Tuesday, February 24, 2009

46

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

dalam banyak-banyak blog yang aku lawat,
setiap blog itu ada pelbagai nama.
nama-nama yang bagi blogger itu simple,
tapi bagi aku amat bermakna.

terfikir-fikir juga aku,
nama blog aku ini bermaknakah?
aku rasa aku menulis seperti menjurus kepada blog 'itu' sedangkan tidak.

sebenarnya aku cuba ubah apa yang aku mahu tulis di sini.
bukan bagi komen saja.

sebab itu aku macam mahu ubah nama blog aku.
ada blogger yang sudah bagi cadangan untuk nama blog aku ini.
tapi aku masih rasa tak kena lagi dengan hati aku ini.
iyalah, nama blog pon pentingkan?
macam nama kita juga, sama-sama penting.

kau orang rasa aku patut ubah nama blog aku kah?
kalau ya, silalah berikan cadangan.

kadang-kadang aku mahu kekalkan saja nama blog ini kerana ramai yang tahu blog aku kerana nama blog aku.
atau kau orang kenal blog ini sebagai blog kepunyaan 'Iron Man Palsu'?
haha.

sebenarnya, aku masih sayang pada nama blog ini.
kau orang pon mesti sayang pada nama blog kau orang kan?
sebab orang tahu blog kau dengan nama blog kau dahulu,
kemudian baru tahu siapa tuan empunya blog.
atau orang lain tahu dahulu nama tuan empunya blog, baru tahu nama blog kau orang itu?
haha, ikut orang juga. tidak begitu?

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

12 comments:

Anis Mohd said...

hahaahaaaa...
iron man palsu ???
ko mmg iron man palsu pon..
naseb bek sdr diri ..

tapi, anis rasa..kekalkan je la ngan nama ni..
cool ape ??

* anis da tkr nama blog berkali2..relaks je..

Anonymous said...

x tkr blh? sbb dh jd trademark, signature kamu.

sy rasa org yg bertkr-tkr nama blog (bkn nama profile) berkali-kali ni spt tiada pendirian tetap. tidak berpendirian teguh gitu.

*oops, sori anis! ;)

Aku Iron Man said...

anis,
azfarul,

kau orang rasa aku patut kekalkan saja ya? aku kadang-kadang rasa begitu juga.

MaSHee said...

Yang pertama tu lekat di hati...

Anonymous said...

weyh
aku dah ada proper blog.

kalau rajin, datang la ;)

alephendrix.blogspot.com

Aku Iron Man said...

Aku, Dia, Kamu,
pendapat kau ini boleh pakai juga. selalunya pengalaman yang pertama itu yang kita tak akan lupa.

alep,
aku sudah lawat blog kau. simple saja, macam aku punya. haha. nanti aku baca sampai habis. blog kau itu macam blog seorang idealis juga, tidak begitu?

_Vu-JiE_ said...

kadang2 aku pn tfikir nk tukar nama blog. sbb mcm susah nak eja je.
tulangikankewl.blogspot.com
tapi orang dh ramai tau nama tu. kalau tukar ssh pula nanti kan. haih payah benor. hehe.
tp aku still stand dgn tak payah tukar la.. nama blog ko dh ok aku rasa..

Aku Iron Man said...

tulang ikan kewl yang cool,
kau pon rasa ok? haha, ramai pula yang minta aku kekalkan saja nama blog seperti yang aku mahukan juga. terima kasih kerana pendapat kau tu.

agak-agak kalau kau mahu tuka nama blog kau, kau mahu tukar dengan nama baru apa?

Anonymous said...

trpulang la pd empunya blog.. lau rsa syg xprlu la tkar, tp xbrmksud slmenye nk guna nme ni kn.. mgkn lain kli blh tkar bile ade 'sesuatu' yg brubah... *smile*

Aku Iron Man said...

Topeng Hati,
mungkin aku akan ubah tapi bukan sekarang agaknya. haha, bila ada 'sesuatu' yang berubah? boleh aku tahu 'sesuatu' apa itu?

Anonymous said...

mksd sa 'berubah' fikiran.. =)

Aku Iron Man said...

Topeng Hati,
Oh, berubah fikiran rupanya. Puas aku fikir, haha.