Saturday, January 24, 2009

salah faham yang patut dibetulkan

kebelakangan ini aku terima pesanan-pesanan yang bagi aku ianya sangat pelik.
blogger lain kata aku ini adalah blogger 'itu'.
puas juga aku fikir kenapa mahu kata aku adalah blogger 'itu' sedangkan aku bukan.

baiklah, kalau mahu lihat semula post-post sebelum ini,
aku menyatakan aku berkongsi blog ini dengan blogger 'itu'.
tetapi sekarang blog ini kepunyaan blog aku seorang, bukan milik aku dan blogger 'itu' lagi.

selama ini aku padam pesanan di chat box itu adalah kerana aku ingin menutup salah faham tersebut tetapi pesanan itu tetap datang dan datang.
mula-mula aku mahu biarkan saja salah faham ini akan reda sendiri tetapi lain pula yang aku harapkan.

mungkin aku patut bersuara untuk 'bersihkan' salah faham ini.
aku adalah aku dan bukan blogger itu.
kenapa mahu serang blogger 'itu' di sini, bukan di blognya sendiri?

isu ini mungkin juga bangkit setelah aku menulis post tentang beberapa blogger yang tidak puas hati dengan penulisan aku tentang mereka.
aku sudah katakan di bahagian 'comment' bahawasanya aku menulis pada waktu itu tanpa tahu kebenaran sebenar dan aku telah meminta maaf.

sekali lagi di post ini aku mahu minta maaf pada blogger-blogger yang tidak suka penulisan aku tetapi aku cuma luahkan pendapat aku.

aku tidak siarkan nama blogger atau link blog yang aku sudah ceritakan kerana aku tahu aku tiada hak untuk berbuat demikian.
jadi aku cuma tulis sahaja pendapat aku tanpa aku sebut siapa blogger itu.

diharap selepas kau orang baca post ini,
tiada lagi salah faham.

kalau kau orang masih tidak sukakan aku,
silalah melawat blog orang lain, bukan blog aku ini.

aku mahu tekankan untuk kali terakhir bahawasanya aku adalah aku dan bukan blogger 'itu'.

siapa aku?
Aku Iron Man.

9 comments:

i am missmobilicious said...

oh come on. other bloggers who 'felt' they've been reviewed by you have no rights to be angry about what you might've written about their blogs in this space belonging to you. if 'terasa', maybe they should do a quick reality check upon their posts.

Aku Iron Man said...

y(a)ppie,
terima kasih kerana kata-kata itu.

syafira fie said...

salam
dpt tahu link ini dr budubelacan nyer chatbox..

ramai yg terpecaya because of google :) .. yelah kan bila kita create account google secara tak langsung akn kaitan dgn akaun gmail,blogspot,reader,gtalk,n segala bagai g lagi. jadi jd satu kepelikan sanggup dia berkongsi smua maklumat sulit itu sdgkan awk mampu create sdiri this blog hanyer 2min nak sign up :) ..
dan kesian pula kat kwn awk,nama dia pula tersebar sana sini,dan identiti awk pula sembunyikan,its not fair and lovely lol :p .. katernyer sudah ke blog piah, ntah la haih dunia blogging kan penuh drama sejak dua menjak ni ..

just keep on blogging, everyone hv secrets, so doesnt matter .. good luck bro ermm

Aku Iron Man said...

syafira,
aku adalah aku dan bukan blogger 'itu'.

Shira said...

tapi kenapa aku rasa kau ni marzuki?

Aku Iron Man said...

queenrara,
aku ini marzuki? haha. macam mana pula kau boleh fikir macam itu? dia ada blogkah? aku mahu lawat blog dia. mana tahu kami memang serupa? haha.

Shira said...

dilarangmelarang.com

Shira said...

macamana kau cari website marzuki sedangkan aku bagi url yang salah. hahah. kau marzuki kan?

Aku Iron Man said...

queenrara,
aku bukan marzuki. cuba kau tanya pada dia. mesti dia ketawa sebab pelik.

boleh saja aku buka blog itu pakai link blog yang kau bagi di tempat komen ini.