Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.
Kebanyakan blog yang aku lawat,
mereka semua tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh.
Bukan dengan bahasa yang sangat ringkas seperti di SMS.
Terus terang aku katakan, bahasa SMS buat aku macam duduk di negara yang berkomunikasi dengan kod rahsia.
Iyalah, sesuatu perkataan itu dia tulis sebegitu pendek sampai aku tidak faham mesej SMS dia.
Mahu cepat agaknya, sebab itu dia tulis sependek itu.
Tapi kalau mesej itu tak dapat difahami, apa lah gunanya.
Tapi kalau tulis panjang-panjang sampai jadi dua page SMS itu, macam menyusahkan pula.
Haha. Apa-apa sajalah aku ini.
Baiklah, kalau di blog kau orang bukan mahu menulis dengan sangat pantas sampai mahu buat bahasa seperti di dunia SMS kan?
Harapnya tidak.
Aku rasa ramai bloggers sekarang betul-betul tulis Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang penuh.
Buat aku berasa bangga pula.
Masakan tidak, bloggers sekarang bangga dengan Bahasa Malaysia sebab itu mereka tulis dengan perkataan yang penuh.
Adakah sebab itu kau orang tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh?
Mahu juga aku tahu sebab apa kau orang tulis dengan penuh.
Tapi ada juga yang tulis di blognya dengan menggunakan perkataan yang sudah dia pendekkan.
Mungkin blogger ini rasa orang lain akan faham apa yang dia tulis.
Aku rasa blogger yang tulis dengan Bahasa Melayu yang baik boleh buat orang lain yang sikit-sikit faham dengan Bahasa Melayu juga faham dengan tulisan kau orang itu.
Seperti bangsa-bangsa yang ada di negara ini; Cina, India dan sebagainya.
Mereka faham pada Bahasa Malaysia yang penuh, bukan shortform.
Aku ada kawan berbangsa Cina.
Dia faham saja kalau orang lain bercakap dengannya menggunakan Bahasa Malaysia yang penuh.
Tetapi, kalau dia dengar Bahasa Malaysia yang sudak rojak atau dipendekkan, dia memang tak faham langsung.
Kesian pula dia jadi terpinga-pinga sebab tidak faham.
Contoh lain seperti orang Indonesia, Brunei atau Singapura juga.
Tiga negara itu (sebagai contoh) akan faham penulisan kita kalau kita tulis dengan Bahasa Melayu yang penuh.
Kalau ada blogger tulis dengan short form yang orang Malaysia saja faham (mungkin TIDAK semua orang Malaysia juga faham dengan bahasa ringkasnya itu), maka penduduk di tiga buah negara itu pasti pening kepala juga mahu faham dengan bahasa penulisan seseorang blogger itu.
Tapi, kau orang pon tak tahu jika ada foreigner yang mahu baca blog kau orang kan?
Aku sendiri pon tidak tahu kalau ada foreigner baca blog aku ini. Haha.
Mungkin kau orang pon tak kisah orang lain faham atau tidak dengan penulisan kau.
Asalkan kau dan kawan-kawan kau saja yang faham, bagi kau itu sudah memadai.
tidak begitu?
Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

14 comments:
betul . betul . betul . bell sokong . kalau tulisan penuh memang senang nak paham . tapi kadang2 bell pn ada ubah a jd e . haha XD
yaya saya sokong bahasa melayu penuh. paling tak suka shorform berciri melampau.
lepas tu sangat anti dengan penambahan huruf2 er, ew di hujung perkataan.. contohnya napew, apew, kiter..
haih.. ntah apew apew =P
agk mnymph klu shrtfm yg ditlis tu trlmpu pndk smpi blh jd double meaning. klu xde masa sgt rs nya x pyh la brblog kn?
;)
sebenar nya bagi saya, penulisan blog ni mencerminkan diri.
bagi saya, orang yang suka tulis dalam bahasa melayu penuh ni, mungkin dia sendiri guna bahasa melayu penuh setiap hari atau memang dia jenis yang suka kan benda yang teratur dan biasa.bukan yang suka kelainan =)
pendapat peribadi je ni
aku prefer tulis penuh. rasanya aku masih terpengaruh dgn cara2 menulis yg baik mcm masa belajar kat sekolah dulu kot. cuma mungkin ada sedikit bhs pasar yang tak menepati dewan bahasa. tp sekurang2nya orang faham apa yang aku cuba sampaikan.
dan aku slalu tulis shortform bila kat komen je. tp as usual, shortform yg biasa2. yang masih dimengerti oleh mereka yg membaca :D
ohh lupa. & seriyes, aku anti bahasa sms yg sgt pendek. dan aku sungguh x faham dgn ayat2 sms bdk2 skang. kdg2 kena baca 2-3 kali utk memahamkan sms adik2/cousin2 aku. haihhhhh
hahaa...
anis x tau la anis cm ne .
x ambil peduli plak .
tulis je apa yg nk d tulis .
tp, short form yg melampau ..
boleh buatkan rasa menyampah nk baca..betul kan ...
huu~ okayyyy......
aku rase, aku slalu gune bhs SMS la dlm blog aku...da tu, cmpur2 rojak ngn BI...dlu nk wat full BI, tp skg da cacamarba, cos pd aku, aku nk tmbhkn feel bile bercerita..aku pn rojakkan.. ;p
pnh skali aku plan nk describe blog aku sbg 'blog ini m'ngandungi bhs2 SMS' huhu...tp xpela, x jd...
;p lg pn, aku x rase bhs SMS aku x pndk sgt kot...hehe..so far org stil leh phm ayat2 aku..
apa pun, aku respek blogger2 yg tegar menggunekan bahasa melayu yg btol n sempurna..
hahaha penulisan yang selalu banyak short form tu aku panggil blog pelat. dan akan dilawati sekali sahaja oleh aku. hehe.
dalam blog aku, aku cuba untuk menulis penuh. begitu juga dengan kawan-kawan kelas yang tanya aku pasal blog, aku cuba nasihatkan agar menulis ejaan penuh. hehe.
Nemo,
kau pon setuju dengan pendapat aku ya? Aku terharu (hahaha).
Julia,
aku pon ada juga jumpa blogger pakai perkataan yang hujungnya 'ew' tapi macam tak selalu dia pakai. Konon-konon dia mahu buat lawak agaknya semasa menulis itu. Aku pon tak tahu.
Azfarul,
yang kau tulis pendek-pendek di komen ini pon macam mana? Haha. Selamat aku masih boleh faham.
Runnia,
mungkin betul juga pendapat kau itu. Walaupon kelihatan 'ketinggalan zaman' jika menulis penuh tetapi Bahasa Malaysia yang baik mencerminkan betapa kita sayang dan hormat pada bahasa kita ini. Ah, ini pon pendapat peribadi aku juga.
Fafarafa,
baguslah kau terikut-ikut blogger-blogger yang suka menulis penuh ini. Oh, memang betullah budak-budak sekarang suka tulis shortform yang aku tak faham langsung sampai mahu bagi 'lecture' kepada dia untuk tulis semula sms itu dalam bahasa penuh. Aku sangat betul-betul geram dengan bahasa sms sekarang.
Anis,
aku harap kau akan tulis Bahasa Malaysia yang penuh selepas ini.
Ara,
kalau kau campur Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mungkin tidak mengapa sebab aku lihat ramai blogger yang berbuat demikian. Aku pon ada juga guna perkataan Bahasa Inggeris, jadi aku pon ada guna bahasa rojak. Mungkin ada blogger kata tidak patut dan aku faham sebab apa. Oh ya, aku harap kau akan pakai Bahasa Malaysia yang penuh selepas ini. Cuba perlahan-lahan dulu.
Tulang ikan kewl yang cool,
aku suka cara kau yang nasihat kawan-kawan lain untuk menulis Bahasa Malaysia yang penuh. Ya, selagi kita cuba untu tulis dengan bahasa yang penuh, lama-lama kita akan terbiasa juga nanti.
taip je cmne pom..asalkan bleh fhm...taip pekataan y penuh lg cepat dr y shrt form..jenuh nk fikir...huhu
{~kamniia~},
betul kata kau. Shorform perkataan ini buat aku kena teka banyak kali apa perkataan yang dia mahu tulis sebenarnya. Kita sependapat, baguslah.
Post a Comment