Aku teringat aku ada baca blog seseorang dari awal.
Mula-mula dia kata blog dia itu pada awalnya dibuat 'private'.
Tapi selepas itu dia rasa 'tak meriah' pula sebab tiada respon dari sesiapa kerana yang membaca blognya ada si pemilik blog itu sendiri.
Sampai sekarang blog itu masih dibuka untuk umum.
Mungkin dia sendiri selesa untuk jadikan 'diari' nya untuk bacaan umum.
Tapi ada juga blog yang pada asalnya memang untuk bacaan umum tapi dibuat private.
Ini semua kerana 'kemeriahan' komen-komen yang si pemilik blog itu terima sangatlah tidak boleh diterima kerana bahasa sang pemberi komen sangat pedas dan tidak sopan.
Memang rasa tak best sebenarnya, blog yang kau suka baca tapi tiba-tiba dia buat 'private' atas sebab si anon yang suka beri komen yang entah apa-apa.
Aku sendiri pernah rasa tak best itu, memang tak best.
Sangat tak best tengok ada blog yang best di-private-kan.
Nanti aku nak baca blog siapa?
Kan elok aku ada kuasa yang pandai pujuk-pujuk orang untuk buat mereka tidak private-kan blog mereka itu.
Tapi aku tiada kuasa memujuk.
Iron Man dalam wayang tu ada kuasa memujuk kah?
Macam tak ada kan?
Macam aku jugalah, haha.
Nota ringkas:
Hari ini hari Jumaat, jadi sesiapa yang wajib menunaikan solat ini jangan lupa untuk tunaikannya.
Batalkan niat untuk berjumpa kekasih hati atau menonton wayang semasa waktu solat Jumaat.
Tuhan memang pasti benci kau nanti.
12 comments:
.kalau ari sabtu boleh kan? ;p
3 jam selepas solat jumaat hbs mcmna pula?? :)
salam Incik Iron.. kalau kamu pujuk blogger itu n dia tak privatekan blog kira jadi Ironman2 lah..
Iron, aku mau nko komen pasal satu blog ini.. tapi aku tak nak mention nama blog. Macam mana ye?
kalo private blog,
bosan jadinya.
tidak boleh mengenali teman2 baru.
td anis g JJ waktu org solat jumaat ,anis nmpk sgt lah bnyj org berjumaat di situ tanpa segan silu .
haha.. sungguh tak sopan kuar time jumaat .. tapi, anis bajek , time org solat jumaat tak banyak kamu adam kat situ .rupa nya tak da beza pon..
agak tensen kalo kita dah baca blog org, tbe2 die privatekan .
meh baca blog aku..
hahahhaha
pernah dulu ade si anon tetibe terasa dan memaki hamun di blog ku.
terperasan famous die tuh.
salam. lama saya tak singgah di sini. saya pernah memberi umum membaca, kemudian saya terpaksa 'private' kan atas butanya jiwa mereka. tapi kini, saya mahu persetankan semua. jadi, bacalah blog saya..
hehehe mcm2 hal.......
pape pon ske bce entry kamoo =)
blog saya xprivate boleh baca...sila2...
:) sy tak pernah privatekan blog saya. cuma jika satu-satu entry itu saya rasa agak sensitif di jiwa, saya privatekan entry itu.
boleh kan? :)
em..i pun tak suka bila tengah suka baca blog dia, tapi dia buat private. lainlah kalau dia buat private, tapi dia invite saya jadi readers. pun boleh juga. :) ada tau! dan saya sangat suka.
Post a Comment