Monday, January 12, 2009

28

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

pernah tak kau orang baca blog orang di mana dia ada letak emoticon yang comel di post-nya?
aku pernah.

lihatlah blog aku ini.
cuma ada perkataan semata-mata.
mungkin budak-budak bosan melihat blog aku ini.
bagi mereka, aku cuma 'membebel' di sini tanpa ada sebarang tarikan.

emoticon.
apa fungsi emoticon bagi aku?

bagi aku, emoticon ini seperti 'perhiasan' atau tarikan pada perkataan-perkataan yang ditulis.

bagi aku juga, emoticon ini seperti melengkapkan lagi apa yang kita mahu tulis.
atau erti kata lain, menguatkan lagi apa yang kita sudah tulis.

budak-budak mesti suka blog yang ada banyak emoticon yang comel dan bergerak-gerak.
biasalah budak-budak, suka pada kartun yang comel.

emoticon comel ini banyak juga kesannya pada aku.

contoh 1:

aku baca blog orang.
bloggers itu sedang menulis cerita yang ceria dan happy.
tambah lagi dengan emoticon yang dia letak, buat penceritaan dia itu bertambah happy.
aku juga happy melihat emoticon dia itu.
buat cerita happy blogger itu berkesan untuk buat aku juga happy.

contoh 2:

aku baca blog orang.
blogger itu sedang menulis cerita di mana dia sedang marah.
tambah lagi emoticon yang dia letak, buat kemarahan dia itu kelihatan berapi-api.
aku pula tidak memasal menjadi berapi-api juga. haha.

bagi aku, dengan meletakkan emoticon buat aku juga tahu bagaimana happy, marah atau sedih seseorang blogger itu.
kalau kau orang pernah melihat blog sebegitu, pasti kau orang faham maksud aku tadi.

orang yang ada emoticon comel sebegitu secara tidak langsung membuatkan blognya juga comel.

cuma janganlah letak emoticon yang sangat banyak, kadang-kadang sesak juga mata aku untuk membacanya.

bagi aku juga,
kalau blogger itu meletakkan emoticon yang comel di dalam post-nya jika ketika blogger itu sedang menunjukkan dia sedang marah, sekurang-kurangnya post itu kelihatan marah tetapi masih nampak comel.
kau paham tak? harap kau faham. haha.

tetapi, bloggers yang bagus tidak perlukan emoticon comel sebegitu.
dengan perkataan-perkataan dia sahaja sudah buat aku faham bagaimana emosi si blogger itu ketika dia sedang menulis post entry-nya.

aku tidak bermaksud blogger yang meletakkan emoticon di post entry-nya itu seorang blogger yang tidak bagus.
bagi aku, kau orang pandai menarik blogger lain untuk membaca blog kau orang.
sekurang-kurangnya terhibur juga aku melihat emoticon seperti itu.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.



11 comments:

Akmar Anuar said...

uh, ade kawan aku letak emoticon comel kat blog die.aku pon suke tgk emoticon comel tuh.

Aku Iron Man said...

helmi,

bukan sebab blog itu saja yang aku ceritakan, ada blog lain juga.

aku pon mahu letakkan emoticon yang comel di blog dan chatbox aku tapi nanti jadi comel pula.aku mahu jadi 'macho'.haha

akmar,

baguslah kau sependapat dengan aku.
kau tidak mahu blog kau jadi comel jugakah?haha.

Akmar Anuar said...

takpelah, aku cuba jadi seorang penulis blog yg bagus mcm kau ckp dlm post ni

Ayyman Rahim said...

Aku tak suka emoticon yang terlebih banyak, nampak crowded sangat dan tak best pun.

Aku Iron Man said...

ayyman,

aku setuju dengan pendapat kau.
letak emoticon jangan berlebih,sesak jadinya

syakirahmn said...

stuju..
XD

cik manis said...

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.


ini mmg trdemark ko ye?

Aku Iron Man said...

syakey: haha, baguslah kau setuju

cik manis: betullah tu,trademark aku (haha)

_Vu-JiE_ said...

mini emoticon aku rasa buat blog nampak kiut..
emoticon yg agak besar kalau tlalu banyak semak juga..

roket said...

haha
macam lawak sahaja.
emotion just an expression.myb org tu nk post more than words,kan?(:

Aku Iron Man said...

tulang ikan kewl,

aku pon berfikiran sama seperti kau

ieda,

memanglah emoticon itu suatu expression, tapi boleh bagi suatu expression yang kuat juga untuk mood seorang pembaca blog tersebut