Saturday, April 18, 2009

Komen Kau Orang Semua Pada Entry 58 Yang Aku Mahu Balas

Kepada pembaca setia blog aku ini,
entry kali ini bukan pasal blog orang lain tapi pasal blog aku sendiri.
Aku rasa aku semakin sibuk dengan kerja jadi aku tiada masa untuk balas komen kau orang untuk entry-entry yang lepas.
Maafkan aku.

Disebabkan aku hargai komen kau orang itu, aku mahu balas di entry ini,
bukan di bahagian komen.

Baiklah, untuk entry 58 mengenai kau berjumpa dengan kawan-kawan blog di dunia realiti bukan secara terserempak tapi sudah dirancang dari awal.
Ingat lagi?

Fera, Youjie, ファラ dan Penjenayah Merah Jambu..
Mungkin kau orang belum cuba mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog yang kau orang rapat jadi kau orang pon terus kata "tak payah jumpa pon tak apa".
Tapi aku mana boleh paksa kau orang untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog kan?
Ikut kerelaan hati kau orang juga.
Mungkin suatu hari nanti bila kau orang sudah berjumpa dengan kawan-kawan blog bukan secara kebetulan tetapi sudah berjanji mahu berjumpa,
jangan lupa beritahu pada aku ya?
Aku mahu tahu pengalaman kau orang itu dan aku harap ianya adalah pengalaman yang sangat manis.

This Is Mine, Fafarafa dan Farah Liyana..
Kau orang pernah berjanji mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog bukan?
Aku anggap kau orang gembira bila berjumpa dengan mereka.
Aku harap kegembiraan itu sama seperti kegembiraan yang aku rasai semasa aku membaca blog-blog orang yang menceritakan pengalaman mereka semasa mereka berjumpa dengan kawan-kawan blog lain.
Jadi macam mana sekarang, kau orang mahu berjumpa dengan mereka lagikah?
Mesti perjumpaan yang seterusnya akan jadi lebih seronok.

Fezal Mohd, Corey, Pikok dan Juice..
Kau orang pula belum lagi berjumpa dengan kawan-kawan blog tapi keinginan itu sudah ada, bukan begitu?
Aku harap kau orang akan ada peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog sendiri dan aku harap perjumpaan kau orang itu betul-betul menggembirakan.

Aku macam kau orang juga, mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog tapi mungkin bukan sekarang.
Mungkin lebih tepat jika aku cakap aku belum bersedia lagi tetapi keinginan untuk berjumpa kawan-kawan blog itu sangatlah kuat.
Cuma aku belum ada kawan-kawan blog yang rapat lagi, kenal macam biasa saja.
Mungkin dalam setahun-dua aku akan berjumpa dengan kawan-kawan blog yang betul-betul rapat dengan aku.

Aisyah Sinclair,
kau pernah terserempak dengan kawan blog kau, jadi apa perasaan kau ketika itu?
Kau terkejut dan gembira atau tiba-tiba jadi malu untuk menegur si dia?
Mahu juga aku tahu pengalaman kau apabila terserempak dengan kawan blog kau itu.

Anis,
kau belum mahu cuba untuk berjumpa dengan kawan-kawan blog kau ya?

Luqman,
aku akan jawab tag kau itu.
Aku mahu komen kau pasal isu ini, boleh?

Faryn,
aku setuju dengan pendapat kau itu.
Kalau kita betul-betul ikhlas dan suka berkawan dengan seseorang melalui blog,
tentu tiada masalah mahu berjumpa dengan mereka dan tiada masalah untuk berjumpa dengan kerap.
Tentu seronok kan?
Oh ya, kau pernah berjanji mahu berjumpa dengan kawan-kawan blog kau kah?
Kalau pernah, ceritakanlah pengalaman kau itu pada aku, boleh?

Baiklah, aku sudah habis membalas komen kau orang semua.
Untuk entry 59 pula, aku cuba reply selepas entry ini.
Bersabar ya?

Apa-apa pon, ini blog aku dan suka hatilah aku nak uruskan macam mana.
Aku cuma memberi komen aku di sini.
Kalau kau kata aku salah, it's ok.
Biasalah, tidak semua orang setuju pada pendapat aku.
Tetapi kalau kau rasa apa yang aku tulis ni betul, baguslah kalau begitu.
Dapat juga aku memberi sumbangan idea.

Haha, aku pakai ayat itu untuk diri sendiri.
Jangan marah, haha.

8 comments:

intanurulfateha said...

.iron man~
.nile mau date same kite?
.lalalalalala :-"

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

wah..entri fesyen baru pulak..
actually aku tak ada intention nak jumpa kawan2 blog bukan sebab tak ikhlas atau tak suka berkawan..
tp disebabkan kebanyakkan entri aku mengenai life aku,sejujurnya aku tak selesa nak berdepan dengan orang yang dah tahu life aku macam mana..hidup aku tak seronok macam orang lain,rasa malu pun ada bila dah ada blogger yang dah berjaya cari aku..rasa tak selesa..tapi bohonglah kalau kata tak ingin langsung,mungkin bila hidup aku dah ok,baru seronok nk jumpa2 ni..

Aisyah Sinclair said...

"Aisyah Sinclair,

kau pernah terserempak dengan kawan blog kau, jadi apa perasaan kau ketika itu?
Kau terkejut dan gembira atau tiba-tiba jadi malu untuk menegur si dia?
Mahu juga aku tahu pengalaman kau apabila terserempak dengan kawan blog kau itu."

--> mula2 rasa nervous sebab betul2 tak rancang hendak berjumpa. dan aku rasa gembira ketika sudah berdepan dgn kwn blog ku itu kerana dia peramah sgt2. ditambah pula berjumpa dgn boyfriend dia sekali. lagi meriah sebab dua2 friendly.

~Eila Nur Kaseh~ said...

iron man, br je semalam mase isi minyak di petrol pam, teringat nak kuarkan duit..dan terus masuk ke dlm 7E yg berdekatan..sekali tu kawan blog menegur.."eh..ni zahiela kan?" wahhh..rase sgt bangga dan terharu..rupanya2 org kenal kite melalui gamba saja..sukenyaaaa.. ape salahnya jumpa kawan2 blog..bukan ke elok kite eratkan tali silaturahim..tul tak...

~Eila Nur Kaseh~ said...

eh..ade nak sambung lagi..ade kawan blog yg hasil penulisannya menunjukkan die seorg yg peramah..tp bila jumpa reality?? eksen dan berlagak sombong plak tuhh..adoii..org kata penulisan melambangkan peribadi..tp sebenarnya kena jumpa live..sembang sikit2 br kite tau cara org tu kannn...ada yg plastik rupanyaaa...macam2 kisah blogger..

FARYN said...

aku ada iklankan dlm blog aku..tapi mcm biasa la main teka-teki siapakah mereka...barulah meriah...hahahaha

Anis Mohd said...

hahaaa...
gila style n3 ni ...
balas komen kat n3 ..
wahaaa

sickchild said...

uik.
balas komen kat entry?