Monday, March 16, 2009

52

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku mahu pendapat kau orang.
Ini pasal bab follow juga (follow blog),
di mana aku pernah cakap pasal isu ini pada post entry yang lama-lama.

Aku mahu tanya,
pelik tak kalau ada blogger follow blog diri sendiri?
Bagi aku macam pelik tapi masuk akal juga.

Iyalah, mereka pon buka blog mereka lebih kerap dari buka blog orang lain
jadi maksudnya mereka sentiasa mengikuti blog sendiri jugalah kan?
Jadi apa salahnya kalau follow blog sendiri, tidak begitu?

Atau ada blogger yang lebih kerap buka blog orang lain dari buka blog sendiri-sendiri sebab tiada idea mahu tulis apa di blog atau sudah bosan berblogging?
Adakah kau orang blogger sebegitu?

Aku pinta pada kau orang supaya jangan bosan berblogging.
Nanti Iron Man nak baca blog siapa lagi kalau tiada siapa mahu menulis?
Tak kesian pada akukah? Haha.
Maaf, Iron Man mahu buat lawak tapi macam tak menjadi.

Sebenarnya dahulu-dahulu aku rasa kelakar juga jika ada blogger follow blog sendiri.
Iyalah, kau tuan punya blog tapi kau follow atau jadi 'peminat' untuk blog sendiri.
Macam syok sendiri pula. Haha.
(Aku minta maaf jika ada yang marah)

Tapi sekarang selepas aku melawat banyak blog,
makin lama makin aku faham kenapa ada blogger berbuat sedemikian.
Atau kau orang pon PERNAH atau MASIH rasa memang kelakar jika ada blogger follow blog mereka sendiri?
Aku mahu pendapat kau orang, berkongsilah dengan aku. Boleh?

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

17 comments:

Anis Mohd said...

hurmm...
anis x suka follow blog org .
sbb anis slalu bookmark je page org tuh...
iron man ..
blog kamu pon , anis just bookmark aja ..
:)

sal follow blog sendiri ..
cm kelakar la jugak ..
tp, ikut suka org la kan ..
sendiri punya selera ..
bnk follow blog sndr ke apa kan ..

* ironman , jgn buat kelakar .. slalu x jadi la lawak kamu tuh ..
:))

J u l i a 。.゜✿ said...

ada sebab kenapa memfollow blog sendiri.. supaya bila blog tiba2 hilang.. boleh dapatkan semula entry2 lama dari google reader.

*pengalaman sendiri*

Aku Iron Man said...

Anis,
kau tak follow sesiapa ya? Ya, aku perasan juga masa aku lihat Profile kau. Tapi terima kasih kerana bookmark blog aku.
Oh, Iron Man cuba buat lawak yang lebih baik selepas ini,haha.

Julia,
memang betul blog boleh hilang?
Baru aku tahu.
Jadi Iron Man kena follow blog sendiri jugakah sebab takut hilang?
Nanti aku sendiri kene fikirkan. Haha.

Anis Mohd said...

ada ..
anis follow org yg srh anis follow je ..

( kena paksa ..hahahaaa...)

Aku Iron Man said...

Anis,
selamat kau masih ikhlas mahu follow blog orang itu dan masih setia jadi follower dia. Baguslah macam itu.

Anonymous said...

first nmpk blog cm 2 sa trtnye jgk la..

nape die follow blog die sndri?

aneh..
tp wt bdoh je.. pd sa mgkn die de sbb sndri kot.. dn itu hak die kn.. ;)

Aku Iron Man said...

Topeng Hati,
betul kata kau. Itu hak dia, macam aku selalu sebut di blog aku,

"Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana."

Sebenarnya aku pon masih rasa aneh. Haha. Tak apa, nanti lama-lama tiada rasa aneh itu lagi.

Anonymous said...

sy pun follow blog sendiri, tp secara private. ;)

Youjie said...

Hehee....follow blog sendiri..
Cam best jer...
Nk try ke tak ehh......
+_+
urm.....

Unknown said...

follow blog sendiri?? cam pelik laa..dah sah2 kita piunyer blog n kita tahu pe yg kita arrangekan..wat pe nak follow hehe..tp masing2 la kan..bg aku tak follow blog sendri pon takpe..

n pasal nak follow blogorg..aku tgk gak..kalo die follow aku baru aku follow die tu pon tgk r..kalo aku berkenan n minat ngan blog org tu baru aku follow heh..

*ikut mood gak lee*

J u l i a 。.゜✿ said...

yeap serius.. blog boleh hilang. pernah terjadi pada blogger2 tegar. kah kah. masuk dashboard pagi yang malang tu, sekali tengok blog hilang begitu saja. without any trace. sangat magical. menangis sampai keluar air mata darah pun takkan mendapat semula archives yang hilang.

then kawan2 bagi link google reader mereka. siapa yang follow sejak dulu akan ada archive lama kita. so the moral is : dont hesitate to follow your own blog. just in case... =)

*malang tidak berbau. ok bye.

Aku Iron Man said...

.AzFaRuL.,
kau pon follow blog sendiri ya? Ok, boleh bagitahu sebab?

yOuJiE.. ,
kalau kau sudah follow blog sendiri, bagitahu pada aku ya?

FarHa,
kau pon sependapat dengan aku juga rupanya. Tapi mungkin ada sebab blogger itu follow blog sendiri kan?

Julia,
kata-kata kau itu buat aku mahu follow blog sendiri jugalah. Mungkin aku akan ikut Azfarul, follow blog sendiri tapi secara private.

'AQILAH said...

hehehehe...agak terase la entries kamoo yg ni...
sebb dulu...
pena TERfollow diri sendiri...
baru lagi dalam blog...
xde org nak follow kite...diri sendiri pown jadikla...
ahaks...

tapi skarang da tau da...follow bukan diri sendiri...heeee

Ghuroba' said...

bile internat dah lambat respon, benda yg kita taknak klik tu la yg terklik.
Akibatnye, secara tak sengaja aku terfollow blog aku sendiri. Aku tak reti camne nak buangkan nama aku dpd blog aku tu.
Skg dah malas nak usik2.

Aku Iron Man said...

ファラ ,
aku tak cakap salah kalau ada yang follow blog diri sendiri cuma aku rasa pelik, itu saja. Harap kau tak salah faham pula.

luqman,
kalau kau explore betul-betul widget follower itu, pasti kau dapat cari cara nak buang nama kau dari list follower. Tapi apa salahnya kalau follow blog sendirikan? Bak Julia itu.

Ghuroba' said...

hmm..betul gak kan?jom kita mulakan budaya meng"follow" blog sendiri.

Aku Iron Man said...

luqman,
nanti aku join budaya kau ya? Haha.