Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.
Aku rasa blog seperti medium untuk kita luahkan apa yang kita tak mampu luahkan di mulut.
Pernah kau orang merasakan situasi sebegitu?
Misal kata kau mahu katakan kau sayang pada kawan-kawan kau cuma kau tak mampu luahkan di mulut sebab kau rasa segan.
Jadi di bloglah sasaran utama untuk kau luahkan rasa sayang kau pada kawan-kawan walaupon mereka tidak baca blog kau.
Bayangkan kalau mereka baca, tentu mereka rasa terharu dan gembira.
Atau mungkin mereka akan gelakkan kau sebab merasakan kau 'poyo'.
Misal kata kau mahu luahkan rasa kemarahan kau pada seseorang yang kau tak kenali yang menyusahkan kau dan orang lain di sesuatu tempat,
tentu kau tak mampu luahkan pada orang yang sudah menyakitkan hati kau itu.
Macam orang gila pula kalau mahu jerit pada dia supaya berhenti membuat kelakuan sedemikian, jadi di bloglah kau luahkan rasa amarah kau itu.
Atau mungkin juga, bila kau rasa sedih dan kau tidak mahu kongsikan pada orang lain, kau hanya mampu 'mengadu' pada blog kau.
Tapi kalau kawan-kawan kau baca, pasti mereka rasa sedih sebab kau tidak mahu berkongsi masalah itu dengan mereka.
Aku faham, kadang-kadang tak semua masalah kita boleh kongsikan dengan orang lain, tidak begitu?
Tapi kadang-kadang tak semua benda kita boleh luahkan di blog kerana mungkin ORANG LAIN akan mempunyai salah anggapan tentang luahan kita itu.
Bila ORANG LAIN ada tanggapan yang salah,
mulalah mereka 'serang' kita di chatbox atau mengutuk kita di blog mereka.
Mungkin sekarang bila kita mahu luahkan segala benda di blog tetapi tiba-tiba sudah disekat atas alasan kau mahu jaga hati ORANG LAIN.
Masalahnya,
itu blog kau dan kau boleh tulis saja apa yang kau suka.
ORANG LAIN takkan faham pasal itu.
Aku pon tak suka disebabkan orang lain, luahan atau penulisan kau orang disekat.
Mana lagi kita mahu luahkan perasaan kita itu jika bukan di blog?
Lain rasanya jika kita luahkan apa yang kita rasa pada kawan-kawan sebab mereka pon sibuk dengan hal masing-masing,
blog saja yang tinggal sebagai pendengar setia kita.
Kau orang pon rasa begitukan?
Aku cuma mahu kata,
jika kita rasa tak puas hati dengan luahan seseorang itu,
cubalah tegur dia dengan baik.
Bukan 'serang' dia secara membabi buta dan paling kelakar, kau guna status 'Anon' untuk serang blogger itu.
Haha, kalau kau rasa teguran kau itu betul tentu kau akan berani tunjukkan siapa kau yang sebenarnya,
tidak begitu wahai Anon sekalian?
Aku ingat lagi dahulu pon ramai juga yang serang blog aku ini.
Teguran mereka ada secara baik dan ada juga secara kasar.
Teguran kasar itu selalunya datang dari Anon.
Aku rasa jika teguran itu jika kita halusi dengan perkataan yang sopan dan tenang,
mungkin orang lain boleh terima teguran itu dan boleh berubah.
Terima kasih pada semua yang pernah menegur aku.
Penulisan aku banyak berubah kerana hasil dari teguran kau orang.
Terima kasih banyak-banyak.
Baiklah, sambung cerita pasal Anon tadi.
Kadang-kadang dengan kehadiran Anon inilah yang buat kita rasa mahu 'private'-kan saja blog kita tapi tidaklah seronok untuk berbuat demikian sebab kau mahu berkongsi blog kau itu dengan pembaca yang lain, betul tak?
Aku tulis entry sebegini kerana ramai juga kawan-kawan blog aku disekat penulisannya atas alasan mahu jaga HATI ORANG LAIN.
Habis tu, hati kita ini siapa pula mahu jaga?
Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

14 comments:
setakat ni,aku belum pernah diserang oleh anon sebab aku pn baru lg dlm dunia blog.cuma aku prnah kena tegur dgn kakak sulung aku sbb tulis bnda terlalu personal dlm blog. so aku try utk tidak terlalu personal dkt blog tu,lebih kpd umum. Barulah boleh rate U,bkn 18s bagai2 tu.
Habis tu, hati kita ini siapa pula mahu jaga?Aku suka ayat kau yang ini...
letih kalau kita sahaja yang asyik menjaga hati orang lain....
Aku dah penat menjaga hati orang lain.....
sangatsangat penat....
blog ni sama jugak macam manusia.. ada orang suka, ada orang benci, ada orang faham, ada orang sinis... macam-macam. kalau nak jaga sangat hati orang, baik tak payah buat blog. baik private terus. kan senang.
jadi lah diri sendiri kan ironman?
blog.
sebuah ceritera kehidupan yang pasti atau tak pasti..
blog bukanlah kepastian...
selamat menulis!
betul..blog lah tempat kita luah kan benda yang tak mampu kita luah kan di alam realiti..
Saya xpromote blog saya dekat kenalan saya sbb nnt penulisan saya xbebas..kunun2..perlu menjaga hati mereka yang kenal kita..
hahaa..
kalo nk tulis , kena ingat org sekeliling.
kena la pandai-pandai jaga hati org .
x kan la nk dpt musuh sbb blog.
kan ke x best tuh .
Kalo ad yg xsuke ngn penulisan kita,
jgnla baca..
niey x, baca jgk.
lpas tuu mulala nk kutuk..
hahhaha. adehhh. tiba2 aku terasa.
(^_^)
ye..aku tidak meluahkan semua pada blog. terutama bila berkaitan dengan cinta. sebabnya, adik aku dh tau psl blog aku. nnt dia cite dgn mak aku. malu laa aku. heheheheheh
jika aku kecik hati dengan kengkawan aku. aku tak akan tulis di blog. kerana aku rasa, nilai persahabatan itu lebih tinggi daripada perasaan kecik hati itu. setakat kecik ati di kalangan kengkawan. x perlu laa sampai nak luahkan kepada dunia. act as an adult. berbincang sesama sendiri. baru selesai masalah. kan?
dan tentang cik anon2 yg suka judge peribadi blogger melalui ruangan komen. tlg laa bukak minda tu sket. secara personalnya, kamu tidak kenal pun blogger itu. kamu hanya kenal melalui tulisannya. jadi, adakah layak utk kamu judge mereka? cuba letak diri kamu di tempat blogger yg kamu keji tu. kamu suka tak org yg kamu x kenal, tiba2 judge kamu. kata kamu macam2? mesti kamu tak suka kan? so, stop judging people.
apa pon, aku cuma beri komen di sini. ini hanya pendapat peribadi aku saja. kalo x setuju, it's ok.
(^_^)
betul.
aku jenis yg ego sikitlah when it comes to emotion matter..
depan orang memang fake habis,..dengan penulisan je aku boleh jadi manusia normal..dan aku harap orang2 yang berkaitan dengan isi penulisan aku tak akan jumpa blog aku sebelum waktunya,kalau tak,MATILAH AKU!! :)
kalo lu brani meh lawat blog wa yang baru dilancar. wa pun nak lu komen.
http://cakapwa.blogspot.com/
Luahkan jer lah pada Allah.Luah pada manusia xgerenti selesai masalah, tapi kalau luah kpd Allah, insya Allah, Allah sendiri yg bantu. Allah maha berkuasa
kawan rapat saya pernah meluahkan rasa kecewa kerana tidak tahu perkara2 tertentu yang tiba2 diketahu kawan-kawan lain.
saya terangkan yang saya tidak pernah bercerita tentang perkara itu, tapi hanya memblog untuk meluah perasaan. jika orang baca, oarng tahu lah. jika tidak, lagi bagus. itu sekadar luahan sendiri. if it's not in being told face to face tapi it's in the blog, well, that means that I do not want to talk about it with people lah, kan?
walaupun ada kawan2 yang tahu tentang blog, saya tidak suruh atau expect mereka baca blog saya. (bukannya menarik mana pun entri saya.)
tapi kawan rapat saya itu kecewa kaw-kaw. salah saya kah dia tidak baca blog saya? salah orang lainkah kerana lebih kerap menyinggah? atau salah saya kerana meluahkan isi hati dan minda di platform sendiri?
susah mahu puaskan hati semua orang.
jadi saya beritahu mereka yang saya menulis untuk diri saya, dan kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. nak tahu lebih2 baca saja blog (jika ada cerita lain, ada lah). tak ada masa mahu cerita semua benda bila jumpa dalam 2-3 jam.
what ever lah.
Penat jaga hati orang. Tapi masih tidak mahu berganjak dari titik yg sebenar. Dan akhirnye, teruskan ajelah.
Post a Comment