang lain.
Tapi aku tetap mahu bagi komen di sini.

Macam kau orang sedar entry aku kebelakangan ini semuanya "Auto-Publish."
Ini gara-gara aku sibuk outstation sana sini bertambah lagi laptop aku sudah rosak.
Laptop yang aku pakai sekarang pon pinjam ofis punya jadi memang rasa bersalah guna harta benda ofis untuk urusan peribadi aku sendiri.

Mengeluh.

Aku rindu aku dahulu yang boleh blog-walking dan melihat mana-mana blog yang wujud di sekeliling aku.
Macam-macam karenah bloggers aku boleh lihat dari blognya.
Rindu pula.

Oh, dahulu aku selalu mengadap blog orang lain.
Sampaikan ada satu masa tiada siapa update blog mereka menyebabkan waktu itu aku rasa sunyi sekali.
Aku rasa macam semua orang sibuk dengan kehidupan di realiti dan meninggalkan kehidupan blogging.

Macam kelakar saja aku ini bukan?
Sampai mahu rasa kesunyian sebab tiada siapa yang update blog.
Haha, itulah padahnya kalau ketagih mahu baca blog orang lain saja sampai benda lain kau tak berminat untuk buat.

Selalu kalau aku rasa sunyi macam itu, aku masuk tidur saja.
Dan bila aku bangun dari tidur, ada blogger yang sudah update blog mereka.
Waktu itu aku rasa seronok sebab terasa 'mereka sudah kembali di blog'.
Haha, aku yang dulu memang macam budak-budak saja.

Aku cuma mahu kata kepada bloggers yang masih belajar,
harap-harap kau orang tidak selalu mengadap blog saja sampai pelajaran terabai.
Nanti jangan kau salahkan dunia blog sedangkan salah kau sendiri yang tak pandai kawal dan disiplinkan diri sendiri.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Tuesday, July 14, 2009

68 [14 Julai 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Ada orang mengadu kat aku,
dia ada tinggalkan komen kat blog aku tapi sebab sekarang aku langsung tak membalas komen-komen semua orang,
jadi dia tidak datang singgah lagi ke blog aku.

Aku cuma mampu tersenyum dalam hati.

Kes yang lain.

Ada kawan blog aku mengadu.
Dia ada komen untuk satu entry di sesebuah blog ini (bukan blog aku).
Tapi komen dia tidak dibalas oleh tuan blog itu.
Kemudian selepas 2-3 entry, komen dia masih tidak dibalas sedangkan dia perasan komen orang lain tuan blog itu balas pula.
Disebabkan itu, dia sudah menyampah mahu melawat blog itu lagi.

Dia tanya aku, "Aku kejam tak bro?"
Aku jawab, "Tak, dia lagi kejam sebab memlih orang untuk membalas komen"

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Sunday, July 5, 2009

Pertolongan


[Auto Publish Entry - aku semakin sibuk dengan kerja]

Kenapa setiap kali aku mahu minta tolong dari orang lain,
pertolongan itu tak dapat diberi?

Atau aku meminta bantuan dari orang yang salah?
Mungkin juga bukan?

Harap-harap lepas aku tolong orang itu,
dia tolong aku balik.
Barulah adil.

Sebab aku amalkan 'sistem barter' dalam hidup aku.

Maaf kepada semua.
Aku masih tak sempat singgah mana-mana blog lagi.
Hidup aku semakin tidak stabil.
Harap kau orang faham pasal itu.
Kalau tak mahu faham tak apalah.

Sunday, June 28, 2009

67 [28 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku sudah lama perasan ada suatu gadget ini di blog.
Macam bagus juga gadget ini.

Dulu-dulu jika kau mahu berkomunikasi dengan orang lain di dunia blog,
kau letak chatbox di blog kau,
Tak kiralah chatbox jenis apa pon, fungsinya sama saja bagi aku.

Jika kau betul-betul sudah rapat dengan seseorang,
mulalah kau berbual dengan dia menggunakan chatbox masing-masing.
Sebelum ini aku sudah buat entry mengenai chatbox, sesiapa yang rajin boleh cari balik entry tersebut.

Tapi dengan menggunakan gadget terbaru dari blog dan YM,
kau orang boleh letak YM-Pingbox di blog masing-masing dan nyata fungsinya sama juga, untuk kau berbual dengan rakan-rakan blog.

Kawan blog aku ada cerita pada aku yang dia lebih suka berbual menggunakan YM-Pingbox ini kerana isi perbualan kau dengan orang lain tidak terdedah kepada orang lain, kalau dibandingkan kau berborak di chatbox biasa.
Betul juga kata dia itu.

YM ini juga, mesej yang kau mahu sampaikan pada penerima juga lebih cepat dan tepat sebab kau boleh pakai emoticon yang ada macam di dalam YM.
Kiranya, bagus juga gadget ini bukan?

Tapi kawan aku ini pon ada beritahu kelemahan gadget ini.
Jika kau letak gadget ini di blog, maka sesiapa saja boleh 'berchatting' dengan kau.
Tapi masalahnya kau tak tahu dengan siapa yang kau berbual.
Mungkin orang itu adalah orang yang kau langsung tak kenal dan dia mulalah mengacau kau dengan soalan-soalan macam "Dah makan?" atau apa-apa sajalah ayat untuk mengurat kau, haha.

Ada juga yang menggunakan gadget ini untuk mengusik kawan-kawan sendiri dengan menyamar menjadi orang lain.
Haha, aku ada terbaca di beberapa blog dimana kawan-kawan dia 'prank' kawan sendiri.
Haha, aku tergelak saja membaca entry tersebut.

Jadi, ada sesiapa yang menggunakan gadget ini menyukainya atau sudah fobia dengan gadget ini dan kau sudah remove-kan dari blog kau?
Aku mahu saja letak gadget itu di blog tapi nanti sakit hati pula kalau ramai tengok aku asyik offline saja, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, June 20, 2009

66 [20 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku ada perasan satu blog ini.
Mula-mula aku boleh tahan lagi penulisan dia.
Tapi lama-lama aku dah tak boleh tahan lagi jadi aku berhenti untuk baca blog dia.

Bagaimana penulisan dia?
Penulisan dia itu penuh dengan bahasa yang melebih-lebih dan aku rasa macam dia tipu pembacanya.
Aku pon tak tahu dia tipu atau tidak.

Aku pula pengecut mahu tanya samada apa yang dia tulis itu betul atau tidak.
Aku tak nak pula serang blog dia tanpa ada adab dan puas juga aku mencari bahasa yang akan buat dia tak terasa hati dengan teguran aku.

Tapi bila puas aku fikir-fikir, langsung tak terfikir apa-apa.
Last-last, aku berhenti dari baca blog dia.

Aku pernah katakan sebelum ini,
kalau diri sendiri rasa sakit hati mahu baca blog orang itu,
janganlah datang blog dia lagi.

Maksud aku ayat dia yang melebih-lebih itu adalah macam ini,

"Bila si dia berikan aku hadiah hari jadi aku itu, teruslah aku menari seperti tarian waltz di restauran itu walaupon ada mata yang memandang dan jelas tak suka perbuatan aku itu"

Macam tipu saja dia mahu buat benda itu.
Sudah banyak kali dia tulis benda-benda yang melebih-lebih ini.
Bagi aku macam 'drama' saja.
Jadi sebab aku tak mahu sakit hati baik aku berhenti dari baca blog dia, bukan begitu?

Harap-harap ada orang tegur dia sebab aku boleh rasa ramai orang akan naik muak dengan penulisan dia yang macam itu.
Aku memang tak boleh tegur sebab aku takut aku guna bahasa kasar.
Itu sahaja.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin dia hanya menggunakan bahasa puitis untuk menggambarkan perasaan dia pada waktu itu.
Aku rasa tahap puitis dia itu memang macam tak masuk akal sangat.
Atau aku ini saja yang bukan jenis berpuitis?
Mungkin juga.

Tengoklah, nanti aku akan tegur juga cara dia menulis itu.
Aku masih mencari gaya dan bahasa yang sesuai untuk menegur dia.
Mungkin aku akan pakai ayat, "Betul ke kau buat macam itu bila bla bla bla?"
Sopan tak ayat itu?
Harap-harap sopan, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, June 12, 2009

65 [12 Jun 2009]



Makin kuat rasa bersalah aku pada followers blog ini.
Aku janji mahu lawat blog dia orang tapi aku tak buat pon.
Blog ini pon semakin lama semakin aku jarang sentuh.

Baiklah, perenggan atas adalah perasaan aku buat masa ini.
Aku mahu cakap sesuatu di sini.
Sudah lama aku mahu tulis tapi selalu terlupa atau sibuk.

Kepada bloggers yang suka tulis entry yang panjang macam aku,
mesti kau orang enjoy untuk menulis sebab itu kau orang suka tulis panjang-panjang macam aku ini.
Dan kau akan rasa terharu jika ada yang baca entry panjang kau itu sampai habis.
Siap bagi komen lagi.

Tapi, ada juga kelemahan tulis entry yang panjang ini.

Aku ada perasan ada sesetengah blogger yang tak baca pon entry yang panjang berjela itu tapi masih mahu bagi komen.
Komen dia itu pon bukan pasal entry kau, tapi pasal tajuk entry kau atau pon dia bagi komen pasal gambar di entry yang panjang itu saja.

Sebab apa dia mahu bagi komen walaupon tak baca entry kau?
Samada dia suka kawan dengan kau atau pon dia mahu tunjuk dia ini adalah pemberi komen yang setia di blog kau.
Jadi dia mahu kau sayang dia lebih.

Haha, ayat terakhir itu memang komen peribadi aku.

Pernah kau orang mengalami situasi itu?

Ada kawan blog aku pernah tapi diamkan saja.
Sebab dia pon tak boleh paksa orang lain baca entry dia yang panjang berjela itu.
Sebab bagi dia menulis itu memang akan beri suatu kepuasan.
Ya, memang menulis memberi suatu kepuasan.
Tetapi cuma akan sakit hati orang lain bagi komen tapi bukan pasal entry kita tapi pasal benda lain.

Tapi mungkin kau orang pon bukan jenis ambil kisah sangat pasal ini bukan?
Asalkan masih ada yang mahu bagi komen, bagi kau itu sudah cukup.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, June 4, 2009

64 - Entri Yang Bercampur Motif [4 Jun 2009]

Maaflah kepada semua.
Aku semakin lama semakin jarang update.
Bukan sebab kerja saja, tapi sebab laptop aku buat hal.

Setiap kali aku mahu buka blog, masa itulah laptop aku tertutup sendiri.
Tertutup sebab samada battery dah 0 atau virus datang singgah laptop aku ini.

Bila kau sudah ada idea mahu update blog tapi bila masalah kecil yang menyusahkan ini datang,
mood kau yang berkobar mahu update blog tadi boleh jadi hilang.
Jadi menyampah pon ada.

Mesti kau orang pernah merasai pengalaman aku ini bukan?

Bagi yang belum, kau orang memang bertuah.
Bagi yang pernah, jangan rasa menyampah atau mahu menyumpah seranah mahu update blog.
Teruskan berblogging samada dengan kau pinjam laptop kawan atau pergi ke cc.
Tapi kalau lama-lama buat begini, memang tak best juga.

Ada kawan blog aku dah lama tak update blog sebab dia jatuh sakit.
Mungkin itu juga sebab orang lain jarang update blog macam aku.
Mungkin juga bukan?

Bila masa pula aku mahu format laptop aku ini?
Kerja semakin banyak.
Blog pula sudah jarang update.
Pening kepala aku.
Baik aku tengok tv, makan dan tidur. Haha.

Oh ya, komen kau orang pasal blog yang popular itu aku belum baca lagi secara teliti sebenarnya.
Aku lihat sudah ada 22 komen dan kebanyakan dari komen itu baru aku tau masih banyak lagi blog yang aku belum melawat.
Aku pon masih baru lagi dengan blog ini tapi berlagak macam sudah tahu semua, haha.

Aku betul-betul terharu dan berterima kasih sebab kau orang tidak kedekut mahu berkongsi blog yang best dengan aku.

Untuk followers blog ini,
aku akan singgah blog kau orang bila aku free.
Bagi yang baru follow blog ini, terima kasih banyak-banyak.
Link blog kau orang akan aku tambahkan ke dalam senarai blog yang bakal aku akan lawat nanti.

Semasa hujung minggu nanti, aku cuba untuk lawat blog kau orang semua.
Jangan terkejut pula tengok komen aku nanti ya?
Haha.

Selamat hari Khamis untuk semua.
Hujung minggu hampir tiba, aku sangat suka..haha.

Tuesday, May 19, 2009

63 [19 Mei 2009]


Aku sibuk tapi aku sempat curi-curi masa buka blog.
Tapi entry kali ini pendek sebab aku sibuk, haha.

Aku mahu tahu dari kau orang semua yang sudah ada blog
(terutamanya kau orang yang sudah kenal dunia blog lebih lama dari aku),
blog mana yang popular sekarang ya?
Blog yang popular sebab penulisan tuan punya blog itu menarik, kelakar atau apa-apa sahaja yang buat kau pon suka pada blog yang popular itu.
Boleh bagitahu pada aku?

Harap tiada siapa yang 'kedekut' atau 'sombong' mahu seorang diri saja tahu pasal blog itu.
Berkongsi dengan aku ya?
Terima kasih banyak-banyak.


Tuesday, May 12, 2009

62 [12 Mei 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu cakap fungsi 'comment'.
Kau orang pon tahu fungsi bahagian itu bukan?
Jika rasa mahu betulkan penulisan si penulis blog, di situlah kau beritahu pada dia bukan?

Bagaimana jika ada orang yang tidak puas hati dengan penulisan kau tapi dia sendiri tidak mahu luahkan rasa ketidak-puas-hatian dia itu di bahagian komen tapi sebaliknya dia luahkan di blognya?
Apa yang kau rasa?

Di blog dia itulah, dia kutuk penulisan kau habis-habisan.
Kadang-kadang kau rasa dia buat blog semacam mahu kutuk penulisan blog kau sahaja.
Pernah kau berada dalam situasi ini?
Aku pernah tapi itu dahulu.

Aku cakap ini pon sebab aku perhatikan blog-blog yang aku pernah melawat.
Dan aku perasan jika ada orang lain tidak puas hati dengan blog yang lagi satu,
habislah dia caci-maki blog yang lagi satu itu di blognya.

Aku pelik, kalau kau tidak puas hati dengan penulisan blog orang itu,
kenapa mahu caci-maki dia di blog kau?
Kenapa kau tidak luahkan rasa tidak puas hati kau kepada tuan punya blog di entry blognya itu?

Misal kata kau tidak puas hati sebab kau rasa blogger itu semacam mahu berlagak dengan rumah dia yang besar ataupon sebagainya,
habislah kau kutuk blogger itu di blog kau sendiri.
Kawan-kawan kau yang benci blog itu pon turut serta mengutuk blog itu di bahagian komen entry kau.
Aku rasa macam kelakar.

Kalau kau tidak puas hati dan kau tak mahu blogger itu bersifat berlagak dan menunjuk-nunjuk, kenapa kau tidak mahu menegur perbuatan blogger itu di blognya sendiri DENGAN MENGGUNAKAN IDENTITI KAU, BUKAN MENGGUNAKAN STATUS ANON?
Jangan jadi penakut jika mahu menegur dan jika kau mahu menegur, cuba tegur dengan cara baik.
Jangan pula kau terus serang dia.

Kita orang Malaysia, penuh dengan adab sopan, jangan kau jatuhkan maruah kau dengan serang blog orang lain yang kau tidak suka dengan membabi buta.

Oh ya, aku pelik juga.
Kalau kau tidak suka kepada blog itu tapi kenapa kau masih melawat blog orang itu?
Kau sengaja mahu rasa sakit hati?
Haha, aku rasa kelakar dengan orang sebegitu.
Kalau tidak mahu rasa sakit hati dengan penulisan blog orang itu, janganlah buka blog dia lagi.
Tapi ada juga yang masih buka kemudian kau pon terus kutuk blog itu di blog kau.
Buang masa kau sendiri lah!

Aku rasa orang yang sebegitu masih belum matang dalam dunia blog atau masih belum matang mahu terima yang tidak semua orang berfikiran macam kita.
Kita perlu tahu, di blog kita sendiri kita boleh tulis macam-macam tapi jika kau asyik pertikaikan penulisan blog seseorang, kau memang membuangkan masa kau itu.
Habislah dunia ini jika mahu ikut telunjuk kau saja.
Haha, sekali lagi aku rasa kelakar.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, May 8, 2009

61-sambungan [8 Mei 2009]


Ah, aku sibuk.
Sibuk setiap masa.
Mesti ramai sudah muak dengan kesibukan aku.

Abaikan perenggan yang atas, mari baca pendapat aku pasal twitter.
Minggu lepas aku mahu cakap pasal ini bukan?

Terima kasih pada Amie, Milimilo, Azfarul, Ubey, Farah Liyana, Anis dan Tulang Ikan Kewl atas respon kau orang pada entry sebelum ini.

Twitter ini kadang-kadang aku rasa macam mini blog sebab kau betul-betul tulis apa yang kau buat pada waktu itu.
Misal kata, "Esok hari Sabtu bolehlah aku berehat secukupnya..cantik!".
Ayat itu contoh saja, aku yang buat sendiri-sendiri kalau aku ada twitter. Haha.

Ada juga yang kata dia lebih rajin update twitter-nya dari blog dia sendiri.
Sebab apa?

Mungkin sebab ini.

Twitter tu cuma hadkan kau dengan beberapa patah perkataan.
Jadi kau gunakan sepenuhnya untuk tulis pasal apa yang kau mahu tulis.
Sebab itu twitter semuanya pendek-pendek saja.
Agak-agaknya sebab itu ramai suka update twitter dari update blognya.

Aku rasa twitter itulah asas kepada blog.
Kau mahu tulis apa yang kau sudah, sedang atau mahu buat.
Di blog kau tulis benda-benda yang panjang berjela, macam penulisan aku sekarang ini. Haha.

Ada orang minta aku buat twitter, aku macam mahu buat tapi aku takut twitter aku saja yang berupdate tapi bukan blog ini. Haha.
Kadang-kadang seronok juga aku baca twitter orang lain, tak tahu sebab apa.
Twitter itu cuma pendek-pendek saja, semacam diari kau versi pendek.
Seronok juga aku baca.

Oh, anggap saja perenggan yang ini semaca kau baca status twitter aku.
"Esok Sabtu, aku tak sabar betul. Mahu tidur sepuas-puasnya dan malam esok boleh keluar bersama-sama dengan kawan-kawan. Seronok!"

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, May 1, 2009

61 [1 Mei 2009]


Mungkin ini entry paling pendek aku pernah tulis.
Tapi aku kena update juga blog ini, sudah bersawang blog ini sekarang.
Tidak begitu? Haha.

Dejavu bukan?
Terpaksa juga, aku semakin busy.

Dari dahulu lagi aku dengar orang lain main "tweet" di sana sini.
Haha, aku maksudkan TWITTER.
Pasti kau orang selalu saja dengarkan?
Kalau kau orang mahu kongsikan ilmu pasal dunia twitter ini dengan aku, tinggalkan saja komen ya?
Aku pon akan berkongsi pendapat aku dengan kau orang bila aku sudah ada masa untuk update blog ini lagi.

Sekali lagi, aku mahu setiap hari adalah hari ahad. Haha.

Saturday, April 25, 2009

60 - sambungan [25 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Haha, akhirnya aku 'tiada kerja' pada malam ini.
Jadi bolehlah aku update blog.
Aku rasa blog ini pon sudah semakin bosan dan bosan.
Mungkin ramai yang menyedarinya, jadi harap maaf.
Kesibukan kerja membuatkan hasil penulisan aku agak membosankan kerana bahasa aku yang 'tajam' sudah lama tidak diasah.

Baiklah, entry ini adalah sambungan pada entry yang lepas.
Aku kata aku takut pada silent reader, tidak begitu?
Aku pon cakap aku tidak suka pada mereka, bukan?
Haha, aku akan beritahu apa sebabnya.

Walaupon mereka silent reader, tapi aku dapat kesan mereka itu dengan kehadiran gadget dari "freeonlineusers.com".
Bila aku lawat blog aku ini, aku akan lihat 3-4 orang sedang membaca blog aku termasuk aku sendiri.
Bila aku check semula blog aku, 'silent reader' itu sudah beredar dari blog aku dan paling sedih sekali mereka tidak meninggalkan sebarang komen di entry atau pun di chatbox aku.

Aku pernah cakap sebelum ini yang aku amat sukakan respon dari kau orang semua tentang apa yang aku sudah tulis.
Tapi silent reader lah yang buat aku sedih,
jadi bukan bermaksud aku tidak sukakan mereka cuma aku lebih suka jika mereka bertukar menjadi 'active reader' dengan rajin meninggalkan komen.
Tapi itu hak mereka juga bukan?
Hak untuk menjadi silent reader sahaja.
Aku pon tidak boleh paksa kepada mana-mana blogger untuk meninggalkan komen di blog aku.

Oh ya, kenapa aku takut pada mereka pula?
Masakan tidak, mereka membaca blog aku tanpa meninggalkan respon jadi aku tidak tahu samada apa yang aku tulis itu membuatkan mereka berasa suka atau benci pada penulisan aku.
Mana tahu, mereka akan kutuk aku di blog mereka atas alasan aku dan dia tidak sependapat.
Sebab itu aku suka pada respon jadi kita sama-sama boleh mendengar pendapat masing-masing,
kau rasa sebegitu juga, bukan?

Aku pon takut pada silent reader sebab mana tahu ada antara mereka yang plagiarize hasil penulisan aku ini.
Selalunya orang yang melakukan aktiviti plagiarism ini adalah dari pihak silent reader.
Aku bercakap sebegini sebab aku perasan ramai kawan-kawan blog aku sudah menjadi mangsa plagiarism dari silent reader mereka.
Oh ya, jika ada sesiapa yang tahu ada aktiviti plagiarism ini, cepat-cepatlah 'meng-kantoi-kan' perbuatan orang itu ya?
Tak tahu malu betul mahu meniru hasil idea orang lain.

Oh, aku pon mahu reply komen kau orang dari entry lepas di entry ini.
Memang pelik aku buat sebegitu, mahu reply komen orang lain di entry tapi disebabkan aku betul-betul hargai repon kau orang, disebabkan itu aku mahu buat begitu.
Harap kau orang faham.

Amanina Yusof, Anis Mohd dan Aryn..
Kau orang bertiga memang tidak kisah pada silent reader ya?
Baguslah kau orang ini.
Tapi betul juga kata-kata kau orang itu,
selagi mereka hormat pada kau dan blog kau, jadi apa salahnya mereka kekal menjadi silent reader bukan?
Haha, aku baru faham sedikit.

Tijah dan Fera..
Kau orang berdua tidak takut pada silent reader tapi takut pada 'Anon' atau 'Guest' ya?
Haha, kita lebih kurang sama juga rupanya cuma aku takut pada kedua-dua jenis pembaca itu lebih-lebih lagi jika mereka tiba-tiba attack blog kita, tidak begitu?
Kalau ada orang mahu cari gaduh dengan aku dengan status 'Guest', aku biarkan saja.
Malas mahu fikir banyak-banyak untuk puaskan kehendak dia.
Nama pon blog kita sendiri, jadi puaskanlah hati sendiri di blog sendiri, tidak begitu? Haha.

Penjenayah.Merah.Jambu,
betul juga kata-kata kau itu; mereka boleh jadi pembaca senyap yang menakutkan ataupon 'lovely', haha.
Oh, ada kawan kau pernah menyamar jadi 'Anon' ya?
Haha, nakal sungguh kawan kau itu.
Memang pening kepala kita jika mahu layan Si Anon, jadi lain kali biarkan saja mereka itu.

Youjie dan Tulang_Ikan_Kewl..
Kau orang berdua ok/suka saja pada silent reader?
Kenapa ya?
Adakah sebab kau sendiri pon silent reader juga ya?
Sebab itu kau memahami mereka si Silent Reader itu? Haha.

Serunaiklang_91,
kau silent reader untuk kebanyakan blog termasuk blog aku juga kah?
Haha, comel pula 'statement' kau itu.

Yatie_Chomeyl,
betul kata kau, dengan ada statistic visitor itulah yang buat aku rasa 'semacam' dengan kehadiran silent reader.
Adakah itu bermaksud aku kena buang gadget itu?
Mungkin juga bukan? Haha.
Oh, kau pon sependapat dengan aku bahasawanya mendapat respon dari orang lain memang sesuatu yang 'syok'. Haha.

Revrie,
ada gadget yang boleh tambah duit kita dengan bertambahnya 'statistic visitor' kita ya?
Boleh aku tahu macam mana mahu buat sebegitu rupa?
Aku ingatkan jika kita klik pada 'Nuffnang' saja baru dapat tambah duit,
boleh juga dengan cara lain ya?
Baru aku tahu, haha.

Ah, sudah rasa puas sebab aku dapat update juga blog ini.
Harap-harap lepas ini aku tidak begitu sibuk sampaikan mahu balas komen kau orang pon aku tidak mampu.
Maafkan aku ya?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, April 23, 2009

60 [23 April 2009]

Mungkin ini entry paling pendek aku pernah tulis.
Tapi aku kena update juga blog ini, sudah bersawang blog ini sekarang.
Tidak begitu? Haha.

Aku mahu tanya kau orang, kau suka tak silent reader?
Aku tak suka malah aku takut dengan silent reader.
Nak tahu sebab apa?
Nanti aku bagitahu kenapa bila aku ada waktu free.
Sekarang aku semakin busy sampaikan aku mahu setiap hari adalah hari ahad. Haha.

Saturday, April 18, 2009

Komen Kau Orang Semua Pada Entry 58 Yang Aku Mahu Balas

Kepada pembaca setia blog aku ini,
entry kali ini bukan pasal blog orang lain tapi pasal blog aku sendiri.
Aku rasa aku semakin sibuk dengan kerja jadi aku tiada masa untuk balas komen kau orang untuk entry-entry yang lepas.
Maafkan aku.

Disebabkan aku hargai komen kau orang itu, aku mahu balas di entry ini,
bukan di bahagian komen.

Baiklah, untuk entry 58 mengenai kau berjumpa dengan kawan-kawan blog di dunia realiti bukan secara terserempak tapi sudah dirancang dari awal.
Ingat lagi?

Fera, Youjie, ファラ dan Penjenayah Merah Jambu..
Mungkin kau orang belum cuba mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog yang kau orang rapat jadi kau orang pon terus kata "tak payah jumpa pon tak apa".
Tapi aku mana boleh paksa kau orang untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog kan?
Ikut kerelaan hati kau orang juga.
Mungkin suatu hari nanti bila kau orang sudah berjumpa dengan kawan-kawan blog bukan secara kebetulan tetapi sudah berjanji mahu berjumpa,
jangan lupa beritahu pada aku ya?
Aku mahu tahu pengalaman kau orang itu dan aku harap ianya adalah pengalaman yang sangat manis.

This Is Mine, Fafarafa dan Farah Liyana..
Kau orang pernah berjanji mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog bukan?
Aku anggap kau orang gembira bila berjumpa dengan mereka.
Aku harap kegembiraan itu sama seperti kegembiraan yang aku rasai semasa aku membaca blog-blog orang yang menceritakan pengalaman mereka semasa mereka berjumpa dengan kawan-kawan blog lain.
Jadi macam mana sekarang, kau orang mahu berjumpa dengan mereka lagikah?
Mesti perjumpaan yang seterusnya akan jadi lebih seronok.

Fezal Mohd, Corey, Pikok dan Juice..
Kau orang pula belum lagi berjumpa dengan kawan-kawan blog tapi keinginan itu sudah ada, bukan begitu?
Aku harap kau orang akan ada peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog sendiri dan aku harap perjumpaan kau orang itu betul-betul menggembirakan.

Aku macam kau orang juga, mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog tapi mungkin bukan sekarang.
Mungkin lebih tepat jika aku cakap aku belum bersedia lagi tetapi keinginan untuk berjumpa kawan-kawan blog itu sangatlah kuat.
Cuma aku belum ada kawan-kawan blog yang rapat lagi, kenal macam biasa saja.
Mungkin dalam setahun-dua aku akan berjumpa dengan kawan-kawan blog yang betul-betul rapat dengan aku.

Aisyah Sinclair,
kau pernah terserempak dengan kawan blog kau, jadi apa perasaan kau ketika itu?
Kau terkejut dan gembira atau tiba-tiba jadi malu untuk menegur si dia?
Mahu juga aku tahu pengalaman kau apabila terserempak dengan kawan blog kau itu.

Anis,
kau belum mahu cuba untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog kau ya?

Luqman,
aku akan jawab tag kau itu.
Aku mahu komen kau pasal isu ini, boleh?

Faryn,
aku setuju dengan pendapat kau itu.
Kalau kita betul-betul ikhlas dan suka berkawan dengan seseorang melalui blog,
tentu tiada masalah mahu berjumpa dengan mereka dan tiada masalah untuk berjumpa dengan kerap.
Tentu seronok kan?
Oh ya, kau pernah berjanji mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog kau kah?
Kalau pernah, ceritakanlah pengalaman kau itu pada aku, boleh?

Baiklah, aku sudah habis membalas komen kau orang semua.
Untuk entry 59 pula, aku cuba reply selepas entry ini.
Bersabar ya?

Apa-apa pon, ini blog aku dan suka hatilah aku nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Haha, aku pakai ayat itu untuk diri sendiri.
Jangan marah, haha.

Komen Kau Orang Semua Pada Entry 57 Yang Aku Mahu Balas

Kepada pembaca setia blog aku ini,
entry kali ini bukan pasal blog orang lain tapi pasal blog aku sendiri.
Aku rasa aku semakin sibuk dengan kerja jadi aku tiada masa untuk balas komen kau orang untuk entry-entry yang lepas.
Maafkan aku.

Disebabkan aku hargai komen kau orang itu, aku mahu balas di entry ini,
bukan di bahagian komen.

Baiklah, untuk entry 57 mengenai kau baca blog seseorang dari mula.
Ingat lagi?

Macam biasa aku tahu tak semua orang baca blog orang lain dari mula tapi ada juga yang akan baca blog orang lain dari mulakan?

Anis, Azuan, Fera dan Julia..
Kau orang tak pernah membaca blog seseorang itu dari mula ya?
Pernah kau orang tergerak hati mahu berbuat sedemikian?
Mungkin bukan sekarang tapi mungkin bila kau orang tergerak hati untuk berbuat begitu, aku betul-betul mengalu-alukan sebab 'aktiviti' ini memang sangat seronok.
Cuma kau perlu bersabar untuk habiskan pembacaan kau orang itu, itu saja.

Tijah, Una, Azfarul, ファラ , Youjie, Farah Liyana, Aryn, Anak Jaini, Milimilo, Penjenayah Merah Jambu, Nisay, Akmar Anuar, Pikok, Y(a)ppie, Tulang Ikan Kewl, Yatie Chomeyl, Ridhuan dan Corey..
Terima kasih kerana memahami penulisan aku kerana kau orang pon macam aku, pernah baca blog orang lain dari mula.
Memang seronok kan? Haha, aku betul-betul rasa seronok.
Tapi sekarang aku semakin sibuk jadi aktiviti itu jadi angan-angan saja sekarang.

Wanhamery,
semoga kata-kata kau itu jadi suatu doa untuk aku dan orang lain.

Sesuki XD,
betul juga kata-kata kau itu.
Aku suka baca blog dia sebab aku suka dia tapi bukan suka yang terarah kepada 'cinta', itu bukan.
Aku suka dia sebab dia unik.
Aku suka baca blog dia pon mungkin juga sebab aku ingin tahu adakah dia jujur dalam blog atau dia cuma menipu gaya hidup dia itu. Tapi setakat ni, dia berlaku jujur.

Baiklah, aku sudah habis membalas komen kau orang semua.
Untuk entry 58 pula, aku cuba reply selepas entry ini.
Bersabar ya?

Apa-apa pon, ini blog aku dan suka hatilah aku nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Haha, aku pakai ayat itu untuk diri sendiri.
Jangan marah, haha.

Wednesday, April 15, 2009

59 [15 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku rasa blog seperti medium untuk kita luahkan apa yang kita tak mampu luahkan di mulut.
Pernah kau orang merasakan situasi sebegitu?

Misal kata kau mahu katakan kau sayang pada kawan-kawan kau cuma kau tak mampu luahkan di mulut sebab kau rasa segan.
Jadi di bloglah sasaran utama untuk kau luahkan rasa sayang kau pada kawan-kawan walaupon mereka tidak baca blog kau.
Bayangkan kalau mereka baca, tentu mereka rasa terharu dan gembira.
Atau mungkin mereka akan gelakkan kau sebab merasakan kau 'poyo'.

Misal kata kau mahu luahkan rasa kemarahan kau pada seseorang yang kau tak kenali yang menyusahkan kau dan orang lain di sesuatu tempat,
tentu kau tak mampu luahkan pada orang yang sudah menyakitkan hati kau itu.
Macam orang gila pula kalau mahu jerit pada dia supaya berhenti membuat kelakuan sedemikian, jadi di bloglah kau luahkan rasa amarah kau itu.

Atau mungkin juga, bila kau rasa sedih dan kau tidak mahu kongsikan pada orang lain, kau hanya mampu 'mengadu' pada blog kau.
Tapi kalau kawan-kawan kau baca, pasti mereka rasa sedih sebab kau tidak mahu berkongsi masalah itu dengan mereka.
Aku faham, kadang-kadang tak semua masalah kita boleh kongsikan dengan orang lain, tidak begitu?

Tapi kadang-kadang tak semua benda kita boleh luahkan di blog kerana mungkin ORANG LAIN akan mempunyai salah anggapan tentang luahan kita itu.
Bila ORANG LAIN ada tanggapan yang salah,
mulalah mereka 'serang' kita di chatbox atau mengutuk kita di blog mereka.

Mungkin sekarang bila kita mahu luahkan segala benda di blog tetapi tiba-tiba sudah disekat atas alasan kau mahu jaga hati ORANG LAIN.
Masalahnya,
itu blog kau dan kau boleh tulis saja apa yang kau suka.
ORANG LAIN takkan faham pasal itu.

Aku pon tak suka disebabkan orang lain, luahan atau penulisan kau orang disekat.
Mana lagi kita mahu luahkan perasaan kita itu jika bukan di blog?
Lain rasanya jika kita luahkan apa yang kita rasa pada kawan-kawan sebab mereka pon sibuk dengan hal masing-masing,
blog saja yang tinggal sebagai pendengar setia kita.
Kau orang pon rasa begitukan?

Aku cuma mahu kata,
jika kita rasa tak puas hati dengan luahan seseorang itu,
cubalah tegur dia dengan baik.
Bukan 'serang' dia secara membabi buta dan paling kelakar, kau guna status 'Anon' untuk serang blogger itu.
Haha, kalau kau rasa teguran kau itu betul tentu kau akan berani tunjukkan siapa kau yang sebenarnya,
tidak begitu wahai Anon sekalian?

Aku ingat lagi dahulu pon ramai juga yang serang blog aku ini.
Teguran mereka ada secara baik dan ada juga secara kasar.
Teguran kasar itu selalunya datang dari Anon.
Aku rasa jika teguran itu jika kita halusi dengan perkataan yang sopan dan tenang,
mungkin orang lain boleh terima teguran itu dan boleh berubah.
Terima kasih pada semua yang pernah menegur aku.
Penulisan aku banyak berubah kerana hasil dari teguran kau orang.
Terima kasih banyak-banyak.

Baiklah, sambung cerita pasal Anon tadi.

Kadang-kadang dengan kehadiran Anon inilah yang buat kita rasa mahu 'private'-kan saja blog kita tapi tidaklah seronok untuk berbuat demikian sebab kau mahu berkongsi blog kau itu dengan pembaca yang lain, betul tak?

Aku tulis entry sebegini kerana ramai juga kawan-kawan blog aku disekat penulisannya atas alasan mahu jaga HATI ORANG LAIN.
Habis tu, hati kita ini siapa pula mahu jaga?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Wednesday, April 8, 2009

58 [8 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Topik kali ini pasti menceriakan bagi bloggers yang pernah melakukannya dan gembira dengan apa yang dia sudah buat.
Apa yang dia sudah buat?
Haha, aku mahu cakap pasal perjumpaan sesama bloggers di dunia realiti.
Topik ini aku sudah lama fikirkan dan kebetulan ada seorang blogger pon bagi idea yang sama kepada aku.

Pernah kau orang berjumpa/ternampak dengan kawan yang kau kenal di blog?
Adakah kau terserempak atau memang merancang mahu berjumpa dengannya?
Aku tak pernah lagi berjumpa dengan kawan blog aku
dan mereka lagilah tak akan berjumpa dengan aku atas sebab topeng Iron Man aku ini, haha.

Aku selalu saja terbaca di banyak-banyak blog pasal perjumpaan sesama bloggers ini.
Ada yang buat sesama mereka berdua atau bertiga tapi ada juga buat sampai berkumpulan.

Bagi mereka yang hanya berjumpa seramai 2-3 orang saja,
tentu mereka hanya keluar bersama-sama di shopping complex, di taman atau di mana-mana saja yang ada tempat untuk makan dan mengambil gambar.

Bagi yang buat dalam berkumpulan pula misal kata lebih pada 20 orang,
kemungkinan mereka akan tempah restoran dari awal atau pun buat perjumpaan di taman rekreasi.
Perjumpaan seperti ini agak meriah kerana sesama bloggers, mereka boleh membawa makanan masing-masing, berborak dan mengadakan permainan yang 'nakal' atas tujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama bloggers.

Aku yang cuma membaca pengalaman mereka itu pula rasa teruja dan gembira bila melihat mereka gembira berjumpa sesama mereka sendiri, haha.
Macam aku cakap sebelum ini, aku ketawa dan tersenyum keseorangan di depan laptop membaca pengalaman mereka bila berjumpa sesama kawan blog.
Aku pula yang rasa kebahagiaan persahabatan mereka itu.
Bagi mereka yang sendiri merasakan pengalaman itu, tentu rasa gembira itu lebih tinggi dan lebih kuat dari aku, tidak begitu?

Oh ya, aku pun ada terbaca di banyak-banyak blog.
Kebanyakan dari mereka seperti terkejut kerana orang yang mereka 'nampak' di blog tidak sama seperti yang mereka lihat dengan mata sendiri.

Ada yang kata, "tak sangka dia kecil saja orangnya tetapi di blog nampak biasa-biasa saja".
Atau pun "aku lihat dia ini ayu dan pemalu tetapi di blog dia sangatlah garang orangnya".
Haha, terbuktilah agaknya kata-kata aku pada entry-entry sebelum ini bahawa seseorang di blog itu kemungkinan besar berlainan dengan dirinya di dunia realiti.
Kau orang rasa macam itu juga bukan?
Bagi yang pernah berjumpa dengan kawan-kawan blog mesti setuju dengan aku, haha.

Sudah tentu bila sesama bloggers ini berjumpa,
mereka akan bergambar sebanyak yang mungkin untuk 'merekod' segala memori semasa perjumpaan mereka itu.
Aku suka lihat gambar-gambar itu terutamanya senyuman mereka yang gembira.

Oh, jika ada perjumpaan beramai-ramai seperti ini,
sudah tentu mereka akan menulis di blog masing-masing selepas perjumpaan itu bukan?
Masing-masing ada sudut pemandangan yang berbeza tentang perjumpaan mereka itu tetapi
persamaannya adalah mereka sangat gembira selepas dapat berjumpa dengan kawan bloggers yang selama ini mereka cuma berjumpa di blog.

Macam mana, ada sesiapa yang pernah berjumpa dengan kawan bloggers masing-masing?
Mesti kau orang gembira bila berjumpa dengan mereka dan mahu berjumpa lagi bukan?
Haha, comel saja perasaan gembira kau orang itu.

Tetapi aku mahu tanya,
ada jugakah yang tidak gembira langsung setelah berjumpa dengan kawan blog masing-masing?
Tidak gembira sebab apa yang dia harapkan dari blogger ini tidak sama pada anggapan awal dia.

Mungkin dia kecewa agaknya kerana pada dia,
blogger itu kelihatan hebat pada penulisannya tetapi di dunia realiti dia betul-betul orang yang biasa.
Mungkin ada orang anggap blogger yang ada penulisan yang hebat ini seorang yang kacak/jelita tetapi setelah berjumpa, mereka seakan-akan tertipu.
Dan sudah pasti selepas itu mereka bersumpah tidak mahu berjumpa lagi dengan blogger itu atau pun tidak mahu jadi rapat lagi di dunia blog.
Pernah kau orang merasakan pengalaman sebegitu?
Kemungkinan ada juga bukan?
Ini cuma andaian aku saja dan aku harap andaian ini salah.

Kongsilah pengalaman kau orang itu dengan aku.
Aku gembira melihat semangat masing-masing yang berkobar-kobar mahu menceritakan pengalaman mereka di blog.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Sunday, April 5, 2009

57 [5 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Kali ini aku mahu tanya kau orang semua.
Adakah kau orang seorang pembaca yang tekun yang boleh membaca blog seseorang itu dari awal penulisan dia sehinggalah entry dia yang paling terbaru?

Kau baca dari awal sehinggakan kau langsung tidak ambil kisah berapa banyak entry yang dia ada atas sebab kau mahu kenal blogger ini dengan lebih mendalam.
Pernah kau orang buat macam itu?

Aku pernah.
Aku mahu baca blog dia dari awal sebab aku mahu tahu seseorang blogger itu dengan lebih dekat lagi sebab penulisan dan idea dia sangat menarik sekali.

Kepantasan aku mahu habiskan pembacaan untuk sesebuah blog pon bergantung pada sebanyak mana entry yang blog itu ada.
Kalau dia sudah ada blog sejak beberapa tahun lepas,
kadang-kadang ambil masa seminggu-dua juga aku boleh habiskan.
Tetapi jika aku terlampau sibuk, boleh memakan masa sebulan agaknya. Haha.

Tidak tahu kenapa, aku memang ketagih dengan blog dia jadi aku perlu habiskan juga pembacaan aku itu dan barulah aku akan rasa puas hati jika dapat baca sampai habis.
Sama seperti jika kita ketagih dengan drama bersiri Melayu, English, Korea ataupon Jepun, jika dapat tengok sampai habis, baru kita rasa puas hati, tidak begitu?
Kau orang faham maksud aku bukan? Haha, harap-harap begitulah.

Baca blog seseorang dari awal sehingga habis ini sama rasanya macam kau menonton drama bersiri 'lakonan' blogger itu sendiri.
Lebih 'best' jika blogger ini bijak menulis dan menyelit nada humor di dalam penulisannya jadi semasa aku membaca blognya itu, aku tidak pasal-pasal akan tergelak seorang diri di depan laptop.
Haha, orang sekeliling aku pon pelik aku asyik gelak seorang diri di depan laptop.
Macam orang gila pula rasanya, haha.

Semasa aku membaca blog seseorang itu dari mula, semakin lama semakin aku faham blogger itu yang macam mana.
Aku cuma boleh anggap dia orang yang macam 'itu' dan 'ini' tetapi aku tidak boleh terus beranggapan dia orang yang macam' itu' sebab mungkin di dunia realiti, dia bukan seperti apa yang dia tulis.
Macam yang aku pernah sebut sebelum ini di blog aku, kita mungkin orang yang berlainan di dunia blog dan di dunia realiti.
Masih ingat lagi entry itu? Kalau masih ingat, baguslah.

Tidak semua blog yang aku pernah singgah, aku akan baca blognya dari awal.
Blogger tertentu saja dapat menarik perhatian aku untuk membaca blognya dari awal, lebih-lebih lagi jika aku kenal blogger itu di dunia realiti, bukan di dunia blog.
Misal kata blog kawan-kawan aku sendiri.
Aku kenal mereka di dunia realiti dan aku semakin memahami dia jika aku membaca blognya.
Kau orang pernah merasai pengalaman sebegitu?
Kalau ada, sama-sama berkongsilah dengan aku. Boleh?

Oh ya, selepas aku habis baca blognya memang akan wujud rasa puas yang amat sangat.
Betul, aku betul-betul rasa puas hati. Haha.
Dalam masa yang sama juga, aku akan rasa pelik bila sudah habis baca blognya (sehingga entry terbarunya) dan semacam aku sudah kembali ke alam nyata kembali.
Iyalah, bila aku baca blog seseorang itu dari awal, sama seperti aku pergi ke zaman lampau blogger itu dengan 'mesin masa' atau 'time machine'.
Kalau kau orang pernah baca blog seseorang itu dari awal, mungkin kau orang faham maksud aku ini.

Maaflah, mungkin entry ini berbau peribadi sedikit kerana aku menceritakan pengalaman aku semasa membaca blog seseorang dari awal.
Tetapi, jika kau orang mahu berkongsi pengalaman kau orang semasa membaca blog orang lain dari awal, aku amat-amat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Aku harap bukan aku saja yang kemaruk untuk membaca blog seseorang itu dari awal, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Wednesday, April 1, 2009

56 [1 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Bila aku menulis tentang 'gay' dalam entry yang sebelum ini,
aku tiba-tiba teringat pada perbualan kawan-kawan aku semasa lunch-hour kami.
Aku rasa ada juga sesetengah lelaki yang tidak pandang langsung pada dunia blog.
Bagi mereka blog itu perkara yang leceh.
Sebab itu ada antara mereka (samada berniat atau tidak berniat) kata lelaki yang ada blog itu 'gay';
bukan sebab mereka ceria tetapi macam perempuan sibuk-sibuk mahu tulis semua benda dalam blog.
Itulah maksud 'mereka' dengan gay, bukan pasal gay yang ceria itu.
Harap kau orang faham.

Sambung cerita pada perbualan kawan-kawan aku pada waktu lunch-hour kami.
Macam-macam yang mereka bualkan,
aku cuma mendengar saja sebab aku lebih suka begitu. Haha.
Dalam perbualan mereka itu ada isu pasal blog.
Aku terus tajamkan pendengaran aku.

Ada seorang kawan aku ini dia bercerita pada kami semua mengenai girlfriend dia yang mempunyai blog (tapi kawan aku ini tiada blog).
Kawan aku ini bercerita macam dia tidak suka girlfriend dia ada blog.
Sebab apa? Sebab girlfriend dia ini bergaduh dengan kawan baik sendiri melalui blog atau aku boleh gelarkan 'perang blog'.

Mula-mula yang lain gelakkan saja kerana pasal blog pon mahu bergaduh.
Oh, kawan-kawan aku ini semua tidak berminat dengan dunia blog kerana bagi mereka blog itu amat leceh sekali.
Bagi mereka juga blog ini untuk orang-orang yang ada banyak masa untuk menulis, bukan seperti mereka yang lebih gemarkan aktiviti di luar dari terperap di dalam rumah mengadap blog semata-mata.

Sambung semula pada cerita girlfriend kawan aku ini.
Kawan aku cerita, girlfriend dia ini memang rapat dengan si A.
Selalu saja jumpa sehinggakan di blog pon masing-masing rajin tinggalkan komen.
Tapi kawan aku ini tak sangka kerana perkara yang bagi dia kecil,
girlfriend dia dan si A bergaduh besar sehingga melarat-larat ke dalam blog.
Oh, kawan aku kata punca mereka bergaduh pon bermula dari blog.
Macam aku cakap tadi, perang blog bermula atas sebab 'kecil' itu.

Kawan-kawan yang lain cuma senyum.
Ada yang kata, "Itulah, buat blog lagi. Tengok macam aku, hidup happy saja tiada blog."
Aku cuma senyum. Masuk akal juga kata dia itu.

Mungkin jika girlfriend kawan aku ini tiada blog,
tiada salah faham akan berlaku antara dia dan si A.
Mungkin tidak akan sampai melarat-larat sampai 'berperang di blog'.

Bagi yang tidak faham 'perang' yang macam mana, ianya macam ini.
Si A akan kutuk si B habis-habisan dan si B pon melakukan perkara yang sama.
Bertambah teruk lagi wujudnya batu api antara mereka.
Si batu api ni pon ada blog juga, haha.

Pernah kau orang lihat perang blog?
Aku pernah lihat dan aku boleh kata aku pernah terlibat juga.
Haha, itu cerita lama dan aku harap tiada lagi perang blog antara aku dan blogger lain.

Kau orang rasa macam mana?
Blog memang menjadi medan untuk bergaduhkah?
Sebab aku selalu saja lihat ada orang lain tidak puas hati dengan penulisan blogger-blogger lain.
Sebab itu ada saja pergaduhan berlaku atas alasan tidak sependapat.
Memang betul juga kata-kata kawan aku itu, jika tiada blog mungkin hidup kita lebih bahagia.
Jika tiada blog, mungkin semakin berkurang punca kita bergaduh dengan orang lain.

Di blog ini kita lebih terdedah dengan orang-orang yang tidak dikenali.
Orang yang tidak dikenali inilah yang selalu baca blog kita dengan status 'silent reader'.
Jadi bila ada orang tak suka pada penulisan kita di blog, orang yang tak dikenali itulah yang akan benci pada kita kerana mereka tidak kenal pada kita dan tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan dalam penulisan kita.
Mungkin kawan kita sendiri pon akan tidak memahami kita bila kita di dunia blog.
Mungkin sebab itu girlfriend kawan aku itu dan si A bergaduh.

Pernahkah hati kau orang terdetik mahu delete blog atas alasan tidak mahu menyesakkan kepala dengan masalah yang timbul yang berpunca dari blog?
Ada kawan aku yang mempunyai blog pernah kata dia mahu delete blog sebab mahu jadi lebih bahagia macam orang yang tiada blog.
Macam aku cakap tadi, memang masuk akal juga kenyataan itu.
Tapi dengan berblogging juga kita dapat kebahagiaan, maksud aku dapat kawan baru dan sebagainya, tidak begitu?

Aku mahu juga dengar pengalaman kau orang jika kau orang pernah terlibat atau terlihat 'perang blog' ini.
Aku pon mahu tahu apa pendapat kau orang pasal 'perang blog';
kau orang rasa macam budak-budak saja atau kau orang pon memandang serius benda ini?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, March 27, 2009

55 (27 Mac 2009)

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Kali ini aku mahu menulis mengenai seorang lelaki yang mempunyai blog,
tak kiralah berapa banyak blog yang dia ada.
Aku pon baca entry terbarunya dan juga chatbox blogger ini dan aku tertarik dengan kata-kata dia.

Dia kata tak semestinya lelaki yang ada blog itu gay.
Haha, aku rasa pelik kenapa ada orang boleh fikir sedemikian rupa.
Dia menulis begitu sebab ada orang lain kata kepada dia, "Lelaki yang ada blog itu gay".
Adakah kau orang rasa begitu juga?
Kalau ada, beritahulah pada aku. Boleh kan?

Jikalau aku putarbelitkan ayat dia itu,
dia macam mahu cakap perempuan saja yang boleh ada blog tetapi bukan lelaki?
Oh, macam itu pon boleh ya?
Haha, aku pon tak tahu macam mana dia boleh beranggapan sedemikian.
Kiranya aku ini gay lah? Sebab aku ada blog? Haha.

Aku tak pernah lagi dengar blog ini boleh dimiliki oleh sesetengah orang saja.
Sedangkan kita pon tahu semua orang boleh ada blog.
Tak kiralah kau masih muda seawal sekolah rendah lagi atau pon kau sudah meniti usia tua.
Atau memang ada undang-undang blog mengatakan blog ini untuk sesetengah orang saja?
Oh, kalau ada silalah beritahu kepada aku sebab aku memang tidak tahu.

Aku selalu saja melawat blog-blog kepunyaan lelaki dan ternyata tiada unsur-unsur 'gay' yang diterapkan di blog mereka.
Rata-rata yang aku lihat 'straight' saja semuanya.
Tapi ada juga antara lelaki yang saja-saja tulis seperti seorang gay dan aku tahu dia cuma mahu melawak saja. Haha.
Aku pon tergelak bila dia tulis benda-benda yang macam gay itu, haha.

Baiklah. Bagi aku si lelaki pon menulis sama seperti yang si perempuan.
Menulis tentang aktiviti harian mereka ataupon buah fikiran atau luahan hati di blog.
Tiada beza yang aku lihat cuma cara penulisan orang laki-laki dan perempuan itu berbeza.
Kau orang pon faham apakah perbezaan itu bukan?

Mungkin memang ada yang masih berfikiran seperti itu.
Mungkin dia tidak lihat lagi dunia blog ini secara menyeluruh jadi dia boleh terfikir sedemikian rupa.
Harap-harap dia boleh faham yang blog itu boleh dimiliki oleh semua orang.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Monday, March 23, 2009

54 (23 Mac 2009)

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Entry yang sebelum ini aku utarakan situasi di mana kau sendiri mempromosikan blog kau di blog orang lain.

Entry kali ini aku mahu utarakan situasi di mana kau sendiri mempromosikan blog orang lain di blog kau.
Pernah kau buat sedemikian rupa?
Aku tak pernah sebab bagi aku, aku mahu jaga reputasi dan nama baik blogger tersebut walaupon aku memuji dia. Haha.

Baiklah, kenapa pula kau mahu promote blog orang lain di blog kau sendiri?

Ada blogger berbuat demikian kerana bagi dia seperti mahu berkongsi ilmu dengan orang lain.
Blog yang dia promote itu banyak berikan ilmu atau idea untuk blogger ini jadi blogger ini pon mahu menyebarkan 'kehebatan' blog tersebut kepada orang lain.
Bagus juga niat dia itu. Sekurang-kurangnya dia mahu berkongsi ilmu. Tidak begitu?

Ada juga blogger yang promote blog orang lain sebab bagi dia blog itu betul-betul 'best' bak kata orang.
Blog itu memang selalu menghiburkan dia, jadi dia selalu saja sebut-sebut nama blog itu beserta link blog itu sekali di blognya sendiri.
Haha, blogger sebegitu memang baik sebab dia pon mahu orang lain berkongsi hiburan yang sama seperti yang dia dapat.

Ada juga blogger yang mempromosikan blog kawan dia sendiri.
Mungkin kawan dia itu baru saja buat blog jadi dia mahu orang lain tahu yang kawan dia ini ada blog juga.
Bertuah juga ada kawan sebegini, tidak begitu?
Sekurang-kurangnya bukan dia saja mahu orang lain tahu kewujudan blog dia tapi dia pon mahu orang lain tahu kewujudan blog kawan dia itu.
Memang dia seorang kawan yang baik, bukan?

Oh, ada juga yang blogger promote blog kawan dia terutamanya blog yang bercirikan bisnes.
Jadi dia pon mahu tolong kawan dia yang seorang ini meluaskan lagi pengaruh blog kawannya itu supaya orang lain tahu kewujudan blog dia dan semakin ramai pelanggan yang bakal kawan dia miliki.
Kawan yang sebegini pon memang baik juga sebab mahu menolong kawan yang lain mencari rezeki.

Tidak lupa juga, ada blogger yang tolong promote blog kawan dia ini kerana dia tahu kawan dia ini sedang jalankan aktiviti amal, sebagai contoh kutipan derma untuk warga Palestin.
Blogger ini pon sedar blog kawan dia itu baru lagi dan kebetulan blog blogger ini sendiri pon sudah ada ramai kenalan jadi dia pon mahu beramal bersama-sama kawan dia itu dengan menyebarkan informasi tentang aktiviti amal tersebut.
Blogger sebegini memang seorang yang baik, kau orang tidak rasa begitu jugakah?

Haha, banyak pula contoh yang aku berikan di sini.
Kemungkinan ada mana-mana contoh kau orang pernah buat atau kau orang pernah lihat blogger lain buat.

Aku pon suka kalau ada blogger lain beritahu ada blog yang best di dunia blog ini,
jadi aku berterima kasih kepada blogger tersebut.

Aku harap kau orang pon akan promote blog yang best kepada orang lain.
Bolehlah kita sama-sama bercerita dan memberi komen tentang blog tersebut seperti kita berkongsi pendapat selepas menonton sebuah filem terbaru yang best di pawagam.
Misal contoh filem Iron Man, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Sunday, March 22, 2009

53

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu cakap pasal kebiasaan orang lain dan blogger buat untuk mempromosikan blog/website atau perkhidmatan mereka di blog orang lain.
Maksud aku blogger A suka pergi ke blog-blog orang lain kerana mahu mempromosikan blog atau perkhidmatan mereka kepada tuan punya blog itu (B) dan juga rakan-rakan tuan punya blog itu (C, D dan E).

Kau orang pernah buat sebegitu?
Semata-mata kau mahu promote blog kau, kau sanggup pergi ke banyak blog?
Aku pernah dan masih mahu buat begitu.

Sebab apa?
Sebab aku mahu beritahu orang lain kewujudan blog aku ini dan apa yang aku selalu bincangkan di blog ini.

Mungkin akan ada yang kata aku sukakan pada perhatian ramai dan aku tidak menyangkal kata-kata mereka tersebut.
Tiada siapa suka jika tidak mendapat perhatian bukan?
Tetapi tidaklah sampai aku kemarukkan perhatian sangat.
Cukuplah perhatian yang buat orang lain sedar kewujudan blog ini.
Itu saja.

Mungkin ada juga kau orang ini akan berfikir blogger tersebut memang tidak malu mahu pergi ke blog-blog yang mereka tidak kenal pon tuan punya blognya tapi sebab mahu promote blog atau perkhidmatannya, dia tebalkan saja muka dia itu.
Haha, aku pon tebalkan muka aku untuk promote blog aku ini tapi aku tak kisah semua itu.
Asalkan aku berusaha mahu buat orang lain baca blog aku.

Kenapa aku mahu ramai orang baca blog aku?
Oh, atas alasan aku mahu orang lain boleh berfikir kembali,
"Ah, aku pon selalu atau pernah buat macam itu dahulu".
Kiranya aku macam mahu buat blogger lain cermin diri dan refresh balik apa yang mereka pernah buat di blog mereka suatu ketika dahulu.

Mungkin dahulu mereka ada buat sebab masih belum matang untuk berblog dan sekarang mereka sudah tahu banyak benda pasal blog dan mereka sudah matang dan banyak ilmu mengenai blog.
Baguslah begitu, masa buat kita jadi matang.
Masa adalah cikgu yang bagus, tidak begitu?

Mungkin ada di antara kau orang rasa cara pergi blog ke blog ini memang menyusahkan kau orang sendiri sebab seperti blogger itu menyemakkan chatbox kau orang dengan iklan yang pelbagai.
Mengenai itu, kau biarkan sajalah.
Mana tahu nanti ada kawan-kawan kau pon buat perkara yang serupa.
Kau akan perli atau marah kawan-kawan kau itu tidak agak-agaknya?
Aku mahu juga tahu.

Kau orang pon mesti tidak suka salesman pergi ke rumah kau orangkan?
Macam itu jugakah perasaan kau orang jika ada blogger lain menyemak di chatbox kau orang?
Baiklah, mari berkongsi pendapat kau orang mengenai ini, boleh?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Monday, March 16, 2009

52

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu pendapat kau orang.
Ini pasal bab follow juga (follow blog),
di mana aku pernah cakap pasal isu ini pada post entry yang lama-lama.

Aku mahu tanya,
pelik tak kalau ada blogger follow blog diri sendiri?
Bagi aku macam pelik tapi masuk akal juga.

Iyalah, mereka pon buka blog mereka lebih kerap dari buka blog orang lain
jadi maksudnya mereka sentiasa mengikuti blog sendiri jugalah kan?
Jadi apa salahnya kalau follow blog sendiri, tidak begitu?

Atau ada blogger yang lebih kerap buka blog orang lain dari buka blog sendiri-sendiri sebab tiada idea mahu tulis apa di blog atau sudah bosan berblogging?
Adakah kau orang blogger sebegitu?

Aku pinta pada kau orang supaya jangan bosan berblogging.
Nanti Iron Man nak baca blog siapa lagi kalau tiada siapa mahu menulis?
Tak kesian pada akukah? Haha.
Maaf, Iron Man mahu buat lawak tapi macam tak menjadi.

Sebenarnya dahulu-dahulu aku rasa kelakar juga jika ada blogger follow blog sendiri.
Iyalah, kau tuan punya blog tapi kau follow atau jadi 'peminat' untuk blog sendiri.
Macam syok sendiri pula. Haha.
(Aku minta maaf jika ada yang marah)

Tapi sekarang selepas aku melawat banyak blog,
makin lama makin aku faham kenapa ada blogger berbuat sedemikian.
Atau kau orang pon PERNAH atau MASIH rasa memang kelakar jika ada blogger follow blog mereka sendiri?
Aku mahu pendapat kau orang, berkongsilah dengan aku. Boleh?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, March 12, 2009

Pengumuman pada blogger yang selalu mengikuti perkembangan blog ini.

Post entry kali ini bukan perihal blog aku dan orang lain,
tetapi aku mahu berikan penghargaan pada follower dan blogger-blogger yang ada link blog aku di blog mereka.

Oh, mesti kau orang pernah lihat ada blogger lain buat seperti ini juga,
dan memang YA,
aku memang mengikut cara blogger itu.

Harap maaf pada blogger tersebut kerana aku mahu ikut cara kau yang mahu tunjukkan cara bagaimana kau berikan penghargaan buat mereka yang suka dan setia pada blog kau.

Terima kasih kerana memberi idea yang bagus ini untuk aku.
Terima kasih banyak-banyak.
(Aku mengikut prinsip tidak mahu beritahu siapa dan link mana-mana blog yang pernah aku cerita di blog ini)

Aku mahu umumkan pada semua terutamanya follower blog Iron Man ini,
bahawasanya kau orang boleh tinggalkan link blog kau orang di bahagian 'comment' di post entry ini supaya aku dapat letakkan link blog kau orang pada "Blog List" yang aku namakan

Ini Blog Yang Akan Aku Selalu Lawat

(Aku Cuba!)

yang sudah aku letak di blog ini.

Maafkan aku jika aku tidak menjadi follower blog kau orang.
Aku harap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat buat kau orang rasa
"Iron Man pon suka baca dan follow blog aku".

Aku harap ramai yang sudi berkongsi link blog kau orang dengan aku.
Tetapi jika tiada yang mahu tinggalkan link blog pon tak apalah.
Ikut suka kau oranglah kan? Haha.

Ini saja pengumuman aku di post entry ini.
Sekian terima kasih.

Wednesday, March 11, 2009

51

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu tanya pendapat kau orang tentang reaksi kau jika mendapat komen di blog kau orang itu.

Aku macam blogger-blogger yang lain juga.
Setelah aku publish post entry yang baru sudah tentu aku mahukan komen dari blogger-blogger yang lain.
Atau ada blogger yang langsung tidak mengharapkan komen kerana bagi dia blog dia itu cuma tempat dia 'membebel'?
Haha, mungkin wujud blogger sebegitu.

Jikalau aku mendapat komen dari blogger lain walaupun aku cuma dapat satu komen saja,
buat hati aku jadi gembira yang teramat.
Aku rasa blog aku ini dibaca juga oleh orang lain walaupun seorang saja yang membaca tapi masih boleh buat aku gembira.
Haha. Macam kesian sangat pada aku ini, tidak begitu?

Macam aku pernah sebut sebelum ini,
aku dapat kenal blogger yang setia memberi komen di hampir setiap post entry aku.
Aku boleh jangka, mungkin mereka adalah pembaca setia blog aku.
Ah, Iron Man ada pembaca setia? Haha.
Aku betul-betul tak sangka.
Iyalah, dulu blog aku ini dibenci oleh ramai blogger.
Tapi mungkin dalam masa yang sama, ada yang masih suka blog ini.
Aku tidak tahu pasal itu.

Kadang-kadang bila kita rasa teruja bila sudah dapat banyak komen sampaikan kita mahu post entry seterusnya pon akan dapat komen yang lebih banyak dari post entry yang sebelumnya.
Adakah kau orang pernah terfikir seperti itu?

Bila kita tulis di blog semata-mata mahukan komen yang banyak,
aku rasa blog itu tidak akan bertahan lama.
Iyalah, jika dia perasan blog dia itu sudah berkurang komen-komen yang diberi oleh orang lain,
buat dia sudah mula rasa tidak seronok mahu menulis lagi.
Pernah kau orang rasa macam itu?

Aku harap kau orang jenis blogger yang buat blog bukan sebab orang lain.
Bukan kau buat blog sebab kau mahu blog kau jadi popular dan mengejar popularity dan follower yang banyak.
Aku rasa blog pada asalnya dibuat bukan untuk niat sebegitu, tidak begitu?

Atau kau orang rasa niat sebegitu pon boleh jadi sebab kau mahu buat blog?
Baiklah, walaupon aku masih tidak faham idea-idea sebegitu, cuba buat aku faham. Boleh?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Monday, March 9, 2009

50

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Dalam banyak-banyak blog yang aku pergi,
kadang-kadang aku lihat juga bila post entry mereka itu di-publish-kan.

Misal contoh aku sendiri.
Kalau waktu hari-hari biasa atau weekdays,
aku biasanya buat post entry baru pada waktu malam.
Waktu itu otak aku relax sikit untuk buat post entry.
Tapi kalau sudah lama sangat aku tidak update blog,
aku akan buat post entry selepas waktu kerja.

Tetapi kalau hari minggu, aku akan mula tulis post entry pada waktu pagi.
Aku suka bangun pagi-pagi kemudian urus diri sendiri.
Selepas itu aku akan buat post entry baru.

Sekarang ini aku semakin sibuk dengan kerja aku jadi aku berjaya publish 2 post entry dalam seminggu.
Kalau dulu-dulu 3-4 post entry dalam seminggu, haha.

Tapi ada baik juga tak update blog selalu.
Aku macam bagi masa untuk blogger lain memberi pendapat/komen mereka tentang post entry yang sudah aku buat.
Aku suka baca komen-komen blogger, sekurang-kurangnya dapat berkongsi pendapat.

Aku pon ada perasan ada blogger-blogger yang sama setia memberi komen untuk post entry aku.
Betul-betul buat aku terharu dan gembira.
Masakan tidak, blog aku ini semacam ada pembaca yang setia walaupon blog ini tidaklah menarik dan popular mana.
Betullah aku cakap ini kan? Haha.

Oh ya, tadi aku pasal diri sendiri.
Sekarang untuk blogger lain pula.

Aku kadang-kadang ada juga perasan blogger itu akan publish post entry pada waktu yang sama, samada pagi, petang atau malam.
Selalunya ramai blogger akan update blog pada waktu malam setelah penat melakukan macam-macam perkara pada siang hari.
Pada waktu malam, dia akan 'melaporkan' segala aktivitnya itu di blog.
Kau orang dalam golongan blogger sebegitukah?

Aku harap kau orang semua akan rajin update blog sebab aku suka baca blog kau orang.
Macam aku pernah sebut dahulu, ada sesetengah blog buat aku jadi ceria dan mood jadi baik.

Adakah kau orang setuju dengan pendapat aku ini?
Jika kita menulis blog di waktu malam, waktu itulah idea datang mencurah-curah
dan kita macam mahu tulis pelbagai perkara yang terlintas di fikiran kita?

Atau pon, pada waktu malamlah emosi negatif datang menguasai kita sampai kita mahu tulis yang bukan-bukan yang dapat buat orang lain mula membenci dan menyumpah seranah kita?
Atas dasar kerana kau menulis sesuatu yang bagi kau pada waktu itu cuma mahu meluahkan perasaan yang terbuku tapi disalah tafsir oleh orang lain?
Pernah kau orang mengalami situasi tersebut?
Kawan-kawan aku pernah.

Kawan-kawan aku pernah tulis perkara-perkara yang bagi aku amat mengejutkan.
Mereka luahkan sesuatu yang bagi mereka sudah lama pendamkan,
sesuatu yang buat mereka tidak puas hati setelah sekian lama.
Selama ini aku ingat mereka tidak kisah tapi selepas membaca blog mereka,
baru aku tahu.

Mereka juga manusia, mana boleh tahan sabar jika sesuatu yang mereka tidak suka dilakukan pada mereka berulang kali.
Kau orang pon tidak suka kan?

Bagi aku kalau mahu luahkan rasa geram dan marah di blog,
biarlah gaya menulis itu bukan macam mahu 'bunuh' perasaan orang lain.
Biarlah diselitkan nada humor.
Kalau letak emoticon comel yang 'marah berapi' pon kadang-kadang boleh tutup rasa kemarahan kita yang membuak-buak.

Ah, kalaulah aku ada emoticon yang comel di sini mungkin ramai yang akan ketawa.
Tapi Aku Iron Man, mana cool letak emoticon yang comel kan?
Haha, walaupon itu bukan gaya aku tapi aku suka emoticon yang comel dan bergerak-gerak.

Oh, aku ingin tahu bila kau orang suka update blog?
Siang, petang atau malam?
Atau pada pukul 1-2 pagi?
Bagitahulah pada aku.
Nanti aku cuba buat post entry pada lain-lain waktu.
Mahu tengok adakah aku ini fleksible orangnya yang boleh buat post entry pada bila-bila masa saja.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Friday, March 6, 2009

49

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu cakap pasal tag.
Kau orang pon mesti sudah tahu apa itu tag kan?

Bagi aku, tag itu macam suatu survey.
Sebenarnya tag ini popular saja di friendster dulu-dulu dan mungkin juga sekarang tapi ia tidak dipanggil tag tetapi dipanggil survey.
Naik muak juga aku tengok orang-orang yang sama asyik mahu publish survey dia di bahagian buletin friendster itu.
Tak apalah, dia bosan agaknya. sebab itu dia suka buat survey.
Ah, aku sudah lari dari tajuk asal.

Tag ini bagi aku suatu survey untuk buat orang lain tahu pasal diri kau dan pendapat kau.
Kadang-kadang seronok juga bila mahu menjawab tag itu.
Kadang-kadang memang tak seronok menjawab tag ini.
Ikut mood juga, bukan?

Aku lihat rata-rata blogger yang baru berkenalan dengan blogger yang lain, mesti dia mahu tag blogger yang dia baru kenal itu.
Mungkin dia mahu kenal lebih mendalam blogger tersebut, tidak begitu?
Adakah kau blogger sebegitu? Yang mahu tag blogger lain sebab kau mahu kenal dia dengan lebih mendalam?

Aku ada juga lihat sesetengah blogger suka tag orang.
Bila dia mahu tag blogger lain, mesti dia pakai ayat, "anda di tag!" atau apa-apa sajalah.

Mungkin ada blogger yang menerima pesanan "anda di tag!" menjadi trauma atau fobia kerana dia benci mahu jawab tag/survey itu tetapi dia buat juga kerana mahu menjaga hati blogger yang men- tag dia.

Adakah dia selalu di tag oleh kawan blogger dia,
jadi dia juga mahu orang lain juga selalu di tag?
haha, mungkin juga bukan?

Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku, dari mana datangnya soalan tag/survey ini.
Kau buat sendiri-sendirikah?
Atau kawan-kawan kau yang buat?
Atau memang ada website atau blog yang hasilkan soalan tag/survey ini?
Haha, aku memang mahu tahu dari mana datangnya tag/survey yang banyak itu.

Macam bermisteri pula. Haha.

Ada jenis orang, bila dia sudah di tag, dia akan jawab dengan pantas.
Ada juga jenis yang suka tangguhkan tag itu sampai jadi pekasam bak kata orang.
Sampai 4-5 tag dia dapat, baru dia mahu jawab semua.
Macam 'assignment' dari kawan blogger pula ya? Haha.

Ada sesetengah blogger yang suka baca blog orang lain,
mungkin dia akan suka baca tag yang blogger itu kena jawab.
Tapi ada juga blogger yang bosan lihat tag itu jadi dia tidak akan baca tag itu langsung sebab bagi dia tag itu membosankan.
Mungkin orang jenis ini pon tidak suka menjawab tag dari blogger lain.
Mungkin juga. Banyak betul kemungkinan aku ini, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Tuesday, March 3, 2009

48

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Kebanyakan blog yang aku lawat,
mereka semua tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh.
Bukan dengan bahasa yang sangat ringkas seperti di SMS.

Terus terang aku katakan, bahasa SMS buat aku macam duduk di negara yang berkomunikasi dengan kod rahsia.
Iyalah, sesuatu perkataan itu dia tulis sebegitu pendek sampai aku tidak faham mesej SMS dia.
Mahu cepat agaknya, sebab itu dia tulis sependek itu.
Tapi kalau mesej itu tak dapat difahami, apa lah gunanya.

Tapi kalau tulis panjang-panjang sampai jadi dua page SMS itu, macam menyusahkan pula.
Haha. Apa-apa sajalah aku ini.

Baiklah, kalau di blog kau orang bukan mahu menulis dengan sangat pantas sampai mahu buat bahasa seperti di dunia SMS kan?
Harapnya tidak.

Aku rasa ramai bloggers sekarang betul-betul tulis Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang penuh.
Buat aku berasa bangga pula.
Masakan tidak, bloggers sekarang bangga dengan Bahasa Malaysia sebab itu mereka tulis dengan perkataan yang penuh.

Adakah sebab itu kau orang tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh?
Mahu juga aku tahu sebab apa kau orang tulis dengan penuh.

Tapi ada juga yang tulis di blognya dengan menggunakan perkataan yang sudah dia pendekkan.
Mungkin blogger ini rasa orang lain akan faham apa yang dia tulis.

Aku rasa blogger yang tulis dengan Bahasa Melayu yang baik boleh buat orang lain yang sikit-sikit faham dengan Bahasa Melayu juga faham dengan tulisan kau orang itu.

Seperti bangsa-bangsa yang ada di negara ini; Cina, India dan sebagainya.
Mereka faham pada Bahasa Malaysia yang penuh, bukan shortform.

Aku ada kawan berbangsa Cina.
Dia faham saja kalau orang lain bercakap dengannya menggunakan Bahasa Malaysia yang penuh.
Tetapi, kalau dia dengar Bahasa Malaysia yang sudak rojak atau dipendekkan, dia memang tak faham langsung.
Kesian pula dia jadi terpinga-pinga sebab tidak faham.

Contoh lain seperti orang Indonesia, Brunei atau Singapura juga.
Tiga negara itu (sebagai contoh) akan faham penulisan kita kalau kita tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh.

Kalau ada blogger tulis dengan short form yang orang Malaysia saja faham (mungkin TIDAK semua orang Malaysia juga faham dengan bahasa ringkasnya itu), maka penduduk di tiga buah negara itu pasti pening kepala juga mahu faham dengan bahasa penulisan seseorang blogger itu.

Tapi, kau orang pon tak tahu jika ada foreigner yang mahu baca blog kau orang kan?
Aku sendiri pon tidak tahu kalau ada foreigner baca blog aku ini. Haha.

Mungkin kau orang pon tak kisah orang lain faham atau tidak dengan penulisan kau.
Asalkan kau dan kawan-kawan kau saja yang faham, bagi kau itu sudah memadai.
tidak begitu?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, February 28, 2009

47

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau seorang blogger,
adakah kau recheck post entry kau banyak kali sebelum kau publish post itu di blog kau?
aku blogger sebegitu.

kalau boleh, aku akan semak banyak kali post entry aku itu sebelum publish post tersebut.
kalau boleh, aku mahu elak buat kesalahan ejaan atau kesilapan tatabahasa.
bagi aku, aku mahu jaga tatabahasa dan ejaan Bahasa Malaysia sebab aku hormat pada bahasa ini.

selain semak banyak kali sebelum post itu di-publish-kan,
aku akan preview post itu banyak kali sampai aku rasa aku puas hati.
sekarang aku cuba buat sebegitu banyak kali sebab tidak mahu post ini berbau negatif sekali.
aku cuba buat post entry aku kelihatan santai saja.

aku juga suka semak banyak kali sebab aku mahu apa yang aku tulis di post entry aku itu tiada kesalahan maklumat.
iyalah, orang pon tak suka kalau aku tulis pada sesuatu yang tak wujudkan?
atau kau suka aku tulis fantasi aku saja?
haha, boleh kering idea aku macam itu.

tapi kau mungkin seorang blogger yang cuma perlu semak sekali saja post entry kau sebelum di-publish-kan sebab kau yakin dengan penulisan kau itu tiada cacat celanya.
kalau kau ada keyakinan sebegitu, baguslah.
sekurang-kurangnya kau boleh jimat masa mahu publish-kan sebuah post entry.
kalau aku, mungkin lebih dari 15 minit.
mahu semak banyak kali bak kata orang. haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Tuesday, February 24, 2009

46

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

dalam banyak-banyak blog yang aku lawat,
setiap blog itu ada pelbagai nama.
nama-nama yang bagi blogger itu simple,
tapi bagi aku amat bermakna.

terfikir-fikir juga aku,
nama blog aku ini bermaknakah?
aku rasa aku menulis seperti menjurus kepada blog 'itu' sedangkan tidak.

sebenarnya aku cuba ubah apa yang aku mahu tulis di sini.
bukan bagi komen saja.

sebab itu aku macam mahu ubah nama blog aku.
ada blogger yang sudah bagi cadangan untuk nama blog aku ini.
tapi aku masih rasa tak kena lagi dengan hati aku ini.
iyalah, nama blog pon pentingkan?
macam nama kita juga, sama-sama penting.

kau orang rasa aku patut ubah nama blog aku kah?
kalau ya, silalah berikan cadangan.

kadang-kadang aku mahu kekalkan saja nama blog ini kerana ramai yang tahu blog aku kerana nama blog aku.
atau kau orang kenal blog ini sebagai blog kepunyaan 'Iron Man Palsu'?
haha.

sebenarnya, aku masih sayang pada nama blog ini.
kau orang pon mesti sayang pada nama blog kau orang kan?
sebab orang tahu blog kau dengan nama blog kau dahulu,
kemudian baru tahu siapa tuan empunya blog.
atau orang lain tahu dahulu nama tuan empunya blog, baru tahu nama blog kau orang itu?
haha, ikut orang juga. tidak begitu?

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, February 21, 2009

45

aku suka pada dunia blog.
kadang-kadang aku boleh berada di depan laptop aku lebih daripada sejam semata-mata mahu lihat blog aku sendiri dan juga blog orang lain.

kadang-kadang aku boleh rasa aku boleh hilangkan stress aku semasa kerja jika aku baca blog orang lain yang ceria dan ada semangat positif.
adakah kau orang pon rasa dengan baca blog orang lain boleh hilangkan rasa stress kau orang itu?

bila aku rasa aku sedang mengalami perasaan yang negatif terutamanya stress semasa kerja,
aku akan pilih untuk baca blog yang boleh buat aku ceria kembali.
blog yang bagi aku kelakar dan comel.
buat aku rasa happy kembali.
adakah kau orang pon buat begitu juga?

aku juga tahu blog mana yang pasang lagu-lagu yang aku suka.
jadi, jika aku mahu dengar lagu itu aku akan ke blog itu.
boleh saja aku buka lagu itu di laptop sendiri tapi jika dengar di blog orang lain aku rasa lain perasaannya.
kau orang fahamkan maksud aku?
kalau tak faham, buat-buat faham saja. haha.

kadang-kadang aku risau juga jika aku mengadap blog berjam-jam.
semacam aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti saja.
kadang-kadang aku rasa sebegitu.
aku macam mengasingkan diri saja.
iyalah, jika aku mengadap blog selama berjam-jam, buat masa aku di dunia sebenar semakin berkurangan.
takut juga kalau aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti.
kalau boleh, aku mahu seimbangkan kedua-duanya.

sebab itu sekarang aku cuba bahagikan masa aku untuk berblogging dan juga menikmati hidup aku di dunia realiti.
bagi aku dua dunia itu berbeza.
atau kau orang rasa sama saja?

post entry ini untuk aku kritik diri sendiri.
kalau boleh aku mahu berkongsi kritikan aku ini dengan kau orang.
adakah kau orang macam aku juga?
kongsilah perasaan atau pengalaman kau orang semasa berblogging dengan aku.
kalau tak mahu kongsi tak apalah.
"no hard feeling" bak kata orang putih. haha.