Maaf kepada pembaca blog ini.
Aku betul-betul busy sekarang.
Oh ya, pasal si gadis itu.
Terus-terang aku kata memang susah nak lupuskan perasaan aku kepada dia.
Aku memang sayang dia sangat-sangat.
Masa dia bergaduh dengan boyfriend dia pon, dia akan cari aku.
Aku pujuk dia dan cuba back-up boyfriend dia sedangkan aku boleh saja hasut dia untuk tinggalkan boyfriend dia itu.
Aku tak boleh buat macam tu.
Gadis itu terlalu sayangkan bf dia.
Gadis itu jika berenggang sehari dengan bf dia pon sudah rasa gelisah, inikan pula kalau berpisah dengan bf dia.
Aku tak sanggup lihat dia macam tu.
Jadi sekarang, aku cuma mampu anggap dia macam adik aku.
Aku kerap panggil dia 'adik'.
Lepas itu aku kata pada dia yang aku nak cari girlfriend.
Terkejut aku yang dia cemburu.
Haha, apa-apa saja gadis ini.
Dia sayang kepada siapa sebenarnya?
Baiklah, nantilah aku sambung cerita pasal gadis itu.
Aku nak cerita pasal blog.
Aku perasan di chatbox blog orang lain, mesti kata "You have a nice blog".
Sekali datang saja terus kata "nice blog" ya?
Ada dia baca kebanyakan entry kau?
Atau dia kata 'nice' kerana hiasan blog kau?
Aku percaya dia cuma puji pada hiasan saja.
Kalau ada yang puji blog aku cantik, aku suka.
Tapi rasa tak lengkap kalau dia tak puji penulisan aku.
Kau orang rasa macam mana?
Tapi entahlah kan?
Mungkin yang datang itu cuma mahu menyapa dengan cara yang baik.
Jadi dia pujilah sedemikian rupa.
Apa-apa pon ini cuma pendapat aku.
Pendapat orang lain mesti bertentangan dengan aku.
Tak apa, memang itu namanya manusia.
6 comments:
trend sekarang..."click ur nuffnang"...
sedih sikit even kene puji...
Pasal gadis:
Tak perlu lupuskan perasaan tu.Just belajar terima,adapt.Lama-lama akan okay.
Kadang-kadang sayang pada orang yang salah akan beri kita pengajaran pada masa depan.Mrs Right always late.Be strong.
Pasal blog:
Sebab tu aku delete chatbox. :)
Nice blog. hahaha!
aku blog hop. aku suka baca 1st entry. maka aku baca lagi entri-entri lain selagi terdaya.
kalo tak suka, aku blah saja.
jangan kamu nanti menyesal untuk tidak perjuangkan perasaan kamu pada gadis itu sekarang encik..
sekurang2nya kamu sudah mencuba.
saya sedang sedikit kesal. untuk apa yang saya tak lakukan.
Hahaha....
kalau saya jadi kamu, saya lebih suka perjuangkan apa yang saya mahu. bukan menyuruh kamu melakukan yang sama. tapi.......saya juga tak mahu kamu buang perasaan itu. aduh, perasaan itu suatu yang suci tau?
oh, pasal blog. saya suka blog kamu. dan ya, saya nak folo blog kamu. bukan kerana hiasan blog kamu, tapi saya suuuuuuuka penulisan kamu. :)
Post a Comment