Friday, January 23, 2009

34

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

kau orang rasa blog kau itu sampai bila boleh bertahan?

aku sendiri tidak tahu sampai bila blog aku ini akan bertahan.
mungkin sampai otak aku ini sudah tidak ada idea mahu tulis apa.

blog aku ini susah juga mahu bertahan kerana aku tulis komen aku berdasarkan blog yang aku sudah baca atau lawat.
kalau aku sudah bosan baca blog orang lain, maka aku tidak tahu untuk bagi komen apa lagi di blog ini.

aku rasa blog seperti diari mungkin bertahan lama.
iyalah, selagi blogger itu hidup, selagi itu dia mahu ceritakan tentang hidupnya di blog-nya.

blog yang selalu buat aku berfikir, aku kagum dengan blog sedemikian.
tidak kering idea si penulis blog mempersoalkan tentang mengapa dan bagaimana sesuatu itu terjadi.
aku harap blog sebegitu dapat bertahan lama.

aku harap juga blog yang mengajak blogger lain membuat kebaikan juga tidak berhenti untuk menulis di blog.
nanti kekurangan pula orang-orang yang mahu nasihatkan kita.
yang tinggal hanyalah penghasut dan orang-orang yang benci pada kita.
habislah dunia kalau ramai blogger sebegitu.

harap-harap orang yang buat blog setia pada blognya.
hasilnya, blog-nya akan lama bertahan.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

5 comments:

ABSOLUTE said...

yup betul, setialah pada blog.

Shira said...

selagi nyawa dikandung body , selagi itu lah i ber-blogging :P

Ara said...

kau bwat la cite sal len plak, tp dlm section len ke....cewah! tp id kau sbg pembace blog org tu kekalkan la..

haha. idea sesaje.. ;p

Aku Iron Man said...

asybedazzle,
betul, siapa lagi mahu setia pada blog kita kalau bukan blog kita sendiri.

queenrara,
baguslah kau mahu ber-blogging sampai bila-bila. aku kagum dengan semangat kau!

ara,
bagus juga idea kau itu. nanti aku fikirkan semula di waktu aku sudah tidak tahu mahu tulis apa lagi tentang blog orang lain.

Aku Iron Man said...

Waras,
maafkan aku kerana terpaksa memadam komen kau atas sebab aku mahu tutup nama blogger yang kau sebut itu.

dan ya, aku adalah aku dan bukan blogger 'itu'.