Wednesday, April 8, 2009

58 [8 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Topik kali ini pasti menceriakan bagi bloggers yang pernah melakukannya dan gembira dengan apa yang dia sudah buat.
Apa yang dia sudah buat?
Haha, aku mahu cakap pasal perjumpaan sesama bloggers di dunia realiti.
Topik ini aku sudah lama fikirkan dan kebetulan ada seorang blogger pon bagi idea yang sama kepada aku.

Pernah kau orang berjumpa/ternampak dengan kawan yang kau kenal di blog?
Adakah kau terserempak atau memang merancang mahu berjumpa dengannya?
Aku tak pernah lagi berjumpa dengan kawan blog aku
dan mereka lagilah tak akan berjumpa dengan aku atas sebab topeng Iron Man aku ini, haha.

Aku selalu saja terbaca di banyak-banyak blog pasal perjumpaan sesama bloggers ini.
Ada yang buat sesama mereka berdua atau bertiga tapi ada juga buat sampai berkumpulan.

Bagi mereka yang hanya berjumpa seramai 2-3 orang saja,
tentu mereka hanya keluar bersama-sama di shopping complex, di taman atau di mana-mana saja yang ada tempat untuk makan dan mengambil gambar.

Bagi yang buat dalam berkumpulan pula misal kata lebih pada 20 orang,
kemungkinan mereka akan tempah restoran dari awal atau pun buat perjumpaan di taman rekreasi.
Perjumpaan seperti ini agak meriah kerana sesama bloggers, mereka boleh membawa makanan masing-masing, berborak dan mengadakan permainan yang 'nakal' atas tujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama bloggers.

Aku yang cuma membaca pengalaman mereka itu pula rasa teruja dan gembira bila melihat mereka gembira berjumpa sesama mereka sendiri, haha.
Macam aku cakap sebelum ini, aku ketawa dan tersenyum keseorangan di depan laptop membaca pengalaman mereka bila berjumpa sesama kawan blog.
Aku pula yang rasa kebahagiaan persahabatan mereka itu.
Bagi mereka yang sendiri merasakan pengalaman itu, tentu rasa gembira itu lebih tinggi dan lebih kuat dari aku, tidak begitu?

Oh ya, aku pun ada terbaca di banyak-banyak blog.
Kebanyakan dari mereka seperti terkejut kerana orang yang mereka 'nampak' di blog tidak sama seperti yang mereka lihat dengan mata sendiri.

Ada yang kata, "tak sangka dia kecil saja orangnya tetapi di blog nampak biasa-biasa saja".
Atau pun "aku lihat dia ini ayu dan pemalu tetapi di blog dia sangatlah garang orangnya".
Haha, terbuktilah agaknya kata-kata aku pada entry-entry sebelum ini bahawa seseorang di blog itu kemungkinan besar berlainan dengan dirinya di dunia realiti.
Kau orang rasa macam itu juga bukan?
Bagi yang pernah berjumpa dengan kawan-kawan blog mesti setuju dengan aku, haha.

Sudah tentu bila sesama bloggers ini berjumpa,
mereka akan bergambar sebanyak yang mungkin untuk 'merekod' segala memori semasa perjumpaan mereka itu.
Aku suka lihat gambar-gambar itu terutamanya senyuman mereka yang gembira.

Oh, jika ada perjumpaan beramai-ramai seperti ini,
sudah tentu mereka akan menulis di blog masing-masing selepas perjumpaan itu bukan?
Masing-masing ada sudut pemandangan yang berbeza tentang perjumpaan mereka itu tetapi
persamaannya adalah mereka sangat gembira selepas dapat berjumpa dengan kawan bloggers yang selama ini mereka cuma berjumpa di blog.

Macam mana, ada sesiapa yang pernah berjumpa dengan kawan bloggers masing-masing?
Mesti kau orang gembira bila berjumpa dengan mereka dan mahu berjumpa lagi bukan?
Haha, comel saja perasaan gembira kau orang itu.

Tetapi aku mahu tanya,
ada jugakah yang tidak gembira langsung setelah berjumpa dengan kawan blog masing-masing?
Tidak gembira sebab apa yang dia harapkan dari blogger ini tidak sama pada anggapan awal dia.

Mungkin dia kecewa agaknya kerana pada dia,
blogger itu kelihatan hebat pada penulisannya tetapi di dunia realiti dia betul-betul orang yang biasa.
Mungkin ada orang anggap blogger yang ada penulisan yang hebat ini seorang yang kacak/jelita tetapi setelah berjumpa, mereka seakan-akan tertipu.
Dan sudah pasti selepas itu mereka bersumpah tidak mahu berjumpa lagi dengan blogger itu atau pun tidak mahu jadi rapat lagi di dunia blog.
Pernah kau orang merasakan pengalaman sebegitu?
Kemungkinan ada juga bukan?
Ini cuma andaian aku saja dan aku harap andaian ini salah.

Kongsilah pengalaman kau orang itu dengan aku.
Aku gembira melihat semangat masing-masing yang berkobar-kobar mahu menceritakan pengalaman mereka di blog.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

15 comments:

Haula Hati said...

sronok jumpa blogger2 lain...
dont judge a book by its cover..
pastu,
jgn buat andaian awak...
kena ingat, expectation kills...

bile mau jumpa ye iron man??

**winkwink!!

;)

Fera said...

tidak pernah berjumpa dengan blogger yang tidak dikenali, tak pernah cuba. haha =P

tak payahlah jumpa ironman. lebih seronok kalau baca tapi tak tahu siapa. =)

Youjie said...

ya....tak perlu jumpa..

Blog maybe lebih bernilai tanpa kite tahu siapa disebalik penulisan itu...

Rite~

Aisyah Sinclair said...

1. "Pernah kau orang terjumpa/ternampak dengan kawan yang kau kenal di blog?
Adakah kau terserempak atau memang merancang mahu berjumpa dengannya?"

--hanya sekali. itu pun baru lagi. pertemuan yg tidak dirancang. dilakukan secara spontan/kebetulan. :')

2. "Ada yang kata, "tak sangka dia kecil saja orangnya tetapi di blog nampak biasa-biasa saja"."

--tidak pula berasa begitu. apa yg aku lihat/baca di blognya, sama juga ketika berjumpa face-to-face. :')

3. "Macam mana, ada sesiapa yang pernah berjumpa dengan kawan bloggers masing-masing?
Mesti kau orang gembira bila berjumpa dengan mereka dan mahu berjumpa lagi bukan?
Haha, comel saja perasaan gembira kau orang itu."

--couldn't agree more with you. :')

fezaL Mohd said...

musti beshh.!!! ak on je

Corey said...

Aku tak pernah lagi berjumpa teman-teman blog di dunia realiti. Teringin. tapi mungkin belum lagi bersedia. Mungkin juga risau dengan tanggapan2 seperti yang anda tuliskan itu.

Di blog juga aku jadi seperti seorang stalker iaitu mengskodeng blog kawan-kawanku dan juga blog ex-gfku. seronok juga membaca pengalaman dan perjalanan hidup mereka yang mereka tidak mampu luahkan di dunia nyata.

Cik Bulat said...

ak xpenah jmpa teman2 bloggers tp kalo dpt jumpa best gak kan..
ley kenal ngn lebih mendalam lagiks..huhu

Anonymous said...

hahhahahah. aku suka ayat ko ini.

"Haha, comel saja perasaan gembira kau orang itu."

mcm comel jek. hahhahahah

hmmm...aku penah jumpa 2 org aje rakan blogger aku. sorg pompuan. sorg lelaki. dua² aku jumpa secara berdua²an. chewahhh. hahhahahah

yg pompuan, mcm mana dlm blog. camtu laa dia realitinya. tetap gila² yg sama.

yg lelaki. ada sedikit berbeza. jika dilihat pd entry, mungkin jenis yg pemalu. x byk ckp. tp bila jumpa, sangat rajin bercakap.

nasib baik mereka berdua ni jenis banyak cakap. jadik aku pun bole banyak cakap dengan derang. kalo derang jenis pendiam, confirm aku pun akan terikut sama. sebab aku mmg tak reti nak handle org yg tak banyak cakap nih.

agak² ko mcm mana ye ironman??? hehehhehe

farah said...

aku pernah bertemu teman2 blogger.

:)

yang pasti, kenangan itu sungguh manis.

Anis Mohd said...

urm .. no komen .. hahaa

'AQILAH said...

heh?
em.
seronok.
tapi bagi aku.
biarla die tetap jadi kawan maya jek.
lagi best.
aku bukan seorang peramah.
macam tengah tulis.
so, aku teguh membuktikan.
xnak jumpe!
:P

Ghuroba' said...

iron man telah di-tag..

FARYN said...

aku suka part ko tulis bila dlm alam maya berbeza ngan realiti..pastu dah takmo jumpa lagi...

kenapa jadi mcm tu?sbbnya kadang2 mereka ini telah set kan otak mereka kononnya kalau kena gaya,nak buat kekaseh..slalunya mmg jadi mcm tu...

tapi kalau mmg niat untuk berkawan dan berkawan..mmg takde apa masalah pun...

JFC said...

juice tak pernah berjumpa ngan kwn2 blog, juice teringin jgk tapi masa amat terhad...
kadang2 rasa malu nak berjumpa coz juice ni pemalu orngnya.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

mmg ade yg TERjumpe secara kebetulan..
tapi belum ade niat nk tegur..
lagipun,virtual is virtual..
rasa tak selesa pula kalau dah kenal2 ni..tak taolah org lain..