Monday, February 9, 2009

41

aku tiada kerja.
jadi aku melawat blog orang lain.
dan aku bagi komen di sini.

baiklah, aku mahu sambung pendapat aku di post sebelum ini.

tentang post yang panjang berjela,

aku ini memang seorang yang memilih juga samada mahu baca sampai habis atau tidak.
maafkan aku, aku bukan pembaca yang setia untuk baca sampai habis jika post yang kau tulis itu terlalu panjang.

tapi, jika post yang panjang berjela diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik perhatian aku, aku lebih suka post sebegitu.
tidaklah aku bosan membaca saja.
boleh juga aku lihat gambar-gambar itu dulu sebelum aku baca postnya yang panjang berjela itu.

aku pon suka kalau kau tulis panjang macam mana pon, kau akan selitkan emoticon yang comel dan sesuai dengan post kau itu.
emoticon yang bergerak-gerak memang boleh buat aku cepat tertarik.
macam tengok cerita kartun pon ada. haha.

kalau kau suka tulis panjang berjela, tulislah dengan baik.

bayangkan sebuah novel yang tebal dan tiada pula gambar diselitkan boleh digilai oleh ramai orang,
bagaimana penulis itu boleh buat pembacanya tidak bosan membaca novelnya sampai habis?
penulis sebegitu memang bijak bermain dengan perkataan.

banyak membaca juga boleh tingkatkan kualiti gaya penulisan kau orang supaya menjadi lebih menarik dan seronok untuk di baca.
kau pon mahu orang lain seronok baca blog kau kan?

tapi kalau kau jenis tak kisah orang suka atau tidak untuk baca blog kau itu, tak apalah.
tak semua orang buat blog untuk buat orang lain suka baca blognya kan?
orang macam itu pon tak kisah jika mahu tulis panjang macam mana pon.
sebab dia bukan mahu orang lain baca postnya itu sampai habis.

tapi janganlah kau tidak menjadi diri sendiri semasa menulis semata-mata kau mahu ramai orang baca blog kau.
blogger yang sebegitu kadang-kadang nampak juga 'plastik' nya itu.
aku pon bosan baca postnya yang mahu buat lawak tapi tak menjadi.
dia buat lawak kerana mahu orang suka baca postnya itu.

kenapa mahu buat sesuatu kerana mahu buat orang lain suka atau tidak?
jadilah diri kau sendiri.

bukan di blog saja kita perlu berlaku jujur, di dunia realiti juga perlu buat perkara yang sama.

apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
aku cuma memberi komen aku di sini.
kalau kau kata aku salah, it's ok.
biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
dapat juga aku memberi sumbangan idea.

14 comments:

Min said...

hye sekali lagi. Saya juga tak suka penulisan panjang yang tak ada isinya. Ada yang memang buat sy kelip-kelip mata kerana tak faham apa yang cuba disampaikan. Tapi, penulis pasti punyai sesuatu di minda dan hatinya ketika peulisan itu ditulis. Saya hargai setiap penulis tidak kira blogger, penulis novel, majalah atau skrip.. atas usaha menghasilkan satu penulisan. Bagus atau tidak, punyai pembaca atau tidak, itu persoalan selepas penulisan itu dihebahkan.Kadang-kadang ada penulisan yang bagus tetapi tak ramai pengikutnya.. kerana dia baru atau dia tidak expose.. Apa-apa pun.. sy memang suka membaca. Penulisan kamu, penulisan mereka. Kamu semua punyai idea tersendiri.. :)

»Mr Bintang« said...

aku just suka ini je.. "kita perlu berlaku jujur".. sbb prinsip idup aku.. biarpun kat ne skalipun.. maya atau realiti.. kite kene jujur.. dlm blog aku pun semua nye jujur.. aku x suka nak menipu.. apatah lagi nak memanipulasikan fakta.. haha..~ sbb aku dapat rasakan mcm mn perasaan bile menipu.. rasa bersalah yang teramat sangat.. tak dinafikan.. aku mmg agak lack sikit dalam penulisan.. tp ape nak wat.. setakat itu je kebolehan aku.. and the more important thing is.. aku juga suke membaca.. sbb dengan membaca kite leh menjana ilmu.. luaskan kotak pemikiran.. biar open skit.. tapi bahan yang dibaca pun kene tapis gak.. nnt ilmu songsang plak yang dapat.. hakhakhak..

ooops.. terkomen lak kat sini.. hihihi.. ikutsukaakula nak komen pun kan? :P

ps:nnt aku nak wat entry pasal blog ko yang 'best' nih.. boleh? nak komen gak.. hehehe.. ko je nk komen blog orang..;) 'ikutsukaakula'

Aku Iron Man said...

Min,
cara kau cakap macam kau sudah baca banyak bahan bacaan. sebab itu kau macam tahu hargai setiap penulisan yang kau sudah baca; macam kau cakap, bagus atau tidak. membaca pon boleh mematangkan kita, bukan? macam aku juga.

Fizz,
kau mahu komen blog aku? dipersilakan. asyik aku saja komen blog orang lain. penulisan kau mungkin boleh meluaskan pemikiran dan pengalaman aku untuk menulis.

Anonymous said...

iqra!

_Vu-JiE_ said...

ada jg yg mmg lawak plastik tak kira blog atau real life.. haha..

Anis Mohd said...

wahahaa...
ak suka baca blog ni dowh..
kelakar bila apa yg iron man ni komen terkena btg idung sendiri...
ayat die pedas..
tapi cm biasa la..
pedas ni best...
wahaha..
( ak suka merepek..maafkan ak )

»Mrs Bintang« said...

Ye betul tu jgn jadi pelastik jadi besi sudah..tp besi lelama akan berkarat gakkan..jadi ahli politik rasanya lagi ok boleh putar belitkan fakta..apapun diowang nak jadi biarkanlah ikutsuka diowang nak jadi apa...kalau blog diowang cam tongkang pecah sekalipun blog diowang bukan nyusahkan hidup kitapun..hihiihi..

Nadia said...

assalamualaikum>--- jika kamu islam

salam sejahtera>--- jika kamu bukan islam

sebenarnya saya just nak bercakap dan memberi pendapat
-----------------------------------
untuk entri ni: pasal lawak..ermm..saya rasa semua ada pendapat masing2. Seperti kata kamu 'kita perlu berlaku jujur' right? kalau blogger rasa benda tu lawak dia gelaklah besar2 dalam entri tu. Tapi tu la, tak semua ada perasaan yang sama. Mungkin ada yang rasa tak lawak, mungkin ada yang rasa lawak, terpulang, yang penting blogger itu jujur meluahkan apa yang dia rasa. Seperti kamu =) oh yea, pernah baca nurulism.com? Ramai blogger (termasuk saya :) ) suka entry dia walaupun panjang berjela+takda gambar ,tapi ada juga yang tak suka dan kutuk2, lumrah la. Yang penting, kalau tak suka, jangan komen@kritik. Just leave it ... Ramai yang suka =)Kita kene faham juga tujuan dia berblog. Kalau dia berjiwa remaja dan blognya peribadi, takkan dia nak tulis tulisan keagamaan atau macam gaya bahasa macam orang tua kan? contoh je la..

untuk entri bawah ni:

ya, saya juga memilih dalam membaca blog, tapi saya hormat mereka, takda kritik2. Kalau saya tak suka saya just leave, senang.. Bergantung kepada tujuan mereka berblog. Kalau peribadi dan dia rasa nak update banyak2 kali tak salah rasanya.
-----------------------------------

oh ye, sebenarnya saya juga suka ditegur. Baru2 ni ada blogger yang tegur agar saya buat perenggan dalam entry saya (sebab saya selalu tulis panjang2 takde perenggan). Dan saya terima komen itu secara terbuka. Sebab? Dia komen appearance blog saya. Bukan ENTRY. Sebab itu saya boleh terima that comment. Saya senang dngan komen itu.

Saya rasa, kalau kita mengkritik orang memang mudah. Sangat mudah. Tapi bila kita try buat, ia tak semudah yang kita cakap. Semua ada kekurangan masing2. Takde yg perfect.So, I wonder, jika kamu ada blog lain selain blog komen blog orang, agak2 nya bagaimana entri2 yang dipublish oleh kamu? Cubalah, I wonder..

p/s: Selagi blog tu tak salah dari sisi agama, saya 'tak anti blog itu' :) Ini pendapat saya je. Dont be offend..sekian...

»Mr Bintang« said...

saya sokong nadia.. hahaha.. amik kau Iron Man..

hehe.. ye.. aku wonder gak.. maybe kau ade blog lain selain nih..

and again.. kalau kau anti blog 'itu'.. just tinggalkan jer.. jangan terus merosakkan minda kau untuk mengomen yang tak patut sehingga menyentuh atau menyinggung perasaan seseorang... ingat sama.. semua orang ada perasaan.. cuba kalau kau yang kena? ye.. kau boleh cakap kau open. leh terima semua tu.. maybe sometime kau takkan boleh terima sbb kau terkena kutukan orang yang boleh menjatuhkan maruah kau.. so.. mmg semua orang ada hak untuk meluahkan pendapat masing².. tapi mesti berbudi skit.. jangan main cakap lepas..

beri kutukan yang membina.. bukan kutukan yang menghancur kan.. disebab kan kau.. aku rase ramai yang bersara dari berblogger sbb tertekan, kecik hati, malu dan bermacam² lagi lah.. fikirkan lah..

adios amigos..

p/s: aku da mule suke bace blog kau.. t'tunggu² nak tngok 'tulisan' kau yang seterusnya.. hahaha...

Anonymous said...

wow. mereka yang memberi feedback di blog kau ni kebanyakannya positif yah?

atau kau tapis commentnya?

JFC said...

wah topik blog awak ni best lah, sgt lain dari yg lain tau...

sickchild said...

wuakakakaka.
baca komen ni wat aku tergelak.
ironman tolong org la.
bukan jatuhkan org.
hik hik.

Aku Iron Man said...

tulang ikan kewl,
mungkin aku saja yang tidak faham lawak itu. haha.

nadia,
waalaikumussalam. aku tahu cara tegur aku memang kasar. tapi aku cuba menegur dengan lebih baik selepas ini.

fizz,
aku cuba bagi komen dengan lebih sopan.

nono,
untuk post ini, aku tidak padam mana-mana post.

juice,
baguslah kau suka topik ini.

sickchild,
terima kasih kerana sudi baca semua komen untuk post ini.

sickchild said...

sama2 =D