Thursday, January 29, 2009

37

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

adakah ibubapa kau orang tahu tentang blog kau orang?
ibu bapa aku tidak tahu kerana mereka sudah tiada.
tetapi adik aku tahu tetapi dia berpura-pura tidak tahu.
mahu jadi silent reader ya?haha.

kau orang rasa, adakah kandungan blog kau itu akan membuatkan parents kau orang rase tidak percaya dengan penulisan kau di blog?
maksud aku, adakah parents kau tidak percaya orang yang menulis di blog itu adalah anak mereka sendiri?
mahu juga aku tahu respon parents kau orang ini.
pasti menarik.

atau adakah parents kau orang tidak tahu langsung yang anak mereka mempunyai sebuah blog yang sedang dibaca oleh ramai orang?

mungkin ada juga situasi di mana parents kau orang secara tidak sengaja terjumpa blog kau.
dan selepas mereka dapat tahu,
mungkin mereka akan bertanya kepada kau samada adakah itu blog kau.
mungkin ada juga parents yang berpura-pura tidak tahu tentang kewujudan blog kau dan selepas mereka sudah dapat tahu, mereka akan membaca blog kau setiap hari.
mungkin mereka juga salah seorang silent reader blog kau.haha.
mungkin juga bukan?

mungkin ada blogger yang memberitahu parents mereka tentang blognya.
mungkin ada juga parents yang 'moden' menasihatkan anak mereka untuk mempunyai sebuah blog (bagi mereka mempunyai sebuah blog adalah baik untuk memotivasikan diri sendiri).
mungkin ada blogger yang tidak mahu langsung parents mereka tahu yang dia ada blog kerana dia mahu privasi, mungkin?

kemungkinan ada parents tidak suka anaknya membuat blog kerana bagi mereka seperti kau mahu memberitahu hampir segala-galanya kepada orang yang tidak kenali.
mereka risau agaknya, iyalah mana tahu ada pihak-pihak mahu buat jahat kepada kau orang selepas sudah tahu gaya hidup kau itu.
mungkin juga bukan?

mungkin, mungkin dan mungkin. ini cuma pendapat aku saja.

aku tidak tahu kerana aku bukan seorang ayah.

tetapi, sebagai seorang abang untuk adik aku,
aku berkongsi hampir segala benda dengannya. dia juga begitu.
selamat dia memberitahu aku tentang blognya, jadi bolehlah aku mengawasi blognya itu dari adik aku itu menulis perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain.

oh ya, bila aku baca blog adik aku itu,
baru aku tahu adik aku ini adalah orang yang serius dan bukan main-main seperti yang aku selalu lihat pada sifat luarannya.
baguslah itu, wahai adik.

ah, berbau peribadi pula post ini.
harap maaf.

aku pula tidak tahu samada kau patut atau tidak patut untuk memberitahu parents kau tentang kewujudan blog kau.
kalau kau rasa kau sudah bersedia mahu memberitahu mereka, lebih baik bagitahu.
kalau tidak bersedia lagi, pendamkanlah sahaja.

mungkin bagus juga kalau parents kau tahu tentang blog kau.
sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang kau selalu fikirkan atau apa masalah kau.
mungkin mereka dapat membantu kau.
mana tahu bukan?

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

33 comments:

Haula Hati said...

oww....

tanggapan terhadap adik sudah berubah ek....

=)

btw, leh tau link adik??

sbb nk singgah ke blog dia juga...

boleh??

=)

Aku Iron Man said...

farah,
kalau boleh aku tidak mahu berikan link mana-mana blog yang pernah aku sebutkan di sini. mahu jaga maruah dia orang juga. harap kau boleh faham.

_Vu-JiE_ said...

erk. mama aku pernah jgak nampak aku typing dlm blog.. tp aku rasa dia xtau aku tgh menulis dlm blog. mungkin dia fikir aku tgh buat asgmnt. haha..

Aku Iron Man said...

tulang ikan kewl,
haha. tergelak aku membaca komen kau. mesti mama kau ingat kau seorang pelajar yang rajin buat assignment.

Shira said...

ayah aku tidak sempat tahu kerana beliau meninggal dunia sebelum aku berblogging. tapi beliau tahu kakak aku berblogging, dan beliau selalu membuka blog kakak aku untuk mengambil tahu tentang kehidupan anaknya dan juga cucunya.

sekarang aku berblogging. mama aku tahu, kakak2 dan adik aku tahu aku berblogging. mereka juga pembaca setia blog aku :)

Aku Iron Man said...

queenrara,
bagus betul family kau tahu pasal blog kau. aku betul-betul kagum. adakah kau menulis tulus dari otak kau atau kau ada juga 'selindung' sedikit apa yang kau tulis di blog kau itu? mana tahu kau juga tidak mahu mereka tahu semuanya. ah, aku memang tidak tahu. harap kau dapat beritahu aku.

Haula Hati said...

xpe Iron Man...

ak faham..
=)

dan ak xkan kecil hati ngan jwpan kamo...

ngee~

Aku Iron Man said...

Farah,
terima kasih kerana memahami. bagus-bagus.

Haula Hati said...

ak harus blaja untuk mehami org lain kalau ak nk org lain memahami ak...

kan??

kan??

=)

Anonymous said...

parents sy tidak tahu, maklum
la, nk on komputer pun blur. nk guna microsoft word pun merangkak.

tp klu diorg tahu pun x kisah. mybe janggal sikit kot?

cujern said...

parents aku tak tau pun kewujudan blog aku..tapi, adik beradik aku sume tau sebab diorg pun ade blog..hehe

Ayyman Rahim said...

Mereka tahu dan merupakan pembaca yang setia, tapi sejak mereka mengetahui tentang blog aku ini, agak terhad untuk aku manaip sebab aku tahu ibu bapa aku baca.

alif-mikail said...

mana blog adik aok?

peh! keluarga blog..

Signorina Syima said...

erm.. aku pernah bagitahu mak aku tentang blog aku. tapi dia kata dari baca blog yg hanya buang masa dia baik dia bercucuk tanam di kebun rumah. sedey, dia tak berminat dengan blog aku.

Adik2 aku baca blog aku, tapi macam mak aku juga, alasan mereka BLOG adalah sesuatu yang sangat membuang masa...

Ara said...

aku...hehe, last thing i want is for my fam members tau ape yg aku tulih dlm blog...hehe...yela, kau pn tau fam aku x expressive kn? skali dorg bce sal ape yg aku tulih (especially sal sakit tu) malu gile aku... ;p

btol..

tp, adik2 aku ade wat blog..yg sorg mmg wat btol...sorg lg tu sj cube2 je (smpi skg xde tulih pape pn, maleh menulih katenye - PULAK! xpe2...selamat la blog aku drpd die bce.. ;p)

tp adik2 aku xtau URL aku n xmo tau kot...lbh sibuk ngn games online, frenster, myspace dsb..

hmm, weh, tp kn, smlm aku ade je jumpe 1 family berblogging ni...maknye pn skali berblogging..n dorg siap komen2 lg...bgus r...mst dorg sgt rapat n tau da segala isi hati msg2 kn...xde bnde nk selindung2 lg.. ;)open la..

tp dlu, mmg mak aku ade sruh aku blog..cos die kate bgus blogging ni..bleh gak praktis menulis kn? mengarang ke...die pn ade wat, tp x tulih papepun lg..hehe~ ;p

Ara said...

oh, by the way, iron man...aku sedih...parents kau sdh tiada lg rupenye ya.. ;(

cj7 said...

mak pak aku buta it

Atira. said...

parents aku tak tau pasal blog aku and i dont want them to know pon xD

bukan sebab takut ke apa tapi macam malu pon ada.
nanti kena perli ke apa ke.

a . i . n said...

mak aku tak pernah tahu aku ada blog.. bapak aku busy kerja.. takde masa nak ambil tahu... huhuhu.. tapi perlu ke mereka tahu?? tak kot...

Orbit said...

hahaha...
suhaila setuju ngan pendapat .AzFaRuL...
dan jugak _tuLanG.iKaN.kEwL_...
tak tau nak explain banyak banyak...
hahaha...

Farhana said...

mungkin aku akan beselindung sikit semasa menaip. kadang-kadang sesetengah perkara lebih baik kita jadikan rahsia hati. bukan begitu?

Aku Iron Man said...

azfarul,
oh, kau tidak kisah kalau parents kau tahu ya? biasalah rasa janggal. blog macam diari juga.

cujen,
siblings kau tahu? apa pendapat mereka tentang blog kau? dan apa pendapat kau tentang blog siblings kau itu?

ayyman,
parents kau tahu ya? oh, kau juga berhati-hati semasa menulis di blog. rasa seperti disekat kebebasan pula untuk menulis kerana sudah tahu parents kita akan baca apa yang kita tulis itu.

Aku Iron Man said...

alif,
kalau boleh aku tidak mahu berikan link mana-mana blog yang pernah aku sebutkan di sini. mahu jaga maruah dia orang juga. harap kau boleh faham

signorina,
family kau kata buat blog suatu kerja yang buang masa? harap-harap kau tidak berfikiran sebegitu juga. jadilah blogger yang setia pada blog.

ara,
bagi yang masih belum tahu pasal blogging, dunia mereka masih di friendster dan sebagainya. mana tahu bila adik kau sudah besar, dia akan jadi blogger seperti kau, mungkin juga bukan?

pasal family yang semuanya ada blog, aku memang kagum dengan keluarga sebegitu. masing-masing open. aku memang kagum.

Aku Iron Man said...

cj7 (aku macam pernah nampak nama ini selain di blog),
parents kau buta IT ya? oh, mungkin mereka akan tahu juga blog ini seperti sebuah diari, tetapi diari yang boleh dibaca oleh orang lain juga.

atira,
parents kau akan perli jika mereka tahu dan baca blog kau? bagaimana pula kau boleh berkata begitu? mungkin tidak juga. tapi kalau kau mahu simpankan rahsia pasal blog kau itu, itu pilihan kau.

ain,
kalau kau rasa mereka tak perlu tahu, biarkan saja begitu. itu pilihan kau. tapi kau kata ayah kau sibuk bekerja, mungkin dengan blog, ayah kau boleh kenal kau lebih mendalam. haha. ini pendapat aku saja.

Aku Iron Man said...

fah,
kau masih anggap blog kau itu suatu rahsia untuk kau saja ya? blog memang sesuatu yang peribadi untuk seseorang blogger. pendapat aku saja ini.

suhaila,
bila kau sudah ada pendapat sendiri, tulis saja di sini, ya? aku mahu tahu pendapat kau juga.

unaOoOuna said...

hey iron man ,
mak aku tau yang aku punyai blog .
dan mak aku pon ade blog .
haha
bile aku bc entry mak ,
br aku tauu upe nye pndai gak mak wt ayt2 munge2 + nnjukkn mak aku sempoi org nyee.
wah syg mak .
wahahah

Aku Iron Man said...

una,
oh, mak kau pon ada blog ya? anak beranak ada blog, comel pula aku rasa. haha.

dengan blog, kita boleh nampak apa yang kita tak pernah nampak pada orang lain kan? macam pendapat tentang kau pada mak kau ini.

apa pula komen mak kau tentang blog kau? aku mahu tahu juga.

Z said...

dulu aku ada blog yang tak anonymous macam sekarang, mak aku dengan saikonya google nama aku, dahla URL blog aku tu memang nama penuh aku.

memang aku kena habis la dgn dia. bukan apa, mcm kau kata la kan, terlalu personal. mana tahu kalau ada yang berniat jahat boleh plan nak buat apa-apa kat kita kan?

lagi satu, mak aku benci baca carutan-carutan aku. haha. sampai sekarang kena perli kot. blog baru aku ni, aku memang tak write on any personal details. selamat sikit. pehh.

anyway, keep writing! mungkin ada benda-benda yang bloggers sendiri tak sedar dan boleh rujuk ke sini untuk menilai mana baik dan buruk untuk blog masing-masing. kerana anda sangat rasional.

Shira said...

tidak. aku tidak pernah selindung. masa aku merajuk dengan mama, aku tetap tulis pasal itu jugak. aku jugak ada kutuk kutuk kakak aku jugak dalam blog, adik aku banyak kali kena kutuk. untuk apa selindung? hipokrit? bukan aku. aku jenis open minded :)

Aku Iron Man said...

Z,
pertama sekali terima kasih kerana sokong aku untuk terus menulis.

mak kau komen macam-macam pasal blog kau yang dahulu ya? haha. aku boleh bayangkan kau dibebel olehnya. bebelan dia itu maksudnya dia ambil berat pada kau. ingat tu.

queenrara,
family kau tidak kisah ya walaupon kau tulis sesuatu benda yang tidak enak tentang mereka?

mungkin kau cuba jadi open, tapi janganlah open sangat. maksud aku, janganlah kutuk sampai memalukan dia. harap kau tak buat begitu.

apa-apa pon, harap kau masih ingin tulis dengan jujur.

Shira said...

ya, aku masih taip dengan jujur :)
dan aku takpernah memalukan keluarga sendiri. aku masih ada akal.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

its all about privacy and pride (ego sungguh).
aku dpn family mmg berbeza.need to b tough.dpn mereka perlu buat muke kayu,taan perasaan.org len tgok aku nanges tak pe,jgn dorang.aku tak bleyh time.sbb tu aku cukup takut family aku jmpe blog aku.sbb bnyk mende aku tak cite kat dorang.dan aku tanak dorang mule rase kesian kat aku dan takkan jadikan aku tmpt mengadu lg.aku takmao.biar aku yang saket,tp dorang perlu terus ketawe.

Aku Iron Man said...

queenrara,
baguslah kau masih tahu batas untuk buat blog.

penjenayah merah jambu,

aku pelik. kenapa kau mahu sembunyi perasaan kau yang sebenar dari keluarga kau? keluarga tetap keluarga. apa-apa pon, itu pilihan kau. aku cuma bagi pendapat aku. harap-harap kau boleh buat pilihan yang lebih baik dari sekarang ini.