Tuesday, October 27, 2009

Si Gadis Itu


Cinta.
Kalau yang tidak layan pasal cinta, jangan baca entry ini.

Cinta bagi aku adalah sesuatu yang membahagiakan.
Cuma sekarang aku rasa sengsara.

Kenapa?

Kerana aku sayang kepada gadis yang cinta kepada lelaki lain.
Aku hanya cuma mampu jadi kawannya dan doakan dia happy dengan lelaki itu.

Sakit hati tengok dia gembira dengan kekasih hatinya walaupon dalam masa yang sama aku suka lihat dia gembira.

Bodohkah aku untuk teruskan rasa sayang ini kepada dia?
Susah untuk aku lupakan dia sebenarnya kerana semakin hari, semakin dalam rasa sayang ini kepada dia.

Aku pon bodoh dan penakut untuk luahkan rasa hati aku kepada dia.
Cuma aku tahu, aku akan dikecewakan kerana si dia sudah berikan hatinya kepada lelaki lain.

Tapi betullah, bunga tidak sekuntum.
Harap-harap aku dapat lupakan si dia dan berjumpa dengan gadis yang lebih baik dari dia.

Doakan aku ya?
Terima kasih.

15 comments:

Khairul said...

We all would be on your situation, oneday.

And yes, good luck

intanurulfateha said...

.jgn sedih2
.sentiasa doakan kamu dan kawan3 lain
.aminnn~ :)

Unknown said...

good luck bro...new life new experience...WWE experience

Honeydy Love said...

amin... doakan utk saya juga ya..:)

Fina Sophie said...

org mgkin pandang ni benda biasa kan? tapi hati yang menanggung siapa yang tahu?? :) best of luck.

ardzmarn said...

bagai pungguk rindukan bulan ...
carik bintang pulak lah...
sbb bintang tu banyak...
bulan tu satu jer...
tapikan bila dah jumpa bintang yang kita suka ... bulan tu tetap jugak kita nampak ...
dem...

Anonymous said...

bunga tidak sekuntum
kumbang tidak seekor

tapi..

bunga yg sekuntum itu juga yg dipandang
kumbang yg seekor itu jugak yg dicari

walaupun...

bunga & kumbang itu di taman orang lain

.......

aku faham sengsara kau. kerana aku juga begitu. hahahhaha

apa pun....time will heal ur heart. trust me....~wink~wink~

Anonymous said...

semoga ditemukn dgn bunga yg lbih indah..

amin.

lavenderlatte said...

ironman,
kisah kita sama ya.
xpe, dia bukan untuk kita.
anggaplah Allah tntukan yg lebih baik untuk kita,
cuma masanya belum sampai
Insyaallah~

Unknown said...

hurm..saya tahu bagaimana rasa itu..ada waktu menangis sendiri dalam hati .. tapi orang kata kalau kita sayang dia, kita kena lepas dia pergi kan.. jadi saya pilih untuk ikut apa yang orang kata ..doa yang baik-baik untuk dia dan "dia" juga untuk kamu

p.s mari layan hati dengan yang terlewatkan - SO7 ;)

Nadeeya Khair said...

cinta itu juga satu pengorbanan

Youjie said...

dun be sad~ +_+

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

jgn sedeh2.
kuat ya.
kamukan ironman.





ya.
bunga bukan sekuntum kan.
=)

Aku Iron Man said...

- Kepada yang memberi semangat untuk aku 'move on', terima kasih!

- Kepada mereka yang juga senasib dengan aku, aku sendiri menasihati diri untuk bersabar dan cuba ubah perasaan aku kepada si dia. Mari kita cari pengganti yang baru ya?

- Terima kasih kepada 13 orang yang beri komen di entry ini!

epalejau said...

alamak. ni yang tak besh jadi pemberi komen yang ke 14. :)

jika dia betul untuk kita, dia pergilah ke mana pun, kita larilah jauh pun, tetap akan bersatu juga kan?

sebab..walaupun bunga itu bukan sekuntum, tapi tiap kuntuman itu tetap berbeza. sangat berbeza.

tapi, jika itu yg kamu mahu. aku doakan kamu berjumpa gadis yang lebih baik dari si dia. amin :)