Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.
Aku mahu cakap pasal tag.
Kau orang pon mesti sudah tahu apa itu tag kan?
Bagi aku, tag itu macam suatu survey.
Sebenarnya tag ini popular saja di friendster dulu-dulu dan mungkin juga sekarang tapi ia tidak dipanggil tag tetapi dipanggil survey.
Naik muak juga aku tengok orang-orang yang sama asyik mahu publish survey dia di bahagian buletin friendster itu.
Tak apalah, dia bosan agaknya. sebab itu dia suka buat survey.
Ah, aku sudah lari dari tajuk asal.
Tag ini bagi aku suatu survey untuk buat orang lain tahu pasal diri kau dan pendapat kau.
Kadang-kadang seronok juga bila mahu menjawab tag itu.
Kadang-kadang memang tak seronok menjawab tag ini.
Ikut mood juga, bukan?
Aku lihat rata-rata blogger yang baru berkenalan dengan blogger yang lain, mesti dia mahu tag blogger yang dia baru kenal itu.
Mungkin dia mahu kenal lebih mendalam blogger tersebut, tidak begitu?
Adakah kau blogger sebegitu? Yang mahu tag blogger lain sebab kau mahu kenal dia dengan lebih mendalam?
Aku ada juga lihat sesetengah blogger suka tag orang.
Bila dia mahu tag blogger lain, mesti dia pakai ayat, "anda di tag!" atau apa-apa sajalah.
Mungkin ada blogger yang menerima pesanan "anda di tag!" menjadi trauma atau fobia kerana dia benci mahu jawab tag/survey itu tetapi dia buat juga kerana mahu menjaga hati blogger yang men- tag dia.
Adakah dia selalu di tag oleh kawan blogger dia,
jadi dia juga mahu orang lain juga selalu di tag?
haha, mungkin juga bukan?
Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku, dari mana datangnya soalan tag/survey ini.
Kau buat sendiri-sendirikah?
Atau kawan-kawan kau yang buat?
Atau memang ada website atau blog yang hasilkan soalan tag/survey ini?
Haha, aku memang mahu tahu dari mana datangnya tag/survey yang banyak itu.
Macam bermisteri pula. Haha.
Ada jenis orang, bila dia sudah di tag, dia akan jawab dengan pantas.
Ada juga jenis yang suka tangguhkan tag itu sampai jadi pekasam bak kata orang.
Sampai 4-5 tag dia dapat, baru dia mahu jawab semua.
Macam 'assignment' dari kawan blogger pula ya? Haha.
Ada sesetengah blogger yang suka baca blog orang lain,
mungkin dia akan suka baca tag yang blogger itu kena jawab.
Tapi ada juga blogger yang bosan lihat tag itu jadi dia tidak akan baca tag itu langsung sebab bagi dia tag itu membosankan.
Mungkin orang jenis ini pon tidak suka menjawab tag dari blogger lain.
Mungkin juga. Banyak betul kemungkinan aku ini, haha.
Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

19 comments:
aku tak suka tag boleh ?
mwehehe
tp kalo tag 2 mcm susah dan bes,
danorg tu buat aku akn bc entry dye,
kalo x . aku tak baca.
:DD
aku suke baca tag...so that dapat tahu serba sedikit perangai manusia yang bewarna-warni...dan kadang-kadang memberi aku inspirasi....tapi tu lar, bab nak menjawab ni malas la nak fikir....
Aku rase, tag ni sesuai untuk orang yang suke berkongsi pengalaman atau hal peribadi yang tak keterlaluan dengan orang ramai...
Masing-masing ada sebab....
Aku benci tag.. aku tak suka tag.. aku menyampah ngan tag.. aku tak mau tag.. banyak entri lain boleh isi selain tag.. keh keh keh
tag..eila hanya akan buat bila ade masa free je dan takde ape nak post lam blog..jaga hati pun ye jugak..tag membuatkan org lebih mengenali tuan punya blog.skang tgh bz..tak koser nak layan tag..
aku baru membaca blog kau..
aku x knal kau..tp aku baca blog kau..sebab kau ska baca blog orang...
ape perasaan kau bile blog kau dibaca???
kau mesti pelik..sebab bahasa aku macam celaka..haha
Una,
kau betul-betul tak suka tag ya? Haha. Aku ingat ramai yang suka sebab di mana-mana blog yang aku pergi mesti jumpa tag. Aku ingat tag ini subjek kesukaan ramai.
Helmi,
kau memilih juga menjawab tag ya? Oh, baru aku tahu. Tag yang best baru best untuk kita jawab, tidak begitu?
Youjie,
kau suka baca tag orang lain tapi tak suka jawab tag ya? Haha. Macam aku jugaklah.
Cuit,
memang benci betul kau pada tag ini, haha. Ada juga blogger sebegitu. Kau memang tak akan jawab tag kalau diberi ya? Sebab kau BENCI? Aku faham.
Eila,
betul juga tu. Kalau busy, memang malas buat tag. Tapi kita buat tag pon sebab mahu jaga hati bloger bukan? Susah juga mahu senangkan hai orang lain.
Amir,
apa perasaan aku bila kau baca blog aku? Biasa saja agaknya. Rasa gembira pon ada juga. Haha.
mula-mula aku teruja juga bila orang bagi aku tag. tapi sekarang, harap maaf, aku sudah malas. aku hanya jawab tag yang menarik pada masa aku tiada modal ber'blog'. haha.
ya ..
anis pon x suka menjwb tag ..
pernah jwb sekali je ..
itu pon..
bkn psl anis ..
jwb sbb kelakar je ..
pebende tag ni hah? aku tak paham..maklum ler aku ni org baru..
Tulang ikan kewl,
biasalah kan benda yang baru kita akan rasa teruja tapi bila dah lama-lama jadi bosan. Kau cuma jawab tag bila tiada modal untuk menulis ya? Haha. Aku faham itu.
Anis,
kau pon memilih untuk jawab tag ya? Haha. Baru aku tahu.
Luqman,
tag itu seperti survey. Mari aku beri contoh di sini.
1. What is the relationship of you and him/her?
2. Your 5 impressions towards him/her.
3. The most memorable things he/she had done for you.
4. The most memorable things he/she have said to you?
5. If he/she become your lover, you will..
6. If he/she become your enemy, you will..
7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her..
8. If he/she become your enemy, the reason is..
9. The most desirable thing to do on him/her is?
10. The overall impression of him/her is..
11. How do you think the people around you will feel about you?
12. The character of you for yourself is?
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
14. The most ideal person that you wanne be is
15. For the people who likes you, say something about them?
16. 10 people to tag?
17. Who is no. 2 having relationship with?
18. Is no. 6 a male or female?
19. If no. 3 and no. 5 were together, would it be a good thing?
20. How about no. 5 and no 6?
21. What is no. 1 studying about?
22. Is no. 4 single?
23. Say something about no. 3.
Iron man:
owh..tag soalan2 yg cam bangang2 tu..mcm takde faedah je, soklan ngarut2 je..
Luqman,
kau rasa soalan-soalan itu bodoh-bodoh ya? Tapi ikut jenis tag juga. Ada tag yang bagi soalan yang mencabar sampai otak kau pon boleh jadi 'berasap'. Haha.
erm otak bleh "berasap" ke?haha
Kat fenster byk ar tag camtu. slalu ade kat buletin. kadang2 inbox pun ade, naik rimas aku.
Luqman,
aku pon naik muak juga tengok survey yang banyak di friendster.
aku baru nk ckp, aku sbrnye LAYAN tag2 ni, tp survey2 kt frenster tu yg aku XLAYAN...
mungkin sbb kt blog aku xde pape kot..tp kt frenster tu mcm da byk application, so survey tu cm menyemak..huhu~ tp ntah la..skg aku x benci tag langsung..malah aku alu2kan sape2 yg leh bg aku tag (pasni berduyun2 kot tag aku?)
mungkin aku blom smpai tahap membenci tag ni kot... ;p tp nk kate aku baru blog, x gak..lol..
Ara,
kau suka pada tag ya? Akhirnya, ada juga yang cakap sebegitu. Kenapa kau suka pada tag? Boleh aku tahu?
Aku suke pe ngn soklan2 die...cambest je nk bwat.. ;p ni pendapat plg jujur aku..haha~ tp, mungkin gak sbb aku xbyk dpt tag lg, n blum bosan lg kot..haha..mcm aku ckp kt atas tu..
Lg satu, aku rase tag kt blog ni len sket drpd survey kt frenster sbb..(ni dr pndgn aku)..aku rase yg kt blog ni mcm..die nk tau lbh psl diri kau...kdg2 die sbg platform utk kau berkenalan dgn blogger len jgk, so sbb tu kite kne tag org jgk..ntah, aku rase, tag tu mcm permainan blogger jgk r...
Pd mase yg same, tag2 tu jgk, kalo ko pasan, die tny soklan2 personal gak kn? mungkin itu juga semacam membantu kau utk knal diri kau, atau sekaligus tolong kau dpt idea utk entri kau yg seterusnya..
Hmm, tu jela.. ;) tp aku x jamin yg aku akan suka tag selame2nye...aku nk tegaskan lg, mungkin skg aku ske, tapi kalau aku da byk tag yg dijwb, aku mungkin akan bosan dgn tag2 ni..mcm org ln skg.. ;p
Ara,
kiranya kita sependapat jugalah ni pasal tag ini dapat buat orang lain kenal diri kita dengan lebih baik? Ok, aku faham. Nanti bagitahu aku bila kau sudah mula bosan pada tag, boleh? Haha.
Post a Comment