aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.
berkenaan dengan post sebelum ini,
aku mahu sambung sedikit buah fikiran aku yang tidak seberapa itu.
aku mahu kata, tulis dengan jujur, bukan berpura-pura jadi orang lain.
adakah kau orang pernah melawat blog orang-orang yang kau kenal tetapi bila kau baca blog dia itu, hanya bohongan semata-mata yang dia tulis?
aku pernah.
blogger itu bohong tentang apa yang berlaku kepada dia.
dia tulis benda-benda yang tiada satu pon ada padanya.
dia tulis dia penat berjalan di rumah banglonya yang besar itu.
dia penat berjalan dari ruang tamu utama ke dapurnya kerana perlu melalui ruang tamu yang ketiga.
sedangkan aku tahu rumahnya bukanlah rumah banglo
dan rumahnya itu cuma ada satu ruang tamu sahaja dan bersebelahan saja dengan dapurnya itu.
dia tulis dia seronok bercuti di negara itu dan ini, sedangkan pada yang sama dia cuma bercuti di kampungnya sahaja dan kebetulan aku di situ.
dia tulis yang dia dapat beli pelbagai barang di negara yang dia lawat dan dia membelinya dengan kad kreditnya yang berkeping-keping,
sedangkan aku tahu kawan-kawan dia sendiri yang hadiahkan barang-barang itu kepada dia.
dia juga tulis dia berpangkat besar di syarikat ayahnya sedangkan aku tahu tempat dia bekerja itu bukanlah milik ahli keluarganya dan dia hanya berjawatan biasa sahaja.
setiap contoh yang aku tulis ini bukanlah orang yang sama,
mereka adalah orang yang berbeza-beza.
letih pula aku membaca setiap bohong yang dia reka itu.
pandai pula dia mereka-reka cerita yang tidak betul di blognya.
atau dia meniru setiap ceritanya itu dari blog orang lain?
bak kata orang, copy paste ya?
ah, kenapa kau mahu berlagak tentang benda yang kau tiada?
kau tidak bersyukurkah dengan apa yang ada selama ini?
adakah kau mahu orang lain suka datang blog kau kerana kau adalah orang yang kaya dan boleh hidup dengan mewah sekali sedangkan kau tidak?
aku kasihan pada kau.
kau mahu beridentitikan seseorang yang kau mahu jadi tapi kau tidak berjaya menjadi identiti itu.
tapi kau tidak tahu yang apa yang kau ada sekarang tidak semua orang ada.
aku rasa kau patut bersyukur dengan apa yang Tuhan sudah berikan pada kau dan hargainya sebaik mungkin.
aku harap kau berhenti berpura-pura jadi orang lain.
apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

18 comments:
blogger sumtime hnyew mao mnunjuk2 sahaje tentank kehidupan dy sgtlaa perfect
ta faam jerk blogger skank
insaflah wahai blogger yg mcm tuh
huh.. ada juga macam tu ya...
kampit...
buat pe nak tipu2 nih...
lysa,
aku juga sependapat begitu. cuma aku harap mereka boleh berlaku jujur selepas ini.
asybedazzle,
betul, aku juga mahu mereka insaf.
Ir. hydir,
mungkin ada sebab tersendiri mereka mahu menipu.
:) manusia.. susah nak dinilai.
AyeeQisha,
aku setuju dengan pendapat kau. kita semua memang kompleks. susah dinilai.
haha, mcm klaka la die ckp pnat nk lalu ruang tamu sume2 tu, poyo lebih..nmpk sgt beda'ahnye..
hehe...tp ko ckp sal org yg tipu dr segi kekayaan sume ni kn? aku ade jumpe blog sorg ni, aku knl die cmne orgnye...aku x brp suke die in person, sbb aku rs die ni sorg yg pasan bagus..
tp dlm blog die kn, die ni berlagak bek...nk termuntah aku bce post2 die sume...siyes..
hehe..
mksd aku, mcm..kalau die citekan satu insiden ni (d mana sku pasti die yg berslh), die akn buat seolah2 die x berslh dlm hal tu n buat2 xtau "knp setgh org x fhm kite.."
i mean, like, come on la poyo..kau ni bajet org nk kesian kt kau, pangai cm taik.. ahah. sowi emo.
ha, tula die..smpi aku wat 2 komen kt cni.lol.. ;p
Ara,
aku memang jumpa ramai orang yang berlagak kaya. sedih pula tengok mereka sebegitu.
dan kau kata ada yang berlagak baik di blognya ya? mungkin lama-lama nanti orang tahu juga hati budi dia itu.
orang yang berlagak ini lupa yang Tuhan tahu semua benda agaknya.
relax ah beb. tu imaginasi dia, mungkin dengan tu dia dapat kurangkan stress dia,biarkan jela. gua pun suka tulis cerita tipu yang sememangnya nampak cerita tipu, just for fun. tapi harap2 orang takkan percaya.
jangan jadik hipokrit.tanggalkanlah topeng2 korang wahai bloggers2 sekalian.gunakan nama sebenar korang.
luqman,
itu pilihan blogger itu sendiri kalau dia mahu selindung identiti dia.
Helmi,
aku sependapat dengan kau. cuma di blog aku ini aku bercerita pada orang yang berlagak pada benda yang dia tiada.
encek akta,
aku cuba faham pendapat kau itu.
blog pun blh jadi tempat bermimpi.. hehe..
org mcm ni kena ada daya ingatan yg kuat, takut silap cakap, kantoi semua tipu daya.. hik3.
sgt pathetic orang sebegitu rupa.
sbb kn, blog manusia yg aku ckpkn tu, rmai follower n member2 yg slalu check blog die...so...die xleh la nk tulih buruk sal member2 die or tnjuk yg die ni jht kot?die nk r member2 die tgk die sbg manusia yg konon2 kamil dan baik..
hmm. tu yg aku rase..aku cube utk pk positif sal die..but, ahh, realitinye, die sorg yg sgt annoying,...aku xboleh..huhu~
tulang ikan kewl,
mungkin juga blog itu untuk dia buat satu mimpi yang indah yang seperti mahu kata itu betul-betul terjadi padanya.
nisa',
kau rasa sebegitu?haha.
ara,
betul juga kata kau. dia seperti mahu menutup kesalahan dia, jadi orang ingat dia memang orang yang baik. cuma aku harap si dia yang kau sebutkan itu boleh berubah menjadi baik.
ya, hopefully..jgn la jd plastik, pls.. ;(
aku suka blog kamu..mantap!!
Post a Comment