Sunday, January 4, 2009

22

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

blog sekarang sudah canggih.
tengok sahaja blog orang lain.
penuh dengan pelbagai gadget yang canggih.
gadget aku yang paling canggih kat sini pon adalah chatbox aku.haha.

kadang-kadang aku rasa sesak nafas jugak melihat blog yang ada pelbagai gadget ini seperti chatbox, survey poll, traffic *duh*, mp3 kesukaan sendiri, video diri sendiri, dan paling yang aku tak tahan adalah link bloggers lain di blog itu.

tak lupa juga ada yang membela pet (ikan atau kura-kura) di blog mereka.haha.

link bloggers itu la yang paling orang cakap menyakitkan mata aku.
kalau dia ada banyak blog yang dia suka, maka dia akan letak semua link blog tersebut di sebelah kanan atau kiri blognya.
kalau ada seratus, maka seratus lah link tersebut terpapar di situ.
haha.kesesakan nafas dibuatnya.

aku tak kata salah.
ini cuma pendapat aku.

aku cuma rasa kalau gadget itu satu keperluan, letaklah gadget itu.
kalau rasa gadget yang lain itu cuma untuk 'melengkapkan' lagi blog kau tu atau untuk menunjukkan blog kau canggih macam orang lain, tak payahlah letak.
buat sesak mata sahaja.

ada juga sekarang ni tidak pakai lagi layout yang disediakan oleh blogspot ini.
ada yang import dari website lain.
tinggi sungguh nekad kau untuk memaparkan blog kau itu supaya lebih menarik dan unik.
aku kagum. aku tepuk tangan untuk kau. applause.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


7 comments:

unaOoOuna said...

Hey kauu aku sokong pndpt kau dan ade juga y aku bntah tp xpe sbb ko kate pndpt ko aku time ini adlh krna pndpt hny cetusan rs kau dlm sjrh bgtahu sjrh xblh disangkal sm ada btl atau slh .

wlu pa pn time ksh utk smbgn idea kau tersebut mgkn 1 ari aku tringat dn mmpraktikknya .

thniah diatas nm blog kau sbb bjy mnarik aku msk ke dlm ini blog .
HAHA

Anonymous said...

setiap orang mempunyai corak pemikiran yang berlainan..
mungkin di fikiran ko macam tu..tapi berbeza dengan orang lain..
Allah jadikan diri setiap insan berbeza..sebab ape? sebab kalo ade 10 orang yang sama..maka tak bercambah la idea..hehe

bak kata ko, blog sendiri..suka hati nak handle camne kan..hehe

Aku Iron Man said...

una: terima kasih una. biasalah, tak semua pendapat aku orang lain akan setuju.

crescent: ya, memang betul semua orang berbeza. cuma haku arap tiada orang ingin carikan perbezaan dengan meniru orang lain.

Helmi: kau letak link aku kat blog kau? terima kasih. haha, sudah trend sekarang orang lain suruh buat apa yang dia dah buat kat kita.

sickchild said...

aku tak rase segala gadjet yang aku letak dalam blog aku menyesakkan fikiran aku tapi aku taktau la org lain.

semua yang ada dalam blog aku untuk keperluan diri aku sendiri sebagai sebijik diary hidup yang membenarkan sesiapapun membacanya.

segala gadjet yang ade dalam aku tu pun untuk memeriahkan lagi keadaan dan juga untuk menambahkan mood org lain yang nak bace blog aku.

link yang berlambak lambak kat blog aku tu aku gunakan untuk kemudahan aku sebab aku rajin merayau di blogosphere.

begitu jugak dengan katak aku tu. even dah lame aku letak tu la mende yang paling tak buat aku buhsan.

tak semua org suka tapi itu citarasa aku.

kan kan kan?

eh blog aku huduh ke?

Aku Iron Man said...

sickchild,

kalau kau rasa blog kau tidak menyesakkan, ok lah tu.aku rasa ada sedikit kesesakan di blog anda.

bagus kau ni, menegakkan pendirian blog kau sendiri.bermaksud kau betul-betul sayangkan blog kau.

bagus!

sickchild said...

sape tak sayang blog.
kalau aku tak sayang baik aku tak yah buat.
aku terase sakit sebab aku buat blog aku tu dengan titik peluh aku sendiri.
aku tak guna layout yang da siap tinggal nak plagiat letak dalam blog je.
aku edit sendiri berminggu minggu dan wat muka tak malu tanye org ape yang aku tak tau.
kalau kau sesak tgk blog org lain ade chatbox, survey poll, traffic, link, pet ;
kalau ko rase sume blogger perlu letak gadjet yang diperlukan je, baik sume para blogger ni guna templat minima yang kosong and then syok sendiri bercerita dalam tuh tanpa fikir untuk menarik para blogger ade keinginan nak baca atau tak.
tu sume faktor2 nak berblogging.
ape guna blogspot sediakan banyak kemudahan?
even blog gila gila femes ; hebat pun cantikkan blog diorang sambil menulis dengan hebat.

see this ;

www.perempuanjomblo.blogspot.com

ni blogger yang aku salute.

Aku Iron Man said...

sickchild,

seperti yang aku pernah sebut kepada blogger yang lain, aku cuma luahkan pendapat aku.mungkin kau tidak setuju dengan pendapat aku,tidak mengapalah begitu.

mungkin ada yang setuju dan ada yang tak setuju dengan pendapat aku.biasalah tu.