Saturday, January 3, 2009

21

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak anda melawat blog-blog di mana tuan punya blog itu adalah lagi muda daripada anda?
aku pernah.

membaca blog mereka tidak lah sebosan membaca blog orang yang sudah tua seperti aku.
ah, aku tidaklah tua mana pon.haha.

sekarang ini ramai bloggers yang ada adalah berbelas-belas tahun lebih muda daripada aku.
maksud aku, ramai bloggers yang masih muda tetapi sudah mempunyai blog masing-masing.

buat masa ini, blog pemuda-pemudi yang aku pernah lawati boleh tahan.

gaya penulisan mereka tidak menggambarkan usia mereka yang sebenar.
mungkin pemikiran mereka itu lebih matang dari usia mereka.
itu yang aku nampak dari gaya penulisan mereka.

gaya tulisan mereka matang dan bernafas baru.

ini berita baik sebenarnya.
masakan tidak, ini menunjukkan pemuda-pemudi di negara ini rata-rata mempunyai pemikiran yang matang dan bukan budak-budak.

mereka juga tidak tulis dengan cincai.
isi kandungan blog mereka juga bukanlah sampah.

mereka tulis dengan Bahasa Melayu yang elok.
Bahasa Melayu mereka pon ditulis dengan penuh, bukan dengan short form seperti yang kita boleh lihat di sms-sms sekarang.

ada juga yang menulis dengan Bahasa Inggeris yang baik.
ada juga yang menulis dengan Bahasa Inggeris yang banyak kesalahan grammar-nya.
tidak apa lah, dia ingin mencuba.
jangan matikan semangat orang yang ingin mencuba.

apa yang aku baca dari blog mereka,
mereka cuma luahkan apa yang mereka fikirkan salah atau betul.
mereka luahkan rasa tidak puas hati mereka jika mereka dilayan dengan tidak adil.

ada juga yang menceritakan tentang sekolah mereka, guru2 mereka dan subjek-subjek kesukaan dan 'ketidak-sukaan' mereka.
aku cuma tersenyum jikalau mereka mengadu bahawa guru-guru mereka memberi kerja sekolah yang banyak kepada mereka.
aku pon pernah mengalami situasi begitu.
apa nasihat aku kepada mereka, selesaikan sahaja kerja-kerja itu dari mendapat bebelan guru-guru tersayang anda itu.

TETAPI,
ada juga yang tulis tanpa ada tujuan.
tidak faham aku.
janganlah buat blog kalau tidak tahu apa yang hendak ditulis.
janganlah buat blog sebab kau mengikut trend.
janganlah buat blog sebab kawan kau pon ada blog.
budak-budak, cepat betul terpengaruh.

mungkin aku belum meluaskan lagi pembacaan aku ke blog remaja2 sekarang.
bagaimana aku nak melawat blog mereka semua sedangkan aku boleh kata hampir semua orang sudah mempunyai blog masing-masing?

boleh buta mata aku kalau aku ingin membaca semua blog kepunyaan bloggers Malaysia.haha.

No comments: