Sunday, November 30, 2008

12

kau rasa aku jahat ke?
kau ingat aku sesuka hati nak benci kat orang?
haha...kau da salah paham 'sayang' oi

aku tulis apa yang AKU RASA betul

kalau aku rase blogger tu buat bende yang tak betul, aku tulis la kat sini
tapi aku cuma kutuk blog tu je
aku tak kutuk dia dan cara hidup dia
dan aku pon tak kutuk family dia

kau masih ingat aku jahat ke?

aku cuma menegur DAN cara aku menegur MEMANG KURANG AJAR
sudah memang macam ini sifat aku, take it or leave it

3 comments:

Litt[L]E`StAr said...

Salam...
hye IronMan. Ni first time aku view blog orang yang aku tak kenal dan aku bagi komen. Sama mcm ko bagi pendapat ko kat blog orang lain, aku pn nak bagi pendapat aku. boleh kan?.
Sebenarnya aku ada terfikir nak post entri kat blog aku je, bagi komen aku tentang entri2 di blog ko. tapi, rasa pointless pulak, buat apa nak bagi satu dunia baca tapi target aku (iaitu ko), tak tahu apa yang aku tulis,kan? ko faham ke? Maksud aku, aku nak bagi pendapat aku dan pastikan kau baca apa yang aku tulis.

huhu panjang pulak intro dia.

Well, jujurnya ni first time aku jumpa blog macam blog ko ni. tak tahu la kalau banyak lagi agaknya kat luar tu. aku jarang baca blog orang tak dikenali. Tahniah lah sebab blog ko buat aku tertarik nak komen panjang2 macam ni. bukan selalu. huhu.

First sekali, bagi aku, aku tulis blog untuk kepuasan diri sendiri. Bila aku rasa gembira dan nak kongsi dengan sesiapa, aku tulis blog. Aku x tahu siapa akan baca dan aku tak nak ambil tahu. Bila aku sedih, aku tulis blog. bila aku ingin berkongsi interest, aku tulis blog. Ya. macam ko cakap, diari online. Aku gembira bila tulis blog, aku pasti ko pn hepi jugak tulis blog. Blogging itu hobi. dan hobi itu sesuatu yang tak beri tekanan. suka suka.

Sebenarnya 1 point je yang aku nak katakan di sini, iaitu- 'gembira'.

situasi pertama : orang yang kau kata tulis cerita tak penuh di blog. Kau rasa mereka2 tu saja nak bagi saspen ke? mereka nak cerita tapi mungkin ada unsur2 sensitif atau secretif yang menghalang, siapa tahu? tapi walaupun sekadar bercerita sedikit, dapat melegakan perasaan si penulis, apa salah nya?... Mungkin jugak penulis tu memang nak buat saspen dan bikin orang tertanya2, tapi jika itu buatkan dirinya happy, nak kata apa? bukankah itu blog dia

situasi kedua, bagi orang yang kau kata bajet comel atau cool atau cantik atau handsome. Mungkin mereka edit gamba dengan photoshop untuk lebih menarik. Kau rasa untuk apa mereka buat begitu? Ya. untuk impress orang. kenapa? sebab mereka nak orang sukakan mereka. maybe mahu rasa macam mana rasa nya diminati. mahu cari perhatian. suka di puji. untuk apa? sebab mereka happy buat begitu. salah kah? ya hipokrit. lambat laun aku pasti mereka sedar juga,atau mungkin mereka tahu mereka hipokrit dan buat2 tak tahu. tapi jika mereka gembira sebegitu.bagi aku, biarlah, asal gembira.

Pendapat aku, Blog ni macam sebuah rumah. Segala perhiasan dalam rumah tu kita tentukan sendiri. Lawa atau sarat atau simple, itu hasil daripada idea sendiri. Kalaupun blog itu sarat dengan widgets yang tak perlu, tapi pemilik suka, itu dia punya pasal. betul x? orang lain sakit mata pandang, tapi cantik bagi si pemilik. nak kata apa?

jadi point aku di sini cuma satu. Happiness. Lain orang lain pandangannya. lain orang lain tujuannya untuk tulis blog. yang penting blogging itu salah satu daripada seribu kegembiraan. betul atau salah cara nya, itu hak penulis. ini pendapat aku. Aku tulis blog sebab aku gembira bila luahkan apa yang aku fikir dan rasa. dan semua entri aku tulis dengan suka-suka. bukan tension macam tulis essay SPM

sekian.
maaf bahasa aku memang tunggang langgang. tapi asal kau dapat point aku, aku hepi =)

teruskan mengkritik kerana mungkin itu salah satu cara kau luahkan cetusan idea di minda dan gembira....

salam

Aku Iron Man said...

litt[L]e star,

panjang lebar komen kau tentang blog aku ini.

ya, seperti kau katakan, aku cuma berikan pendapat aku.

aku pon tidak kisah kalau orang lain mengata buruk tentang blog aku kerana aku hanya luahkan pendapat aku.

komen orang lain mungkin sependapat atau tidak sependapat dengan aku. biasalah tu, tidak semua orang bersetuju dengan pendapat kita,bukan?

Puan Anim said...

aku setuju ngn little star...heehe...