Sunday, April 5, 2009

57 [5 April 2009]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Kali ini aku mahu tanya kau orang semua.
Adakah kau orang seorang pembaca yang tekun yang boleh membaca blog seseorang itu dari awal penulisan dia sehinggalah entry dia yang paling terbaru?

Kau baca dari awal sehinggakan kau langsung tidak ambil kisah berapa banyak entry yang dia ada atas sebab kau mahu kenal blogger ini dengan lebih mendalam.
Pernah kau orang buat macam itu?

Aku pernah.
Aku mahu baca blog dia dari awal sebab aku mahu tahu seseorang blogger itu dengan lebih dekat lagi sebab penulisan dan idea dia sangat menarik sekali.

Kepantasan aku mahu habiskan pembacaan untuk sesebuah blog pon bergantung pada sebanyak mana entry yang blog itu ada.
Kalau dia sudah ada blog sejak beberapa tahun lepas,
kadang-kadang ambil masa seminggu-dua juga aku boleh habiskan.
Tetapi jika aku terlampau sibuk, boleh memakan masa sebulan agaknya. Haha.

Tidak tahu kenapa, aku memang ketagih dengan blog dia jadi aku perlu habiskan juga pembacaan aku itu dan barulah aku akan rasa puas hati jika dapat baca sampai habis.
Sama seperti jika kita ketagih dengan drama bersiri Melayu, English, Korea ataupon Jepun, jika dapat tengok sampai habis, baru kita rasa puas hati, tidak begitu?
Kau orang faham maksud aku bukan? Haha, harap-harap begitulah.

Baca blog seseorang dari awal sehingga habis ini sama rasanya macam kau menonton drama bersiri 'lakonan' blogger itu sendiri.
Lebih 'best' jika blogger ini bijak menulis dan menyelit nada humor di dalam penulisannya jadi semasa aku membaca blognya itu, aku tidak pasal-pasal akan tergelak seorang diri di depan laptop.
Haha, orang sekeliling aku pon pelik aku asyik gelak seorang diri di depan laptop.
Macam orang gila pula rasanya, haha.

Semasa aku membaca blog seseorang itu dari mula, semakin lama semakin aku faham blogger itu yang macam mana.
Aku cuma boleh anggap dia orang yang macam 'itu' dan 'ini' tetapi aku tidak boleh terus beranggapan dia orang yang macam' itu' sebab mungkin di dunia realiti, dia bukan seperti apa yang dia tulis.
Macam yang aku pernah sebut sebelum ini di blog aku, kita mungkin orang yang berlainan di dunia blog dan di dunia realiti.
Masih ingat lagi entry itu? Kalau masih ingat, baguslah.

Tidak semua blog yang aku pernah singgah, aku akan baca blognya dari awal.
Blogger tertentu saja dapat menarik perhatian aku untuk membaca blognya dari awal, lebih-lebih lagi jika aku kenal blogger itu di dunia realiti, bukan di dunia blog.
Misal kata blog kawan-kawan aku sendiri.
Aku kenal mereka di dunia realiti dan aku semakin memahami dia jika aku membaca blognya.
Kau orang pernah merasai pengalaman sebegitu?
Kalau ada, sama-sama berkongsilah dengan aku. Boleh?

Oh ya, selepas aku habis baca blognya memang akan wujud rasa puas yang amat sangat.
Betul, aku betul-betul rasa puas hati. Haha.
Dalam masa yang sama juga, aku akan rasa pelik bila sudah habis baca blognya (sehingga entry terbarunya) dan semacam aku sudah kembali ke alam nyata kembali.
Iyalah, bila aku baca blog seseorang itu dari awal, sama seperti aku pergi ke zaman lampau blogger itu dengan 'mesin masa' atau 'time machine'.
Kalau kau orang pernah baca blog seseorang itu dari awal, mungkin kau orang faham maksud aku ini.

Maaflah, mungkin entry ini berbau peribadi sedikit kerana aku menceritakan pengalaman aku semasa membaca blog seseorang dari awal.
Tetapi, jika kau orang mahu berkongsi pengalaman kau orang semasa membaca blog orang lain dari awal, aku amat-amat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Aku harap bukan aku saja yang kemaruk untuk membaca blog seseorang itu dari awal, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

25 comments:

Anis Mohd said...

hurm..
baca blog org dr awal ..
hebat tuh ..

anis pernah buat kat 2 org je ..
bdk seblah katil kedua2 nya.
tapi , anis baca .. n3 kwn2 anis ..
sume n3 sadis2 n emo2 je..
x de la rasa cam time machine sgt.

Tijah said...

aku pernah jugak buat nih. kadang2 terlalu taksub nak tau sampai aku kelebek blk n3 lama2 dia dr taun 2004 pun ada. tapi bukan semua la aku baca...agak2 yg menarik tu je. tapi best kan? mcm yg kau ckp la... rasa cam maikel-jfok back to the future.

unaOoOuna said...

ironman aku ada kisah sedey nk cite kt ko.
aku tukau tmplate hr tu jd seme link hlg. seb bek la ko kumen aku td.
jumpe blk url blog ko. okey xsedey. sile gmbira. haha :PP

aku pon sm kes cm ko. pnh gak bc blog org dr awl2 dlu dye blogging.
sonok. kdg2 gelak sndr. haha smpai skng aku ikut blog dye :P

Anonymous said...

haha.. selalu. ;)

'AQILAH said...

aku la tu salah satu nya.
aku suka bace blog orang.
tapi aku nyer blog, aku x bape suka nak bacsa.hahahaha
baru2 ni aku de obses ngan satu blog ni.
peeehhhh setiap kali entrie baru die, aku mesti xlepaskan peluang nak bace.
tapi kadang2 aku xkomen pun blog aku suka tu.
aku suka blog dia sebab die pandai mengulas satu cerite.
xpun aku nak jadi macam dia!.
hohohohohohoh
best gile...
kadang2 bile dia balas kat chat box pun, aku da happy tersangat.
wow.
macam bercinte ngan blog pulak.
weweweweweweweewewe~~~

Azuan said...

ak x penah wat pon...ha3
ak just bace entry terbaeu diorang je...
tapi leh try nih...kih3

Youjie said...

Hee...adakah blog aku tersenarai dalam blog yg dibaca hingga abis...
Lalala....

Hm..aku pun ske baca blog kawan2 dan juz relize yg dalaman dan luaran orang berlainan...memang beza..macam aku juge ler...

Tapi lately memang busy n terasa ketinggalan dalam dunia blogging...tak sabar tunggu study week nextwek, untuk aku mentelaah blog haha....

Fera said...

hahahaha... aku x pernah buat sebegitu khusyuk membaca. rasanya kalau bercerita boleh lah. tapi kalau blog saja tanpa cerita, aku tidak minat membaca dari awal.

mungkin satu hari nanti. :)

farah said...

kau benar,
kalau teman di alam nyata,
aku rela membaca entri dari awal hingga akhir..

tapi,
teman blogger..
mungkin tidak,
kerna aku tidak punya banyak masa utk itu.

mungkin blog2 yg terpilih sahaja,
jika isinya best..
kenapa tidak aku pertimbangkan utk mengenalinya dgn lebih dekat?

:)

ARYN said...

haha..sape kah blog yg dibaca dr mula smpai abis tu ek??

sy baca dr mula smpai abis blog kwn in real life..kwn sekolah

n kwn2 yg baca dr mula entri sy juga kwn2 sy dr sekolah..

syg kwn sekolah..heheh

ayob said...

aku baca blog hilangpunca dari awal sampai habis. blog tu kelakar macam celaka.

Milimilo said...

aku nak angkat tgn..sep2..aku punye hobi ialah godek2 blog org tu dari entri 1st..blog kau pun aku bace 1-1.xtinggalkan 1post lgsg..mcm yg aku ckp kat blog aku la, sbb terlalu teruja nak habiskan baca blog org lain, mata aku dh jd cm panda.lebam ouh.

tp xde la straight away aku habiskan.mcm kau ckp la.aku akan smbung n de wat keje len jugak.tp selagi xbis bce, aku rase xtng..heheh.

blog anak mat nor, blog kapten luffy, blog kau, n ramai la yg xpatut aku snaraikan..aku rase excited nak tau, aku akan bace 1-1 dr mule. rugi kalo x try.

tp kalau blog yg xbape mnarik, aku just bace post tbaru n post 1st dye. utk org yg aku xknl dlm dunia realiti pn aku godek dr 1st, membe2, apetah lg kan..

jimat duit ouh. xpyh beli buku cerita dh. bce crite org kat blog dr mule mcm bace novel. tp, eletrik xjimat la kan..heheh..

okey ironman.sgt pjg aku komen.dadaaaaaa. ;)

J u l i a 。.゜✿ said...

tak pernah buat..

tapi ramai orang buat macam tu pada blog saya.

& saya setuju..blog ni macam mesin merentas waktu. =)

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

depend,
kalau blog die banyak story pasal life,pengalaman,mmg baca dari awal..
abes baca rasa puas sangat..
kalau kawan punya blog,baca jugak tapi jarang komen,sebab kadang2 nk komen dan tak sebut isu tu dlm real life sangat susah..
so better buat2 tak tahu,until dia betul2 perlukan sokong,idea etc..

Anonymous said...

Yeah betul, senang cerita. Hehe.

Akmar Anuar said...

ironman yang dah tuka layout blog,
aku skrg tgh bace blog senior aku mase skola, dari awal sampai akhir..
tak khatam lagi nih..
letih weh, dlm sehari dia post 2-3 entry...doakan la aku dapat habiskan bace blog dia..
kalo tak, sampai bila2 aku rase 'jalan cerita' tu tergantung...tak ske!!
(emo plak aku kat sini...wakakaka)

Cik Bulat said...

ak penah!!
ak ad tertarik ngn satu blog tuu..
dye ad blog sejak 2007..
berpinar gak mata ak nk bce sumer post dye..
tp ak abeskan gak dalam masa sehari..
hehe

i am missmobilicious said...

i have the habit to read entries since the beginning too, especially when it's written poignantly or when they (blogs) are home to many interesting pictures :)

_Vu-JiE_ said...

hoho aku pernah buat macam ni tapi 2 bloggers saja. tu pun sebab aku rasa mereka memang sangat menarik. atau dalam erti kata lain, mereka pandai buat hidup mereka menarik. hik3.
but honestly, aku takda la baca word by word sebab banyak sangat mereka tulis. apatah lagi mereka tu memang dah menjadi blogger bertahun2 lamanya. aku baca yang menarik saja. haha.

yatie chomeyl said...

aku kemaruk membaca entries blog ini dari 1-57 :)

wanhamery said...

semoga ikatan silatulrahim ini adalah sebab kerana Allah s.w.t

sEsuki xD said...

ko mnt mmbace blog org tuh
mungkin sbb ko pnh minat dier

or mungkin ko nak pastikan cte2 pasal dier btol ke x
kan kan?

sekadar menduge
lalalalaa~ xP

Ridhuan said...

aku suka baca blog youjie sebab dia tulis ayat cool sangat I don't find anywhere else and aku jeles aku tak bole tulis mcm dia. blog ko baru ari ni aku baca.

Corey said...

yea aku pun pernah membaca blog seseorang dari awal seawal entry tahun 2006 lagi membawa ke sekarang. kerana menarik betul perjalanan hidup dia. entrynya seumpama diari.
dari situ juga boleh lihat evolusi cara penulisannya.
bagi aku personally entry2 awal aku tidaklah menarik..masih mencari identiti. sekarang sudah ketemu.

ochs widdle said...

aku pernah buat menda mcm tu.
esp. pd mereka yg betul2 aku mahu kenal.
di alam realiti manusia judge mereka bagai2..
tp dlm diri dia,nyata beda amat.
benda tu akan jadi menarik bila kita taw segala apa ada dlm lubuk hidup dia.
or.if tak kenal in real life pun,dgn gaya penulisan yg menarik,akan buat kita addicted untuk updet nu post n baca sejarah hidup,lagi2 sejarah hidup yg hampir sama.