Sunday, September 6, 2009

73 [11 September 2009]

Oh. Aku ada perasan.
Ada blogger yang baru tahu kewujudan blog aku yang serba kekurangan ini sering bertanya, "Blog mana yang kau anti sangat ni?"

Haha.

Dulu-dulu aku ada anti satu blog ini.
Tapi sekarang aku tak anti lagi kepada blog itu.

Dulu aku tak suka blog itu sebab dia buat blog sekadar untuk menambah follower dan menjadi terkenal di dunia blog.
Bagi aku memanglah tak salah, cuma aku rasa 'annoyed' sebab aku rasa blog bukan tempat kau mahu kumpul pengikut atau mahu jadi popular.
Blog tempat kau luahkan pendapat atau luahkan rasa hati kau.
Itu fungsi blog bagi aku tapi mungkin bagi orang lain, lain pula pendapatnya.

Aku pon rasa sangat 'sakit mata' jika aku ternampak di mana-mana chatbox ada pesanan seperti, "Saya dah follow blog awak, awak pon mesti follow blog saya eh?" atau pon nada memerli, "Saya dah follow blog awak, awak tak nak follow blog saya jugak ke?"

Haha.

Aku rasa pasal "follow blog" ini macam prinsip "suka".
Agak-agak kepada si perempuan,
kalau ada lelaki kata kepada kau, "Saya suka awak, awak boleh tak suka kat saya juga?",
adakah si gadis akan kata, "Sebab awak suka saya, saya akan suka awak juga".

Oh, macam itu pon boleh ya?

Aku tak tahu tujuan kau suruh orang follow blog kau walaupon orang itu tidak kenal kau.
Tapi ini pendapat aku saja.
Aku pon tahu mesti ramai tak sependapat dengan aku.

Tak kisahlah kan, itu blog kau.
Suka hati kaulah nak uruskan macam mana.
Aku cuma bagi pendapat aku saja.

14 comments:

intanurulfateha said...

.wahh same2
.SANGAT TAK SUKA bila org masuk blog kite, then suruh follow die balik sbb die da follow kite
.tah pape je
.pdhal kite x suruh pon die follow kite
.die yg nk follow
.hee~

cujern said...

aku jarang follow blog org...aku suka letak link blog org je kat blog aku... maleh nak tekan button follow tu.. tapi, kalau ade org follow blog aku, aku suka jek... cuma tak best la pakse2 oeg soh follow blog dia...

dont judge a blogger by its follower..hehe

farah said...

aku pernah luahkan saja tentang ini di blog aku.

aku akan follow blog org secara ikhlas,

tidak perlu dipaksa.

:D

TWF ◕‿◕ said...

aku setuju dgn pendapat kau...
aku benci ble ade org follow blog pas2 suruh kte follow blog die..
ske hati kte la nk follow ke x..

Anonymous said...

salam,

kekadang dia org invite.. nak pulak yang baru buat blog. rasanya kalu first time dia invite, kita tengok blog dia(be humble tak salah kan, bukan susah click je) .. kalau interest, tak de hal nak link or follow.. it just a blog kan.. but kalau paksa, mcm tak best nak follow. tujuan blog utk happy-happy. ada blogger yg snob, ada yang tak kisah. so kalau tak suka senang. tak yah follow.

Anis Mohd said...

Paksa org follow2 nih sgt la x best .
klo die paksa kite follow , die bg kita 1 juta , anis rela gak nak follow.hahahaa

haidan said...

hui...
samat ari raye incik iron man...
eyh,
iron man pun sambut raye ek??
hehe...
gurau2...
samat ari raye skali lagi...
mahap kalau ade tkasar bahasa bagai

Lylee said...

haha, i like your words :D

Syahida _Masri said...

erm....
simple entry but menarik
ana pun kurg suke ngan sesetgh blogger yg mintak org follow2 die
ape igt iklan ''follow me'' ke?
hehehe

nak bgtau ni
1st time jumpe blog yg ayat ringkas tp mampu mngetuk hati seseorg.
gud2 teruskan gaya penulisan ringkas cam tuh

ana link blog ni...
klu link lg bagus dr follow kot..

Jebikkot said...

sy rasa mostly yg follow tu maybe dia expect org yg dia follow tu akan follow dia blk..mcm kat friendster sume..so that's why certain blog yg de follower byk, tp comment x byk kot..

sid sienna said...

'saya suke awak, tapi x semestinya awk kene suke saya'
saya suke sgt kt awk, tp x semestinya awk kene suke kt saya juga' - that's is more sincere i think..

Anonymous said...

blog aku takde aplikasi follow...

BlackBanner. said...

blog dah jadi 1 laman sosial...
tambah kenalan etc....
tapi aku rase yang banyak buat macam tue yang pompuan...dan penjual2 online...

epalejau said...

o..gitu rupanya. patutlah tak ada link follow kan? :) takpe. bak kata aiman, epal tak kisah. hehe. tapi nak mintak izin jugak lah, nak curik link kamu, letak kat pondok buruk saya. buleh kan?:)