Thursday, February 5, 2009

40

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

adakah kau terlalu gilakan blog kau sehinggakan setiap benda yang terjadi pada kau, kau mahu cerita di blog?

adakah kau terlalu gilakan blog kau sehinggakan apa yang berlaku pada kau setiap jam, setiap 2 jam, setiap 5 jam, setiap 10 jam;
kau akan ceritakan semuanya di blog kau sampaikan dalam sehari kau ada lebih dari 2 post?

haha. blogger sebegitu mungkin memang kemaruk dengan blognya.
oh ya, mungkin baginya jika dia tidak tulis di blog, detik-detik yang penting yang telah terjadi padanya akan dilupakan dengan mudah.
mungkin juga, bukan?

blogger sebegitu memang boleh jadi wartawan untuk diri sendiri.
blogger itu memang 'wartawan' yang rajin dan up-to-date tentang dirinya sendiri.
ini pendapat aku saja.

atau kau orang tidak sekemaruk begitu?
kau cuma tulis apa yang patut kau siarkan di blog saja ya?
yalah, tidak semua benda kau mahu orang lain tahu kan?
peribadi tetap peribadi.

aku pernah juga jumpa blogger yang kemaruk tentang blognya.
setiap apa yang terjadi padanya dalam sehari itu, dia cerita dengan detail sekali.
hasilnya, post entry nya itu memang panjang berjela.
penat juga aku mahu habiskan membaca post-nya itu.

kadang-kadang, kalau aku nampak post yang panjang berjela, aku cuma akan baca 1-2 perenggan pertama saja.
jika bosan, aku tidak akan teruskan membaca.
jika menarik, aku akan cuba baca sampai habis.

aku ini memang seorang yang memilih juga. haha.
maafkan aku, aku bukan pembaca yang setia untuk baca sampai habis jika post yang kau tulis itu terlalu panjang.

oh ya, mengenai kemaruk tentang blog, adakah kau akan check blog kau banyak kali dalam sehari semata-mata mahu tengok apa respon orang lain tentang post kau itu?

ah, aku dalam kategori sebegitu.
aku memang tidak sabar-sabar mahu tahu pendapat kau orang tentang apa yang aku sudah tulis.
aku suka dengar pendapat orang lain, buat fikiran aku jadi semakin luas.
yalah, aku asyik tulis tentang komen dan pendapat aku saja, macam syok sendiri pula. haha.

bila tahu pendapat orang lain memang aku tahu tidak semua orang akan sependapat dengan kita.
banyak aku belajar dari situ.
harap kau orang pon faham jika kawan-kawan kita tidak sependapat dengan kita.
janganlah bergaduh kerana sebab itu.

adakah kau kemaruk dengan blog kau sehinggakan kau boleh mengadap blog kau selama berjam-jam?
atau kau pernah jumpa blogger sebegitu?
jika kau blogger sebegitu, harap kau tidak buat begitu lagi.
kesian pula pada mata kau nanti. mata kau akan cepat letih.
jangan kerana berblogging, kita kena pakai cermin mata pula kerana mata semakin rabun. haha.

ah, aku pula yang tulis panjang berjela.
maafkan aku. aku jadi leka jika menulis di sini. haha.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.


47 comments:

Anonymous said...

de gak blogger yg kemaruk cm2..
tpi xsume kn..
n manjer pun bkn diantre org yg blogger yg kemaruk 2..
tpi blog mste kne updte tiap2 ari,n 1 ari mste kne de 1 n3..xlbh n xkurg..xkemaruk kn??
huhu..

Anonymous said...

blog kau sentiasa panjang dan sentiasa memuaskan.

Anonymous said...

penah ronda2 kat blog aku ke??

aku ade terasa sikit..tapi tak la sampai sebegitu detail..aku pon dah tak ingat ape berapa harga nasik lemak aku makan pagi tadi..ha-ha

aku rasa aku kena cerita jugak..kalo tak..org tak paham cerita sbnr..

pape pon..peace!!hee

Unknown said...

bg aku..setiap blog yg dicreate tu salah satu tempat dier nak menceritakan sesuatu...

so kalo dier nak luahkan sesuatu ikut suke hati dier lah..mcm aku..aku rasa blog tempat aku nak bercerita....tak kesah la aku nak story apa pon..

hehe tu je..per2 pon..walaupon ko anti blog itu, aku tetap suke blog ko...n kalo ko anti blog aku sekali pon aku tak kesah..masing ada pendapat masing2..hehe

Anonymous said...

macam kamu je yg kemaruk blog.
btw, salam kenal.

sEsuki xD said...

rasenye sumorang ade pndapat masing2 pasal blog nih
n ade jugak yang anggap mcm diari
sbb tuh everyday up to date
n everyday jugak nk cte detail2
hehe

Aku Iron Man said...

mencari erti hidup,

aku tak kata kemaruk itu suatu perkara yang tak betul. cuma aku anggap ia pelik saja. normal saja kalau kau update blog setiap hari.

nono,
ya, aku suka tulis panjang-panjang. kau kata blog aku memuaskan? terima kasih.

qaby,
aku tak pernah lawat blog kau lagi. nanti aku lawat. kau terasa ya? haha. apa-apa pon, itu blog kau. suka hati macam mana kau mahu uruskannya.

Aku Iron Man said...

farha,
aku suka pada kau kerana kau hormat pada pendapat orang lain. aku tak lawat blog kau lagi. mungkin aku tak 'anti' pada blog kau, tetapi jadi suka pula. haha.

moon,
aku kemaruk blog? aku sudah tulis di sini, aku memang kemaruk pada blog aku kerana aku akan check blog aku selalu untuk lihat apa komen kau orang. aku suka tengok komen orang lain.

sesuki,
betullah kata kau. semua orang ada cara sendiri mahu uruskan blog. apa yang aku tulis di sini cuma pendapat aku.

Min said...

Tak salah kemaruk blog.. kadang2 kita mahu kongsi.. tapi mungkin,bercakap tak kan sama dengan menulis. Jadi mereka lakukan banyak entry dalm satu hari. Saya suka menulis. Juga suka membaca. Dan blog kamu juga saya suka baca. Menulis itu indah.

Aku Iron Man said...

Namaku Min,
sesetengah orang jadikan blog sebagai medium untuk berkongsi perasaan. ya, aku faham yang itu. sebab itu bagi kau, tak salah untuk kemaruk pada blog ya?

terima kasih kerana suka baca blog aku. nanti bila aku ada masa yang banyak, aku cuba selalu melawat blog kau. mana tahu aku suka blog kau juga.

Ara said...

ha'a..mungkin bnda detail pada kita, bkn la detail sgt pd org kot..?

Anis Mohd said...

terasa daku......
mls nak update blog da r lps nih...
wahahaaa...

Rock said...

Sebaik-baik penulisan adalah penulisan yang mengajak manusia berfikir mencari kebenaran.

Kebenaran adalah sesuatu yang disokong bukti yang nyata. Semua orang boleh claim kata dirinya benar, tetapi tanpa bukti yang nyata, kata-kata manusia itu hanya sia-sia belaka.

Dan sesuatu yang benar datangnya daripada Allah. Allah yang mengilhamkan kepada para hambaNya kebenaran yang disampaikan sepanjang mana yang Dia mahu. Seperti mana Nabi Muhammad mampu menyampaikan Quran yang panjang atas semangat dan usaha baginda.

Jika Nabi Muhammad seorang yang pemalas berfikir mencari kebenaran, apakah Allah hendak bagi baginda Quran? Rezeki tidak datang bergolek...

Menuliskan dengan niat untuk membangunkan pemikiran agar tidak hidup seperti binatang ternakan.

:)

Aku Iron Man said...

Ara,
mungkin juga. lagi pon, lain orang pendapat, tidak begitu?

teletabies,
jangan kerana post aku ini kau malas nak update blog lagi. aku cuma bagi pendapat aku. tak semestinya pendapat aku betul di mata orang lain, bukan?

Rock,
ayat yang kau tulis itu kau tulis sendirikah? aku suka ayat itu. banyak sedarkan aku dan buka minda aku lagi. terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat kau dengan aku.

Azza Mazlan said...

actually blog mcm diary..versi elektronik

(-_-)

Azza Mazlan said...

actually blog mcm diary..versi elektronik

(-_-)

Akmar Anuar said...

iron man,
aku memang kemaruk dengan blog aku. kadang2 berjam2 gak aku depan laptop, ngadap blog aku dan orang lain. pastuh, kalo sehari memang aku wat post lebih dari 2, hehhe...melampau giler kan? nak wat cane, macam2 aku pikir dalam kepala otak aku nih, sebab tu aku kene luahkan kat blog...

per2 pon, memang itu blog aku, sukati ar aku nak wat ape pon....hohoho =o

sickchild said...

ape tujuan kau buat blog?

Zoul said...

Aku suka entry ko... rasanya ko ni mcm juruaudit plak.. ko audit semua blog lepas tu buat laporan.. then semua kena pikir apa laporan ko.. either nak buat perubahan atau bertahan.... syabas ko berjaya buat otak aku merayau2....

Dba Ghani said...

erm....kau ni..
mcm2 la...well..
x dinafikan aku mcm tu dlu..
tpi skang,bil aku bz,
aku mula x sempat nk update..
huhuu..
so,skang mmg jarang update laa....
jdi terpulang la pada cara msing2

»Mrs Bintang« said...

seperti link awak "ikutsuka akulahkan" aq nya blog..xsuka xyah tengok biar org yg suka je tengok hihiih...jgn terasa hati erkk.. hihihi :p

SlickerzArt said...

ikutsukaakula nak wat blog ape pun.. bukan jadi mudharat pun kat ko kan? kot la mate ko rabun terus sbb baca blog yang ko anti tu.. kalau ko meluat tngok blog yang ko tak suka tu.. JANGAN ko baca.. baek ko berambus je.. hahaha.. lagi satu.. ko ni mmg dah tak de keje la eyh? 1 hari brp blog ko lawat??? brp target ko?? aku nak tengok sampai bile ko leh bertahan NGUTUK blog org lain..

paku dulang paku serpih.. ngate orang diri sendiri pun 2 x 5 gak cam org yang die kutuk.. hahahahaha...

Rock said...

Iron, ayat tu datang drp apa yang Allah ilhamkan. Kalo ko suka ayat tu, maknanya ko suka apa yang Allah datangkan. Bila ko suka kat Allah, pasti Dia suka kat ko jugak.

Aku Iron Man said...

zazza,
betullah kata kau itu. blog boleh jadi diari juga. sebab itu ada yang mahu cerita macam-macam dan panjang-panjang di blognya.

akmar,
haha. suka hati kau lah mahu uruskan macam blog kau. aku cuma bagi pendapat aku di sini.

sickchild,
tujuan aku buat blog untuk aku luahkan komen dan pendapat aku tentang blog yang pernah aku lawat.

Aku Iron Man said...

dBa,
ya, terpulang pada masing-masing bagaiman mahu uruskan blog sendiri. aku cuma bagi pendapat aku saja di sini.

Tashabella,
haha. betul juga kata kau. kalau tak suka, jangan buka blog itu lagi. tetapi, aku cuma luahkan pendapat aku di sini. mungkin ada yang terima dan ada yang tidak. oh ya, aku tidak terasa hati. itu pendapat kau bukan?

cuit,
baguslah aku sudah buat otak kau merayau-rayau. aku cuma bagi laporan saja tentang blog yang aku pernah lawat.

Aku Iron Man said...

Codename:HFZ-007,
haha, dulu aku pernah juga halau orang lain yang tak suka blog aku supaya tak lawat blog aku lagi dan dia marah kerana dia kata dia ada hak untuk lawat blog aku lagi. jadi, aku pon mahu cakap macam dia juga kat kau. lagipon, aku cuma bagi pendapat aku di sini saja. mungkin kau tak boleh terima pendapat aku, tapi ada orang lain boleh.

Rock,
aku masih cuba buat Tuhan suka pada aku. terima kasih kerana sudi lawat blog ini.

sickchild said...
This comment has been removed by the author.
sickchild said...

oh camtu.

kira kau punya blog so ikut suka kau lah kan nak kritik ke ape ke kan? same cam orang lain gak. ikut suka hati dioranglah nak wat post sehari 56 juta entry ke ape ke.

Ok alasan kau "aku cuma bagi pendapat aku di sini saja. mungkin kau tak boleh terima pendapat aku, tapi ada orang lain boleh,"

alasan kau memang sangat kukuh untuk buat orang terdiam dan takkan komen lagi tapi kau ada tak terfikir apa perasaan orang di luar sana yang terkena dengan penulisan kau tu? kau ade tak terpikir? hm?

kau nak orang hormat akan pendapat kau tapi kau ade tak hormat perasaan org? titik peluh orang? semangat org nak berblog? ade tak?

aku geram. kau kene hormat hak orang sebelum menaip sesuatu. ya kau ade hak untuk mengkritik atau bak kata kau "memberi pendapat" tapi beragaklah weh.

aku da takleh diam sebab aku bengang. kau takleh nak hormat hak orang lain jadi orang pun tak terase nak hormat hak kau.

kau buatlah iklan banyak banyak letak merata blog kau. kaya weh. nanti leh dapat banyak duit. selalunya blog yang dikhaskan untuk mengutuk blog orang lain ; ramai pengunjung. Aku pun nak buat gak lah blog khas yang bertemplatekan minima dan berheader tanpa personaliti sendiri untuk mengutuk blog orang la. blog seakan diary virtual macam blog aku ni berisiko tinggi ; bak kate kau "SESAK". yelah mane taknya. t salah sket kene kutuk salah sket kene kutuk.eh bukan kutuk ; kau kan nak memberi pendapat.

Shira said...

aku stuju jugak ngan eny
kau nak kutuk beragak lah
memang ah blog kau
tapi fikir lah perasaan orang lain
dan jugak, kalau kau fikir ini blog kau,
kau boleh fikir tak, tu blog diorang?
sukahati dorang lah nak post 60 juta entri sehari pun
apa kau nak kisah?
kalau nak mengutuk atau bak kata kau "memberi pendapat",
beragak! beragak lah.

fikirkan hati dan perasaan orang lain tkleh ke?
memang lah kau ada hak nak menyuarakan sesuatu
tapi buat aku bengang ayat kau

adakah kau kemaruk dengan blog kau sehinggakan kau boleh mengadap blog kau selama berjam-jam?
atau kau pernah jumpa blogger sebegitu?
jika kau blogger sebegitu, harap kau tidak buat begitu lagi.
kesian pula pada mata kau nanti. mata kau akan cepat letih.
jangan kerana berblogging, kita kena pakai cermin mata pula kerana mata semakin rabun. haha.


eh, bloggers ada pernah mintak kau bayarkan bil tenet dorang ke? atau mintak kau belikan spek mata baru untuk dorang?

dah lah, takyah nak sibuk jaga tepi kain orang sana sini. pergi blog ni, kau kutuk, pergi blog tu, kau kutuk, eh bukan kutuk eh? PENDAPATTTTTTTTT!

last but not least, beragak lahh

sickchild said...

ala rara. aku tau nanti mesti dye jawab.

"aku just berikan pendapat, antara kau boleh terima atau tidak terpulang pada kau, orang lain boleh menerimanya,"

hahaha. masak sangat ngan ayat nak selamatkan diri tu.

eh rara. kita mane boleh berbual kat sini. kat chatbox orang lain pun tak boleh. nanti kene kutukkkkkkk. eh bukan. silap. nanti orang beri pendapat pulak kat kita. hahaha.

Liyana Lunia said...

btol ckp sickchild, mmg kau nk bg pendapat tp kdg2 ade org tak boleh terima. lagi satu kalau org yg bg pendapat yg bernas, dia akn show satu dunia identiti die. bukan berselindung di balik ironman tu, aku hrp kau faham mksud aku.

bukan bermakna aku tak suka blog kau ni tapi sbb kau berselindung di belkng blog kau.

kdg2 ade org tasuka di kutuk, tasuka di beri pendapat, sbb bg dorg, sape kau?

:)

Shira said...

kahkah :P ynn komen sopan dan penuh sabar je :D
eh eny, lupa pulak aku. mana boleh chat kat cbox orang sesuka hati eh. ni kang kita komen kt blog orang, kena kutuk. eh salah lagi. MEMBERI PENDAPAT hahahahhaha

:P

Abdul Rahman Hassan said...

hi ironman! blog ini pasal kau kutuk2 orang ke? hehe.boleh pula macam itu.

ada juga orang yang marah2 ni. tapi dalam perenggan last kau itu,

"apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea."

kiranya dalam perenggan itu, kau macam mahu cakap, "kalau pendapat kau betul, teruskanlah dengan apa yang kau buat dengan blog kau", macam itu ke, ironman? harap betul, hehe =p

aku tak kata apa kau buat di blog ini betul atau salah. sebab kau pon luahkan pendapat kau kan? pendapat orang pon lain2. sebab semua orang pon lain2 latar belakang.

tapi bila ada orang tak sependapat dengan kau, mesti mereka marah2, macam dalam post ini. kalau ada yang sependapat dengan kau pula, mesti mereka kata mereka suka apa yang kau tulis.

aku pon tak tahu nak komen apa sebab ini blog kau, suka hati lah kau nak tulis apa kan? cuma aku harap kau dapat tapis2 ayat kau lagi. mungkin ada yang terasa pedas pula. tapi bak kata kau, lain orang lain pendapat kan? mungkin ada yang terasa pedas, mungkin ada yang anggap itu suatu teguran.

kalau kau rasa kau memang suka tulis 'pengalaman' atau 'komen' kau pasal blog yang kau dah lawat, teruskanlah menulis. susah mahu puaskan hati orang lain.

yang penting, kau tidak 'kutuk' family atau kawan2 blogger itu. cukuplah kau komen blog dia saja. tapi aku tengok kau tak la kutuk mak ayah blogger itu. kiranya kau masih tau batas2 untuk menulis.

kalau ada yang tak suka blog ini, teruskanlah tak suka. takut2 kalau ada post yang ironman tulis dan kau setuju, tiba2 kau boleh suka ironman pula. ntah la, aku tak tau isi hati orang lain.

macam2 karenah di dunia blog rupanya.huhuhu =p

ironman, salam perkenalan dari aku ;)

p/s: komen, jangan tak komen =p

sickchild said...
This comment has been removed by the author.
Abdul Rahman Hassan said...

aduh, ada yang kutuk kau teruk2 untuk post2 sebelum nih. tapi kau kutuk orang memang teruk pon (bagi aku la)...huhuh ironman, kau macam kene bersara je lepas ni, habis ar kau...kau dah takder, aman kot dunia blog ni. kau patut jadi superhero backup blogger lain, bukan jatuhkan dorg. habislah kau!

sickchild said...

hihi.
kau pun rasa camtu ke Abdul rahman hassan?
hahaha.
aku ingat aku je yang rasa camtu.
hik hik.

Abdul Rahman Hassan said...

ntah lah sickchild, aku rasa kita pon sama je kutuk2 ironman ni. aku tak nak jadi 2x5 macam dia =s

dah lah. aku malas nak gaduh2 pasal 'perbezaan pendapat' ni sebenarnya. sampai bila pon tak habis. baik aku layan blog yang buat aku happy, bukan sakit hati. kau pon boleh ikut aku jugak.

jangan buka blog ni lagi, layan blog lain,jom!

Shira said...

bungkus kuey teow :P

Aku Iron Man said...

sickchild,
queenrara,
oh Ynn,
Abdul Rahman Hassan,

aku sudah terang-terang tulis dalam perenggan terakhir setiap post aku;

""apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.

aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.

tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea""

kau orang nak kata ini ayat selamat, suka hati kau lah. aku sudah buat ayat itu dari mula lagi. kalau kau tak suka pendapat aku, tak apalah. kau boleh buka blog lain, dan jangan buka blog ini lagi.

kau mahu tengok blog yang kutuk orang lagi dasyat? kau buka la blog piah. cuba kau kutuk dia pula. mesti kau orang lagi seronok.

haha, kau orang pon seronok kutuk aku. kita sama saja lah.

Akmar Anuar said...

orang yg kemaruk dengan blog tu mungkin seorang penagih blog...macam aku la..muahaha =p

sickchild said...

dah agak dah mesti ayat nak selamatkan diri yang kuar.

da berzaman dah aku tau blog piah tu.
sekurang-kurangnya dye mengutuk khas untuk seorang blogger dalam satu entry.
kau?
mengkait kaitkan dengan semua orang.

seee.
orang da cakap pun tak sedar sedar.
kesian aku ngan kau ni.

cmane kau takleh terima ngan teguran orang macam tu lah orang takleh terima dengan teguran kau.

Ara said...

Bile kau nk stat wat entry sal bnda len selen kritik blog org ni, ironman? dlu kau pnh ckp nk bwat kn?

Hurm..aku tau identiti blog kau ialah utk ulas/komen/kritik blog org len...but kalau kau dh xde idea, aku nshtkn la kau stat wat entry berunsur len...

Hurm, juz what i'd do if i were u...kdg2 kte kne jga batas jgk.. ble komen2 org ni, iron man...hurm~

(byk lak gune 'hurm'..)

sickchild said...

btul cakap ara tu. aku stujukkk. =))

Kiubrubik said...

hekhek... macam-macam.

_Vu-JiE_ said...

kalau aku suka, aku baca.
kalau aku tak suka, aku kuar.
kalau aku terasa pon aku kuar.
(agaknya aku slalu sgt kuar kut.)
hahaha.

erk. tak. aku x sebelahkan siapa2.
aku nak ikut marzuki ckp; "macam-macam". hehe.

Yaya said...

aku tgk orang kutuk mengutuk.
aku layan je pape.
walalala!

Aku Iron Man said...

marzuki,
tulang ikan kewl,
strobery,

kau orang ni jenis layan saja semua benda ya? haha. aku suka kau orang.