Sunday, June 28, 2009

67 [28 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku sudah lama perasan ada suatu gadget ini di blog.
Macam bagus juga gadget ini.

Dulu-dulu jika kau mahu berkomunikasi dengan orang lain di dunia blog,
kau letak chatbox di blog kau,
Tak kiralah chatbox jenis apa pon, fungsinya sama saja bagi aku.

Jika kau betul-betul sudah rapat dengan seseorang,
mulalah kau berbual dengan dia menggunakan chatbox masing-masing.
Sebelum ini aku sudah buat entry mengenai chatbox, sesiapa yang rajin boleh cari balik entry tersebut.

Tapi dengan menggunakan gadget terbaru dari blog dan YM,
kau orang boleh letak YM-Pingbox di blog masing-masing dan nyata fungsinya sama juga, untuk kau berbual dengan rakan-rakan blog.

Kawan blog aku ada cerita pada aku yang dia lebih suka berbual menggunakan YM-Pingbox ini kerana isi perbualan kau dengan orang lain tidak terdedah kepada orang lain, kalau dibandingkan kau berborak di chatbox biasa.
Betul juga kata dia itu.

YM ini juga, mesej yang kau mahu sampaikan pada penerima juga lebih cepat dan tepat sebab kau boleh pakai emoticon yang ada macam di dalam YM.
Kiranya, bagus juga gadget ini bukan?

Tapi kawan aku ini pon ada beritahu kelemahan gadget ini.
Jika kau letak gadget ini di blog, maka sesiapa saja boleh 'berchatting' dengan kau.
Tapi masalahnya kau tak tahu dengan siapa yang kau berbual.
Mungkin orang itu adalah orang yang kau langsung tak kenal dan dia mulalah mengacau kau dengan soalan-soalan macam "Dah makan?" atau apa-apa sajalah ayat untuk mengurat kau, haha.

Ada juga yang menggunakan gadget ini untuk mengusik kawan-kawan sendiri dengan menyamar menjadi orang lain.
Haha, aku ada terbaca di beberapa blog dimana kawan-kawan dia 'prank' kawan sendiri.
Haha, aku tergelak saja membaca entry tersebut.

Jadi, ada sesiapa yang menggunakan gadget ini menyukainya atau sudah fobia dengan gadget ini dan kau sudah remove-kan dari blog kau?
Aku mahu saja letak gadget itu di blog tapi nanti sakit hati pula kalau ramai tengok aku asyik offline saja, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

7 comments:

yatie chomeyl said...

saya pon letak ym saya kat sidebar sebab senang untuk sapa2 kawan yang nak contact saya individually. lagipon bukan saya selalu bersidai kat chatbox yang saya letak kat blog tu.

pasal privacy tu senang je, saya group orang2 yang add saya thru blog tu kat satu group..kalau saya rasa tengah takder mood nak layan, saya set invisible mode je hehe

Khairul said...

aku nak semua reader aku tahu mengenai entri2 yang yang lepas so aku banyak letak gadget yang di linked ke entry2 lepas. so blog aku agak berat. komen sikit

Anonymous said...

ye la, skrg iron man dh semkin sibuk. huhu..

Sharif John said...

Nice one... tp x pernah dgr plak psl widget ni... chatbox dh memadai kot...

Unknown said...

ehmmm tak pernah terasa nak letak ym pingbox tu sbb cukupla apa yg ada..hee

Anis Mohd said...

yang tak best nya kalo ltk pingbox.
kwn2 akan pedajal kita n kita tak kan percaya kat org yg tgr kita kat pingbox.
hahaa

sakura said...

ade pakai ade pakai! supaya kawan2 yang takde ym saya leh contact incase anything. or anybody yang ada baca entry saya ke nak tanya2 ke *takde kot* haha

http://s-yz.blogspot.com