Thursday, January 8, 2009

25

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak kau melawat blog kawan kau sendiri?
aku pernah.

aku ada kawan.
cuma aku tak pernah tahu apa yang selalu dia fikirkan atau apa yang dia risaukan.
bila aku baca blognya, baru aku tahu.

kadang-kadang sedih jugak melihat kawan aku ini tidak dapat meluahkan apa yang dia fikir pada waktu itu kerana ada halangan.

contoh 1:

dia ingin luahkan perasaan kepada orang yang dia suka tetapi baru dia dapat tahu yang orang yang dia suka itu sudah lama menyintai orang lain.
apa yang dia boleh buat? dia cuma mampu tersenyum.
aku lihat dia tersenyum.aku ingat dia ok.
tapi rupa-rupanya tidak setelah aku membaca blognya.

bak kata orang, dia menulis di dalam blognya memang macam orang frust menonggeng.
aku kasihan kat dia.
kadang-kadang aku rasa macam nak tunjukkan blog dia kepada orang yang dia suka itu supaya dia dapat tahu bahawa, "kawan aku suka kat kau, kau tahu tak?"
tapi mana boleh. takut aku memalukan kawan aku itu pulak.

contoh 2:

aku juga pernah melawat blog kawan yang lagi satu.
kami menyertai satu aktiviti yang agak besar.
aku, dia dan orang lain semua nampak happy.
aku ingat dia happy juga.
rupanya tidak. dia sakit sebenarnya waktu itu cuma dia tahan.
dia tak nak kawan-kawan yang lain bimbang.

lepas aku baca blog dia, baru aku tahu.
apa lagi, aku terus beri ceramah free kat dia. dia cuma tersenyum.
kalau dia tarik diri bermaksud kami semua juga terpaksa tarik diri.
kami semua sibuk, susah nak berjumpa.
apa yang dia mampu buat adalah untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan kerana kami semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
aku faham cuma aku harap kau tidak buat lagi.

contoh 3:

aku ada kawan.
dia sentiasa tersenyum.
kalau aku sedih pon, dia akan buat aku ceria.
aku ingat dia seorang yang ceria di mukanya dan dihatinya.
rupa-rupanya tidak.
itu pon selamat aku dapat tahu kewujudan blog dia.

dia ada banyak masalah sebenarnya. masalah family.
tapi dia tidak pernah ceritakan kepada orang lain.
sebab dia tak nak orang lain bersedih untuk dia.

lepas aku beritahu dia yang aku sudah baca blog dia dan aku sudah tahu perkara yang sebenar, baru dia buka mulut. dia yang aku kenal seorang yang suka tersenyum menangis di depan aku.
aku cuma mampu memujuk dia.
kita kawan, lain kali berkongsilah kesedihan kau dengan aku, ok?

contoh 4:

aku ada kawan. aku ingat dia kawan aku.
depan aku senyum sahaja. rupa-rupanya udang di sebalik batu.
haha.

dia tidak sukakan aku.
jadi dia tulis macam-macam pasal aku di blognya.
pasal aku buat salah itu dan ini.
hey, kalau aku buat salah, kenapa tak tegur aku?
kenapa kene tulis di blog kau yang boleh dibaca oleh orang lain?
bak kata dia, siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya.
haha.boleh pulak macam itu?

kalau aku tak baca blog kau, sudah tentu aku tidak kenal siapa kau yang sebenarnya.
talam dua muka!

baiklah. tamat cerita.

begitulah pengalaman aku membaca blog kawan-kawan sendiri.
bagaimana dengan pengalaman anda?
ada yang sama dengan aku punya ke?
harap pengalaman kau orang semua adalah yang manis-manis sahaja.

12 comments:

Ayyman Rahim said...

Terasa aku, haha.

illianiAriffin said...

nape nk terasa..xmo terasa la baca blog ni...kne hati kering je baca blog nih..

Aku Iron Man said...

ayyman: bahagian cerita mana kau terasa, ayyman?

datin: nasihat kau bagus juga."kene hati kering bila baca blog ini". terima kasih.

i am missmobilicious said...

hi there. i stumbled upon this little gem of yours through many many links... (dah lupa dari mana).

anyway, it's entertaining and funny :)

Aku Iron Man said...

Helmi:

mungkin tidak semua yang ceritakan segala-galanya di blog,cuma segelintir sahaja.

pedas dan berapi blog aku ini?kau cakap macam makan maggi kari berapi pula.haha.

y(a)appie:

you have found this blog's link from somewhere?haha, i always think no one will read this blog.by the way, thanks for visiting.

Ara said...

ntah la...dat's y i memule dlu x brp stuju sgt nk blogging ni...sbb the idea is to tulis ape yg terbuku dlm ati..but then again, it's on9...like..hello?

huhu..tp skg aku men tulih je pape yg xpueh ati..juz jgn tulih name org tu tol2 r...then kias2 sket...biau la die nk rase...

bcoz i ni bkn org yg direct...kalo direct pn, org lg jauhkn diri dr i..xleh trime ape yg kte ckp w/pun bnr n jujur...nk berlapik x pndai plak..hoho..tah r, maleh nk pk... ;p

neway, skg ni my main purpose is to bg 'laporan' r to my frens, what i've been doing rite now...

Aku Iron Man said...

ara:

baguslah kau ada purpose untuk buat blog, bukan saja-saja mahu buat blog macam orang lain.

kau macam aku, apa yang aku tidak puas hati,aku tulis komen aku di sini

Azyze said...

hello

merujuk contoh 3 posting ini,
kawan saya pernah berkata pada saya:
"bila aku baca blog kau, kau macam orang lain. kau bukan macam kau yang aku kenal, macam banyak secrets. why?"

adakalanya kita tak mahu kongsi tapi perlu luahkan. blog jadi ruang lah. dan kalau anda sudah biasa jadi telinga dan comforter kepada kawan-kwan, agak sukar nak reverse fungsi itu, kan?

btw,
nice blog.

Ara said...

oh yez..kata2 azyze gomez mmg aku stuju sgt..."kalau kite dah biase jd telinge n comforter kwn2...ssh nk reverse fungsi tu"...yup!

we sumtimes have to hv our own say jgk kn...kte pn ade life kte sdri...n kte yg tentukan sdri life kte, bkn org len..

iron man :
YA,i'm glad kte serupa ;)

Aku Iron Man said...

azyze,
betul juga kata kau. susah mahu terbalikkan benda yang kita selalu buat.

ara,
suka pula kau kerana aku serupa dengan kau,haha.

sakura said...

baru saja baca entry ni. yang last memang best. serupa saja dengan keadaan diriku hehe. sayangnya semua org membaca diblognya mempercayai setiap patah yang ditulisnya. sedih sungguh ku melihat. huhu..

yatie chomeyl said...

aku tergolong dalam golongan orang yang selalu tunjuk muka ceria depan orang tapi sebenarnya hal2 dalam hati lebih senang aku luahkan di blog. sampaikan suami sendiri rasa hairan kenapa aku lebih senang bercerita dengan 'dunia' berbanding meluahkan kat dia. tapi sekarang, dia pon dah faham :)