aku suka pada dunia blog.
kadang-kadang aku boleh berada di depan laptop aku lebih daripada sejam semata-mata mahu lihat blog aku sendiri dan juga blog orang lain.
kadang-kadang aku boleh rasa aku boleh hilangkan stress aku semasa kerja jika aku baca blog orang lain yang ceria dan ada semangat positif.
adakah kau orang pon rasa dengan baca blog orang lain boleh hilangkan rasa stress kau orang itu?
bila aku rasa aku sedang mengalami perasaan yang negatif terutamanya stress semasa kerja,
aku akan pilih untuk baca blog yang boleh buat aku ceria kembali.
blog yang bagi aku kelakar dan comel.
buat aku rasa happy kembali.
adakah kau orang pon buat begitu juga?
aku juga tahu blog mana yang pasang lagu-lagu yang aku suka.
jadi, jika aku mahu dengar lagu itu aku akan ke blog itu.
boleh saja aku buka lagu itu di laptop sendiri tapi jika dengar di blog orang lain aku rasa lain perasaannya.
kau orang fahamkan maksud aku?
kalau tak faham, buat-buat faham saja. haha.
kadang-kadang aku risau juga jika aku mengadap blog berjam-jam.
semacam aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti saja.
kadang-kadang aku rasa sebegitu.
aku macam mengasingkan diri saja.
iyalah, jika aku mengadap blog selama berjam-jam, buat masa aku di dunia sebenar semakin berkurangan.
takut juga kalau aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti.
kalau boleh, aku mahu seimbangkan kedua-duanya.
sebab itu sekarang aku cuba bahagikan masa aku untuk berblogging dan juga menikmati hidup aku di dunia realiti.
bagi aku dua dunia itu berbeza.
atau kau orang rasa sama saja?
post entry ini untuk aku kritik diri sendiri.
kalau boleh aku mahu berkongsi kritikan aku ini dengan kau orang.
adakah kau orang macam aku juga?
kongsilah perasaan atau pengalaman kau orang semasa berblogging dengan aku.
kalau tak mahu kongsi tak apalah.
"no hard feeling" bak kata orang putih. haha.
kadang-kadang aku boleh berada di depan laptop aku lebih daripada sejam semata-mata mahu lihat blog aku sendiri dan juga blog orang lain.
kadang-kadang aku boleh rasa aku boleh hilangkan stress aku semasa kerja jika aku baca blog orang lain yang ceria dan ada semangat positif.
adakah kau orang pon rasa dengan baca blog orang lain boleh hilangkan rasa stress kau orang itu?
bila aku rasa aku sedang mengalami perasaan yang negatif terutamanya stress semasa kerja,
aku akan pilih untuk baca blog yang boleh buat aku ceria kembali.
blog yang bagi aku kelakar dan comel.
buat aku rasa happy kembali.
adakah kau orang pon buat begitu juga?
aku juga tahu blog mana yang pasang lagu-lagu yang aku suka.
jadi, jika aku mahu dengar lagu itu aku akan ke blog itu.
boleh saja aku buka lagu itu di laptop sendiri tapi jika dengar di blog orang lain aku rasa lain perasaannya.
kau orang fahamkan maksud aku?
kalau tak faham, buat-buat faham saja. haha.
kadang-kadang aku risau juga jika aku mengadap blog berjam-jam.
semacam aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti saja.
kadang-kadang aku rasa sebegitu.
aku macam mengasingkan diri saja.
iyalah, jika aku mengadap blog selama berjam-jam, buat masa aku di dunia sebenar semakin berkurangan.
takut juga kalau aku lebih suka pada dunia blog dari dunia realiti.
kalau boleh, aku mahu seimbangkan kedua-duanya.
sebab itu sekarang aku cuba bahagikan masa aku untuk berblogging dan juga menikmati hidup aku di dunia realiti.
bagi aku dua dunia itu berbeza.
atau kau orang rasa sama saja?
post entry ini untuk aku kritik diri sendiri.
kalau boleh aku mahu berkongsi kritikan aku ini dengan kau orang.
adakah kau orang macam aku juga?
kongsilah perasaan atau pengalaman kau orang semasa berblogging dengan aku.
kalau tak mahu kongsi tak apalah.
"no hard feeling" bak kata orang putih. haha.
28 comments:
hah i pun suke nor bc blog org yg gile2!
kelalang,
aku ini gila-gila kah? haha. tak pernah orang cakap macam itu lagi.
haha..
btol laa
bell pn ske bc blog org len..
lg2 yg epy2.
arabella,
seronok kan kalau kita dapat baca blog yang boleh buat kita happy dan boleh buat kita gelak? haha. aku sangat-sangat suka blog yang macam itu.
aku tahu aku tahu, blog aku comel dan kau suka. haha.
hehheheh. aku juga ada blog fav aku. & blog fav aku tidak tertumpu pd certain2 spesifikasi. jika aku suka baca, blog yang serius pon aku bole follow. tapi tidak terlalu serius. aku suka bc blog serius tapi sinikal. sekurang2nya aku tak bosan baca.
blog ko mungkin sangat plain. tp blog ko boleh dikatakan dlm kategori blog yg aku bc. serius tp sinis.
dan aku juga setuju dgn ko. dunia blogging & dunia realiti adalah 2 dunia yg berbeza. tetapi 2 dunia ini saling berkait bg seseorg blogger. & aku lebih suka dunia blog kerana aku tidak perlu menjaga hati sesiapa di dlm blog aku. tp tidak bermaksud aku bole memaki hamun orang dlm blog aku. cuma human interest itu kurang dlm blog. jadi aku lebih senang untuk menulis.
dan siapa sangka, aku sekali sekala boleh menulis sajak di dalam blog. sedangkan realitinya, aku adalah seorang perempuan yg agak kasar & tidak berjiwa seni. hahahhahahahah
ehhh...punya laa asik menulis. x perasan dh pjg sgt plak komen aku :D
pertama kali anis baca
ko wat n3 cm ni..
agak pelik..
tp x pe..
anis enjoy membaca..
heheeee
eh mne de i ckp u gile2
kaka!
nono,
blog kau comel? haha. betullah tu. comel sebagai seorang remaja. haha. aku dah tua sangat ni.
fafafa,
kau boleh tulis sajak? ah, hebat betul macam itu. mungkin Iron Man boleh tulis sajak lepas 1-2 tahun berblogging. haha.
anis,
pelikkah? ada blogger mahu aku buat post entry pasal aku sendiri. jadi aku buatlah. terima kasih kerana masih suka baca blog ini.
kelalang,
aku baru nak suka bila kau cakap aku gila-gila. haha.
wahh, lama gila aku tak datang blog ni. (last time aku datang, aku datang cara kasar) haha
oleh kerana aku dah stop menulis for a while, jadi aku takde kerja dan nak bagi comment dekat sini.
boleh kan ? ;)
ok, sebenarnya aku teruja nak tahu sejauh mana blog kau ni boleh pergi dengan frasa ayat ni :
"aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini."
konsepnya baru dan rasanya takde orang pernah buat lagi. yelah, kau tulis entri berdasarkan persekitaran, ruang lingkup dan atmosfera dunia blogging.
aku pasti, takkan selamanya kau tulis tentang dunia blogging sahaja walaupun secara literalnya kau boleh relate-kan dunia blogging ni dengan dunia realiti (kalau kau boleh lahh.. haha)
so, aku ternanti-nanti, bilakah waktu dan masa yang kau akan tulis sesuatu yang berbeza dari apa yang kau tulis sekarang.
aku tengah tunggi ni haha ;)
alep,
kau pon macam orang lain juga. mahu aku tulis pasal benda lain selain dunia blog. baiklah, aku masih cuba. sekarang ini bahan-bahan untuk aku tulis pasal dunia blog masih ada. jadi aku akan tulis pasal itu dulu selagi aku mampu. mungkin aku akan selitkan benda-benda lain di blog ini. haha, kau buat aku teruja untuk tulis benda lain. haha. terima kasih alep!
lebih baik kamu seimbangkan dengan dunia akhirat
hehee....aku pun hobi bace blog org gaks...ske bace penulisan2 ringan yg spontan....aku akan bace smpai aku penin atau terlena...hehee..aku ske menulis yang komplicated di blog...silal la jengok blog aku hehe....( promot laks )
the spiral eyes,
aku akan cuba seimbangkan kedua-duanya pada post entry yang akan datang. harap-harap blogger lain buat benda yang sama juga. terima kasih pada nasihat kamu itu.
youjie,
kau suka baca blog orang sampai peningkan kepala dan terlena? haha. macam aku pulak. ah, kau mahu aku jenguk blog kau? terima kasih. nanti aku datang jenguk. sediakan karpet merah untuk aku. haha. bergurau saja.
hahaha aku pon suka menghadap blog aku sendiri lama2. sebab aku tulis apa aku suka. kemudian aku pun jadi suka pada diri aku secara berlipat ganda. hehe. dulu org komplen gak sbb aku asyik menghadap blog, tp xpe je. sbb blogging buat aku happy..
betul2.. blog yg kelakar dan comel blh buat aku happy.. hehe..
tulang ikan kewl (yang memang cool),
haha, baru aku tahu bukan aku seorang saja suka mengadap blog diri sendiri dengan masa yang agak lama. baguslah blogging buat kau happy. kita mesti happy selalu. kalau asyik stress saja, habislah diri sendiri.
baca blog org blh wt ceria? knape sa xrse cm 2.. blh bg sdkit tip...
suka baca blog kau. sinis tapi manis. takde la mcm "org tu" yg menyerang tak tentu pasal...
iron man...
kenapa x letak lagu dalam blog sendiri?
boleh lah dengar lagu-lagu yg iron man suka =)
Topeng Hati,
mungkin kamu tak jumpa lagi blog yang boleh buat kamu ceria. ada saja, cuba cari.
Tijah,
sinis tapi manis ya? haha. siapa yang serang orang tak tentu pasal?
runnia,
kenapa aku tak letak? sebab rasa macam leceh pulak. haha, malas pon ada. nanti aku akan listkan lagu-lagu yang aku suka di sini. ada banyak sebenarnya. haha.
runnia,
aku suka buka hitz.fm, jadi apa-apa lagu dari statio radio itu aku memang layan semua.
REHAB - RIHANNA
JUST DANCE - LODY GAGA
CRUSH - DAVID ARCHULETA
LIVE YOUR LIFE - T.I. / RIHANNA
HOT N COLD - KATY PERRY
MISS INDEPENDENT - NE-YO
GOTTA BE SOMEBODY - NICKELBACK
CIRCUS - BRITNEY SPEARS
CHECK YES JULIET - WE THE KINGS
GIVES YOU HELL - ALL AMERICAN REJECT
I'M YOURS - JASON MRAZ
MY LIFE WOULD SUCK WITHOUT YOU - KELLY CLARKSON
DEAD & GONE - T.I/ JUSTIN TIMBERLAKE
macam panjang lagi list ini, haha. lagu melayu ni aku kurang dengar sikit. tapi aku suka faizal tahir.
nampak nya iron man ni macam agak kurang minat dgn lagu melayu,eh?
kurang minat, atau tak minat, atau masih belum ada yang selesa dgn halwa telinga?
runnia,
kurang minat ya, bukan tidak minat langsung.
wahhhhh....kite same taste la, iron man..
aku igt ko lyn lgu2 melayu atau lagu2 yg x 'mainstream' mcm ko listkan tu...huhu..nmpknye sangkaanku meleset.. ;)
nape ek kau suke lgu2 omputih? knp hitz.fm? ;)
haha. tp kadang2 blog bella xde makna n kdg2 menyedihkan. haha. b'campur lah..
Ara,
kenapa kau mula-mula ingat aku suka lagu melayu? haha. dan kenapa aku suka lagu Inggeris ya? tak tahu kenapa. dari kecil lagi aku suka. dan kenapa hitz? sebab hitz best. haha. kalau macam tu, jom kita sama-sama layan hitz.
arabella,
kenapa kau kata blog kau menyedihkan dan tak ada makna? serupa macam kau sudah bosan untuk berblogging saja. kalau blog itu sedih maksudnya tuan punya blog pon sedih sekali. jadi jangan kau fikir benda-benda yang buat kau sedih. buat benda yang boleh buat kau happy dan tulis pasal itu di blog. mesti blog kau akan ceria kembali. tidak begitu?
dulu aku ketagih dengan blog.
sampai ym/skype/friendster dan lain2 semua aku tak layan.
tapi bila aku tengok followers semakin meningkat nak2 ada kalangan orang dah berusia,aku rasa macam jadi satu tanggungjawab pula.tak boleh nak buat ayat tunggang langgang lagi,ayat sms,atau makian,atau cerita pergi shopping,aku rasa macam aku kena bagi sesuatu yang lebih bermanfaat.
berblogging ini boleh jadikan aku lupa diri,lupa makan segala.hahaha,aneh,sampai satu tahap aku asyik depan blog aje.sekarang dah ok.seriklah.macam orang tak ada life. :)
Post a Comment