Saturday, February 28, 2009

47

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau seorang blogger,
adakah kau recheck post entry kau banyak kali sebelum kau publish post itu di blog kau?
aku blogger sebegitu.

kalau boleh, aku akan semak banyak kali post entry aku itu sebelum publish post tersebut.
kalau boleh, aku mahu elak buat kesalahan ejaan atau kesilapan tatabahasa.
bagi aku, aku mahu jaga tatabahasa dan ejaan Bahasa Malaysia sebab aku hormat pada bahasa ini.

selain semak banyak kali sebelum post itu di-publish-kan,
aku akan preview post itu banyak kali sampai aku rasa aku puas hati.
sekarang aku cuba buat sebegitu banyak kali sebab tidak mahu post ini berbau negatif sekali.
aku cuba buat post entry aku kelihatan santai saja.

aku juga suka semak banyak kali sebab aku mahu apa yang aku tulis di post entry aku itu tiada kesalahan maklumat.
iyalah, orang pon tak suka kalau aku tulis pada sesuatu yang tak wujudkan?
atau kau suka aku tulis fantasi aku saja?
haha, boleh kering idea aku macam itu.

tapi kau mungkin seorang blogger yang cuma perlu semak sekali saja post entry kau sebelum di-publish-kan sebab kau yakin dengan penulisan kau itu tiada cacat celanya.
kalau kau ada keyakinan sebegitu, baguslah.
sekurang-kurangnya kau boleh jimat masa mahu publish-kan sebuah post entry.
kalau aku, mungkin lebih dari 15 minit.
mahu semak banyak kali bak kata orang. haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Tuesday, February 24, 2009

46

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

dalam banyak-banyak blog yang aku lawat,
setiap blog itu ada pelbagai nama.
nama-nama yang bagi blogger itu simple,
tapi bagi aku amat bermakna.

terfikir-fikir juga aku,
nama blog aku ini bermaknakah?
aku rasa aku menulis seperti menjurus kepada blog 'itu' sedangkan tidak.

sebenarnya aku cuba ubah apa yang aku mahu tulis di sini.
bukan bagi komen saja.

sebab itu aku macam mahu ubah nama blog aku.
ada blogger yang sudah bagi cadangan untuk nama blog aku ini.
tapi aku masih rasa tak kena lagi dengan hati aku ini.
iyalah, nama blog pon pentingkan?
macam nama kita juga, sama-sama penting.

kau orang rasa aku patut ubah nama blog aku kah?
kalau ya, silalah berikan cadangan.

kadang-kadang aku mahu kekalkan saja nama blog ini kerana ramai yang tahu blog aku kerana nama blog aku.
atau kau orang kenal blog ini sebagai blog kepunyaan 'Iron Man Palsu'?
haha.

sebenarnya, aku masih sayang pada nama blog ini.
kau orang pon mesti sayang pada nama blog kau orang kan?
sebab orang tahu blog kau dengan nama blog kau dahulu,
kemudian baru tahu siapa tuan empunya blog.
atau orang lain tahu dahulu nama tuan empunya blog, baru tahu nama blog kau orang itu?
haha, ikut orang juga. tidak begitu?

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, February 21, 2009

45

aku suka pada dunia blog.
kadang-kadang aku boleh berada di depan laptop aku lebih daripada sejam semata-mata mahu lihat blog aku sendiri dan juga blog orang lain.

kadang-kadang aku boleh rasa aku boleh hilangkan stress aku semasa kerja jika aku baca blog orang lain yang ceria dan ada semangat positif.
adakah kau orang pon rasa dengan baca blog orang lain boleh hilangkan rasa stress kau orang itu?

bila aku rasa aku sedang mengalami perasaan yang negatif terutamanya stress semasa kerja,
aku akan pilih untuk baca blog yang boleh buat aku ceria kembali.
blog yang bagi aku kelakar dan comel.
buat aku rasa happy kembali.
adakah kau orang pon buat begitu juga?

aku juga tahu blog mana yang pasang lagu-lagu yang aku suka.
jadi, jika aku mahu dengar lagu itu aku akan ke blog itu.
boleh saja aku buka lagu itu di laptop sendiri tapi jika dengar di blog orang lain aku rasa lain perasaannya.
kau orang fahamkan maksud aku?
kalau tak faham, buat-buat faham saja. haha.

kadang-kadang aku risau juga jika aku mengadap blog berjam-jam.
semacam aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti saja.
kadang-kadang aku rasa sebegitu.
aku macam mengasingkan diri saja.
iyalah, jika aku mengadap blog selama berjam-jam, buat masa aku di dunia sebenar semakin berkurangan.
takut juga kalau aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti.
kalau boleh, aku mahu seimbangkan kedua-duanya.

sebab itu sekarang aku cuba bahagikan masa aku untuk berblogging dan juga menikmati hidup aku di dunia realiti.
bagi aku dua dunia itu berbeza.
atau kau orang rasa sama saja?

post entry ini untuk aku kritik diri sendiri.
kalau boleh aku mahu berkongsi kritikan aku ini dengan kau orang.
adakah kau orang macam aku juga?
kongsilah perasaan atau pengalaman kau orang semasa berblogging dengan aku.
kalau tak mahu kongsi tak apalah.
"no hard feeling" bak kata orang putih. haha.

Wednesday, February 18, 2009

44

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

aku lihat ada seorang blogger memiliki lebih dari satu blog.
mula-mula aku fikir, kenapa kau mahu ada banyak-banyak blog?
macam banyak saja kau mahu tulis sampai ada 2-3 blog.
jadi aku pergilah blog dia setiap satu sebab ingin tahu kenapa.

baru aku tahu kenapa.
dia buat blog yang lain sebab mahu tulis pada sesuatu perkara yang khusus, bukan rojak bak kata orang.

blog dia yang pertama blog seperti diari.
blog keduanya pasal coretannya pasal minatnya pada sesuatu.
misal kata kalau dia suka astronomi, maka blog itu khusus untuk astronomi saja, bukan perkara lain.

mungkin blog yang ketiga pasal benda-benda lain yang dia suka.
pasal kereta mungkin?
atau pasal berkongsi resepi masakan dengan kawan-kawan dia mungkin?
ah, macam-macam minat yang aku boleh lihat dari seorang blogger.

aku rasa ada bagus juga buat blog yang khusus seperti itu.
seperti kau mahu penulisan atau idea kau lebih terurus untuk diluahkan.
macam aku tulis pada post-post sebelum ini, setiap blog ada tema dan agendanya tersendiri.

atau kau seorang blogger yang mahu ada satu blog saja?
sebab kau lebih suka urus satu blog sebab tak mahu pening kepala uruskan lebih dari satu blog?
ada juga blogger sebegitu.
jadi dalam satu-satunya blog dia itu,
dia tulis pasal pelbagai agenda.
sebab itu dia letak label untuk setiap post.
jadi dia rasa setiap post itu diletakkan secara terurus.

macam aku pernah tulis sebelum ini,
lain orang lain pemikirannya.
jadi lain juga caranya mahu uruskan blog dia.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Sunday, February 15, 2009

43

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

dalam ramai-ramai yang buat blog,
ramai yang suka upgrade blognya tampak jadi hebat atau gah dari mata si tuan punya blog.
macam-macam dia buat,
layout diambil dari website yang pelbagai,
gadget yang ada pon canggih-canggih juga.
ada blogger anggap, blognya macam rumah keduanya.
sebab itu dia mahu rumahnya nampak hebat dan gah.
adakah kau blogger sebegitu?

tapi, ada juga dari kumpulan yang kecil,
buat blog yang simple saja.
apa yang ada cuma post entry-nya, link ke blog kawan-kawannya dan aku rasa itu saja.
cukup ringkas.
bukan macam aku, aku ada chatbox. canggih juga blog aku ini kan? haha.

aku tak tahu, mungkin blogger sedemikian suka pada yang simple.
atau bagi dia, blog itu seperti diari semata-mata yang hanya untuk dibaca oleh orang-orang yang dikenalinya saja, terutamanya kawan-kawan dia sendiri dan bukan orang lain.

aku terdiam juga tengok blog yang sebegini.
blogger itu seperti tak endahkan blogger lain yang dia tak kenali.
cukuplah dia tahu pasal blog kawan-kawannya saja.

sebab dengan baca blog kawan-kawannya, hubungan mereka tidak terputus kerana setiap seorang tahu perkembangan terkini pasal kawannya itu.
macam aku pernah cakap dahulu, dengan blog pon kita boleh berhubung dengan kawan sendiri yang jauh dari kita.

aku mahu kata, dalam dunia blog pon ada pelbagai ragam yang aku boleh lihat.
aku suka melawat banyak blog.
macam-macam pengalaman yang aku timba walaupun hanya dengan melawat blog orang lain (seperti merantau ke banyak tempat sebagai contoh).
tak kisah lah dia muda atau tua dari aku.
atau dia lelaki atau pon perempuan.
setiap seorang itu unik dan berbeza, buat pemikiran aku pon jadi lebih pelbagai dan meluas.

ya, dengan melawat blog orang aku tahu setiap orang ada pendapat yang berbeza.
dan kita mesti pandai terima pendapat orang lain walaupon ia menentang pendapat kita.
maksud aku, terima saja pendapat itu dengan baik.
bukan aku kata kita kena ikut saja pendapat orang lain.
kalau masing-masing tak hormat pendapat orang lain,
pergaduhan akan berlaku. benda itu kita patut elak.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, February 12, 2009

42

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

adakah kau kemaruk pada blog kau sampaikan kau mahu cepat-cepat tulis di dalam blog kau tentang apa yang terjadi,
yang bagi kau ia amat penting atau pelik yang perlu dikongsi oleh pembaca blog kau?

adakah kau blogger yang sebegitu rupa?

ada blogger aku tengok, benda-benda yang bagi dia agak 'gempak' akan cepat-cepat dia tulis pada blognya.
aku pon tak tahu, mungkin dia begitu teruja mahu berkongsi pengalamannya dengan pembaca blognya itu.

selalunya, orang yang ada ilham mahu buat lagu atau lirik, akan cepat-cepat pergi pada buku 'hikmahnya' untuk tuliskan lirik lagu atau melodi yang tiba-tiba terlintas pada fikirannya.
rupanya, situasi ini pon boleh disertai oleh penulis blog.

apa saja yang terlintas pada fikirannya, cepat-cepat dia mahu tulis.
mungkin bagi dia, bila buat begitu akan buat dia rasa lega kerana dapat luahkan sesuatu.
orang pon ada cakap tak elok simpan dalam hati lama-lama kan?
aku pon tidak tahu.
sebab itu aku tulis post ini sebab aku mahu tahu pendapat kau orang pula.

tapi jika kau sedang marah,
jangan pula kau tergesa-gesa mahu tulis perasaan kau itu di blog.
kau kena ingat Tuhan juga.
mana tahu kau menyesal tulis post yang sedemikian,
sebelum kau sempat padam post itu,
orang-orang yang sayang kau sudah membacanya.
kau rasa mereka suka apa yang kau tulis?
aku rasa tidak.
mesti mereka rasa sedih kerana kau boleh tulis dengan begitu marah sekali tanpa kau hiraukan perasaan orang lain.

ya aku tahu, waktu kau tulis itu kau memang marah yang teramat.
tapi lebih baik kau jadikan post itu sebagai draf dulu.
bila marah kau sudah reda, kau boleh edit draf itu supaya ia jadi post yang tidak terlalu negatif, yang mahu marah-marah orang saja.

tapi, mungkin jika kau amat gembira pada waktu itu,
kau akan cepat-cepat mahu tulis pada blog kau.
sampai ejaan kau pon tunggang langgang sana sini. haha.
begitu teruja kau ya?
mahu berkongsi dengan pembaca blog punya pasal, kau cepat-cepat mahu update blog dengan sesuatu yang buat kau betul-betul gembira.
gembira kerana dilamar mungkin?
atau gembira kerana kau dapat apa yang kau inginkan bertahun-tahun.
haha. aku suka baca post yang gembira dan ceria.

aku kalau boleh tidak mahu tergesa-gesa menulis sesuatu post.
kerana aku sudah belajar dari pengalaman sendiri.
aku kene pastikan penulisan aku ini masih ingat pada Tuhan,
jadi aku tidak tersimpang dari jalanNya.

aku harap kau orang pon macam itu.
kalau mahu tulis, ingat Tuhan dahulu,
terutamanya jika kau sedang dalam keadaan marah atau sedih.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Monday, February 9, 2009

41

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

baiklah, aku mahu sambung pendapat aku di post sebelum ini.

tentang post yang panjang berjela,

aku ini memang seorang yang memilih juga samada mahu baca sampai habis atau tidak.
maafkan aku, aku bukan pembaca yang setia untuk baca sampai habis jika post yang kau tulis itu terlalu panjang.

tapi, jika post yang panjang berjela diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik perhatian aku, aku lebih suka post sebegitu.
tidaklah aku bosan membaca saja.
boleh juga aku lihat gambar-gambar itu dulu sebelum aku baca postnya yang panjang berjela itu.

aku pon suka kalau kau tulis panjang macam mana pon, kau akan selitkan emoticon yang comel dan sesuai dengan post kau itu.
emoticon yang bergerak-gerak memang boleh buat aku cepat tertarik.
macam tengok cerita kartun pon ada. haha.

kalau kau suka tulis panjang berjela, tulislah dengan baik.

bayangkan sebuah novel yang tebal dan tiada pula gambar diselitkan boleh digilai oleh ramai orang,
bagaimana penulis itu boleh buat pembacanya tidak bosan membaca novelnya sampai habis?
penulis sebegitu memang bijak bermain dengan perkataan.

banyak membaca juga boleh tingkatkan kualiti gaya penulisan kau orang supaya menjadi lebih menarik dan seronok untuk di baca.
kau pon mahu orang lain seronok baca blog kau kan?

tapi kalau kau jenis tak kisah orang suka atau tidak untuk baca blog kau itu, tak apalah.
tak semua orang buat blog untuk buat orang lain suka baca blognya kan?
orang macam itu pon tak kisah jika mahu tulis panjang macam mana pon.
sebab dia bukan mahu orang lain baca postnya itu sampai habis.

tapi janganlah kau tidak menjadi diri sendiri semasa menulis semata-mata kau mahu ramai orang baca blog kau.
blogger yang sebegitu kadang-kadang nampak juga 'plastik' nya itu.
aku pon bosan baca postnya yang mahu buat lawak tapi tak menjadi.
dia buat lawak kerana mahu orang suka baca postnya itu.

kenapa mahu buat sesuatu kerana mahu buat orang lain suka atau tidak?
jadilah diri kau sendiri.

bukan di blog saja kita perlu berlaku jujur, di dunia realiti juga perlu buat perkara yang sama.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, February 5, 2009

40

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

adakah kau terlalu gilakan blog kau sehinggakan setiap benda yang terjadi pada kau, kau mahu cerita di blog?

adakah kau terlalu gilakan blog kau sehinggakan apa yang berlaku pada kau setiap jam, setiap 2 jam, setiap 5 jam, setiap 10 jam;
kau akan ceritakan semuanya di blog kau sampaikan dalam sehari kau ada lebih dari 2 post?

haha. blogger sebegitu mungkin memang kemaruk dengan blognya.
oh ya, mungkin baginya jika dia tidak tulis di blog, detik-detik yang penting yang telah terjadi padanya akan dilupakan dengan mudah.
mungkin juga, bukan?

blogger sebegitu memang boleh jadi wartawan untuk diri sendiri.
blogger itu memang 'wartawan' yang rajin dan up-to-date tentang dirinya sendiri.
ini pendapat aku saja.

atau kau orang tidak sekemaruk begitu?
kau cuma tulis apa yang patut kau siarkan di blog saja ya?
yalah, tidak semua benda kau mahu orang lain tahu kan?
peribadi tetap peribadi.

aku pernah juga jumpa blogger yang kemaruk tentang blognya.
setiap apa yang terjadi padanya dalam sehari itu, dia cerita dengan detail sekali.
hasilnya, post entry nya itu memang panjang berjela.
penat juga aku mahu habiskan membaca post-nya itu.

kadang-kadang, kalau aku nampak post yang panjang berjela, aku cuma akan baca 1-2 perenggan pertama saja.
jika bosan, aku tidak akan teruskan membaca.
jika menarik, aku akan cuba baca sampai habis.

aku ini memang seorang yang memilih juga. haha.
maafkan aku, aku bukan pembaca yang setia untuk baca sampai habis jika post yang kau tulis itu terlalu panjang.

oh ya, mengenai kemaruk tentang blog, adakah kau akan check blog kau banyak kali dalam sehari semata-mata mahu tengok apa respon orang lain tentang post kau itu?

ah, aku dalam kategori sebegitu.
aku memang tidak sabar-sabar mahu tahu pendapat kau orang tentang apa yang aku sudah tulis.
aku suka dengar pendapat orang lain, buat fikiran aku jadi semakin luas.
yalah, aku asyik tulis tentang komen dan pendapat aku saja, macam syok sendiri pula. haha.

bila tahu pendapat orang lain memang aku tahu tidak semua orang akan sependapat dengan kita.
banyak aku belajar dari situ.
harap kau orang pon faham jika kawan-kawan kita tidak sependapat dengan kita.
janganlah bergaduh kerana sebab itu.

adakah kau kemaruk dengan blog kau sehinggakan kau boleh mengadap blog kau selama berjam-jam?
atau kau pernah jumpa blogger sebegitu?
jika kau blogger sebegitu, harap kau tidak buat begitu lagi.
kesian pula pada mata kau nanti. mata kau akan cepat letih.
jangan kerana berblogging, kita kena pakai cermin mata pula kerana mata semakin rabun. haha.

ah, aku pula yang tulis panjang berjela.
maafkan aku. aku jadi leka jika menulis di sini. haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Monday, February 2, 2009

39

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

aku mahu komen pasal blog yang suka buat orang berfikir.
blog itu buat aku berfikir juga.

aku pernah tulis blog tentang ini di post yang terdahulu.
cuma di sini aku mahu tulis panjang lebar lagi.

ramai juga blogger yang suka luahkan apa yang dia rasa boleh timbulkan banyak persoalan.
jadi aku pon turut mahu sama-sama berfikir dengannya, mengapa boleh jadi sebegitu.

kalau mahu diikutkan, kalau masing-masing luahkan pendapat di blog itu tanpa ada apa-apa tindakan untuk mengubah mengapa situasi itu berlaku macam angan-angan kosong sajalah, bukan begitu?

oleh sebab itu, kita sendiri perlu ubah apa yang kita rasa adalah betul.
betul bagi aku adalah betul di sisi agama, bukan betul pada fikiran otak kau orang.
kalau masih ada yang membuat apa yang kita rasa jelik di mata, tegur orang itu.
bukan biarkan saja dan kau pon mulalah tulis di blog yang kau nampak orang itu buat itu dan ini yang kau tidak suka.

tetapi bagaimana dengan isu yang melibatkan sesuatu yang sukar kita selesaikan?
sesuatu yang sangat besar dan mustahak dan kita sebagai orang biasa tidak mampu selesaikan tetapi kita perlukan sokongan dari pemimpin negara ini?
sesuatu (masalah) yang kita selalu bangkitkan di blog tetapi masih tiada tindakan dari pemimpin kita?

aku pon bukanlah menteri atau pemimpin di kerajaan negara ini.
kalaulah pemimpin kita sendiri yang baca blog-blog seperti itu, mungkin mereka akan tahu sendiri suara rakyat.

suara rakyat yang sudah mengadu tetapi tiada tindakan yang dibuat.
suara rakyat yang tidak puas hati tetapi ketidak-puas-hatian itu masih belum diselesaikan.
suara rakyat yang berikan pendapat tetapi tidak sampai kepada pemimpin negara ini.

tertanya-tanya juga aku, bagaimana suara kita akan sampai di telinga orang-orang yang memimpin negara ini?

di suratkhabar?
di radio?
di tv?
di internet melalui blog?

ah, aku tidak tahu!

masih ada lagi yang aku lihat bagi mereka yang sudah mengadu pada pemimpin mereka tentang masalah mereka tetapi diabaikan sebegitu saja.
tidak percaya? lihatlah di tv dan suratkhabar.
ada saja yang tidak puas hati. ada saja yang belum selesai.

ya, aku tahu tidak semua benda pemimpin kita dapat laksanakan atas kehendak rakyat cuma aku harap setiap tahun, rasa tidak puas hati rakyat itu semakin berkurang, bukan bertambah.
atau masalah dan aduan itu semua sudah berkurangan?
kalau sudah berkurang, syabas pemimpin-pemimpin di negara ini!

maafkan aku, aku bukan mahu bercakap isu politik di sini.
cuma aku kadang-kadang berharap pihak yang betul-betul dapat bertindak atas kehendak rakyat betul-betul tahu apa yang rakyat mahu, termasuklah dari bloggers yang selalu menulis di blog masing-masing.

kadang-kadang aku harap pemimpin-pemimpin negara ini turut 'turun padang' untuk membaca blog-blog rakyat agar mereka tahu pendapat dan situasi kita yang sebenar.

bukankah bagus kalau negara kita ada satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengetahui suara rakyat khususnya di blog?
haha, aku rasa seperti angan-angan saja kata-kata aku ini.

apa-apa pon ini cuma pendapat aku.
aku tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.
cuma aku harap isu-isu yang selalu kita bincangkan di blog untuk buat orang berfikir dan renung-renungkan, boleh diselesaikan secepat yang mungkin.

dan pada blogger yang rasa isu yang dia selalu bangkitkan di blognya adalah isu yang dia sendiri boleh selesaikan, aku harap kau orang sendiri dapat selesaikan isu itu.
bukan cuma menulis di blog kau saja.
ah, kata-kata ini aku tujukan untuk aku juga.

betullah kata-kata yang aku selalu dengar,
"kita sendiri yang perlu ubah diri sendiri, bukan orang lain"