Thursday, October 15, 2009

76 [15 Oktober 2009]

Maaf kerana sudah lama tidak update blog.
Setiap kali aku mahu tulis entry baru, mesti aku dapat assignment baru dari bos.
Sabar sajalah.

Oh ya, aku perasan follower blog ini semakin bertambah.
Terima kasih kerana follow blog aku yang sangat 'daif' ini.

Aku tak tahulah kenapa, blog-blog yang aku rasa hebat dan menarik sudah hilang 'taring'nya.
Aku semacam rasa bosan baca blog-blog itu.
Kadang-kadang aku rasa penulis blog itu pon macam sudah bosan berblogging.
Atau mungkin aku sendiri sudah bosan dengan blognya.
Mungkin aku perlu 'nafas' yang baru dari blogger yang ada di Malaysia ini.

Aku pon ada perasan, blogger yang otai pon macam dah jarang update blog.
Lagilah aku bosan untuk berada lama-lama di dunia blog ini.

Dulu-dulu sebelum aku jadi busy, aku boleh ambil masa berjam-jam untuk membaca semua blog yang wujud di Malaysia ini tapi sekarang tidak lagi.
Semasa aku mula busy, aku peruntukkan sejam untuk baca blog tapi sejak-sejak ini aku hanya ambil masa 30 minit saja.

Aku macam dah bosan nak baca blog orang lain.
Macam mana tu?
Mungkin aku perlu hilang lama-lama di dunia blog dan kembali semula.
Mungkin waktu itu baru aku dapat rasakan semula keseronokan dunia blog itu sendiri.
Haha, macam-macamlah aku ini.

Oh, Syawal semakin tinggalkan kita.
Harap ramai sudah selesai berpuasa enam.

5 comments:

Anonymous said...

Agaknya ramai yg leka di farm ville di Facebook.. hehe ramai kawan-kawanku bagi alasan tidak berblog sebab games di FB. Selamat berpuasa enam juga..

Sharif John said...

Betul la bro.... semakin bosan....

Anonymous said...

blogger mengalami peningkatan umur..jadi idea dan aktiviti pun berubah..mungkin.nanti akan wujud generasi blogger baru,

beautiful_rose said...

hahahah sme ler......
mule2 nk knl "blog" rse mcm excitend jerk nk update..update..dan update..smpi x cukp jari tgn jari kaki di gunekan..ok tipu =p
pape pon taruskan berblog coz sure mst de org akn bce blog kamu =)

epalejau said...

ya, dan orangnya adalah saya.:)
sangat bosan dan bosan.
semua blog yang besh takde update pun..
akhirnya malas-malas saya ini pun, menjelajahla mencari blog-blog orang.
yang bes sahaja.
:)

dan,
it is urs..
c?
sampai terpanggil utk tinggalkan komen ni,
memang sangat bes la tu.
:)