Saturday, June 20, 2009

66 [20 Jun 2009]

[Auto-Publish Entry]

Aku tiada kerja.
Jadi aku melawat blog orang lain
dan aku bagi komen di sini.

Aku ada perasan satu blog ini.
Mula-mula aku boleh tahan lagi penulisan dia.
Tapi lama-lama aku dah tak boleh tahan lagi jadi aku berhenti untuk baca blog dia.

Bagaimana penulisan dia?
Penulisan dia itu penuh dengan bahasa yang melebih-lebih dan aku rasa macam dia tipu pembacanya.
Aku pon tak tahu dia tipu atau tidak.

Aku pula pengecut mahu tanya samada apa yang dia tulis itu betul atau tidak.
Aku tak nak pula serang blog dia tanpa ada adab dan puas juga aku mencari bahasa yang akan buat dia tak terasa hati dengan teguran aku.

Tapi bila puas aku fikir-fikir, langsung tak terfikir apa-apa.
Last-last, aku berhenti dari baca blog dia.

Aku pernah katakan sebelum ini,
kalau diri sendiri rasa sakit hati mahu baca blog orang itu,
janganlah datang blog dia lagi.

Maksud aku ayat dia yang melebih-lebih itu adalah macam ini,

"Bila si dia berikan aku hadiah hari jadi aku itu, teruslah aku menari seperti tarian waltz di restauran itu walaupon ada mata yang memandang dan jelas tak suka perbuatan aku itu"

Macam tipu saja dia mahu buat benda itu.
Sudah banyak kali dia tulis benda-benda yang melebih-lebih ini.
Bagi aku macam 'drama' saja.
Jadi sebab aku tak mahu sakit hati baik aku berhenti dari baca blog dia, bukan begitu?

Harap-harap ada orang tegur dia sebab aku boleh rasa ramai orang akan naik muak dengan penulisan dia yang macam itu.
Aku memang tak boleh tegur sebab aku takut aku guna bahasa kasar.
Itu sahaja.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin dia hanya menggunakan bahasa puitis untuk menggambarkan perasaan dia pada waktu itu.
Aku rasa tahap puitis dia itu memang macam tak masuk akal sangat.
Atau aku ini saja yang bukan jenis berpuitis?
Mungkin juga.

Tengoklah, nanti aku akan tegur juga cara dia menulis itu.
Aku masih mencari gaya dan bahasa yang sesuai untuk menegur dia.
Mungkin aku akan pakai ayat, "Betul ke kau buat macam itu bila bla bla bla?"
Sopan tak ayat itu?
Harap-harap sopan, haha.

Apa-apa pon, itu blog kau dan suka hatilah kau nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

16 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

yup.. dia hanya menggambarkan perasaan gembira dia macam tu.

mungkin dia banyak terpengaruh dengan anime.

Khairul said...

Kau pernah baca blog Primajhonna tak? Kebanyakkan cerita2 di blog dia aku x rasa betul tetapi pembaca nya terhibur dan rata-rat tahu bahawa dia hanya menghiburkan pembacanya.

Sama seperti di blog aku. Apa yang aku tulis betul. Dan ada kadang-kadang tak betul. Serta bila masuk bab tak betul tu, pembaca aku boleh agak yang aku saja buat begitu untuk cari humur agar pembaca tak bosan membaca entri aku yang panjang.

Contohnya
"Aku kenyit mata kat awek tu. Dia terkejut. Tapi aku tahu dia cair dengan aku. Siti Nurhaliza pun pernah cair dengan kenyikan aku dulu. Betul. Tak tipu. Percaya lah."

aku rasa org yang kau cakapkan tu hanya nak melawak tetapi dia x pandai nak menyampaikannnya sahaja. (yang aku boldkan) So dari tak pandai nak aplikasikan, dia terus buat sebbegitu tanpa mencara jalan untuk membuatkan pembaca dia tahu bahawa dia hanya bergurau.

Liyana Lunia said...

kan comel kalau org tu buat ayat macam tu. ayat macam bagus tapi aku masih suka membaca. ;) takpa itu hak kau, kau bole suarakan pendapat kau.

eh, kalau kau tegur mcm ni lg bgus
'aku suka cara kau sampaikan sesuatu cuma kadang2 aku bingung dgn ayat kau'

kan mcm manis? hihi btw hai AIM ;p

Sharif John said...

X tau nk kata la bro... tp mmg kdng2 tu kita nk jgk kepastian kn apa yg berlaku tu betul2 berlaku ke? hm... xnak jgk komen lebih2 sbb kita pn bukannya bagus sgt pn... Mybe bro x perlu tegur n x perlu baca... mcm tu lg safe...

intanurulfateha said...

.die saje kot nk metafora kan ceta2 die
.juz having fun with it ;) *wink*
.anda jeles kan?
.mungkin kah secret admirer? :D
.joking je! :P

unknown said...

blog aku ke yg ko mksdkan tu
sbb ko dah mcm boikot je blog aku
sob..sob

aku x kesah sgt nk baca blog apa pun tp kalu nk citer pasal bf/gf terlebih over jgn harap la nk msk dh lpas tu...

hoho

Fina Sophie said...

alamak.
tsk tsk.
blog sy ke?
sebab sentap siot. hahahahaha.

Anis Mohd said...

urm ..
ada org kata ayat anis kejam cm ayat kamu irnman .
kahkahkah...
opss..
die ckp, ayat anis kejam cm ayat ironman yg dulu.

biar la .
die happy ngan cara die.
x leh nk hlg .

mey b die mmg wat cm tu kot .
tp, kalo die wat cm tu .
siyes cm kartoon.

Ara said...

haha....certain org mmg x pandai nk jd klaka kot... ;p

Anonymous said...

erm.. mgkn die blm ckup matang dlm bab2 penulisan.(aku pn)huhu.. maaf kn la die ye..

Unknown said...

mungkin tujuan dia buat demikian adalah utk menghiburkan pembaca blog dia..tak poon dia buat mcm tu sbb dia suka guna ayat2 yg indah2...sentiasa berfikiran +ve adalah sebaik2nye,...

klu awk nak tegur boleh pe kata mulakan dengan pujian contohnye
"wah bestla cite awk ni..tapi kan better awk ubah sikit cara penyampaian awk tu...." lebih krg mcm tu la...

**sekadar menyampaikan...

Unknown said...

mungkin tujuan dia buat demikian adalah utk menghiburkan pembaca blog dia..tak poon dia buat mcm tu sbb dia suka guna ayat2 yg indah2...sentiasa berfikiran +ve adalah sebaik2nye,...

klu awk nak tegur boleh pe kata mulakan dengan pujian contohnye
"wah bestla cite awk ni..tapi kan better awk ubah sikit cara penyampaian awk tu...." lebih krg mcm tu la...

**sekadar menyampaikan...

sEsuki xD said...

biasela ayat2 hiperbola ironman
kdg2 org yg gile2 bahase mmg gtu

kte pon kmpius jdnye
rs mcm real, tp btol ke dier wt?
cm plek plak kalau dier wt, ahhaha

Ahmad said...

yang aku tahu blog gua tak cenggitu ...ahahhah

Khairul said...

Haha. Gila ramai org terasa.

_Vu-JiE_ said...

hehe lama x singgah sini.
kali ni nak tinggal komen.


Emm. ada juga aku jumpa blog macam tu but i'm fine wiv that. :D
aku tak tahan baca blog azwan ali saja. hahaha.