Friday, January 16, 2009

30

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

ada beberapa bloggers pandai mencari duit dengan blognya sahaja.
jangan tanya aku, aku tidak arif kepada hal yang kompleks prosesnya.

ada seorang blogger ini, dia kata dia boleh menambah pendapatannya dengan hanya membuat blog.
jika ramai yang melawat blognya, maka banyaklah duit yang masuk pada akaun banknya.

malah, ada bengkel yang dibuat untuk mengajar bloggers lain untuk mempunyai blog yang membuat untung pada bloggers itu sendiri.

siapa yang tidak mahukan duit?
semua benda sekarang perlukan duit.
kalau mahukan benda yang percuma juga sekurang-kurangnya kita perlu membeli benda yang lain.

cuma bagi aku,
aku tidak pula berniat mahu membuat duit dengan membuat blog.
aku sendiri tidak tahu kenapa.
aku buat blog sebab aku suka menulis dan aku dapat membaca blog orang lain yang menarik dan bagus.
tidak terlintas di hati aku mahu membuat blog untuk mendapat untung duit.

mungkin aku tidak berminat tentang hal ini.
aku sudah ada pekerjaan yang tetap dengan gaji yang cukup untuk menyara diri sendiri dan keluarga aku pada waktu ini dan masa hadapan, jadi aku lebih suka membuat blog untuk luahan fikiran semata-mata.

mungkin aku masih naif mengenai perkara ini, jadi aku tulis sebegini.

kepada bloggers yang mahu jadikan blognya bukan luahan fikiran semata-mata,
bolehlah beralih arah untuk membuat duit dengan blog anda sendiri.

kepada bloggers yang mahu kekal menjadikan blog mereka untuk luahan fikiran semata-mata, teruskanlah dengan penulisan anda.

apa-apa pon, itu blog mereka dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

5 comments:

Anonymous said...

adakah hubungan antara luahan fikiran dan duit?
ada!
aku tidak bisa berfikir jika tidak punya duit..
wassalam... :)

Aku Iron Man said...

bhart,

blog kau boleh buat duitkah?
nanti aku melawat blog kau, ok?

Kekupu said...

hahah. betol2. (apa yg betol.?). [;

cik manis said...

aku blogging di smping mncari duit gak..
wlopon pulangan x byk,
tp utk stdnt mcm ak ni,
lepas la klau nak beli buku rujukan..
:)

Aku Iron Man said...

paku tulis,
boleh aku tahu apa yang betul?

cik manis,
kau juga pandai buat duit gunakan blog kau?haha,aku kagum.nanti aku lawat blog kau.