Saturday, January 31, 2009

38

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

ini mengenai blog oleh si blogger itu yang suka buat aku berfikir dan termenung jauh seorang diri.

ramai juga blogger yang sebegini sekarang, baguslah kalau begitu.
sekurang-kurangnya otak aku dapat menjadi aktif sekali untuk turut sama-sama berfikir macam kau orang.
bukan jadikan otak aku semakin malas berfikir.

blogger sebegini selalu bangkitkan isu yang aku rasa aku selalu lupa tentang isu itu.
aku lupa kerana aku anggap ia remeh sedangkan ia tidak.
selepas aku baca blog dia, buat aku mahu sentiasa berjaga-jaga.
contohnya kalau aku hilang handphone.
ada blogger yang pernah tulis pasal ini, jadi terima kasih kerana mengingatkan aku.
bila handphone hilang, memang macam orang gila aku jadinya. haha.

baiklah, aku hampir lari pada tajuk asal.

ada satu lagi isu yang aku rasa ia remeh sedangkan tidak.
jadi terima kasih pada blogger yang buat aku mahu menghargai apa yang aku ada.
menghargai orang-orang yang menghargai kewujudan aku.
ataupon barang-barang kesayangan aku walaupon ia adalah barang murah, tetapi ia tetap penting dalam hidup aku. apa barang itu? jam tangan aku lah. haha.

ada juga blogger yang mengingatkan aku pada memori yang bertahun-tahun yang aku rasa aku jarang teringat.
memori sewaktu aku masih kecil, misal contoh.
bila blogger itu bercerita pada sesuatu yang terjadi juga semasa aku masih kecil dahulu, buat aku tersenyum seorang diri.
memori semasa kecil memang indah, bukan?
atau tidak bagi kau orang?
lain orang lain pula memori masing,-masing bukan begitu?

ada lagi isu yang seperti membuat aku mahu recall kembali apa yang aku sudah buat selama aku hidup ini.
adakah aku betul-betul jadi seperti yang aku mahu semasa aku masih kecil dahulu?
adakah aku sudah jadi seperti orang-orang tuaku mahukan?
mungkin belum, mungkin sudah.
cuma aku rasa bersyukur dan bangga atas apa yang aku sudah capai selama aku hidup ini.

sekali lagi, post ini berbau peribadi.
maafkan aku.

aku suka blogger yang suka buat aku berfikir.
mungkin ada blogger yang tidak suka pada blogger yang menulis seperti itu.

adakah kau rasa blogger sebegini buat kau rasa jelik kerana mengingatkan kau pada benda-benda yang kau tidak suka?
atau kau rasa blogger sebegitu suka menulis benda-benda yang remeh temeh dan seperti kebudak-budakan?

aku rasa walaupon ada blogger yang suka bangkitkan isu yang bak kata kau orang isu yang kebudak-budakan atau remeh temeh, jika dia menulis dengan baik dan menarik, penulisan dia itu tentu tidak membosankan, bukan?

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah mereka nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Thursday, January 29, 2009

37

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

adakah ibubapa kau orang tahu tentang blog kau orang?
ibu bapa aku tidak tahu kerana mereka sudah tiada.
tetapi adik aku tahu tetapi dia berpura-pura tidak tahu.
mahu jadi silent reader ya?haha.

kau orang rasa, adakah kandungan blog kau itu akan membuatkan parents kau orang rase tidak percaya dengan penulisan kau di blog?
maksud aku, adakah parents kau tidak percaya orang yang menulis di blog itu adalah anak mereka sendiri?
mahu juga aku tahu respon parents kau orang ini.
pasti menarik.

atau adakah parents kau orang tidak tahu langsung yang anak mereka mempunyai sebuah blog yang sedang dibaca oleh ramai orang?

mungkin ada juga situasi di mana parents kau orang secara tidak sengaja terjumpa blog kau.
dan selepas mereka dapat tahu,
mungkin mereka akan bertanya kepada kau samada adakah itu blog kau.
mungkin ada juga parents yang berpura-pura tidak tahu tentang kewujudan blog kau dan selepas mereka sudah dapat tahu, mereka akan membaca blog kau setiap hari.
mungkin mereka juga salah seorang silent reader blog kau.haha.
mungkin juga bukan?

mungkin ada blogger yang memberitahu parents mereka tentang blognya.
mungkin ada juga parents yang 'moden' menasihatkan anak mereka untuk mempunyai sebuah blog (bagi mereka mempunyai sebuah blog adalah baik untuk memotivasikan diri sendiri).
mungkin ada blogger yang tidak mahu langsung parents mereka tahu yang dia ada blog kerana dia mahu privasi, mungkin?

kemungkinan ada parents tidak suka anaknya membuat blog kerana bagi mereka seperti kau mahu memberitahu hampir segala-galanya kepada orang yang tidak kenali.
mereka risau agaknya, iyalah mana tahu ada pihak-pihak mahu buat jahat kepada kau orang selepas sudah tahu gaya hidup kau itu.
mungkin juga bukan?

mungkin, mungkin dan mungkin. ini cuma pendapat aku saja.

aku tidak tahu kerana aku bukan seorang ayah.

tetapi, sebagai seorang abang untuk adik aku,
aku berkongsi hampir segala benda dengannya. dia juga begitu.
selamat dia memberitahu aku tentang blognya, jadi bolehlah aku mengawasi blognya itu dari adik aku itu menulis perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain.

oh ya, bila aku baca blog adik aku itu,
baru aku tahu adik aku ini adalah orang yang serius dan bukan main-main seperti yang aku selalu lihat pada sifat luarannya.
baguslah itu, wahai adik.

ah, berbau peribadi pula post ini.
harap maaf.

aku pula tidak tahu samada kau patut atau tidak patut untuk memberitahu parents kau tentang kewujudan blog kau.
kalau kau rasa kau sudah bersedia mahu memberitahu mereka, lebih baik bagitahu.
kalau tidak bersedia lagi, pendamkanlah sahaja.

mungkin bagus juga kalau parents kau tahu tentang blog kau.
sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang kau selalu fikirkan atau apa masalah kau.
mungkin mereka dapat membantu kau.
mana tahu bukan?

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Tuesday, January 27, 2009

36

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

berkenaan dengan post sebelum ini,
aku mahu sambung sedikit buah fikiran aku yang tidak seberapa itu.

aku mahu kata, tulis dengan jujur, bukan berpura-pura jadi orang lain.

adakah kau orang pernah melawat blog orang-orang yang kau kenal tetapi bila kau baca blog dia itu, hanya bohongan semata-mata yang dia tulis?
aku pernah.

blogger itu bohong tentang apa yang berlaku kepada dia.
dia tulis benda-benda yang tiada satu pon ada padanya.

dia tulis dia penat berjalan di rumah banglonya yang besar itu.
dia penat berjalan dari ruang tamu utama ke dapurnya kerana perlu melalui ruang tamu yang ketiga.
sedangkan aku tahu rumahnya bukanlah rumah banglo
dan rumahnya itu cuma ada satu ruang tamu sahaja dan bersebelahan saja dengan dapurnya itu.

dia tulis dia seronok bercuti di negara itu dan ini, sedangkan pada yang sama dia cuma bercuti di kampungnya sahaja dan kebetulan aku di situ.

dia tulis yang dia dapat beli pelbagai barang di negara yang dia lawat dan dia membelinya dengan kad kreditnya yang berkeping-keping,
sedangkan aku tahu kawan-kawan dia sendiri yang hadiahkan barang-barang itu kepada dia.

dia juga tulis dia berpangkat besar di syarikat ayahnya sedangkan aku tahu tempat dia bekerja itu bukanlah milik ahli keluarganya dan dia hanya berjawatan biasa sahaja.

setiap contoh yang aku tulis ini bukanlah orang yang sama,
mereka adalah orang yang berbeza-beza.
letih pula aku membaca setiap bohong yang dia reka itu.

pandai pula dia mereka-reka cerita yang tidak betul di blognya.
atau dia meniru setiap ceritanya itu dari blog orang lain?
bak kata orang, copy paste ya?

ah, kenapa kau mahu berlagak tentang benda yang kau tiada?
kau tidak bersyukurkah dengan apa yang ada selama ini?
adakah kau mahu orang lain suka datang blog kau kerana kau adalah orang yang kaya dan boleh hidup dengan mewah sekali sedangkan kau tidak?

aku kasihan pada kau.
kau mahu beridentitikan seseorang yang kau mahu jadi tapi kau tidak berjaya menjadi identiti itu.
tapi kau tidak tahu yang apa yang kau ada sekarang tidak semua orang ada.
aku rasa kau patut bersyukur dengan apa yang Tuhan sudah berikan pada kau dan hargainya sebaik mungkin.
aku harap kau berhenti berpura-pura jadi orang lain.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Sunday, January 25, 2009

35

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

dahulu aku ada melawat blog seseorang ini.
aku tidak kenal pon blogger itu.
cuma kebetulan aku dapat melawat blog dia atas bantuan dari blogger lain.

blogger ini menceritakan tentang pendapat kawan-kawannya tentang blognya.

kawan-kawan dia kata, blogger ini mempunyai 'watak' yang berbeza di dunia blog dan di dunia sebenar.
blogger ini sudah semestinya pelik.
dia rasa dia tidaklah berpura-pura menjadi orang lain ketika menulis di blog, inikan lagi di dunia realiti.

blogger ini kata, apa yang dia tulis di blog adalah luahan sebenar dari dirinya sendiri.
luahan yang mungkin tidak dapat difahami oleh orang lain.
blogger ini juga kata, setiap luahan yang dia lemparkan pada blognya adalah 'poyo' bagi mata kasar kawan-kawannya itu.

sedih pula aku rasakan pada blogger ini.
aku percaya blogger ini berlaku jujur pada setiap perkataan yang dia tulis di blognya, yakni dia tidak berpura-pura menjadi orang lain.
tapi bagi kawan-kawannya sendiri pula mengatakan luahan hatinya itu adalah 'poyo'.

(apakah maksud sebenar perkataan 'poyo' itu?)

pendapat aku, bila kita dia menulis di blog sendiri,
kita memang menjadi diri kita yang sebenar.
kita luahkan apa yang kita rasa dari sudut pandangan kita sendiri, bukan pada pandangan orang lain.
mungkin apa yang kita luahkan itu tidak difahami oleh orang lain termasuklah kawan-kawan sendiri.
mungkin sebab itu kawan-kawan kita sendiri tidak mengenali kita seperti yang mereka kenal di dunia realiti.

tidak semua benda tentang diri kita yang kawan-kawan kita tahu bukan?
ada juga masa-masa tertentu yang kita tidak dapat luahkan pada orang lain,
cuma kita dapat luahkan dengan menulis di blog.
blog memang kawan dan pendengar yang setia bagi aku.
adakah kau orang rasa sebegitu juga?

ya, mungkin juga kita boleh menjadi orang yang berbeza ketika di blog dan ketika kita di dunia yang sebenar.
kita bukan berpura-pura menjadi orang lain, cuma kita betul-betul menjadi diri kita sendiri dan menulis dengan jujur, jujur dengan diri sendiri.
harap-harap kau orang faham apa yang aku tuliskan ini.

aku ada kawan yang ada blog.
kadang-kadang aku rasa aku masih tidak mengenali diri kawan aku itu ketika aku baca blognya.
iyalah, setiap fikiran dan hati orang lain kita memang tidak dapat baca.
tetapi, dengan blog aku dapat mengenali kawan aku itu di sudut pandangan yang lain yang aku tidak pernah lihat dari dirinya.

tak sangka, blog juga dapat merapatkan hubungan aku dengan kawan-kawan sendiri dengan mengenalinya dari sudut pandangan yang berbeza.
atau adakah blog menjauhkan hubungan kau orang dengan kawan-kawan kau orang?

Saturday, January 24, 2009

salah faham yang patut dibetulkan

kebelakangan ini aku terima pesanan-pesanan yang bagi aku ianya sangat pelik.
blogger lain kata aku ini adalah blogger 'itu'.
puas juga aku fikir kenapa mahu kata aku adalah blogger 'itu' sedangkan aku bukan.

baiklah, kalau mahu lihat semula post-post sebelum ini,
aku menyatakan aku berkongsi blog ini dengan blogger 'itu'.
tetapi sekarang blog ini kepunyaan blog aku seorang, bukan milik aku dan blogger 'itu' lagi.

selama ini aku padam pesanan di chat box itu adalah kerana aku ingin menutup salah faham tersebut tetapi pesanan itu tetap datang dan datang.
mula-mula aku mahu biarkan saja salah faham ini akan reda sendiri tetapi lain pula yang aku harapkan.

mungkin aku patut bersuara untuk 'bersihkan' salah faham ini.
aku adalah aku dan bukan blogger itu.
kenapa mahu serang blogger 'itu' di sini, bukan di blognya sendiri?

isu ini mungkin juga bangkit setelah aku menulis post tentang beberapa blogger yang tidak puas hati dengan penulisan aku tentang mereka.
aku sudah katakan di bahagian 'comment' bahawasanya aku menulis pada waktu itu tanpa tahu kebenaran sebenar dan aku telah meminta maaf.

sekali lagi di post ini aku mahu minta maaf pada blogger-blogger yang tidak suka penulisan aku tetapi aku cuma luahkan pendapat aku.

aku tidak siarkan nama blogger atau link blog yang aku sudah ceritakan kerana aku tahu aku tiada hak untuk berbuat demikian.
jadi aku cuma tulis sahaja pendapat aku tanpa aku sebut siapa blogger itu.

diharap selepas kau orang baca post ini,
tiada lagi salah faham.

kalau kau orang masih tidak sukakan aku,
silalah melawat blog orang lain, bukan blog aku ini.

aku mahu tekankan untuk kali terakhir bahawasanya aku adalah aku dan bukan blogger 'itu'.

siapa aku?
Aku Iron Man.

Friday, January 23, 2009

34

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau orang rasa blog kau itu sampai bila boleh bertahan?

aku sendiri tidak tahu sampai bila blog aku ini akan bertahan.
mungkin sampai otak aku ini sudah tidak ada idea mahu tulis apa.

blog aku ini susah juga mahu bertahan kerana aku tulis komen aku berdasarkan blog yang aku sudah baca atau lawat.
kalau aku sudah bosan baca blog orang lain, maka aku tidak tahu untuk bagi komen apa lagi di blog ini.

aku rasa blog seperti diari mungkin bertahan lama.
iyalah, selagi blogger itu hidup, selagi itu dia mahu ceritakan tentang hidupnya di blog-nya.

blog yang selalu buat aku berfikir, aku kagum dengan blog sedemikian.
tidak kering idea si penulis blog mempersoalkan tentang mengapa dan bagaimana sesuatu itu terjadi.
aku harap blog sebegitu dapat bertahan lama.

aku harap juga blog yang mengajak blogger lain membuat kebaikan juga tidak berhenti untuk menulis di blog.
nanti kekurangan pula orang-orang yang mahu nasihatkan kita.
yang tinggal hanyalah penghasut dan orang-orang yang benci pada kita.
habislah dunia kalau ramai blogger sebegitu.

harap-harap orang yang buat blog setia pada blognya.
hasilnya, blog-nya akan lama bertahan.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Wednesday, January 21, 2009

33

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

aku rasa orang-orang yang tinggal jauh dari keluarga dan rakan-rakan lebih baik mempunyai sebuah blog.
kenapa aku tulis sebegini?
teruskanlah membaca.

baiklah, aku ada rakan-rakan yang tinggal di luar negara kerana mereka bermaustatin di sana.
mereka bermaustatin di sana kerana mereka ada pekerjaan yang tetap di sana.

jadi bagi orang seperti aku yang mahukan perkembangan terbaru mengenai rakan-rakan aku itu,
aku cuma perlu baca blognya sahaja, selain aku tuliskan emel atau menelefonnya.

macam-macam cerita yang aku tahu dari blog kawan aku itu.

tentang bagaimana dia berjumpa dengan buah hatinya.
tentang dia berjaya membeli sebuah kereta dengan duit gajinya sendiri.
tentang dia sedang kumpulkan duit sebab mahu beli rumah sendiri.
tentang pekerjaannya yang kadang-kadang buat dia tension (overtime sana sini) dan kadang-kadang happy (kerana buah hatinya juga bekerja di sana,haha).
dia juga ada cerita yang dia mahu jadikan buah hatinya sebagai isterinya yang sah.
cerita itu buat aku teruja juga mahu tahu perkembangannya.

aku sendiri jadi seronok bila membaca blog kawan aku itu.
tapi kalau dia sedih, aku juga merasakan kesedihannya.
jadi aku cuba berikan nasihat dan semangat untuk dia jadi lebih kuat.

itu adalah aku sebagai kawan dia.
mungkin ahli keluarganya lebih teruja membaca blog dia.

iyalah, ahli keluarga sendiri sudah duduk jauh.
kalau mereka dapat tahu cara hidup dia di sana, tentu mereka seronok.
lebih seronok lagi kalau kawan aku ini letakkan gambar yang banyak di blognya.
bolehlah aku tatap berkali-kali.
haha, nampak sangat aku tiada kerja kan?

aku harap kawan aku itu gembira dengan hidupnya.
kawan, teruskanlah menulis di blog kau kerana cara itulah buat kita selalu berhubung.

maaflah, post ini agak peribadi sikit jadi mungkin kau orang bosan membaca post ini.

Monday, January 19, 2009

32

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

aku mahu bagi komen tentang beberapa orang blogger(si B, C dan D) yang menggunakan chatbox seseorang blogger (si A) sebagai medan untuk berborak.

pernah tak kau orang jumpa dengan blogger tersebut?
aku pernah.

aku melawat blog yang sudah banyak follower-nya,
jadi aku fikir mungkin blog dia ini memang popular.
aku gelarkan nama blogger ini, A.

bila aku baca beberapa post-nya, hampir kesemuanya mempunyai topik yang boleh tahan, bukannya topik yang tiada hala tuju dan main-main.
mungkin sebab itu blog dia ada ramai follower.

jadi aku tulis saja di chatbox blogger tersebut yang dia ada blog yang bagus dan komen aku muncul selepas itu.
tetapi, tak sampai 1 minit, komen aku sudah bergerak ke bawah dengan sangat laju.
pelik juga aku.
dalam hati aku rasa mungkin tuan punya blog sedang berbual-bual dengan blogger lain.

seperti biasa, aku tiada kerja jadi aku pergi lah melawat blog kepunyaan blogger-blogger yang sedang rancak berbual di chatbox orang lain itu.
aku gelarkan blogger-blogger lain itu sebagai B, C dan D.
aku perhatikan chatbox si B, C dan D,
tiada pula nama tuan punya blog (si A) yang dia borak-borakkan tadi.

aku sudah semakin pelik.

baru aku tahu,
rupa-rupanya si B, C dan D bukan sedang berborak dengan tuan punya blog yang popular itu (si A), tetapi mereka berborak sesama mereka, sesama B, C dan D sahaja tanpa kelibat si A.

haha. mahu saja aku gelak.
kenapa kau jadikan blog orang lain untuk berbual dengan orang lain?
nak kata kau tiada chatbox, ada saja aku tengok.

aku pon pelik kenapa tuan punya blog biarkan sahaja orang lain menggunakan chatbox-nya untuk berbual-bual seperti di YM (sebagai contoh).

kalau aku,
aku tak bagi orang lain gunakan chatbox aku untuk berbual sesama mereka sendiri.
kau kan sudah ada chatbox sendiri, pakailah kau punya. kenapa mahu pakai aku punya?
semakin pelik bila aku fikirkan kembali.

maafkan aku, ini cuma pendapat aku.
aku sudah bicarakan topik 'chatbox' ini di post sebelumnya, jadi siapa yang sudah membacanya pasti faham apa yang aku mahu sampaikan di sini.

kalau mahu perbualan yang hangat dan rancak, borak sahajalah di YM atau di mana-mana tempat.
oh, disebabkan chatbox itu namanya 'chatbox' atau kotak berborak, jadi kau gunakan saja ya fungsi itu?
baiklah, itu mungkin pendapat kau orang.
tapi sampai mahu gunakan chatbox orang lain untuk berbual macam pelik bagi aku.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Saturday, January 17, 2009

31

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau seorang blogger, berapa banyak post yang kau hasilkan dalam sehari?
1,2,3 atau melebihi 5 post dalam sehari?

aku seorang blogger, aku post 1 post setiap hari atau setiap 2 hari (tak tentu juga sebenarnya), kau orang bagaimana pula?

aku melihat-lihat blog orang lain.
aku perasan, ada yang rajin buat satu post setiap hari.
kiranya blog dia ni memang setiap hari update.

aku pon ada perasan jugak, ada yang update blog dengan buat lebih dari 1-2 post dalam sehari.
kagum pula aku.
apa lah yang ditulis oleh blogger itu sampai dia boleh buat post lebih dari satu dalam sehari.
jadi aku baca la apa yang dia tulis.

oh, dia luahkan apa yang dia fikir rupanya.
dia luahkan apa yang dia tidak puas hati.
macam-macam juga yang dia luahkan.
tapi tidak semua la yang dia tulis itu benda-benda yang dia tidak puas hati.
dia ada juga tulis tentang harapan dia pada masa depannya.
berwawasan juga blogger itu.
aku kagum dengan kau.
oh, blogger itu pon macam ada banyak cerita mahu ditulis di blognya.
sebab itu aku boleh lihat dia post lebih dari 3 post dalam sehari.
haha, otak kau memang aktif berfikir ya?

oh, ada juga yang update blog satu kali seminggu, jadi bayangkan kalau dia mahu ceritakan apa yang dia buat dalam seminggu itu dalam SEBUAH post, sudah pasti panjang berjela.

aku cadangkan, pecahkan la cerita-cerita kau itu dan buat lebih dari satu post jadi tidaklah berjela panjangnya post kau itu nanti.
ITU ADALAH PENDAPAT AKU, mungkin tidak sama dengan pendapat blogger tersebut.
mungkin dia suka post-nya nampak panjang berjela.
serupa aku baca artikel pula.haha.

tapi kalau kau ada gaya penulisan yang menarik, tidak kira panjang mana post kau, tentu pembaca blog kau tidak bosan untuk membacanya sampai habis.
pembaca seperti itu memang pembaca yang penyabar.
bagi aku, sepatutnya blogger yang sudah menulis post yang panjang itu berikan pengiktirafan kepada pembaca setianya itu yang boleh baca sampai habis, tidak begitu?

pengiktirafan yang bagaimana?
kau fikirkanlah sendiri.
aku ini tidak tentu lagi ada pembaca yang setia.
kalau ada, terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog aku yang setia.

oh ya, aku harap kalau kau mahu buat banyak post dalam sehari,
janganlah tulis benda-benda yang merepek dan tidak masuk di akal.

maksud aku, kalau dia sedang marah (aku rasa dia memang setiap hari marahkan seseorang dan seseuatu), janganlah dalam sehari, kau tulis 5 post pasal 5 orang atau 5 benda yang buat kau marah hari ini.
kesian pula aku melihat blogger seperti itu.

bagi aku,
walaupon kita sedih dan mahu tulis cerita sedih itu di dalam post kau, ingat-ingatlah Tuhan.
pastikan setiap kali kau mahu akhiri ayat-ayat kau dalam post itu, tulislah satu harapan atau doa agar hari kau pada esok hari adalah lebih baik dari hari ini.
barulah nampak kau mahu benda-benda yang positif terjadi pada kau.
bukan perkara-perkara negatif saja.
mana tahu, harapan yang kau tulis itu lambat laun Tuhan akan makbulkan, tidak begitu?

bagi aku juga,
walaupon kau marah dan mahu tulis cerita marah kau itu di dalam post kau, ingat-ingatlah Tuhan.
pastikan setiap kali kau mahu akhiri ayat-ayat kau dalam post itu, tulislah satu harapan atau doa agar hari kau pada esok hari adalah lebih baik dari hari ini.
barulah nampak kau mahu benda-benda yang positif terjadi pada kau.
bukan perkara-perkara negatif saja.
janganlah tulis perkataan-perkataan yang Tuhan tidak suka (kau tahu perkataan-perkataan yang mana,bukan?) yang ingin mencaci dan apa-apa sahajalah.
kalau kau asyik layan sahaja amarah kau itu, lama-lama kau juga yang sengsara.

oh, panjang juga post aku kali ini.
harap maaf.
aku cuma tuliskan pendapat aku sahaja.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Friday, January 16, 2009

30

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

ada beberapa bloggers pandai mencari duit dengan blognya sahaja.
jangan tanya aku, aku tidak arif kepada hal yang kompleks prosesnya.

ada seorang blogger ini, dia kata dia boleh menambah pendapatannya dengan hanya membuat blog.
jika ramai yang melawat blognya, maka banyaklah duit yang masuk pada akaun banknya.

malah, ada bengkel yang dibuat untuk mengajar bloggers lain untuk mempunyai blog yang membuat untung pada bloggers itu sendiri.

siapa yang tidak mahukan duit?
semua benda sekarang perlukan duit.
kalau mahukan benda yang percuma juga sekurang-kurangnya kita perlu membeli benda yang lain.

cuma bagi aku,
aku tidak pula berniat mahu membuat duit dengan membuat blog.
aku sendiri tidak tahu kenapa.
aku buat blog sebab aku suka menulis dan aku dapat membaca blog orang lain yang menarik dan bagus.
tidak terlintas di hati aku mahu membuat blog untuk mendapat untung duit.

mungkin aku tidak berminat tentang hal ini.
aku sudah ada pekerjaan yang tetap dengan gaji yang cukup untuk menyara diri sendiri dan keluarga aku pada waktu ini dan masa hadapan, jadi aku lebih suka membuat blog untuk luahan fikiran semata-mata.

mungkin aku masih naif mengenai perkara ini, jadi aku tulis sebegini.

kepada bloggers yang mahu jadikan blognya bukan luahan fikiran semata-mata,
bolehlah beralih arah untuk membuat duit dengan blog anda sendiri.

kepada bloggers yang mahu kekal menjadikan blog mereka untuk luahan fikiran semata-mata, teruskanlah dengan penulisan anda.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Wednesday, January 14, 2009

29

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak kau melawat blog kawan kau orang di friendster?
aku pernah.

bagi aku, rata-rata orang yang menulis blog di friendster-nya meluahkan benda-benda yang negatif yang terjadi padanya.

benda-benda negatif = marah, sedih, kecewa dan sebagainya.

aku juga pelik.
kenapa mereka meluahkan benda-benda yang negatif tersebut di blog friendster-nya?
blog friendster itu sendiri kah yang kelihatan negatif?
aku sendiri tidak tahu.

aku pula yang turut merasakan perasaan negatif tersebut jika aku membaca blog friendster tersebut.

tapi itu dulu,
aku tidak pasti dengan blog friendster sekarang.
aku nampak blog tersebut sudah banyak kemajuan.
sudah ada layout dan gadget yang banyak disediakan untuk seseorang itu membuat blog di friendster-nya sendiri.

blogger di friendster sekarang bukan seperti blogger dahulu.
sudah ramai yang menceritakan benda-benda yang gembira dan ceria di blog friendster-nya, bukan lagi menulis post yang bernada negatif semata-mata.

tetapi bagi aku, mempunyai blog di friendster menyusahkan juga.

kau orang mesti pernah mengalami situasi di mana kau cuba membuka akaun friendster kau tetapi tidak boleh.
ini gara-gara friendster mahu 'upgrade' sistemnya.
jadi, kepada sesiapa yang mahu menulis di blognya juga tidak boleh membuat sedemikian gara-gara situasi tersebut.

memang menyusahkan.
mungkin sebab itu ramai yang beralih kepada blog-blog seperti blogspot, wordpress dan sebagainya.

bagi aku juga, waktu dulu-dulu,
orang yang ada blog di friendster tidak rajin mahu meng-update blog mereka di sana.
pernah juga aku melihat orang itu sudah setahun dua membiarkan blognya di situ terbiar.
bak kata orang, sudah 'berhabuk' blog-nya di situ.

blogger seperti itu mungkin menjadikan blog-nya itu sebagai tempat luahan perasaan semata-mata.
jikalau dia sayang pada blognya, dia akan selalu melawat blog sendiri dan cuba buat blog-nya itu kelihatan menarik dan ceria.
tetapi kebanyakkannya tidak.

geram juga aku dibuatnya.
macam mana aku tidak geram, aku tertanya-tanya bagaimana hidupnya sekarang jika dia tidak rajin meng-update blognya lebih-lebih lagi jika aku jarang berjumpa dengannya (kawan-kawan aku).
seperti jalan ceritanya tergantung begitu sahaja.

macam-macam karenah blogger di friendster.
aku cuma harap mereka dapat buat blog di friendster dengan lebih baik dan lebih ceria.
bukan muram sahaja.

ini adalah pendapat aku tentang blog friendster.
ini adalah pengalaman aku tentang blog di friendster.
aku tidak tahu bagaimana pendapat kau orang.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Monday, January 12, 2009

28

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak kau orang baca blog orang di mana dia ada letak emoticon yang comel di post-nya?
aku pernah.

lihatlah blog aku ini.
cuma ada perkataan semata-mata.
mungkin budak-budak bosan melihat blog aku ini.
bagi mereka, aku cuma 'membebel' di sini tanpa ada sebarang tarikan.

emoticon.
apa fungsi emoticon bagi aku?

bagi aku, emoticon ini seperti 'perhiasan' atau tarikan pada perkataan-perkataan yang ditulis.

bagi aku juga, emoticon ini seperti melengkapkan lagi apa yang kita mahu tulis.
atau erti kata lain, menguatkan lagi apa yang kita sudah tulis.

budak-budak mesti suka blog yang ada banyak emoticon yang comel dan bergerak-gerak.
biasalah budak-budak, suka pada kartun yang comel.

emoticon comel ini banyak juga kesannya pada aku.

contoh 1:

aku baca blog orang.
bloggers itu sedang menulis cerita yang ceria dan happy.
tambah lagi dengan emoticon yang dia letak, buat penceritaan dia itu bertambah happy.
aku juga happy melihat emoticon dia itu.
buat cerita happy blogger itu berkesan untuk buat aku juga happy.

contoh 2:

aku baca blog orang.
blogger itu sedang menulis cerita di mana dia sedang marah.
tambah lagi emoticon yang dia letak, buat kemarahan dia itu kelihatan berapi-api.
aku pula tidak memasal menjadi berapi-api juga. haha.

bagi aku, dengan meletakkan emoticon buat aku juga tahu bagaimana happy, marah atau sedih seseorang blogger itu.
kalau kau orang pernah melihat blog sebegitu, pasti kau orang faham maksud aku tadi.

orang yang ada emoticon comel sebegitu secara tidak langsung membuatkan blognya juga comel.

cuma janganlah letak emoticon yang sangat banyak, kadang-kadang sesak juga mata aku untuk membacanya.

bagi aku juga,
kalau blogger itu meletakkan emoticon yang comel di dalam post-nya jika ketika blogger itu sedang menunjukkan dia sedang marah, sekurang-kurangnya post itu kelihatan marah tetapi masih nampak comel.
kau paham tak? harap kau faham. haha.

tetapi, bloggers yang bagus tidak perlukan emoticon comel sebegitu.
dengan perkataan-perkataan dia sahaja sudah buat aku faham bagaimana emosi si blogger itu ketika dia sedang menulis post entry-nya.

aku tidak bermaksud blogger yang meletakkan emoticon di post entry-nya itu seorang blogger yang tidak bagus.
bagi aku, kau orang pandai menarik blogger lain untuk membaca blog kau orang.
sekurang-kurangnya terhibur juga aku melihat emoticon seperti itu.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.



Saturday, January 10, 2009

27

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

mengapa seseorang membuat blog?
ada macam-macam sebab yang aku boleh lihat di blog-blog yang pernah aku lawati.

  1. mungkin ada yang buat blog kerana saja-saja.
  2. mungkin ada yang buat blog kerana dia suka luahkan apa yang dia fikir pada blognya,daripada menulis di sebuah buku.
  3. mungkin ada yang buat blog kerana ingin memberi perkhidmatan untuk sesiapa yang perlukan khidmatnya.
  4. mungkin ada yang buat blog untuk diri sendiri agar dia boleh jadikan rujukan di masa hadapan (dia boleh recall balik perkara-perkara yang dia buat dahulu = muhasabah).
  5. mungkin ada yang buat blog kerana dia ingin orang lain (terutamanya family dan kawan-kawan rapat) memahami dirinya dengan lebih mendalam.
  6. dan banyak lagi.

aku tidak tahu apa alasan seseorang blogger membuat blog.
kadang-kadang sahaja aku boleh melihat kenapa dia buat blog, dengan cara dia uruskan dan apa yang dia tulis di blognya.

kebanyakan bloggers membuat blog untuk luahkan apa yang dia fikir tentang sesuatu perkara.

macam aku; aku buat blog untuk memberikan 'laporan' tentang apa yang aku lihat tentang blog yang pernah aku baca dan aku tulis komen aku di sini.
pernah sahaja aku beri komen aku di chatbox blogger tersebut.
jadi bolehlah blogger tersebut tahu apa pendapat aku tentang blognya.

itu aku, orang lain pula lain niatnya untuk buat blog.

aku boleh lihat 'tema' blog seseorang.

  1. blog tentang ketuhanan
  2. blog bertemakan kemanusiaan.
  3. ada yang buat tema tentang masakan.
  4. ada juga yang bertemakan tentang kenderaan hebat (pada fikirannya).
  5. ada pula yang buat blog untuk bantu bloggers lain cara-cara untuk menampakkan blognya lebih menarik.
  6. blog tentang muzik (lagu-lagu baru dan terhangat sekarang).
  7. ada juga yang buat blog untuk buat pembaca itu berfikir lebih mendalam tentang apa yang dia tulis,terutamanya benda-benda kecil yang kita anggap remeh tapi itulah yang menjadi tabiat atau rutin kita.
  8. yang paling bercambah, blog tentang diri sendiri
  9. dan banyak lagi lah.
tidak kisahlah mana-mana pon tema blog blogers yang wujud sekarang, aku rasa aku lebih tertarik kepada blog yang mempunyai gaya penulisan yang menarik.
tidak semua bloggers mempunyai ciri-ciri ini.

aku sendiri tidak tahu adakah aku mempunyai gaya penulisan yang menarik.
aku sendiri harap blog ini memang menarik.
tidak tahu pula aku apa komen orang lain.
lain orang, lain pendapatnya bukan?

tahniah kepada bloggers yang mempunyai gaya penulisan yang menarik.
memang tidak bosan aku membacanya walaupon post entry itu panjang berjela.

apa yang aku harap dari bloggers (dan aku sendiri), biarlah kita ada blog yang bagus tetapi bukan cincai dan main-main.
setiap benda yang kita buat perlu ada matlamat, begitu juga dengan membuat blog.

Friday, January 9, 2009

26

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

sekarang sudah ramai bloggers menulis tentang kezaliman dan kekejaman Israel.
baguslah begitu.
ini menunjukkan ramai juga yang mengambil berat tentang saudara Islam kita di sana.

aku ingat di zaman moden begini, tiada siapa yang ambil berat tentang semua itu.
lebih-lebih lagi sampai ada yang menulis tentang ke-tidak-puas-hati-an mereka tentang Israel yang durjana itu di blog mereka sendiri.

ada juga bloggers yang berkobar-kobar ingin memboikot produk-produk Isreal.
masalahnya, produk mereka sudah hampir sebati di dalam kehidupan seharian kita.

apa yang kita mampu buat adalah perlahan-lahan 'meninggalkan' produk tersebut.
dan kita juga juga boleh mendermakan wang untuk rakyat Palestin walaupun kita tidak mampu menderma sehingga mencecah ribuan ringgit.
asalkan kita ada menderma, itu sudah cukup baik.

aku juga harap aku sendiri dapat memberi sumbangan untuk rakyat Palestin.
harap bloggers lain juga begitu.


Thursday, January 8, 2009

25

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak kau melawat blog kawan kau sendiri?
aku pernah.

aku ada kawan.
cuma aku tak pernah tahu apa yang selalu dia fikirkan atau apa yang dia risaukan.
bila aku baca blognya, baru aku tahu.

kadang-kadang sedih jugak melihat kawan aku ini tidak dapat meluahkan apa yang dia fikir pada waktu itu kerana ada halangan.

contoh 1:

dia ingin luahkan perasaan kepada orang yang dia suka tetapi baru dia dapat tahu yang orang yang dia suka itu sudah lama menyintai orang lain.
apa yang dia boleh buat? dia cuma mampu tersenyum.
aku lihat dia tersenyum.aku ingat dia ok.
tapi rupa-rupanya tidak setelah aku membaca blognya.

bak kata orang, dia menulis di dalam blognya memang macam orang frust menonggeng.
aku kasihan kat dia.
kadang-kadang aku rasa macam nak tunjukkan blog dia kepada orang yang dia suka itu supaya dia dapat tahu bahawa, "kawan aku suka kat kau, kau tahu tak?"
tapi mana boleh. takut aku memalukan kawan aku itu pulak.

contoh 2:

aku juga pernah melawat blog kawan yang lagi satu.
kami menyertai satu aktiviti yang agak besar.
aku, dia dan orang lain semua nampak happy.
aku ingat dia happy juga.
rupanya tidak. dia sakit sebenarnya waktu itu cuma dia tahan.
dia tak nak kawan-kawan yang lain bimbang.

lepas aku baca blog dia, baru aku tahu.
apa lagi, aku terus beri ceramah free kat dia. dia cuma tersenyum.
kalau dia tarik diri bermaksud kami semua juga terpaksa tarik diri.
kami semua sibuk, susah nak berjumpa.
apa yang dia mampu buat adalah untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan kerana kami semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
aku faham cuma aku harap kau tidak buat lagi.

contoh 3:

aku ada kawan.
dia sentiasa tersenyum.
kalau aku sedih pon, dia akan buat aku ceria.
aku ingat dia seorang yang ceria di mukanya dan dihatinya.
rupa-rupanya tidak.
itu pon selamat aku dapat tahu kewujudan blog dia.

dia ada banyak masalah sebenarnya. masalah family.
tapi dia tidak pernah ceritakan kepada orang lain.
sebab dia tak nak orang lain bersedih untuk dia.

lepas aku beritahu dia yang aku sudah baca blog dia dan aku sudah tahu perkara yang sebenar, baru dia buka mulut. dia yang aku kenal seorang yang suka tersenyum menangis di depan aku.
aku cuma mampu memujuk dia.
kita kawan, lain kali berkongsilah kesedihan kau dengan aku, ok?

contoh 4:

aku ada kawan. aku ingat dia kawan aku.
depan aku senyum sahaja. rupa-rupanya udang di sebalik batu.
haha.

dia tidak sukakan aku.
jadi dia tulis macam-macam pasal aku di blognya.
pasal aku buat salah itu dan ini.
hey, kalau aku buat salah, kenapa tak tegur aku?
kenapa kene tulis di blog kau yang boleh dibaca oleh orang lain?
bak kata dia, siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya.
haha.boleh pulak macam itu?

kalau aku tak baca blog kau, sudah tentu aku tidak kenal siapa kau yang sebenarnya.
talam dua muka!

baiklah. tamat cerita.

begitulah pengalaman aku membaca blog kawan-kawan sendiri.
bagaimana dengan pengalaman anda?
ada yang sama dengan aku punya ke?
harap pengalaman kau orang semua adalah yang manis-manis sahaja.

Tuesday, January 6, 2009

24

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

berkenaan dengan chatbox, aku pon ada chatbox.haha.

kenapa aku letak chatbox?
sebab itu adalah cara untuk aku berkomunikasi dengan blogger lain.
tak begitu?

aku suka juga singgah dan tinggalkan mesej pada chatbox blog orang lain.
mesej untuk komen blog itu lah.
komen sahaja, bukan kutuk.

kalau aku rasa blog dia ada banyak gambar, aku bagilah komen, "blog kau ada banyak gambar".
itu sahaja. aku takkan bagi komen sebegini, "gambar kau buruk.sila padam".
haha.itu memang namanya kutuk, bukan komen.
ada paham?

jadi, aku bukan orang jahat ok?

kalau aku rasa blog dia ada isi kandungan yang bernas, aku bagilah komen, "blog kau ada isi yang bernas".

aku cuma komen apa yang aku nampak.

baiklah, berbalik kepada cerita chat box tadi.

em, ada orang lain gunakan chatbox untuk berborak-borak dengan kawan dia atau blogger lain.

berborak-borak itu tak apa lah, tapi kalau sampai dah tanye, "awak dah makan belum?"
haha.baik kau berborak di YM sahaja.

baiklah baiklah, nama pon chat box kan? kotak berborak ya?
tapi kalau rasa nak berborak yang lebih hangat dan berkesan, silalah berborak di YM.
tak susah pon kan?

macam-macam sifat dan karenah yang aku boleh lihat di blog orang lain.haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Monday, January 5, 2009

23

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

sekarang blogger ada sistem 'follower'.
apa fungsi sistem ini?

aku tengok ramai pulak yang boleh exchange, "aku follow kau jadi kau kene follow aku balik,ok?"
begitukah sistem itu dijalankan?
haha.tergelak sekejap aku.

aku rasa, follower ini adalah sistem untuk orang-orang yang suka follow blog itu sebab dia rasa blog itu memang menarik.
setiap hari boleh dikatakan dia akan pastikan dia akan melawat blog tersebut.
ada jugak sampai dia boleh jadi geng dengan tuan punya blog itu.
boleh jadi kawan pulak. kawan siber (blogger) katakan.haha.

kalau kau ikhlas nak follow blog itu, kau follow sahaja lah.

janganlah kau tinggalkan mesej "saya dah follow blog awak, nanti follow balik blog saya eh?"
haha. macam itu pon boleh eh?

ada jugak yang jenis melayan.
mungkin dalam hati dia kata, "kalau aku tak follow dia balik, takut dia stop jadi follower aku pulak.baik aku jadi follower dia sekali".
haha. macam itu pulak.

sekarang dah macam trend nak bertanding siapa ada ramai follower untuk blognya.
maksud kau, siapa yang ada ramai follower itu adalah yang paling popular?
haha.tengok jugak macam mana dia boleh ada ramai follower.
takut dia pakai sistem "i folo u, u folo me back"

sudah-sudah.tak habis-habis bab follow-meng-follow ni.

aku pernah melawat blog yang ada ramai follower melebihi 100 orang.
aku betul-betul kagum.
aku pon tak tahu jugak kalau dia pakai sistem "u follow me back!"

tapi aku tak rasa dia pakai sistem itu.
sebab apa?
sebab dia memang seorang selebriti.
jadi mestilah ramai nak jadi follower blog dia bukan?

kau berani ke nak kata kat selebriti tu, "saya follow blog awak, nanti awak follow blog saya pulak eh?" haha. aku macam nak gelak terguling-guling.

Sunday, January 4, 2009

22

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

blog sekarang sudah canggih.
tengok sahaja blog orang lain.
penuh dengan pelbagai gadget yang canggih.
gadget aku yang paling canggih kat sini pon adalah chatbox aku.haha.

kadang-kadang aku rasa sesak nafas jugak melihat blog yang ada pelbagai gadget ini seperti chatbox, survey poll, traffic *duh*, mp3 kesukaan sendiri, video diri sendiri, dan paling yang aku tak tahan adalah link bloggers lain di blog itu.

tak lupa juga ada yang membela pet (ikan atau kura-kura) di blog mereka.haha.

link bloggers itu la yang paling orang cakap menyakitkan mata aku.
kalau dia ada banyak blog yang dia suka, maka dia akan letak semua link blog tersebut di sebelah kanan atau kiri blognya.
kalau ada seratus, maka seratus lah link tersebut terpapar di situ.
haha.kesesakan nafas dibuatnya.

aku tak kata salah.
ini cuma pendapat aku.

aku cuma rasa kalau gadget itu satu keperluan, letaklah gadget itu.
kalau rasa gadget yang lain itu cuma untuk 'melengkapkan' lagi blog kau tu atau untuk menunjukkan blog kau canggih macam orang lain, tak payahlah letak.
buat sesak mata sahaja.

ada juga sekarang ni tidak pakai lagi layout yang disediakan oleh blogspot ini.
ada yang import dari website lain.
tinggi sungguh nekad kau untuk memaparkan blog kau itu supaya lebih menarik dan unik.
aku kagum. aku tepuk tangan untuk kau. applause.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


Saturday, January 3, 2009

21

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak anda melawat blog-blog di mana tuan punya blog itu adalah lagi muda daripada anda?
aku pernah.

membaca blog mereka tidak lah sebosan membaca blog orang yang sudah tua seperti aku.
ah, aku tidaklah tua mana pon.haha.

sekarang ini ramai bloggers yang ada adalah berbelas-belas tahun lebih muda daripada aku.
maksud aku, ramai bloggers yang masih muda tetapi sudah mempunyai blog masing-masing.

buat masa ini, blog pemuda-pemudi yang aku pernah lawati boleh tahan.

gaya penulisan mereka tidak menggambarkan usia mereka yang sebenar.
mungkin pemikiran mereka itu lebih matang dari usia mereka.
itu yang aku nampak dari gaya penulisan mereka.

gaya tulisan mereka matang dan bernafas baru.

ini berita baik sebenarnya.
masakan tidak, ini menunjukkan pemuda-pemudi di negara ini rata-rata mempunyai pemikiran yang matang dan bukan budak-budak.

mereka juga tidak tulis dengan cincai.
isi kandungan blog mereka juga bukanlah sampah.

mereka tulis dengan Bahasa Melayu yang elok.
Bahasa Melayu mereka pon ditulis dengan penuh, bukan dengan short form seperti yang kita boleh lihat di sms-sms sekarang.

ada juga yang menulis dengan Bahasa Inggeris yang baik.
ada juga yang menulis dengan Bahasa Inggeris yang banyak kesalahan grammar-nya.
tidak apa lah, dia ingin mencuba.
jangan matikan semangat orang yang ingin mencuba.

apa yang aku baca dari blog mereka,
mereka cuma luahkan apa yang mereka fikirkan salah atau betul.
mereka luahkan rasa tidak puas hati mereka jika mereka dilayan dengan tidak adil.

ada juga yang menceritakan tentang sekolah mereka, guru2 mereka dan subjek-subjek kesukaan dan 'ketidak-sukaan' mereka.
aku cuma tersenyum jikalau mereka mengadu bahawa guru-guru mereka memberi kerja sekolah yang banyak kepada mereka.
aku pon pernah mengalami situasi begitu.
apa nasihat aku kepada mereka, selesaikan sahaja kerja-kerja itu dari mendapat bebelan guru-guru tersayang anda itu.

TETAPI,
ada juga yang tulis tanpa ada tujuan.
tidak faham aku.
janganlah buat blog kalau tidak tahu apa yang hendak ditulis.
janganlah buat blog sebab kau mengikut trend.
janganlah buat blog sebab kawan kau pon ada blog.
budak-budak, cepat betul terpengaruh.

mungkin aku belum meluaskan lagi pembacaan aku ke blog remaja2 sekarang.
bagaimana aku nak melawat blog mereka semua sedangkan aku boleh kata hampir semua orang sudah mempunyai blog masing-masing?

boleh buta mata aku kalau aku ingin membaca semua blog kepunyaan bloggers Malaysia.haha.

20

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernahkah anda menjejakkan diri ke blog selebriti Malaysia?
aku pernah.

blog sebegini memang tidak hairan lagi akan ada ramai pengunjung.
masakan tidak, mereka selebriti terkenal sudah semestinya ada ramai peminat dan pembenci.

blog selebriti begini kebanyakannya seperti diari untuk selebriti ini cuma boleh ditatap oleh orang lain.
mungkin selebriti ini ingin menunjukkan apakah aktiviti yang dia lakukan.
aktiviti di sini maksud aku adalah kerja dia sebagai selebriti.

kalau selebriti ini penyanyi, akan adalah post-post yang menunjukkan apa yang berlaku pada shownya itu misal kata di konsert Jom Heboh.

di konsert begini juga ada ramai pelakon yang sertai.
terutamanya pelakon-pelakon yang menjadi duta produk-produk.
banyak gerai-gerai produk di konsert ini bukan?
ah, aku bukan ingin menceritakan tentang konsert Jom Heboh.
sambung cerita tentang pelakon tersebut.
jadi, di blog pelakon ini tentu juga memasukkan aktiviti dia di blognya.

blog selebriti memang kaya dengan gambar-gambar.
gambar-gambar dari tempat kerjanya.
dan tidak lupa gambar-gambar dengan peminatnya.
baguslah kau ada peminat, haha.

tetapi, ada juga orang biasa yang membuat blog tiba-tiba menjadi selebriti.
selebriti yang sengaja menarik perhatian masyarakat dengan menulis yang bukan-bukan tentang negara ini.
itu blogger yang khianat kepada sistem blog.
jangan ada yang menyalahgunakan platform blog ini untuk menjatuhkan negara sendiri.

ada juga blogger yang popular kerana blognya yang menarik.
blognya menarik kerana gaya penulisan blogger itu yang penuh dengan tarikan.
aku sudah menulis tentang ini di post sebelumnya.

akhir kata, teruskan berblog wahai bloggers sekalian.
jangan menyalahgunakan blog anda untuk menjatuhkan orang lain dan negara ini.


19


aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

ada orang buat blog bukan untuk menarik minat perhatian orang.
dia hanya menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya di dalam blog.
blog itu baginya sebuah diari, tetapi diari 'online'.

kadang-kadang aku rasa dia bagaikan syok sendiri menulis sedemikian rupa.
tapi bila aku fikir-fikirkan balik, tidak salah juga.
itu pon salah satu cara untuk membuat blog.
cuma dia memilih untuk menjadikan blog dia diari semata-mata.

tapi ada juga yang tertarik dengan blog sebegini.
sebagai bukti, dia ada ramai follower.

mungkin cara hidup orang ini sangat menarik sehinggakan dapat menarik ramai orang untuk mengikuti blog dia.
menarik ramai orang untuk follow tanpa dia suruh.

blogger begini memang blogger yang hebat.
kerana blognya mempunyai tarikan sebegitu rupa.

follower yang mengikuti blog sebegitu merupakan follower sejati.
masakan tidak, follower sebegini mengikuti blog itu tanpa mengharap tuan punya blog itu mengikuti blog dia kembali.
follower sebegitu cuma berminat dengan blog dia semata-mata.
sebab itu dia memilih untuk menjadi follower blog itu.

tidak banyak blog yang dapat menarik perhatian ramai blogger dengan gaya penulisan blogger itu sendiri.

bagaimana blog anda?
dan,
adakah anda follower sejati seperti yang saya tulis di atas?

18

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

aku sudah melawat blog-blog yang bercirikan 'family'.
tuan punya blog sebegini kebanyakannya si ibu atau si mama.

masing-masing menunjukkan gambar-gambar si suami dan si anak-anak.
apa yang aku rasa?
aku rasakan kebahagiaan.
aku tersenyum melihat si Mama menceritakan karenah si anak yang nakal dan dalam masa yang sama, si anak ini memang comel.

cuma aku harap kebahagiaan yang ditunjuk bukan kebahagiaan yang 'plastik'.
bukan buat blog untuk menunjuk-nunjuk.

aku harap si Mama atau si Papa yang menguruskan blog sebegini cuma ingin berkongsi kebahagiaan keluarganya dengan orang lain, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

ya, aku memang suka blog family sebegini.
buat hati aku sejuk.

17

terima kasih *****.
ini blog aku sekarang.
jadi aku boleh buat apa yang aku suka.

jauh tersimpang?
perjuangan?
sejak bila pula ni?
apa-apa sahajalah.

tidak pernah lagi aku menjejakkan diri sendiri ke blog-blog yang berbentuk Islamiah dengan identiti ini.
kau orang nak aku kutuk blog sebegitu ke?
buat apa aku nak kutuk blog yang berpuluh-puluh atau beratus-ratus kali menyuruh kita umat Islam untuk berbuat kebaikan?

baik aku kutuk blog yang memuji diri sendiri.
tapi sampai bila aku nak kutuk orang?
bosan juga kadang-kadang tu.

15

tidak serik-serik lagi blogger itu berpura-pura 'comel' di blognya
blogger ini pon tergolong dengan blogger yang suka cerita separuh-separuh.
kalau mahu ceritakan tentang sesuatu dan seseorang, ceritalah betul-betul.
mahu sembunyi-sembunyi pula.

kau mahu aku main agak-agak ke dengan kau?
buang masa aku.

haha, walaupon aku kutuk blog kau tidak bermaksud aku akan berhenti dari mengikuti blog kau.
aku ikut blog orang senyap-senyap.

jangan takut, aku tak makan orang.
aku 'makan hati' dengan blog kau sahaja.