Saturday, February 28, 2009

47

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau seorang blogger,
adakah kau recheck post entry kau banyak kali sebelum kau publish post itu di blog kau?
aku blogger sebegitu.

kalau boleh, aku akan semak banyak kali post entry aku itu sebelum publish post tersebut.
kalau boleh, aku mahu elak buat kesalahan ejaan atau kesilapan tatabahasa.
bagi aku, aku mahu jaga tatabahasa dan ejaan Bahasa Malaysia sebab aku hormat pada bahasa ini.

selain semak banyak kali sebelum post itu di-publish-kan,
aku akan preview post itu banyak kali sampai aku rasa aku puas hati.
sekarang aku cuba buat sebegitu banyak kali sebab tidak mahu post ini berbau negatif sekali.
aku cuba buat post entry aku kelihatan santai saja.

aku juga suka semak banyak kali sebab aku mahu apa yang aku tulis di post entry aku itu tiada kesalahan maklumat.
iyalah, orang pon tak suka kalau aku tulis pada sesuatu yang tak wujudkan?
atau kau suka aku tulis fantasi aku saja?
haha, boleh kering idea aku macam itu.

tapi kau mungkin seorang blogger yang cuma perlu semak sekali saja post entry kau sebelum di-publish-kan sebab kau yakin dengan penulisan kau itu tiada cacat celanya.
kalau kau ada keyakinan sebegitu, baguslah.
sekurang-kurangnya kau boleh jimat masa mahu publish-kan sebuah post entry.
kalau aku, mungkin lebih dari 15 minit.
mahu semak banyak kali bak kata orang. haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

18 comments:

Anonymous said...

dah semak..tp still tak puas ati..

last2,

end'up publish jek tanpa peduli apa2..

haha

Kekupu said...

Maaf, aku juga tidak sempurna dan banyak kekurangan. Tapi aku ingin juga menegur sesuatu mengenai apa yang kau telah pos. Kau pos, "aku mahu elak buat kesalahan ejaan atau kesilapan tatabahasa", namun apa yang dapat aku lihat selepas noktah, kau sepatutnya menggunakan huruf besar pada abjad pertama dalam perkataan pertama selepas noktah. Maaf sekali lagi. JIka aku punya salah, sila tegur. Terima kasih.

Anonymous said...

aku teringat iron man yang pedas kata-katanya dulu dulu.

Anis Mohd said...

nono , anis pon sama ..
teringat ironman yg suka kuarkan ayat2 pedas..
hehehee...

Aku Iron Man said...

qaby,
kau semak banyak kali sampai tak publish langsung? macam mana boleh jadi macam itu? kau betul-betul berwaspada ya?

kekupu,
betul juga teguran kau itu. aku akan cuba ikut. mungkin aku sudah biasa tulis sebegini, tiada huruf besar selepas noktah. aku akan cuba.

Nono dan Anis,
kau orang rindu pada Iron Man yang pedas itu ya? kau mahu dia datang balikkah? nanti aku seru dia, boleh? haha.

Helmi,
banyak kali kau check post entry kau ya? kau memang seorang yang berhati-hati atau mahukan kesempurnaan? atau kedua-duanya? kalau boleh, aku mahu kedua-duanya. tapi manusia tidak boleh memiliki semua, tidak begitu?

run^nia in wonderland said...

ahaha...
selalu recheck after post
dan selalu...kalau siapa-siapa yang suka melihat-lihat blog, akan perasan ada beberapa pembetulan di buat.
entah lah, masa nak post entry, malas nak check =p

Ghuroba' said...

haha. Apa boleh dibuat. Ini bukan microsoft word 2007 yang boleh betulkan ejaan dan tatabahasa kau Iron Man.
Jauh berbeza dengan blog aku yang tak pernah jaga ejaan dan tatabahasa, sebab aku malas nak semak entry aku dengan teliti. Bagi diriku, mesej yang hendak disampaikan oleh blogger itu lebih penting. Dunia blog juga boleh digunakan sebagai medium untuk menyebarkan Da'wah Islamiyah.
Sekian daripada diriku.
Baiklah Iron Man, aku minta diri dahulu ya.

NFA said...

haha..
sy maen publish jew ape y ditulis..
before tuh,
ada gak la rechecked bbrapa kali..
but,
enggak mngunakan bm sepenuhmya..
bole kan?
hehehe..
;))

Anonymous said...

aku tak pernah preview sebelum publish entry.

yang selalu aku buat, publish baru recheck dan republish ;)

Aku Iron Man said...

runnia,
oh, macam itu cara kau ya? oh, aku ingat ramai orang akan check betul-betul post entry-nya sebelum publish

luqman,
kalau kau malas check post entry kau dengan teliti, mungkin ada kesilapan ayat yang boleh buat orang lain membacanya jadi salah faham, tidak begitu? kalau sudah salah faham, isi kandungannya tidak dapat disampaikan dengan sempurna. ini pendapat aku saja. betullah dengan blog kita boleh berdakwah tapi kena hati-hati juga dengan penulisan kita takut tersalah taip, nanti jadi lain maknanya pula.

fafaz,
oh, baguslah kau check banyak kali. selain BM, kau pakai English ya? atau Bahasa Indonesia? haha.

alep,
haha, kau macam aku pula kadang-kadang. bila dah publish pon mahu buat recheck lagi.

Ayyman Rahim said...

Ya,aku sebegitu. Dan kalau boleh biarlah ia menggunakan bahasa yang baku agar senang difahami, hehe. Terima kasih kerana menyukai penulisan aku, glad to hear that :)

Admin said...

haha. ak cek byk2 kali. tp kdg2 ade gak terlepas satu dua. kdg2 byk kli gak edit balik lps publish

Aku Iron Man said...

Ayyman,
Betullah kata kau itu, guna bahasa baku yang difahami ramai. Oh, penulisan yang bagus memang aku sokong jadi teruskan menulis.

Ubey,
Haha, kau sama macam aku. Ada saja yang terlepas pandang. Manusia tak perfect kan? haha.

Anonymous said...

aku slalu preview. sebab aku menulis dgn meletak kod html sendiri. jadi aku perlu preview utk lihat hasil coding aku. hahhahaha

Aku Iron Man said...

fafarafa,
kau macam aku selalu preview sebelum publish. canggih juga blog kau ya? ada kod html semua. kagum pula aku. haha.

Ara said...

aku kdg2 je check blk...ade certain post aku, agak sdp bunyinye bile aku taip skali lalu..seolah2 mcm prasaan yg btol2 keluar dr hati mase tu, fres lg...tp tu aku la.. ;)

mungkin kalau post yg yg agak berat dan mungkin membuatkn org len slh phm, aku akn recheckpost itu..

Aku Iron Man said...

Ara,
betullah kata-kata kau itu. Post entry yang ada kandungan yang serius perlu disemak banyak kali. Aku cuba buat begitu sampai bila-bila pon. Haha.

Ara said...

yup! ;)