Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.
Bila aku menulis tentang 'gay' dalam entry yang sebelum ini,
aku tiba-tiba teringat pada perbualan kawan-kawan aku semasa lunch-hour kami.
Aku rasa ada juga sesetengah lelaki yang tidak pandang langsung pada dunia blog.
Bagi mereka blog itu perkara yang leceh.
Sebab itu ada antara mereka (samada berniat atau tidak berniat) kata lelaki yang ada blog itu 'gay';
bukan sebab mereka ceria tetapi macam perempuan sibuk-sibuk mahu tulis semua benda dalam blog.
Itulah maksud 'mereka' dengan gay, bukan pasal gay yang ceria itu.
Harap kau orang faham.

Sambung cerita pada perbualan kawan-kawan aku pada waktu lunch-hour kami.
Macam-macam yang mereka bualkan,
aku cuma mendengar saja sebab aku lebih suka begitu. Haha.
Dalam perbualan mereka itu ada isu pasal blog.
Aku terus tajamkan pendengaran aku.
Ada seorang kawan aku ini dia bercerita pada kami semua mengenai girlfriend dia yang mempunyai blog (tapi kawan aku ini tiada blog).
Kawan aku ini bercerita macam dia tidak suka girlfriend dia ada blog.
Sebab apa? Sebab girlfriend dia ini bergaduh dengan kawan baik sendiri melalui blog atau aku boleh gelarkan 'perang blog'.
Mula-mula yang lain gelakkan saja kerana pasal blog pon mahu bergaduh.
Oh, kawan-kawan aku ini semua tidak berminat dengan dunia blog kerana bagi mereka blog itu amat leceh sekali.
Bagi mereka juga blog ini untuk orang-orang yang ada banyak masa untuk menulis, bukan seperti mereka yang lebih gemarkan aktiviti di luar dari terperap di dalam rumah mengadap blog semata-mata.
Sambung semula pada cerita girlfriend kawan aku ini.
Kawan aku cerita, girlfriend dia ini memang rapat dengan si A.
Selalu saja jumpa sehinggakan di blog pon masing-masing rajin tinggalkan komen.
Tapi kawan aku ini tak sangka kerana perkara yang bagi dia kecil,
girlfriend dia dan si A bergaduh besar sehingga melarat-larat ke dalam blog.
Oh, kawan aku kata punca mereka bergaduh pon bermula dari blog.
Macam aku cakap tadi, perang blog bermula atas sebab 'kecil' itu.
Kawan-kawan yang lain cuma senyum.
Ada yang kata, "Itulah, buat blog lagi. Tengok macam aku, hidup happy saja tiada blog."
Aku cuma senyum. Masuk akal juga kata dia itu.
Mungkin jika girlfriend kawan aku ini tiada blog,
tiada salah faham akan berlaku antara dia dan si A.
Mungkin tidak akan sampai melarat-larat sampai 'berperang di blog'.
Bagi yang tidak faham 'perang' yang macam mana, ianya macam ini.
Si A akan kutuk si B habis-habisan dan si B pon melakukan perkara yang sama.
Bertambah teruk lagi wujudnya batu api antara mereka.
Si batu api ni pon ada blog juga, haha.
Pernah kau orang lihat perang blog?
Aku pernah lihat dan aku boleh kata aku pernah terlibat juga.
Haha, itu cerita lama dan aku harap tiada lagi perang blog antara aku dan blogger lain.
Kau orang rasa macam mana?
Blog memang menjadi medan untuk bergaduhkah?
Sebab aku selalu saja lihat ada orang lain tidak puas hati dengan penulisan blogger-blogger lain.
Sebab itu ada saja pergaduhan berlaku atas alasan tidak sependapat.
Memang betul juga kata-kata kawan aku itu, jika tiada blog mungkin hidup kita lebih bahagia.
Jika tiada blog, mungkin semakin berkurang punca kita bergaduh dengan orang lain.
Di blog ini kita lebih terdedah dengan orang-orang yang tidak dikenali.
Orang yang tidak dikenali inilah yang selalu baca blog kita dengan status 'silent reader'.
Jadi bila ada orang tak suka pada penulisan kita di blog, orang yang tak dikenali itulah yang akan benci pada kita kerana mereka tidak kenal pada kita dan tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan dalam penulisan kita.
Mungkin kawan kita sendiri pon akan tidak memahami kita bila kita di dunia blog.
Mungkin sebab itu girlfriend kawan aku itu dan si A bergaduh.
Pernahkah hati kau orang terdetik mahu delete blog atas alasan tidak mahu menyesakkan kepala dengan masalah yang timbul yang berpunca dari blog?
Ada kawan aku yang mempunyai blog pernah kata dia mahu delete blog sebab mahu jadi lebih bahagia macam orang yang tiada blog.
Macam aku cakap tadi, memang masuk akal juga kenyataan itu.
Tapi dengan berblogging juga kita dapat kebahagiaan, maksud aku dapat kawan baru dan sebagainya, tidak begitu?
Aku mahu juga dengar pengalaman kau orang jika kau orang pernah terlibat atau terlihat 'perang blog' ini.
Aku pon mahu tahu apa pendapat kau orang pasal 'perang blog';
kau orang rasa macam budak-budak saja atau kau orang pon memandang serius benda ini?
Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

20 comments:
anis x pernah lak terlibat scr langsung ..
secara tak langsung pernah la ..
kelakar la ...
nmpk na kalo g blog musuh tu sbnr nye "care" kat dye~kalo x suke wat ape nk nyebuk~`huhu
ak oke je ader blog..hehe
bez pe ade blog..
nseb baek ak xpnh gaduh ngn org dalam blog..huhu
dia tak boleh cakap dia happy sebab tak ada blog. mana dia tahu? dia pernah ada blog ke? dia pernah rasa ke kehidupan berblog? berbeza okay.
kita anak adam & hawa, normal lah bergaduh. lumrah kehidupan manusia. sebab iblis dah berjanji sampai kiamat diorang akan menyesatkan manusia.
ini semua juga mengenai bagaimana kita mengawal teknologi & emosi.
blog: kebaikan lebih banyak dari keburukan jika digunakan dengan baik. jadi perang blog itu takpelah, berselisih pendapat, hal yang biasa.
tetapi sehingga bertengkar, tidak elok begitu. kalau debat oklah. kan innamal mukminuuna ikhwah? :D
Aku rase kite kene pandai2 sendiri la kan..nak buat blog boleh, tp rase2 kalau nak tulis benda personal tu berpade2 la..
ATAUPUN...
jgn la kutuk seseorg tu kalau die pn ade blog..x ke carik nahas namenye tu? haha...kalau die xde blog, ha, kutuk la die sepuas2nye...tp tgk, gak, kalo kwn2 die tetibe ternmpk die dikutuk dlm blog ko, ha cmne?
kesimpulannye, aku kalau nk kutuk someone, someone tu mst la seseorg yg xde blog whatsoever n xde kwn yg jgk blogger..sekian.. ;p
perang blog?
hihi..blog ni macam aset,kadang2 ada kawan yang baru nak buat blog,tiru blog kawan dia yang dah established,sampai visitor pun bingung,kenapa rupa serupa sangat,jadi tak mustahil dari situ boleh jadi gaduh.nak buat identiti sendiri bukan senang,tapi orang tiru pula..
pasal gaduh ni,kadang2 rasa macam annoying pula,nak2 yang ajak gaduh itu anon yang hanya berani cakap besar tapi tak berani pula bagi link,dulu-dulu pernahlah sekali kena,orang cakap pasal bm aku sangat tunggang langgang.memang hanginlah sebab cara tegur dia tu entah apa2,tp bila dah lama2,fikir juga,dan rasa menyesal pula sebab layan,patut diam je,lagipun memang betul cakap dia..
tengok topiklah,kalau gaduh sebab BODOH,better jangan layan.
aku sokong penjenayah.merah.jambu cakap. mereka ini yg cari pasal selalunya tiada identiti, life kurang memuaskan. jadi bila dh tak ada kerja, cari kerja lah... kita kena faham, blog ialah medan untuk kita meluahkan rasa suka duka. kalau kau rasa benci akan blog itu usah teruskan membaca dan membangkitkan peperangan.
motif utama orang menerjah ke blog kita untuk mengutuk ialah DENGKI. Manusia kan?
Kalau datang tinggalkan komen yang humble, kita boleh accept lagi, tp kalau datang secara provokasi tak ke sial namanya?? Sekali lagi dia ada perasaan DENGKI.
heh.. aku sedang berperang blog. jom singgah.
aku pernah baca blog yg aku sangka benar2 dari perempuan,tapi rupanya lelaki,dan gay.
ok,sekurangnya aku rasa dan tahu macammana dan kenapa dan apa rasa jadi gay sekejap,walau aku seorang gadis.
huhu.perang blog sangat lucu.
kamu tak rasa begitu?
ok.tapi jujur aku mengaku.
blog adalah medium kau stalking org2 yg kau tak berapa suka.
tapi masih nak tahu hal hidupnya.
mengaku saja lah..
heh.link kamu k?
aku taknak bergaduh tapi orang suka ajak aku bergaduh . mungkin kah dia cemburu ? aku tak pasti . apa yang penting , blog aku tentang gaya hidup aku , bukan medan peperangan !
cuma owang yg fikir negative je akan menjadikan blog sebagai medan perang...
x gitue...bloggers2 sekalian..
salam, singgah sebentar
pertama kali terbaca lelaki ada blog adalah gay...faisal tehrani punya blog, che' det punya blog, anwar ibrahim punya blog...ustaz2 juga punya blog
hah?perang blog? macam best je bunyi nyer? erm..blog pun bleh disalahguna.contohnye ade satu blog yg aku prnah lawat,blog nyer menghina Islam, rupanya penulis blog tu seorang wanita melayu yg sudah murtad..menggelar dirinya dgn nama "mama murtad"..kalu orang terbaca blog die mesti terbakar nyer..
tu salah satu contoh penyalahgunaan blog.
Anis,
apa maksud kau yang kau pernah terlibat secara tak langsung? Oh, bagi kau perang blog kelakar ya? Oh, baru aku tahu.
~z13L@D@L@Dy~,
betul juga kata kau. Kalau sudah tidak suka blog itu, kenapa mahu singgah banyak kali, tidak begitu? Ya, aku setuju dengan kau. Selalukan diri melawat blog yang kita suka dan buat kita gembira.
piKOk,
aku pon rasa best dengan ada blog terutamanya blog yang menarik dan comel, haha. Aku harap kau tidak terlibat dengan mana-mana perang blog. Boleh gila juga kalau melayan orang yang membenci kita.
.AzFaRuL.,
betul kata-kata kau. Mana tahu bila dia ada blog nanti, dialah manusia yang paling gembira sekali di dunia blog ini, haha.
Bagus juga nasihat kau, "bagaimana kita mengawal teknologi & emosi". Kalau kita pandai kawal emosi, sudah tentu tiada perang blog.
Fera,
berdebat itu mungkin lebih terima akal sebab kita masih menjaga adab walaupon tiada persefahaman. Bagus juga kau ingatkan aku pada perkatan 'debat' itu. Terima kasih.
Ya, aku setuju dengan kau.
Ara,
memang mencari nahas jika kutuk seseorang yang ada blog atau seseorang yang selalu membaca blog kita. Tapi aku rasa kalau selalu sangat mahu kutuk orang itu, private-kan saja blog itu. Biar kita saja yang membacanya dan bukan sesiapa pon.
penjenayah.merah.jambu.,
pasal anon itu aku memang setuju. Kalau dia tegur cara baik tak mengapa tapi cara dia tegur itu memang menjatuhkan maruah seseorang blogger. Itu memang tidak patut.
Betul juga kata kau, kalau mahu cari gaduh pasal topik yang remeh, abaikan saja anon itu.
Signorina Syima,
kau pon sependapat dengan penjenayah.merah.jambu ya?
Betullah, jika dia tidak suka pada blog kita itu jadi janganlah singgah lagi. Aku bersependapat dengan kau pasal itu.
Mungkin betul dia dengki pada blogger itu sebab itu mahu cari gaduh.
ochs widdle,
macam mana kau tahu blogger itu gay? Boleh berkongsi ilmu dengan aku? Aku betul-betul mahu tahu.
Kau pon rasa perang blog itu lucu ya? Tapi boleh terima akal juga sebab orang yang cari gaduh itu memang saja-saja mahu timbulkan kemarahan kita dan memadam semangat kita untuk teruskan berblogging.
✿ Rara ✿ ,
baguslah jika kau betul-betul anti pada pergaduhan. Biarkan saja orang yang mahu cari gaduh dengan kau. Dia suka buat kau marah agaknya. Dengki namanya itu.
azuan,
betul. Aku setuju dengan kau.
wanneeza,
kau pon baru pertama kali dengar blogger lelaki itu sememangnya gay ya? Samalah macam aku juga. Haha.
luqman,
kalau ada orang yang sudah menyalahgunakan fungsi blog, kita memang patut berperang dengan blog sebegitu lebih-lebih lagi jika blog yang menghina agama atau negara kita. Blog seperti itu kita memang patut tentang.
Terima kasih kerana menimbulkan isu ini. Dahulu pon ada blog yang menghina Islam tapi blogger itu sudah private-kan blog dia. Takut agaknya.
aku penah jumpe org yg ske gado2 dlm blog nih
maybe sbb pade dier, blog itu adelah diary dier
skati dierla nk tuleh apape yg dier suke
cume for me,
blog nih sebenarnye hanye bnde illusi
space yg kite rase kite punye
in real life xmcm tuh
so, bdepan la dgn realiti
menghina org len bukannye dpt untung ape2
puas pon, kejap aje
lepas tu ape??
x)
"Tapi dengan berblogging juga kita dapat kebahagiaan, maksud aku dapat kawan baru dan sebagainya, tidak begitu?"
--ye, betul. disebabkan blog, aku kenal kau, ironman.
sEsuki xD,
betul juga kata kau kan. Tapi kalau sekadar mahu lepaskan geram, luahkan saja pada blog. Tapi kalau sudah sampai tahap mahu selalu menghina orang itu, memang tidak patut dan tiada moral langsung. Ya, aku setuju dengan kau.
♥ Aisyah Sinclair ♥,
haha, suka pula aku bila kau kata macam itu.
apa yg penting...kena ada identiti sendiri ye tak? kekdang sbb plagiat / tiru meniru ni pun bleh jadi bahan gaduh gak nih!
Ya betul, bila plagiarism berlaku memang akan jadi punca pergaduhan juga.
Pelik siapa yang suka tiru blog orang lain.
Post a Comment