Monday, March 9, 2009

50

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

Dalam banyak-banyak blog yang aku pergi,
kadang-kadang aku lihat juga bila post entry mereka itu di-publish-kan.

Misal contoh aku sendiri.
Kalau waktu hari-hari biasa atau weekdays,
aku biasanya buat post entry baru pada waktu malam.
Waktu itu otak aku relax sikit untuk buat post entry.
Tapi kalau sudah lama sangat aku tidak update blog,
aku akan buat post entry selepas waktu kerja.

Tetapi kalau hari minggu, aku akan mula tulis post entry pada waktu pagi.
Aku suka bangun pagi-pagi kemudian urus diri sendiri.
Selepas itu aku akan buat post entry baru.

Sekarang ini aku semakin sibuk dengan kerja aku jadi aku berjaya publish 2 post entry dalam seminggu.
Kalau dulu-dulu 3-4 post entry dalam seminggu, haha.

Tapi ada baik juga tak update blog selalu.
Aku macam bagi masa untuk blogger lain memberi pendapat/komen mereka tentang post entry yang sudah aku buat.
Aku suka baca komen-komen blogger, sekurang-kurangnya dapat berkongsi pendapat.

Aku pon ada perasan ada blogger-blogger yang sama setia memberi komen untuk post entry aku.
Betul-betul buat aku terharu dan gembira.
Masakan tidak, blog aku ini semacam ada pembaca yang setia walaupon blog ini tidaklah menarik dan popular mana.
Betullah aku cakap ini kan? Haha.

Oh ya, tadi aku pasal diri sendiri.
Sekarang untuk blogger lain pula.

Aku kadang-kadang ada juga perasan blogger itu akan publish post entry pada waktu yang sama, samada pagi, petang atau malam.
Selalunya ramai blogger akan update blog pada waktu malam setelah penat melakukan macam-macam perkara pada siang hari.
Pada waktu malam, dia akan 'melaporkan' segala aktivitnya itu di blog.
Kau orang dalam golongan blogger sebegitukah?

Aku harap kau orang semua akan rajin update blog sebab aku suka baca blog kau orang.
Macam aku pernah sebut dahulu, ada sesetengah blog buat aku jadi ceria dan mood jadi baik.

Adakah kau orang setuju dengan pendapat aku ini?
Jika kita menulis blog di waktu malam, waktu itulah idea datang mencurah-curah
dan kita macam mahu tulis pelbagai perkara yang terlintas di fikiran kita?

Atau pon, pada waktu malamlah emosi negatif datang menguasai kita sampai kita mahu tulis yang bukan-bukan yang dapat buat orang lain mula membenci dan menyumpah seranah kita?
Atas dasar kerana kau menulis sesuatu yang bagi kau pada waktu itu cuma mahu meluahkan perasaan yang terbuku tapi disalah tafsir oleh orang lain?
Pernah kau orang mengalami situasi tersebut?
Kawan-kawan aku pernah.

Kawan-kawan aku pernah tulis perkara-perkara yang bagi aku amat mengejutkan.
Mereka luahkan sesuatu yang bagi mereka sudah lama pendamkan,
sesuatu yang buat mereka tidak puas hati setelah sekian lama.
Selama ini aku ingat mereka tidak kisah tapi selepas membaca blog mereka,
baru aku tahu.

Mereka juga manusia, mana boleh tahan sabar jika sesuatu yang mereka tidak suka dilakukan pada mereka berulang kali.
Kau orang pon tidak suka kan?

Bagi aku kalau mahu luahkan rasa geram dan marah di blog,
biarlah gaya menulis itu bukan macam mahu 'bunuh' perasaan orang lain.
Biarlah diselitkan nada humor.
Kalau letak emoticon comel yang 'marah berapi' pon kadang-kadang boleh tutup rasa kemarahan kita yang membuak-buak.

Ah, kalaulah aku ada emoticon yang comel di sini mungkin ramai yang akan ketawa.
Tapi Aku Iron Man, mana cool letak emoticon yang comel kan?
Haha, walaupon itu bukan gaya aku tapi aku suka emoticon yang comel dan bergerak-gerak.

Oh, aku ingin tahu bila kau orang suka update blog?
Siang, petang atau malam?
Atau pada pukul 1-2 pagi?
Bagitahulah pada aku.
Nanti aku cuba buat post entry pada lain-lain waktu.
Mahu tengok adakah aku ini fleksible orangnya yang boleh buat post entry pada bila-bila masa saja.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.


18 comments:

Anis Mohd said...

panjang benar n3 ini kali..
hehheee...

kalo anis ..
anis post n3 baru bila idea sampai ..
or bila tgh kebosanan melampau ..
kalo tgh happy2..
blog pon anis x ingat ..
hahaaa....

sal marah org kat blog..
anis pernah buat gak ..
siap send link blog anis kat org tuh..
biar die baca ..

penat anis tunggu n3 baru nih ..

BELLA said...

wohoo.. btol la. kdg2 bell pn luahkn rasa mrh at blog . xdpt nk luahkn kt org laen.. susa r gak . ewm. nta. tggu ilham twon dr lgt owt. bru update.haha

unaOoOuna said...

aku update blog bila tibe2 aku tgh buat sesuatu kerja tu and tibe2 otak aku mcm bg isarat nk update pkra 2 dlm blog.
haha :P

Tijah said...

aku suka update tetengah mlm2 lepas semua org tido. sunyi, idea senang masuk dan boleh report xtvt siang tadi...kalu xde xtvt, tulis benda merapu pun syok juga!

yatie chomeyl said...

aku xde masa spesifik untuk update tapi aku suka update bila hubby tiada di rumah. rasa lebih selesa menaip tanpa sesiapa di sisi kerana itu lebih membantu minda mengeluarkan semua rasa di dalam hati.

Ayyman Rahim said...

Aku rasa pagi adalah waktu terbaik tapi memandangkan aku sekolah maka aku boleh update petang lah. Malam nak study kan? Hehe

Ghuroba' said...

aku post entry baru bile2 masa je bleh..asalkan ade idea je, aku terus update.

J u l i a 。.゜✿ said...

saya update tak kira masa. asalkan ada gambar menarik, akan terus bercerita.

Anonymous said...

hhahaha. aku pon x pernah perasan bila average timing aku utk buat entry baru. ada idea, aku buat entry. tak kira laa jam berapa. tapi tidak laa sampai byk post dlm sehari. cukup laa 1 entry sehari. jika byk sgt cerita, aku akan ringkaskan dan asingkan cerita2 itu dlm 1 post.

anyway, entry aku bersifat real-time posting. maksudnya aku sangat jarang menggunakan option scheduled post. hahhahhah

cujern said...

aku updet ikut mood je

F I Z A F E said...

kebanyakan entries kau mempertikaikan/meragui/mempersoalkan tentang segala yang mungkin berkaitan BLOG. aku rasa kaulah BLOGGER sebenar. aku rasa blog kau boleh dijadikan bahan rujukan untuk budak university buat research (jika tajuk berkaitan)

serunaiklang_91 said...

salam....

haha..btol kata fizafeya..ko lah bloggger sebenar....

btol2 citer psl blog org..apapon ske blog ni...tapi jarang bg komen...hehe...selamat berblog buat iron man..haha,,,biler nak ada iron woman plak...?

Aku Iron Man said...

Anis,
kau buat entry baru ikut mood ya? Haha. Macam aku juga.

Nemo,
buat entry baru kena ada ilham ya? Baguslah. Ada orang tulis entry baru tapi macam tiada matlamat saja.

Una,
kau buat entry baru bila TIBA-TIBA saja ya? Haha. Comellah ayat kau.

Aku Iron Man said...

Tijah,
bila malam-malam pon memang bagi kita suatu idea yang melimpah ruah, tidak begitu? Aku faham maksud kau. Tapi jangan selalu buat entry merapu. Biar ada matlamat dan jalan cerita. Haha, macam buat filem pula ini.

Yatie,
kau buat entry baru bila suami pergi kerja ya? Oh, macam itu. Kau betul-betul mahu privacy bila berblogging ni.

Ayyman,
comel ayat kau. Student macam kau kena pandai bahagi masa untuk study dan berblogging. Baguslah kau pandaikan disiplinkan masa. Tak ramai remaja macam itu.

Aku Iron Man said...

Luqman,
hebat juga kau boleh update pada bila-bila masa. Idea sentiasa ada ya? Aku kena tunggu waktu tertentu saja baru dapat idea. Haha.

Julia,
entry kau mesti ada gambar ya? Oh, ada blogger sebegitu rupanya. Bagi kau tanpa gambar macam tak lengkap entry kau itu, tak begitu?

Helmi,
kau macam aku. Aku pon ada tetapkan masa juga untuk buat entry baru. Satu pada hari biasa dan satu pada hujung minggu. Aku sibuk sangatlah, haha. Oh, aku dah jumpa link blog aku di blog kau. Iron Man tere kan? Haha.

Aku Iron Man said...

fafarafa,
sistematik juga cara kau nak buat entry baru sampai kau buat summary untuk cerita yang panjang? Haha, aku kagum dengan kau.

Cujen,
ramai juga macam kau update blog bila ada mood.

Aku Iron Man said...

Fizafeya,
kau rasa blog aku ini boleh dijadikan bahan rujukan? Haha, aku terkejut dan terharu bila kau kata macam itu. Blog aku ini tidak hebat manalah.

Serunaiklang_91,
kau pon mahu mengiyakan kata-kata Fizafeya ya? Haha. Janganlah puji lebih, nanti buat aku lupa diri. Bila mahu ada Iron Woman? Haha. Tunggu 1-2 tahun lah. Aku tengah kumpul duit mahu kahwin. Haha. Maaflah, komen ini berbau peribadi pula.

Aku Iron Man said...

Helmi,
blog kau ramai yang suka ya sampai ramai blogger sudah ada link blog kau di blog mereka? Haha, pasti blog aku tidak macam blog kau.
Oh, terima kasih sebab kau suka blog aku sampai masuk kategori "Sarkas Beli Satu Percuma Satu". Bangga pula rasanya. Haha.